21 Mac 2014

GEMPAR! GEMPA BUMI KUAT LANDA DI KEPULAUAN HINDI MALAM INI


Gempa bumi kuat landa Kepulauan Nicobar di India


Gempa bumi yang melanda Kepulauan NIcobar tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Nicobar di India pada 9.41 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini pusat gempa itu terletak 111km di timur laut Great Nicobar di India dan 627km di barat laut Langkawi, Kedah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

TERHOT! MENGAPA MH370 JADI REBUTAN? [ WAJIB BACA]

MH370: Siapa Rugi?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian ummat ini. Salam ke atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya. Semoga dengannya kita beroleh manfaat. Semoga kita beroleh jawapan atas misteri yang timbul ini.

Syukur saya ucapkan kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menulis sebuah artikel yang panjang lebar menceritakan asal usul tragedi MH370 berlaku. Artikel yang bertajuk "MH370: Suatu Misteri" itu telahpun dibaca melebihi 1 juta orang dalam tempoh yang sangat singkat. Saya sendiri tidak menyangka hal tersebut berlaku.

Untuk itu, saya berasa terpanggil untuk menceritakan satu lagi kisah di mana di dalam artikel kali ini saya akan cuba menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan suatu komplot untuk merebut kuasa dan di dalam komplot itu, siapakah yang sebenarnya rugi.

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tersebut....

MH370: Siapa Rugi?
*AMARAN !! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga akan bertentangan dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik disini.

0.1. Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda terpinga-pinga, terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan jika anda tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah coretan saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya kebetulan.

1. Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah didapati hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.

2. Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir 40 tan (lebih kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang mana 2 daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah krew kapal.

3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan.

4. Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi seluruh umat Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi negara-negara jiran yang terlibat.

5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi ngeri??

6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar.

7. Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini. Namun, sangat sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek tentang kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.

8. Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun sebelum itu, negara kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac 2013, insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita, beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.

9. Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri serangan Sulu ke atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah orang yang sama.

10. Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang mengelola kes serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang mengelola kes kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.

11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.

12. Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu, pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk sini dan sini.

13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.

14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?

15. Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai yang sudah lupa - pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu tersebut dan tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.

16. Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada ketika itu. Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.

17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.

18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.

19. Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu, persoalan yang amat besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....

20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??

21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !


SAMBUNG LAGI....SINI


TAKLIMAT KHAS KELUARGA PENUMPANG MH370 KECEWA , tolak serpihan adalah MH370




MT @celiahatton Scores of police, at least 5 ambulances arrive at hotel where #MH370 families are waiting pic.twitter.com/8Bj6HcS0U6


"My son is still alive. I don't believe the news," says relative of #MH370 passenger http://goo.gl/iDbxQspic.twitter.com/bJ2iYpJAkw


Keluarga penumpang MH370 kecewa dengan taklimat khas


Taklimat khas Putrajaya dan Malaysia Airlines kepada keluarga penumpang pesawat hilang MH370 malam tadi gagal memberikan jawapan yang dinanti-nantikan.

Lebih 50 orang hadir di Cyberview Lodge, Spa and Resort di Cyberjaya, Selangor untuk taklimat bermula pukul 9.00 malam itu bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan jawapan dimahukan mengenai lokasi MH370 dan kedudukan ahli keluarga mereka.

Kebanyakan yang hadir merupakan warga China yang sedih dan tertekan semenjak dua minggu lalu apabila pesawat Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang dan anak kapal itu mula hilang pada awal pagi 8 Mac.

Anggota media tidak dibenarkan untuk bersama mendengar taklimat itu dan terpaksa menunggu di luar sehingga ianya berakhir.

Difahamkan, pegawai tertinggi dari Putrajaya, Malaysia Airlines dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merupakan di antara yang hadir dalam taklimat itu.

Menurut salah seorang pegawai kerajaan Malaysia, sesi taklimat tersebut berjalan dalam keadaan tegang sepertimana persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh anggota-anggota keluarga penumpang MH370 yang masih belum ditemui itu.

“Situasi sangat tegang semasa taklimat dan kebanyakan warga China meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka,” kata pegawai kerajaan Malaysia itu dengan syarat tidak dinamakan.

“Mereka tidak berganjak Putrajaya menyembunyikan fakta mengenai kedudukan pesawat dan lambat dalam berkongsi maklumat.”

Salah satu persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke koridor utara dan selatan seminggu selepas pencarian tidak berhasil.

Selepas komunikasi terputus dengan MH370 pada 1.20 pagi, 8 Mac, misi pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Kemudiannya ianya diperluaskan ke Selat Melaka apabila pihak berkuasa mengesyaki pesawat MH370 berpatah balik.

Misi pencarian itu kemudiannya diperluaskan lagi dari radius 50 batu nautika ke 100 batu nautika.

Operasi terkini di kedua-dua koridor utara dan selatan adalah seluas 2.4 juta batu nautika.

Koridor utara bermula daripada kawasan sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand.

Koridor selatan pula bermula daripada Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pegawai tersebut memberitahu, anggota keluarga penumpang MH370 yang hilang juga diberikan taklimat mengenai perkembangan di Australia di mana dua objek dikesan oleh satelit di Lautan Hindi.

Taklimat tersebut berakhir lebih kurang sejam setengah selepas itu dan anggota keluarga penumpang MH370 dibawa keluar melalui pintu lain bagi mengelakkan petugas media.

Seorang warga China yang enggan dinamakan memberitahu media beliau kecewa dengan taklimat tersebut kerana menjelaskan tentang perkara sama.

“Kami tidak diberitahu perkara baru dalam taklimat tersebut. Kami tidak dapat jawapan yang diinginkan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan satu pasukan peringkat tertinggi diterbangkan hari ini ke Beijing untuk memberikan taklimat kepada anggota keluarga penumpang MH370 di sana.

Pasukan peringkat tertinnggi itu mewakili beberapa jabatan dan agensi seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, MAS, DCA dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pasukan ini diharapkan mampu menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang marah kerana tidak mendapat begitu banyak maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia. -TMI


Ahli keluarga China terus berharap, tolak serpihan adalah MH370

Seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menutup wajahnya semasa menunggu maklumat terkini dalam sebuah bilik di Hotel Lido, Beijing. – Gambar Reuters.

Bapa kepada seorang penumpang China pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih terus menyimpan harapan menggunung walaupun kerajaan Australia mengumumkan mengesan imej yang berkemungkinan adalah daripada serpihan pesawat, dengan berkata, "Anak saya masih hidup ".

Canberra berkata, dua objek berkenaan berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pencarian pesawat yang terletak di selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun Wen Wancheng enggan menerima pengumuman itu kerana ia bermakna dia kehilangan anaknya, seorang daripada 153 penumpang China dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor AFP hari ini.

"Anak saya masih hidup. Anak saya masih hidup," kata lelaki berusia 63 tahun dari wilayah Shandong. "Saya tidak percaya berita itu." "Adakah anda fikir saya akan percaya anak saya sudah mati?" katanya. "Bolehkah saya percaya dia berada di lautan itu?"

Warga China adalah dua pertiga daripada senarai penumpang MH370, dan waris yang bersedih menunggu berita di Hotel Lido, Beijing. Walaupun beberapa pihak berkata "tiada maklumat baru", di sebalik penemuan imej kerajaan Australia, dapat dilihat suasana lebih muram berbanding hari sebelumnya.

Beberapa ahli keluarga berpegangan antara satu sama lain melalui kira-kira 70 orang wartawan di luar bilik taklimat, menundukkan atau melindungi muka mereka. Ada juga yang bergegas sambil mencari jalan keluar.

"Saya muak mendengar ada maklumat baru yang kemudian hanya tidak benar," seorang lelaki berkata dengan marah.

Seorang lagi lelaki, Zhao Chunzeng, yang enggan mendedahkan ahli keluarganya yang berada di dalam pesawat berkata, keluarga menanti penemuan yang benar-benar sah.

"Kami sedang menunggu, hanya menunggu dan tidak boleh bertindak balas terhadap berita sehingga ia disahkan," kata Zhao kepada AFP.

Ditanya sama ada beliau berpendapat pengumuman Australia lebih signifikan memandang ia daripada Perdana Menteri Tony Abbott sendiri, beliau berkata: "Mungkin, tetapi kita masih perlu tunggu dan lihat."

Di dalam bilik taklimat, seorang ahli keluarga memarahi seorang pegawai MAS berkenaan kekurangan maklumat di mana pesawat itu berada.

“Anda menipu kami," kata seorang lelaki. "Anda menipu ahli keluarga. Anda mendera kami. Anda menjatuhkan semangat kami."

Seorang waris yang menyebut kemungkinan mengadakan mogok lapar, yang dicadangkan ahli keluarga beberapa hari lalu menunggu dengan cemas berita selanjutnya.

"Kami di sini untuk mengetahui perkara sebenar," kata lelaki itu. "Kami boleh memilih untuk tidak makan, kami boleh memilih untuk tidak tidur. Kami boleh memilih untuk tidak menerima jagaan anda."

"Kami mahu saudara-mara kami kembali. Kita tidak mahu ahli keluarga kami dikorbankan kerana pertelingkahan politik."

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, kerajaan memberi "perhatian serius" terhadap berita dari Australia.

"China bersedia membuat persiapan bersesuaian berdasarkan maklumat terkini," kata beliau dalam satu kenyataan tanpa menerangkan lebih lanjut.

Stesen penyiaran negeri CCTV dalam satu catatan pada akaun rasminya Sina Weibo, seperti Twitter, bahawa Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China akan mengekalkan pelan carian sedia ada, memandangkan tiada kesahihan sama ada serpihan itu boleh dikaitkan dengan pesawat yang hilang.

Kapal pencari China berada pada jarak dua hari perjalanan dari lokasi serpihan itu, katanya.

Sekumpulan “chatters” dalam talian yang dibuat beberapa ahli keluarga penumpang melalui aplikasi popular di China, WeChat hangat memperkatakan tentang penemuan kerajaan Australia itu.

Sesetengah mereka panik manakala yang lain menggesa agar bertenang dan berkata kebanyakan "penemuan" yang diumumkan dalam tempoh 13 hari lepas adalah petunjuk palsu.

Di Hotel Lido, beberapa ahli keluarga menyiarkan mesej di papan tulis besar berhampiran bilik di mana pegawai-pegawai syarikat penerbangan memberi taklimat setiap hari.

"Ibu dan ayah, sila pulang dengan selamat," membaca satu mesej yang ditunjukkan stesen televisyen Phonex yang berpangkalan di Hong Kong, "Anak lelaki anda sedang menunggu."

"Ayah yang disayangi, sila kembali dengan selamat," kata-kata lain yang terdapat di situ. "Hati saya luka tanpa anda di sisi. Saya hanya mahu melihat wajah anda. Saya hanya mahu memegang tangan anda. Saya hanya mahu anda memberitahu saya apa yang perlu dilakukan."
KAPTEN NIK YAKIN SERPIHAN YANG DIJUMPAI OLEH AUSTRALIA ADALAH PESAWAT MH370

Pautan kekal imej terbenam



Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penemuan itu membuatkan kumpulan SAR Malaysia menghantar kapal untuk meninjau tempat dimana serpihan dijumpai.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan sewaktu menerusi temuramah di TV3 berkata jika PM Australia yang berkata 99% kemungkinan adalah benar. Ini disebabkan radar dan satelit yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara Australia merupakan radar atau satelit yang paling terkini dan canggih.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, juga menjelaskan 24m sepihan itu kemungkinan sebelah sayap kerana lebar keseluruhannya adalah lebihkurang 60m.

Menurut beliau lagi kawasan tersebut merupakan bukan laluan kapal dagang, kapal terbang malah nelayan pun jarang melalui kawasan itu.
Jika benar itu adalah pesawat MH370 pencarian agak sukar kerana kedalamannya lebih 3km.




20 Mac 2014

PANAS! PUSAT SAHKAN AKAN BAYAR RM2.0 BILION KEPADA SELANGOR

Maklumat terperinci penstrukturan air minggu depan

Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membentangkan secara terperinci maklumat berkenaan penyelesaian holistik penstrukturan semula industri air di negeri ini di bawah Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) minggu depan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau yakin butiran lanjut kaedah penyelesaian itu akan dimuktamadkan pada minggu depan berdasarkan perjumpaannya bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini.

Dalam pertemuan hari ini, katanya, mereka membentangkan butiran terperinci bagaimana kerajaan persekutuan mengguna pakai Seksyen 114 WSIA 2006 dan seterusnya membolehkan kerajaan negeri ‘campur tangan’ dalam syarikat- syarikat konsesi air di Selangor.

“Kami juga telah meneliti perjanjian utama yang melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Khalid sebelum itu dilaporkan berkata seksyen penguatkuasaan 114 WSIA dalam penstrukturan industri air di Selangor akan mengurangkan kos mengambil alih aset empat syarikat konsesi air sebanyak RM2 bilion kepada RM7.65 bilion.

Empat syarikat konsesi itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Pada 26 Februari lepas, Abdul Khalid dan Maximus menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri ini yang telah berlanjutan sejak 2008.

Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa 26 Februari lepas dan memastikan semua kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengesahkan pihaknya menerima surat daripada KeTTHA berkenaan pembayaran dana tambahan RM2 bilion daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri serta penerangan terma dan syarat penggunaan dana itu.

UPDATED ! MH370, 2 OBJEK BERKAITAN DIJUMPAI DI LUATAN HINDI -TONY ABBOTT >> video

Pautan kekal imej terbenam

kemaskini 1600pm:




MH370: Malaysia kerahkan aset untuk sahkan objek yang dikesan - Hishammuddin

SEPANG: Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat delegasi Australia di Hotel Sama - Sama di sini, beliau berkata maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-13 pada Khamis.

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.

Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan"

Kawasan carian untuk carian Australia telah dikurangkan kepada 300,000 kilometer persegi daripada 600,000 kilometer persegi.

"Seperti yang telah kita lakukan dengan imej daripada satelit China dan serpihan lain yang beberapa petunjuk lebih awal. Kami menggunakan format yang sama."

Hishammuddin enggan mendedahkan maklumat apa yang telah diberikan oleh kerajaan Australia.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbotmemaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz24 meteryang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.


Read more at:/www.astroawani.com/

Abbott memberitahu parlimen " maklumat baru dan boleh dipercayai " setelah  hampir dua minggu selepas pesawat hilang.



SYDNEY: Dua objek mungkin berkaitan dengan carian untuk hilang Malaysia Airlines MH370 telah kelihatan, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata pada hari Khamis, dalam penemuan yang berpotensi.

Abbott memberitahu parlimen " maklumat baru dan boleh dipercayai " setelah  hampir dua minggu selepas pesawat hilang.

Beliau berkata Australia tentera udara Orion telah pun dialihkan untuk melihat ke dalam objek dengan tiga lagi pesawat pengawasan untuk diikuti. Beliau tidak menyatakan di mana mereka tetapi Australia mengambil alih jagaan carian di Lautan selatan India.

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) telah menerima maklumat berdasarkan kepada maklumat satelit objek mungkin berkaitan dengan carian, " kata Abbott , sambil menambah bahawa dia telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.


lagi berita.....

PASUKAN PENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) AUSTRALIA SYAK OBJEK DITEMUI IALAH MH370 DI LAUTAN HINDI

Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut. Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sebesar 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth dipantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang dipancarkan melalui Internet.


Terdahulu, perdana menterinya Tony Abbott yang berucap di parlimen negara itu pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hidi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 dilencongkan dari laluan asal dengan sengaja.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin beritahu dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada dewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian -mk


LIVE: Australian news conference continues.
Australian maritime authority official calls objects credible and of "reasonable" size; largest object about 24 meters.

Possible plane debris spotted off Australia

Last updated: 5 minutes ago:


Australia sends airforce plane to ocean location of objects possibly related to missing Malaysian plane.

Australia has sent an aircraft to investigate two objects spotted by satellite floating in the southern Indian Ocean that could be debris from a Malaysian jetliner missing with 239 people on board, Prime Minister Tony Abbott said.

"New and credible information has come to light in relation to the search for Malaysia Airlines Flight MH370 in the southern Indian Ocean," Abbott told the Australian parliament on Thursday.

No confirmed wreckage from Malaysia Airlines Flight MH370 has been found since it vanished from air traffic control screens off Malaysia's east coast early on March 8, less than an hour after taking off.

"The Australian Maritime Safety Authority (AMSA) has received information based on satellite imagery of objects possibly related to the search," Abbott said.

"Following specialist analysis of this satellite imagery, two possible objects related to the search have been identified," he said.

In a news conference in Canberra, John Young, an Australian maritime official, said that one of the objects spotted could be as large as 24 metres.

Abbott said he had already spoken with his Malaysian counterpart Najib Razak and cautioned that the objects had yet to be identified, according to Reuters news agency.

"The task of locating these objects will be extremely difficult and it may turn out they are not related to the search for MH370," Abbott said.

Malaysia's transport minister, Hishammudin Hussein, confirmed the new lead to reporters in Kuala Lumpur.

He was speaking after Australia sent aircraft to investigate two objects spotted by satellite floating in the sea.

Abbott said that a Royal Australian Airforce Orion has been diverted to the area to attempt to locate the objects. The Orion is expected to arrive in the area on Thursday afternoon, the Associated Press news agency reported.

Three additional aircraft are expected to follow for a more intensive search, he said.

Abbott cautioned, however, that the task of locating these objects will be extremely difficult and "it may turn out that they are not related to the search for flight MH370."

Unprecedented search

Investigators believe that someone with detailed knowledge of both the Boeing 777-200ER and commercial aviation navigation switched off the plane's communications systems before diverting it thousands of miles off its scheduled course from Kuala Lumpur to Beijing.

Exhaustive background checks of the passengers and crew aboard have not yielded anything that might explain why.

The FBI is helping Malaysian authorities analyse data from a flight simulator belonging to the captain of the missing plane, after initial examination showed some data logs had been deleted early last month.

Abbott said a search aircraft was due to arrive at the area where the objects were spotted at about the time he was speaking in parliament.

A media briefing is expected in the Australian capital Canberra at 0430 GMT.

An unprecedented multinational search for the plane has focused on two vast search corridors: one arcing north overland from Laos towards the Caspian Sea, the other curving south across the Indian Ocean from west of Indonesia's Sumatra island
to west of Australia.

Australia is leading the search in the southern part of the southern corridor, with assistance from the US Navy



LIVE: Australian news conference continues.
Australian maritime authority official calls objects credible and of “reasonable” size; largest object about 24 meters.
澳方专家称非常可信是飞机残骸, 可疑物最大24米。
532a6f6d1da96_480_355
SYDNEY:  Two objects possibly related to the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 have been sighted, Australian Prime Minister Tony Abbott said on Thursday, in a potential breakthrough.
Abbott told parliament “new and credible information” had come to light nearly two weeks after the plane vanished.
He said an Australian air force Orion had already been diverted to look into the objects with three more surveillance planes to follow. He did not specify where they were but Australia has taken charge of the search in the southern Indian Ocean.
“The Australian Maritime Safety Authority (AMSA) has received information based on satellite information of objects possibly related to the search,” Abbott said, adding that he had informed Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Following specialist analysis of this satellite imagery, two possible objects related to the search have been identified.”
But he warned against drawing any premature conclusions.
“We must keep in mind the task of locating these objects will be extremely difficult and it may turn out that they are not related to the search for flight MH370,” he said.
Authorities in Kuala Lumpur on Monday asked Canberra to take responsibility for the “southern vector” of the operation to locate the Boeing 777, which disappeared on March 8 en route to Beijing with 239 passengers and crew on board.
The Malaysian government believes the jet was deliberately diverted and flew for several hours after leaving its scheduled flight path – either north towards Central Asia, or towards the southern Indian Ocean.
Australian, US and New Zealand long-range surveillance planes have been scouring a vast tract of the southern Indian Ocean since Tuesday, with the search focused on an area of 305,000 sq km (122,000 square miles), some 2,600km southeast of Perth. – AFP  

KUDA HUVADHOO PULAU TERDEKAT DENGAN DIEGO GARCIA..ADAKAH INFO PENDUDUK MELIHAT MH370 BOLEH DIPERCAYAI?



MH370: Australia Kesan Dua Objek di Lautan Hindi.....

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 


Tony Abbott

SYDNEY: Dua objek dipercayai mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berjaya dikesan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Khamis.

Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat 'baharu dan boleh dipercayai itu' pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang.Beliau berkata, pesawat tentera Orion milik tentera udara Australia digerakkan untuk meneliti objek tersebut.

Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi.

"Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti," katanya.~ms


Dakwaan pesawat dilihat di Maldives tidak benar, kata Hishammuddin



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) hari ini menafikan laporan yang mendakwa bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu dilihat terbang rendah di Maldives.

"Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang.

 Haveeru melaporkan penduduk di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar.

Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu
.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing," katanya.

Mengenai barisan depan diplomatik, Hishammuddin berkata kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

"Sejumlah aset, yang sudahpun komited, kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi. Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepatkan penempatan aset di sepanjang koridor carian," katanya.

Beliau berkata meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakannya kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui.

"Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa bahawa beberapa data radar diterima namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

"Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370," katanya. -


BANYAK SPEKULASI  PESAWAT MENDARAT DI DIGEO GARCIA?




Penganalisis percaya MH370 mendarat

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

    

19 Mac 2014

MH370 MAKLUMAT GRED 1 YANG BOLEH DIPERCAYAI -HARAP TIADA YANG NAFI PULAK

MH370: Laporan CTBTO beri harapan baharu usaha mencari dan menyelamat


KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

Read more at:astroawani.com



BERITA DIBAWAH GRED BERAPA PULAK.....MACAM TAK BOLEH PAKAI?

MH370: Pakar IT India dakwa temui imej satelit kemungkinan pesawat yang hilang
Bernama| Kemas kini: Mac 19, 2014



Imej satelit yang didakwa pesawat Malaysia Airlines yang hilang

NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.


Read more at: SINI

MH370 INDONESIA BANTAH LAPORAN SPEKULASI UTUSAN


MH370: Kedutaan Besar Indonesia kesal laporan Utusan Malaysia


 Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang merujuk spekulasi dalam portalCabal Times yang mengaitkan Indonesia terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pihak KBRI menegaskan sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, pemerintah Indonesia merupakan antara negara pertama menghulurkan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat.

"Kedutaan Besar lndonesia dengan tegas juga membantah tuduhan baahwa lndonesia terlibat dalam gerakan "rahasia globalisasi" atau "koalisi barat" yang memiliki agenda tertentu.
Spekulasi tersebut jelas tidak memiliki data dukung sama sekali dan hanya menciptakan kebingungan publik. Terlebih lagi, tulisan tersebut juga sangat melukai penumpang warga negara lndonesia, perasaan keluarga para penumpang, termasuk yang sedang dalam kondisi teramat sulit dan bersedih," kata kenyataan tersebut.

KBRI juga menegaskan komitmen yang diberikan Indonesia kepada semangat ASEAN dan hubungan dengan Malaysia yang sangat rapat.

"lndonesia juga akan terus memberikan dukungan dan kerjasamanya untuk mencari pesawat tersebut hingga ditemukan," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menjelaskan, lndonesia juga meminta agar spekulasi yang tidak bertanggung jawab dihentikan kerana tidak membantu usaha mencari pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang menjadi tujuan utama operasi SAR melibatkan 25 buah negara.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 17 Mac lalu, bertajuk "MH370 disembunyi di pangkalan AS di Diego Garcia?" dimuatkan dakwaan portalCabal Times bahawa sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.
Portal itu juga mendakwa Indonesia akan berdiam diri tentang apa yang dikesan pada radar mereka kerana negara tersebut dikatakan terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu.
LAGI BERITA BERKAITAN:

MH370: Dakwaan 'pakatan' Indonesia dianggap lucu


Kementerian Pertahanan Indonesia menolak spekulasi bahawa republik itu terlibat dalam pakatan tertentu untuk menyembunyikan kedudukan sebenar pesawat MH370, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Akhbar Umno itu, memetik laman web Cabal Times, melaporkan spekulasi MH370 mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Gracia dan radar Indonesia didakwa sudah pasti mengesan kedudukannya.



Menurut laporan itu lagi, Indonesia yang dipercayai terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri.

Bagaimanapun, Merdeka.com melaporkan perkara itu ditanggap dengan tenang oleh pemerintah Indonesia yang melibat tanggapan itu sebagai “sangat lucu”.

“Kita kan membantu mereka, salah satu dari 25 negara yang bantu mencari, sampai sekarang,” pegawai kanan Kementerian Pertahanan Indonesia Sumardi Brotodiningrat dilapor sebagai berkata di Jakarta Pusat pada Isnin.

Sumardi juga berkata hairan dengan dakwaan itu dan berkata ia harus dijelaskan.

"Saya belum tahu apa-apa, saya mengamati terus, kita belum tahu pesawatnya di mana," katanya.

THAILAND KESAN PESAWAT MH370

APAKAH MAKLUMAT INI TIDAK BENAR.....MENGAPA CARIAN KEARAH KORIDOR UTARA & SELATAN.....MUNGKIN TEORI DAN SPEKULASI KEARAH DIEGO GARCIA DIPERBESARKAN....?

Thailand kesan radar pesawat MH370, India kata pesawat lepasi semakan radar di Lautan Hindi


Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 menggandingkan 26 negara, termasuk Thailand dalam carian di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. – Gambar Reuters, 19 Mac, 2014.

Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12 dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10 hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian kepadanya.”

India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang melakukan semakan radar.

Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing.

Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia itu dipadamkan.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.

Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.

Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370 dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.

Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3 dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai "memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengambil gambar.


Pesawat dan kapal Indonesia dan Australia mencari di kawasan perairan selatan kepulauan Sumatera sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa kapal tentera laut Malaysia juga sudah memulakan pencarian pesawat hilang itu selepas lebih banyak aset ketenteraan digunakan untuk mencari MH370.

Pesawat MH370 berlepas daripada Kuala Lumpur pada 12.41 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac dan transponder yang membenarkan pusat kawalan trafik udara mengenalpasti dan mengesan pesawat itu terputus komunikasi pada 1.21 pagi, kata pihak berkuasa Malaysia.

Montol mengatakan radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan yang sepatutnya dilalui MH370, kembali menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat itu kemudiannya membelok ke kanan, ke arah Butterworth, sepanjang Selat Melaka.

Isyarat radar tidak kerap dan tidak mengandungi sebarang data seperti nombor penerbangan.

Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa begitu lama untuk mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, “Pihaknya tidak memberi perhatian kepada maklumat tersebut. Pasukan Tentera Udara Diraja Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada negara ini.”

Portal berita Kanada itu melaporkan beliau sebagai berkata pesawat MH370 tidak pernah masuk ke kawasan udara Thailand dan permintaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat pada awal misi pencarian tidak spesifik.

"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan adanya andaian serta maklumat baru daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, kami melihat semula maklumat yang ada.

"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.

Sementara pegawai India memberitahu CNN bahawa jika MH370 terbang melalui selatan Lautan Hindi, berkemungkinan besar sistem radar India tidak akan menyedarinya.

Pegawai tentera India mendedahkan sistem radar yang meliputi kepulauan Andaman dan Nicobar tidak dipantau secara dekat oleh tentera India seperti pihak lain.

Ini menyebabkan kemungkinan sistem tersebut tidak sedar pesawat MH370 terbang di kawasan tersebut, lapor stesen televisyen antarabangsa itu.

“Jika pesawat 370 terbang melalui koridor selatan, ia berkemungkinan melalui ‘lubang hitam’ di Lautan Hindi.

“Kemungkinan sistem radar India tidak menyedari pesawat 370 menakutkan, kerana jika mereka menyedari isyarat pesawat tersebut, laluan penerbangannya dan jadual, kawasan pencarian akan menjadi lebih fokus,” kata CNN.

Selain lubang hitam dalam pemantauan radar, pesawat tersebut mungkin juga terbang pada altitud serendah 5,000 kaki bagi mengelak dikesan, lapor New Straits Times Press pada Isnin.

Tetapi pakar penerbangan mengatakan altitud rendah itu tidak cukup untuk mengelakkan radar dikesan, kerana sistem tersebut mampu mengesannya dalam keadaan begitu, dan jika ia terbang rendah, orang yang berada di bawah pasti akan mengesannya.

Komander William Marks, jurucakap 7th Fleet AS mengatakan mencari pesawat tersebut sama seperti mencari beberapa orang di antara New York dan California.

Kawasan pencarian baru meliputi 2.24 juta persegi batu nautika dari Laut Kaspia ke utara dan selatan Lautan Hindi.

18 Mac 2014

TERKINI : MH370... Juruterbang tak pernah lalu koridor Utara, Selatan kata CEO MAS



Kedua-dua juruterbang dan pembantunya dalam pesawat MH370 tiada pengalaman di kawasan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sekarang.

“Tiada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengalaman kedua-dua mereka menggunakan laluan baru yang berubah daripada haluan KLIA-Beijing.

Katanya, melihat kepada koridor Utara, tiada pesawat komersial Malaysia yang terbang di laluan itu.

“(Untuk) koridor Selatan, melainkan kami terbang ke pulau-pulaunya, (tetapi) kita tidak terbang ke pulau-pulau itu,” katanya di Hotel Sama-Sama di KLIA, Sepang. ~mk

PANAS! BN BERKEMPEN GUNA BAND ROCK BERSERBAN..INI KES TUTUP KONSERT MELAMPAU [VIDEO]

BN tawar kumpulan rock berhijab, berserban

setelah  6 org mati kerana konsert anjuran kjaan UMNO.. kini umno nak berlakon lagi.. harap pengundi Kajang jgn percaya dgn dajal umno yg amat memerbahaya pada akidah umat islam dan merosakkan bangsa melayu..



Usaha menampilkan kumpulan muzik sebagai tarikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang turut menjadi tumpuan BN.

Parti berkenaan mengundang Alfarabi Band, satu kumpulan yang mempersembahkan lagu-lagu berentak keras di pentas ceramahnya di Metro Point, Kajang pada malam tadi.


Menurut jabatan penerangan Umno, kumpulan dianggotai seorang wanita berhijab dan empat lelaki berserban itu dipilih kerana mesej dakwah Islam dalam karya mereka.

"Mereka membawa konsep kesederhanaan tetapi mendakwahkan Islam melalui muzik.

"Ini menyegarkan semula kepercayaan Islam menerusi muzik," kata pegawai jabatan tersebut, Naseron Ismail ketika ditemui semasa persembahan kumpulan tersebut.

Persembahan tersebut diadakan di atas satu kontena mudah alih, dengan latar belakang yang dihiasi tulisan “Jihad music”.
Kumpulan itu turut mempersembahkan sebuah lagu nasyid klasik bertajuk Di Pondok Kecil, nyanyian asal kumpulan Nada Murni, yang digubah semula dengan irama metal.

Persaingan dengan mempersembahkan kumpulan muzik berentak keras ini muncul selepas Pakatan menampilkan lima orang bintang rock 90-an di pentas mereka dalam kempen tersebut.

Usaha untuk menampilkan hiburan menumpukan golongan muda ini dipercayai dijalankan untuk menarik semula tumpuan ke arah kempen.

Kempen pilihan raya umum ini, yang bermula pada 11 Mac dilihat kurang mendapat perhatian berbanding isu berhubung kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.


Konsert FMFA Dimana 6 Maut, Sekretariat Visit MY Terus Sokong Konsert!


Berikut dipaparkan video Konsert FMFA 2014 yang mendapat restu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, yang telah mengakibatkan 6 orang maut dan berbelas yang lain mendapat rawatan akibat dadah.

Mengapa GB katakan konsert ini mendapat restu Kementerian pelancongan dan Kebudayaan kerajaan Malaysia? Gambar berikut menjelaskannya:


Malah Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah kementerian pelancongan & Kebudayaan juga masih terus "menyokong penuh" penganjuran aktiviti maksiat tersebut seklaipun telah ada kematian. Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang menyatakan:

"Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..." 

Gila betul. Hancur negara anak muda dikerjakan UMNO BN.

Ini video Konsert tersebut.. Bagaimana penonton nak bertenaga untuk terkinja-kinja berjoget selama 3 hari kalau bukan bersumber dari pil-pil khayal... Jelas dan nyata.. Ini bukan konsert nyanyian semata-mata tapi parti liar yang dianjurkan secara besar-besaran.... Kerajaan patut buat kajian dari awal benda sebegini sebelum diberi permit penganjuran.... -fb TV PRU13 KREDIT GB


TUAN PRESIDEN TERSEMPOI DIDUNIA P KERJA NAIK KAPCAI...!!!



Jose Mujica Presiden Uruguay tetap setia dengan kapcainya walau berurusan rasmi.



Jose Mujica, presiden PEMURAH & MUDAH 

Beliau merupakan seorang pemimpin disayangi rakyat Uruguay. Jose Mujica digelar 'presiden termiskin dunia', disebabkan sifat pemurahnya yang sanggup mendermakan 90 peratus daripada gaji bulanannya kepada rakyat miskin. Setiap bulan, pemimpin mesra rakyat ini hanya membelanjakan AS$1,250 (RM3,877.50).

Sekali pandang, beliau kelihatan seperti warga emas yang hidup bersama isteri di dalam rumah usang dan memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berharga hanya AS$1,945 (RM6,023).

Namun, siapa sangka lelaki beruban dan hanya berpakaian biasa ini adalah Presiden Uruguay yang amat disayangi rakyatnya. Jose Alberto Mujica Cordano atau Jose Mujica, 78, adalah ahli politik Uruguay dan presiden negara itu sejak 2010 sehingga ke hari ini.

Pengamal vegetarian ini digambarkan sebagai 'presiden termiskin dunia', apabila menyumbangkan 90 peratus daripada gaji bulanannya untuk dimanfaatkan kepada orang-orang miskin serta pengusaha kecil.

Mujica dilahirkan pada 20 Mei 1935. Bapanya Demetrio Mujica adalah lelaki berbangsa Sepanyol dan ibunya bernama Lucy Cordano berketurunan Itali. Keluarga ibunya adalah pendatang miskin dari Piemonte, Itali.

Bapanya pula lahir daripada keluarga petani kecil-kecilan yang kemudian diisytiharkan muflis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1940 iaitu sewaktu Mujica berumur 5 tahun.
Sewaktu meningkat remaja, Mujica melibatkan diri dalam sukan berbasikal di bawah naungan beberapa persatuan.

Ketika zaman mudanya pula , Mujica aktif dengan pergerakan Parti Nasional sekali gus menjadi pemangkin kepada keakrabannya dengan ahli politik terkenal, Enrique Erro. Mujica bagaimanapun bertemu jodoh tatkala melewati usia 70-an iaitu pada 2005.

Beliau menamatkan zaman bujang bersama Lucia Topolansky yang merupakan ahli setia Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Tupamaro (MLN-T) dan berstatus Senator Uruguay.

Mujica dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka menetap di kawasan ladang di pinggir bandar Montevideo dan menjalankan aktiviti menanam bunga chrysanthemum sebagai cabang ekonomi sekeluarga.

Menariknya, Lucia tidak mengeluh dengan keputusan suaminya untuk meneruskan kehidupan seperti rakyat miskin tanpa kemewahan duniawi. "Beliau enggan tinggal di dalam istana presiden yang mewah atau menggunakan orang gaji," kata Lucia.

Bekas pemimpin gerila

Pengalaman di masa lalu merupakan petanda mengapa Mujica memilih untuk hidup seperti rakyat biasa. Beliau yang juga bekas pemimpin gerila berhaluan kiri, MLN-T, mengguna pakai strategi yang diakui agak kejam buat dirinya demi membantu rakyat miskin.

Sebelum dilantik sebagai presiden, Mujica begitu aktif dengan pergerakan MLN-T dan pernah dihukum penjara selama 14 tahun pada 1972. Namun, masih ada beberapa pihak yang panas punggung apabila Mujica dilantik menerajui negara dengan alasan 'beliau tidak layak digelar presiden'.

Tidak mengalah dengan kritikan, Mujica yang dilabelkan sebagai individu berpengetahuan luas amat disukai rakyat kerana memiliki sifat kepimpinan melalui teladan.

Aktivis kemanusiaan antarabangsa melaporkan, corak kepimpinan Mujica amat telus di mana beliau mengimplementasikan kehidupan sederhananya yang sangat mudah.

"Beliau menunjukkan contoh terbaik dengan meneruskan kehidupan mudah dan berbakti dengan alam tanpa mewujudkan jurang darjat dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara," katanya.

Gaji Mujica perkapita
- AS$150,000 (RM465,300) setahun.
- 90 peratus diserahkan kepada penduduk.
- Guna AS$15,000 (RM46,530) setahun.



Jose Mujica Presiden Uruguay sejak 2010 hingga kini. Masih pandu sendiri Volkswagen Beetle dibeli 1987.


TEORI BARU: THE INDEPENDENT DEDAH LOKASI PENDARATAN MH370

The Independent Dedah Lokasi Pendaratan MH370












Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.

Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.

Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.

Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan.

Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban.

Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran.

"Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,'' katanya.

Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. ~agensi

17 Mac 2014

PANAS! #MH370 PUNCA CHINA SELAR MALAYSIA TERSEBAR !!!

China selar Malaysia beri maklumat ‘bercanggah’ tentang MH370

Media cuba menebual keluarga penumpang MH370 di Beijing yang masih menunggu berita nasib pesawat malang itu. Gambar fail Reuters.



China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin ‘sengaja’ dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak.

“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu.

“Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya.

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas.

“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily.

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut.

“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin.


“Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao.

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia.

“Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?”

“Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia.

Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.”

Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:”Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat.”

Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:”Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini.”

TERKINI! GAMBAR TENTERA US BERADA DI KB & IPOH TERSEBAR???

Ada maklumat mengatakan tentera US mula berada di KB dan Ipoh. Benarkah maklumat ini dan apakah tujuannya?#PrayMH370

pic.twitter.com/jUFNNLHpEr

 Ditweet semula oleh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...