28 Julai 2012

Terkini! Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini

Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini

PETALING JAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.

Walaubagaimanapun, Lajim yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.

Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi. -


Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.

“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.

Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.

Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Najib Altantuya melawat Sabah, Jun lalu.Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.

Lajim pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.

Difahamkan bersama beliau termasuk 27 ahli jawatankuasa bahagian itu telah mengumumkan melepaskan jawatan .Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat.


Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan Ubn serta tarikh pembubaran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya pada hari atau awal Oktober.

Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

KAJIAN MPN BUATKAN NAJIB MAKIN CELARU DAN PENING!



SHAH ALAM - Pas mendakwa hasil kajian beberapa anggota Majlis Profesor Negara (MPN) "agar berbeza dan bercelaru" antara satu sama lain, sekali gus akan menyukarkan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sambil berkata pihaknya menghormati hasil kajian beberapa universiti yang diumumkan baru-baru ini dan terbaru semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil kajian terbaru semalam akan meletakkan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang "sukar."

"Saya fikir ia akan meningkatkan kecelaruan dalam mencari tarikh yang sesuai bagi memanggil pilihan raya dan dalam menentukan masa depan politik BN dan Umno," kata beliau.
~sinarharian

Kantoi! Rais Yatim " DICAPATI "


Video Lagu Tema Hari Merdeka Undang Kritikan Diruang Siber

ULASAN : Ruang laman sosial Facebook dan Twitter dihangatkan dengan isu video lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 yang dilihat sebagai modal politik Umno-BN untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Jika sebelum ini lagu ‘Bahtera Merdeka’ berkumandang setiap kali sambutan kemerdekaan, tahun ini menyaksikan lagu bertajuk ‘Janji Ditepati’, lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim dipilih menjadi lagu tema sambutan kemerdekaan negara.

Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.

Video berkenaan yang telah dimuatnaik ke laman Youtube pada 23 Julai 2012 dengan menggunakan nama akaun NazS10.

Berdasarkan pemerhatian TV Selangor sehingga jam 6.30 pagi tadi video berkenaan ditonton oleh 11,374 orang dan berjaya mengumpul 3,292 ‘Dislike’ sementara 50 ‘Like’.

Ruangan komen video berkenaan turut mendapat kritikan lebih hebat dari pelayar internet yang rata-rata tidak bersetuju dengan tema berkenaan.

Dijangkakan lebih ramai pelayar internet akan memberikan kritikan hebat sekaligus pola ‘Dislike’ akan mengungguli rating video berkenaan.

Video tersebut boleh ditonton pada pautan http://www.youtube.com/watch?v=MzWHRz-owZ8


Selain video, logo tema kemerdekaan ‘Janji Ditepati’ turut menjadi sindiran pelayar internet yang mengubah slogan berkenaan kepada ‘Janji Dicapati’ sebagai tanda protes.


Sebelum ini, pelbagai pihak mempertikaikan pemilihan tema Hari Kemerdekaan tahun ini yang dilihat cuba dipolitikkan oleh BN yang semakin kehilangan kepercayan rakyat ekoran pelbagai pendedahan penyelewengan termasuk beberapa projek yang memperlihatkan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pakatan Rakyat turut menggesa tema berkenaan ditukar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk kerajaan berbuat demikian. Jika kerajaan masih berkeras untuk menggunakan tema berkenaan, negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mungkin menggunakan tema lain yang lebih sesuai dengan unsur kemerdekaan.

Slogan ‘Janji Ditepati’ turut menjadi tema siri jelajah 1Malaysia Barisan Nasional ke seluruh negara sebagai modal ‘kempen awal’ kepada rakyat.

Minggu ini turut dibangkitkan satu lagi kontroversi iklan ‘Saya Pilih Malaysia’ yang telah diterbitkan di semua stesen televisyen dan akhbar media arus perdana dengan memaparkan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan beberapa selebriti terkenal.


Luahan blogger umno mengenai isu logo dan lagu kemerdekaan 2012.



Ini bukan menghentam tapi dengan niat menegur...
(cuma mungkin nada teguran agak keras kerana
dua kesilapan yang dilakukan hampir serentak)
Kerana masalah utama kebanyakan pimpinan UMNO adalah
merasakan diri mereka pandai serba-serbi.

Tak payah nak memandai sangat...
for some matters, just leave it to the PRO!

Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55
yang bertaraf longkang... Muncul pula lirik lagu yang bertaraf
sampah-sarap di pinggir jalan!

Gua mulakan dengan LOGO yang mendapat cemuhan
sebilangan besar rakyat Malaysia.
Percaya atau tidak cuma rakyat Malaysia
yang rabun itik dan kaki bodek seperti Rais Yatim
saja yang akan bersetuju jika logo di bawah ini tetap digunakan
untuk merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
LikePage Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 5,000 rakyat Malaysia

Dan apa yang kelakar ~ Rais Yatim tetap mempertahankan
idea & 'kreativiti'nya.

Terkini! Kawan rapat Najib akan sertai PAS?



KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.

Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/

Berikut adalah tulisan beliau.

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas. Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi. Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

27 Julai 2012

Panas Pendedahan !!! Mahathir mengaut Komisyen berbillion semasa menjadi PM?

Mahathir Ada Kepentingan 20% Dalam Berjaya Group?

Mahathir Mohamd bekas PM selama 22 tahun yang ditaati dan dianggap tokoh 'syahdu' serta dianggap sebagai mujadid oleh setengah glongan dalam Umno menganggap bekas PM itu sebagai terbaik apabila tidak mengumpul harta untuk dirinya sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, terdedah akan kemunafikannya apabila seorang ahli korporat memberitahu Mahathir dikatakan mempunyai banyak kepentingan dalam beberapa syarikat tertentu di negara ini.

Mahathir Mohamad

Kata ahli korport itu Mahathir mengaut keuntungan menerusi komisyen yang diberikan oleh syarikat-syarikat di mana mendapat projek bernilaian billion ringgit yang dianugerahkan olehnya. Mahathir juga mendapat komisyen (saguhati) dari setiap projek mega yang diluluskan bernilai ratusan juta ringgit.


Beliau yang mengakui menjadi senang kerana Mahathir, mendedahkan Mahathir dikatakan mempunyai kepentiungan 20% dalam syarikat Berjaya Group yang turut terlibat dalam perjudian seperti Sport Toto, Magnum dan sebagainya.

"Mungkin ramai orang tidak tahu akan kepentingan Mahathir kerana kebijaksanaan beliau dalam menyembunyikan kepentingan itu," kata ahli korporat itu yang menjadi nomines kepada tokoh perniagaan terkenal dari Umno di zaman Mahathir berkuasa.

Akui beliau yang kini masih menjadi beberapa lembaga pengarah syarikat ada kepentingan dengan Umno, pandangan dan sokongannya kepada Mahathir berubah apabila mengetahui hal itu.


Jelasnya lagi selain Berjaya Group, Mahathir juga mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat gergasi lain. Misalnya syarikat pembinaan (kontrektor) telah menganugerahkan beberap unit banglo untuk Mahathir yang kini hasilnya dikutip dengan menyewakan dengan pendapat RM800,000.00 sebulan.

Paling mengejutkan Mahathir juga dikatakan, mempunyai kepentingan bukan dari syarikat-syarikat besar tetapi syarikat kecil juga beliau mendapat manfaatnya. Di Langkawi katanya Mahathir memiliki beberapa gerai yang disewakan kepada peniaga tempatan dengan kutipan hasil kurang RM1,000 untuk satu unit.


Pendedahan ini menafikan tanggapan seorang wakil rakyat yang menjual kepada orang kampung Mahathir kononnya perdana menteri yang tidak kaya dan paling bersih. Wakil rakyat yang pernah menyatakan kesanggupan untuk mencium punggung Mahathir pernah mendapat imbuhan RM1 juta tunai dari bekas PM itu, bertegas mempertahankan Mahathir paling bersih di antara pemimpin yang lain di negara ini.

Ketidakpercayaan Mahathir adalah PM Malaysia terkaya juga timbul apabila setiap kali ditimbulkan isu pembolotan harta, Mahathir berjaya meragui keyakinan orang ramai dengan jawaban yang bersifat menyinis.Apa-apa sesuatu yang benar mengenai dirinya akan diakui secara sinis menyebabkan orang tidak percaya kepada dakwaan buruk ke atasnya.

Misalnya kalau ada tuduhan mengatakan dia seorang diktator atau tidak amanah akan dijawab; iya saya memang diktator dan tidak amanah. Secara tidak langsung dengan jawaban menyinis itu Mahathir boleh mengelirukan pandangan orang terhadapnya.

Sebenarnya banyak bukti jelas menunjukkan Mahathir banyak membolot harta negara. Contohnya macam mana salah seorang anak lelakinya boleh muncul menjadi orang yang disenaraikan 10 terkaya di negara ini. Apakah perniagaan anak lelaki beliau itu? Tidak pernah terdedah apa-apa perniagaan anak lelakinya itu seperti mana dilakukan Syed Mukhtar Al Bukhari atau orang-rang kaya lain khasnya dari kalangan Cina.

Kekayaan anak Mahathir itu pasti akan menjadi tanda tanya. Kegagalan mencari sumbernya akan menyerlahkan bahawa kekayaan anaknya itu adalah hasil pemberian Mahathir untuk anak-anaknya. Dari mana wang itu diperolehi? Jawablah sendiri.


Kata Abdullah Badawi setelah jadi PM baru dia mengetahui bahawa seorang PM mempunyai kuasa besar boleh melakukan apa saja, dan mungkin mengumpulkan harta kekayaan kemudian dicampak kepada anak beranak sendiri. Cis... kepada wakil rakyat yang menjual kononnya Mahathir PM terbersih! -MSO

Panas: Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF)Akan Gegar Putra Jaya

MP BN Sabah jemput Anwar ke pelancaran SRF



Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.


"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.

Najib..hanya harap Panadol....

Najib cuba hilangkan sakit Umno tetapi …

Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan Umno, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk Umno menyelamatkan beliau.

BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. Umno khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan Umno serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Umno akan menjadi parti yang “orphanage”, iaitu parti yang seperti anak yatim yang ditinggalkan ibu bapanya. Umno akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh parti-parti komponen di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli kepada BN sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan Umno di mata rakyat kerana kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat penting sebagai tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka tidak akan ada lagi kekuatan pada BN.

Jika seseorang itu sudah lemah dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan dapat dilakukan lagi oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa, hendak bongkok pun tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga yang “effective”. Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya dan tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk menguruskan rakyat.

Sesungguhnya Umno sedang sakit tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk menahan kesakitan yang sedang mereka (Umno) alami sekarang. Sesungguhnya Umno tidak dapat membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat meleraikan masalah kesakitan yang dihadapinya.

Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk memperbaiki diri daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan Panadol untuk menghilangkan sakit kerana Panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol itu tidak akan mengubati penyakit.

Elok kita kaji anologi yang ini:

Jika Mamat rasa sakit kepala dia akan makan Panadol maka sakit itu hilang sekejap. Besoknya Mamat rasa sakit telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji panadol dan sakit telanga itu hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit tengkuk pula, dan seperti biasa dia telan lagi dua biji Panadol.

Maksud saya di sini, Panadol itu akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi Mamat tidak mahu ambil kisah tentang penyakit yang sebenarnya yang dihidapinya. Sebenarnya, Mamat sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke hospital dan ubati penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata, tengkuk dan kepala tadi tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan panadol untuk menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.



Begitulah yang Najib lakukan sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit kepada Umno itu sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Selepas itu beliau rasa ada kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar yang murah kepada semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang. Lepas itu Najib umum elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua ringgit.

Yang terakhir Najib umumkan bonus raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya ini hanya pertolongan untuk menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya cari apa penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno itu. Bantuan seperti memakan Panadol ini tidak akan menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan datang semula tidak lama selepas itu kerana sebenarnya Umno mempunyai penyakit yang tidak diubati dan penyakit ini sudah begitu lama dihidapinya.

Penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat serius. Keyakinan rakyat sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan rasuah yang berluas-luasa dalam Umno dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan Umno sendiri sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara dengan baik dan bermoral. Pemimpin-pemimpin Umno berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak dan bapa mereka yang punya.



Trillion ringgit sejak sepuluh tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara haram dan kesemua wang itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk pimpinan bukan sahaja menjadi PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah kontraktor mengambil kesemua peluang yang terdapat melalui projek-projek raksasa infrastruktur negara untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.

Mereka menyamun dan merompak tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60 peratus masih melata dalam kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan rakyat Kelantan dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri mereka.

Banyak lagi senarai yang panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting ini. Inilah penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan membayar BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit sementara seperti Panadol.

Oleh kerana terlalu banyak makan Panadol, ubat Panadol ini pun tidak “effective” lagi kerana sistem badan kita sudah “immune” dengan jumlah Panadol yang kita makan itu. Di sinilah letaknya penyakit Umno yang tidak pernah terubat dan diambil perhatian.

Cara Najib menyelesaikan masalah hanyalah dengan membayar sana dan membayar sini dan SOP pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang seperti beliau mengendalikan Umno bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua masalah akan selesai jika dibayar dengan wang ringgit sahaja.



Oleh itu marilah kita membina keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk menhilangkan penyakit yang kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti memakan ubat tahan sakit seperti Panadol ini, kerana Panadol tidak boleh menyembuhkan penyakit.

Panadol hanya setakat menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan Panadol siang dan malam.

Umno perlukan rawatan rapi dan wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau tidak boleh juga sembuh berehatlah terus menerus.

Rakyat mahukan parti yang cergas dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita capai lebih dari lima dekad dahulu.

— aspanaliasnet

Kantoi!!! Wakil rakyat Umno Kedah (PEMBANGKANG) tiada wang

Mereka mendakwa tidak mendapat sumbangan dari korporat dan individu.

Ir.Nawawi (topi merah) sedang menyampaikan sumbangan kepada penduduk Pulau Tuba Langkawi.

ALOR SETAR: Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk melaksanakan aktiviti.

Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.
“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.

“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.“Setakat ini sumber kewangan kami ialah dari Umno Pusat dan Umno negeri tetapi jumlahnya tidak banyak. Sumbangan korporat dan individu tidak ada langsung.

“Kalau wang sedikit, program pun sedikit. Saya difahamkan seorang ADUN di Melaka mendapat peruntukan RM350, 000 setahun manakala di Terengganu RM400, 000,”
kata beliau.
Bagaimanapun, Nawawi tidak memberitahu jumlah peruntukan yang diperolehi dari Umno Pusat dan negeri.

Beritahu Najib

Menurut Nawawi, beliau pergi menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberitahu Perdana Menteri bahawa pemimpin Umno di Kedah tidak mempunyai wang.
“Saya beritahu Datuk Najib, jika mahu merampas semula Kedah, kena beri bajet,” tambahnya
.

ADUN Umno Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid turut mengakui dakwaan tersebut.Beliau berkata,

pemimpin Umno negeri susah mendapat wang untuk membolehkan mereka melaksanakan program rakyat.

Katanya, pemimpin Umno di Selangor lebih beruntung kerana mempunyai wang yang banyak.
“PAS sudah membuat program, bermakna mereka ada wang,” tambahnya.Kedah dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 12 tahun 2008. Manakala Kelantan diperintah Kelantan sejak 1999.

PROGRAM NAWAWI BERSAMA PENGURUS LADA

26 Julai 2012

Populariti Najib Terus Merudum!!!

Merdeka Center : Populariti Najib Razak Terus Jatuh

SHAH ALAM 26 JULAI : Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.

Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.

Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

“Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media.

Ujar beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.

“Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga,” kata beliau lagi.

Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa “mereka gembira dengan kerajaan”, penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012.

Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata ‘gembira’ dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012.

“Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka,” katany
a.

Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012.

Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus.

Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon.

Kalut! Kajian UUM Kantoi Umno Kedah tolak Mukhriz bakal calon MB


Tak sampai 24 jam selepas spekulasi bertiup kencang di Kedah berkenaan isu siapa yang paling layak jadi Menteri Besar, rupanya jadi bukti Umno-APCO terus bergolak!Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Ini mengesahkan lagi dalam Umno terdapat 4 Kem, 1 kem Najib,Kem Mahatir, Kem Mahyuddin juga Kem Ketua Bahagian.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,” kata seorang pemimpin Umno bahagian.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?

“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.



Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan satu kajian yang dibuat oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN
lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang."Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Ia membandingkan peluang Mukhriz berbanding tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua

perhubungannya Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Mahdzir Khalid.

Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden Melayu memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.

Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur.

Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

KACAU!!! '' Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun".....Pelacur berkeliaran dikawasan masjid...


Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri !



KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan.

Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini.

Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit.

Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.



Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya.[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?.

Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila".

Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini
].HD

BUMBURING ALU-ALUKAN SIASATAN SPRM


AHLI Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menafikan menerima projek NKRA bernilai jutaan ringgit daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti dakwaan dalam artikel 'Shafie Mungkin Gugur Pru-13?' dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan yang dihantar melalui sms, Bumburing menolak dakwaan bahawa beliau telah menerima projek berjuta ringgit nilainya oleh Shafie Apdal dan kini sedang di siasat oleh SPRM mengenainya.

"Sepanjang sejarah politik saya, terutama sejak Shafie Apdal menjadi Menteri Persekutuan, saya tidak pernah ditawarkan projek olehnya sebagaimana yang di dakwa itu," kata Bumburing yang menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai liar dan bertujuan menjatuhkan reputasinya sebaik sahaja beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Kata Bumburing lagi, beliau tidak menyedari sama ada beliau sedang disiasat oleh SPRM tentang projek yang dikatakan sebagai diberi oleh Shafie Apdal.

"Untuk makluman, secara peribadi saya dan Shafie Apdal adalah kawan baik dan rakan seperjuangan yang saling memahami peranan masing-masing," kata Bumburing yang menzahirkan keikhlasan memberi kerjasama sepenuhnya jika ada sebarang siasatan SPRM demi membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Dalam pada itu, siasatan Sabahkini.net mendapati daripada 16 Projek NKRA yang dimaksudkan disiasat SPRM, tiga daripadanya terletak di daerah Tuaran iaitu Projek membina Jalan Bungallo-Longkou Lama-Timbok, Tuaran; Projek membina Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu, Tuaran dan Projek membina Jalan Poring-Tebobon, Tuaran, Sabah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak tertentu menggunakan nama, pengaruh dan persetujuan Bumburing untuk mendapatkan projek yang dijalankan secara tender tertutup berkenaan.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa di Sabah jika projek KKLW tidak diketahui atau dimaklumkan kepada Ahli Parlimen kerana sudah menjadi lumrah sejak Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW, bagaimanapun sebelumnya semua senarai projek wajib melalui atau diketahui Ahli Parlimen sebelum dilaksanakan.

Manakala Bumburing enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kebijaksanaan SPRM menjalankan siasatan.

"Memang pembangkang tak boleh memerintah, tapi pemerintah boleh memerintah.

Kami mampu perintah Pusat, PR jawab KJ

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengakui perbezaan pendapat memang berlaku dalam perikatan empat tahun itu, seperti didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, namun itu bukan halangan bagi mereka menerajui Kerajaan Pusat dengan baik jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi menegaskan, pihaknya sudah berada di peringkat untuk memerintah Kerajaan Pusat, bukan lagi hanya menjadi pembangkang - peranan yang dimainkan sejak lima dekad lalu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perbezaan pendapat memang sering berlaku antara parti pembangkang, namun PR telah berjaya membuktikan pentadbiran negeri yang menjadi milik pakatan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Menurutnya, empat negeri PR termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berjaya ditadbir bersama oleh parti pembangkang walaupun ideologi yang diperjuangkan berbeza.

"Tengok empat negeri PR, itu sudah cukup membuktikan kami mampu mentadbir dengan baik.

"Memang dalam semua parti ada perbezaan pendapat, tapi kami tetap bersama," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, perbezaan pendapat dalam parti sering diatasi dengan menggunakan jalan penyelesaian secara aman dan saksama.

"Kita tak pernah berbalah, kita selesaikan secara aman dan saksama.

"Tak ada penipuan digunakan, kita tak nak terjadi seperti di negara-negara Arab," katanya.

Beliau menegaskan, walaupun berlaku perbezaan pendapat dalam pakatan berusia empat tahun itu, namun parti-parti pembangkang sentiasa bersatu dan mencari jalan penyelesaiannya secara aman dalam proses menjadi pemerintah kelak.

Kelmarin, Khairy menyifatkan perbezaan pendirian antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang memberi mesej ketidakmampuan mereka mentadbir negara sekiranya mendapat peluang itu ekoran isu perlembagaan sering dipertikaikan.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, N. Surendran mengakui perkara yang sama.

Namun PR, menurut beliau, menggunakan platform bersama dalam menyelesaikan perbezaan pendapat.

Katanya, perbezaan pendapat yang berlaku bukan menjadi halangan kepada PR untuk mengemudi negara.

"Pendapat yang berbeza kami hormati, tapi manifesto yang dipersetujui telah menjadi platform," katanya lagi.

Surendran berkata, segala isu yang timbul dalam parti dibincangkan secara terbuka supaya rakyat boleh menilai dan menjadi hakimnya.

"Kita tak akan sembunyi isu-isu yang timbul, kita bincang secara tebuka kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu turut mengakui perbezaan pendapat berlaku, tetapi beliau yakin PR mampu memerintah sekiranya PR bukan lagi pembangkang.

Menurutnya, isu tersebut bukan memberi masalah kepada pembangkang untuk tadbir negara dan telah terbukti PR mampu tadbir empat negeri di bawah jajahan mereka.

"Memang pembangkang tak boleh memerintah, tapi pemerintah boleh memerintah.

"Kami yakin akan jadi pemerintah yang boleh memerintah, bukannya pembangkang," katanya

Panas!!! FIX Deposit BN sudah CAIR......

Sabah dan Sarawak bukan lagi – FIX DEPOSIT Barisan Nasional

Peranan Negeri Sabah dan Sarawak penting untuk memberikan imbangan dalam senario politik di negara ini sejak 50 tahun lalu. Ahli Panel, Prof Dr Jayum anak Jawan berkata, ia sudah menjadi tugas kepada kedua-dua negeri tersebut bertindak sebagai penyelamat kepada parti pemerintah dan tugas ini digalas buat pertama kali pada tahun 1948.

Menurutnya, perkara yang sama berlaku sekali lagi pada 1963, seterusnya pada 1969 sebelum Barisan Nasional (BN) menghadapi masalah majoriti pada pilihan raya umum 2008.
”Tugas kami menyelamatkan Melayu, Umno dan BN setiap kali mereka mengalami masalah. Bagaimanapun apa yang menyedihkan kami sering dijadikan anak tiri dalam apa jua bidang di negara ini.

”Kami juga tidak pernah merasa jawatan penting dalam semua pentadbiran negara, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelbagai jawatan yang lain,” katanya dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’ di sini, hari ini.

Perbincangan pusingan kedua ini membawa tajuk ‘Sabah dan Sarawak: Simpanan Tetap atau…?’
Jayum berkata, di Negeri Sabah kini hanya mempunyai lapan peratus masyarakat Melayu berbanding dengan Sarawak yang hanya dua peratus.

Katanya, masyarakat di kedua-dua negeri ini bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bakal menerajui negara ini asalkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak dijaga.
“Kesetiaan kami bukan kepada individu tetapi kepentingan kepada semua pihak, bukan tertumpu kepada satu aspek. Malah Melayu yang ada di kedua-dua negeri itu boleh berpihak kepada Umno, Pas atau PKR,” katanya.

Pandangan itu juga disokong oleh Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir bahawa Sabah dan Sarawak perlu seimbangkan pembangunannya dengan negeri-negeri di semenanjung.

Katanya, untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak menjadi pelampung kepada BN, segala janji perlu ditunaikan dan kerajaan pusat perlu menitikberatkan 6 perkara yang menjadi penentu kemenangan dalam tempoh 10 ke 15 tahun lagi.

Jelasnya, faktor penentu terbabit adalah golongan tua yang buta huruf dan rendah politiknya semakin ramai yang meninggal dunia, peningkatan golongan cerdik pandai, transformasi sosial berlaku, kebangkitan media baru, migrasi yang semakin meningkat dan kematangan dan celik politik semakin bertambah.

“Lanskap politik sudah berubah dengan pelbagai kemungkinan berlaku, dengan jangkaan sengit akan berlaku,” katanya yang meramalkan BN akan kehilangan 7 kerusi Parlimen di Sarawak.
Beliau juga menambah, pengundi muda di Sarawak, 56 peratus menyokong BN khususnya Melayu dan Melanau, manakala pengundi muda Cina pula tidak menyokong BN.

Dalam pada itu katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan berundur daripada jawatannya sehingga 2013.

“ Banyak pihak berkata, beliau akan berundur, namun sejak 1992 lagi katanya akan berundur. Saya rasakan Taib tidak akan berundur sehingga 2013, kerana beliau mahu menjadi Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 50 tahun,” katanya. –

25 Julai 2012

Panas!!! BN bakal rampas Kedah: KAJIAN UKM DAN UUM ( Ketepatan Kajian 90%)


KUALA LUMPUR, 25 Julai — Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Lima puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah berkaitan dengan agama.

Kajian menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.

Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.

Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.

Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.

Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.

Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.

Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.

Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya.

Mukhriz pilihan jadi MB jika rampas Kedah



KUALA LUMPUR - Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.

“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.- SH

Komen: Ketepatan kajian 90%?... habislah Kedah kali nie...malas nak komen naik letih dah......

HOT!!! LAGI...ADUN BN SARAWAK KELUAR PARTI


MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003.

DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

Sumber: Keadilandaily

Panas!!! Sah Rosmah sebagai PM, sumber dari Kem UMNO?


Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz

Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu.



KUALA LUMPUR: Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini.

"Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius.

"Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz.

Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri
.


"Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri.


"Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan.

Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu.

"Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini.
"Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau.

Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu.


Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.- Harakahdaily

Kantoi!!! Bank tempatan rugi RM75 juta ditipu


KUALA LUMPUR - Sebuah bank tempatan kerugian RM75 juta selepas diperdaya sekumpulan individu menggunakan taktik licik mencagarkan emas palsu melalui sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) di beberapa cawangan bank itu di seluruh negara, baru-baru ini.

Menurut sumber, kegiatan kumpulan itu hanya terbongkar selepas pihak bank mendapati kesemua emas yang dicagarkan adalah palsu ketika proses penilaian aset dibuat.

Tambahnya, kegiatan itu dipercayai melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan pinjaman diluluskan serta pembayaran dibuat terhadap kumpulan tersebut.

"Berikutan itu, lima laporan polis telah dibuat dan satu siasatan kini dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Satu siasatan dalaman turut dilakukan oleh pihak bank bagi mengesan dalang yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Panas!!! Siapa Rosmah Boleh Suka-Suka Guna Jet Negara? (Video)



Betul ke rosmah bini najib guna jet rasmi negara untuk tujuan peribadi??, kalau betul kes berat dah nei, ni dah sama macam penyalahgunaan kuasa. sebab ikut peraturan rosmah tak boleh guna ikut suka.

Kalau Penyalahgunaankuasa, siapa yang salahguna kan kuasa tu?

Dah tentulah najib yang salahguna, rasanya dialah laki kepada rosmah FLOS (first lady of shooping) . rosmah kan belum lagi dilantik sebagai perdana menteri, mana boleh guna jet negara ikut suka hati.

Kalau semua harta negara rosmah nak guna hebatlah dia, dialah agaknya bini perdana menteri paling hebat dalam sejarah abad kini, dari manusia biasa, jadi bini menteri sekarang berlagak macam ""pemansuri"".

Banyak-banyak bini menteri, rosmah la paling hebat bergaya dan kaya , dikatakan oleh ramai orang rosmah itu lebih kaya dari perdana menteri ini negara.



Mungkin rosmah ada projek dan bisnes luar negara, oleh sebab itulah dia jadi kaya, mungkin sebab duit tabung rosmah dah najib banyak guna, kalau begitu terpaksa la benar rosmah guna apa saja harta negara. walaupun dia tahu rosmah tak boleh guna ikut suka.-TL

24 Julai 2012

SHAFIE MUNGKIN GUGUR PRU-13? KEM NAJIB DAN MUSA AMAN TUNJUK KUASA


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan berhubung aduan rasmi terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa meluluskan beberapa projek Top-Up (projek yang berharga luar biasa), termasuk 16 projek NKRA yang diluluskan kepada Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Maklumat dalaman yang diperolehi daripada SPRM sebentar tadi mengesahkan siasatan ditumpukan kepada 16 Projek NKRA yang menyimpang daripada tatacara tawaran biasa sehingga melibatkan penyalahgunaan kuasa, memperdaya dan mengemukakan maklumat palsu secara curang agar projek-projek berkenaan diluluskan kepada kroninya.

"Siasatan juga termasuk Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta," kata sumber SPRM mengesahkan bahawa siasatan termasuk jalan berkenaan.

Kata sumber itu lagi, adalah tidak munasabah jika jalan sepanjang 12 kilometer berkenaan dibina dengan kos RM82 juta iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer iaitu 600 peratus lebih mahal daripada kos tertinggi pembinaan jalan luar bandar.

Sumber tersebut juga mendedahkan siasatan termasuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna Sabah melalui tender bernombor KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00 yang diberikan kepada Ternama Tabah Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai RM81,475,281.42 diserahkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd.

"Sekalipun dibuat secara tender, tetapi terdapat campurtangan menteri dan manipulasi di kalangan Jawatankuasa Tender KKLW yang menjadi asas siasatan kerana kuasa Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja," ujar sumber berkenaan yang mengesahkan siasatan sudah di peringkat akhir.

Dalam pada itu, keberanian luar biasa Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang seolah-olah menunjukkan 'jari tengah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dengan menghadiri beberapa acara rasmi anjuran Parti Pembangkang, memang dikagumi ramai pemerhati politik Sabah.

Bukan rahsia lagi jika dikatakan bahawa semua tindakan Lajim mendapat restu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang mengumpan Lajim dengan beberapa projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta; terutama Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta.

Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.

Menurut maklumat dalaman SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan mereka kerana dilaporkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Pengumuman Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini bahawa beliau belum memutuskan senarai calon PRU-13 mungkin untuk menimbang dengan semasaknya tokoh yang mempunyai kes dengan SPRM, termasuk Shafie, Lajim, Salleh Kalbi dan beberapa Wakil Rakyat yang masih dalam peringkat saringan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

OSIN DIKUN-sabahkini.net

Panas!!! PR Menang Harga Kereta Murah

Pendapatan Isi Rumah Rakyat Tidak Meningkat, Harga Kereta Mahal Jadi Bebanan Utama

KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;

2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Pentadbiran Umno/Barisan Nasional yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian, yang disahkan oleh laporan tersebut apabila 71.9% dari seluruh isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta sebagai pengangkutan.

Oleh itu, dasar automotif Umno/Barisan Nasional yang menyebabkan harga kereta melambung tinggi adalah penyebab kepada tekanan hutang yang ditanggung oleh rakyat. Peningkatan hutang kenderaan persendirian yang kini dibiayai oleh sektor perbankan negara juga perlu dipantau supaya tidak melonjak naik pada kadar yang membimbangkan.

Makanya, satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Rakyat Malaysia tahu bahawa harga kereta di Malaysia yang mahal adalah akibat dasar Umno/Barisan Nasional yang mahu melindungi kepentingan kroni mereka dengan menindas rakyat. Walaupun hanya 2 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai kerana pendapatannya melebihi had minima yang ditetapkan, hakikatnya setiap keluarga di Malaysia membayar cukai yang tinggi dalam bentuk pelbagai cukai yang dikenakan terhadap kenderaan persendirian.

Harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan Umno/Barisan Nasional iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%.

Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar.

Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan kerajaan Umno/Barisan Nasional ini, bermakna rakyat dibebankan dua kali.

Isu ini adalah isu rakyat yang akan diperjuangkan oleh KEADILAN.

Pimpinan muda di dalam KEADILAN akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13.

KEADILAN juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan politik supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

-Rafizi Ramli PS PKR

Untuk Rujukan Perbandingan Harga Kereta Negara Asean


Perbandingan Spesifikasi Proton Preve VS Toyota Vios VS Honda Civic?-HARGA PASARAN DI MALAYSIA


Toyota Vios - hanya 514,000 Baht (RM51,400) di Thailand MURAH KERANA DISANA BEBAS CUKAI AFTA

Juga dengan jalanraya dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Bangkok tanpa tol, perkhidmatan BTS dan MRT yang cemerlang di kota Bangkok


Model terbaru Proton dengan kod nama Proton P3-21A bakal diberikan nama Proton Preve.

ISU AIR SELANGOR : KERAJAAN PUSAT DAN SYABAS CUBA SABOTAJ PERKARA YANG BETUL

Langat 2 diteruskan untuk kayakan kroni BN, tindas rakyat dakwa PR

“Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.“Syabas pula menjadi alat Umno untuk mengugut kerajaan negeri supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2




KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan tindakan Putrajaya menghalang kerajaan Selangor daripada mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan meneruskan rancangan pembinaan loji ‘Langat 2’ adalah sebagai membelakangi rakyat, dan menunjukkan kerajaan Barisan Nasioanal (BN) lebih mengutamakan syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong (gambar) dalam kenyataannya menegaskan, Putrajaya juga masih lagi tiada perancangan khusus bagaimana loji Langat 2 akan menyelesaikan masalah kekurangan air berbanding kerajaan Selangor yang telah pun merangka pelan untuk mengatasi masalah air di negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta.

“Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah,” jelas exco pelancongan, hal ehwal pengguna, dan alam sekitar itu lagi.

Elizabeth turut menegaskan, Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih Syabas mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Putrajaya sendiri sebenarnya tidak mempunyai penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat.

“Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.

“Syabas pula menjadi alat Umno untuk mengugut kerajaan negeri supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2,” tegasnya lagi.

Sementara itu, rakan Pakatan Rakyat (PR) yang lain turut bersependapat dengan beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad menggesa kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan ‘judicial review’ terhadap keputusan kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Khas Kabinet hari ini yang menggesa projek Loji Langat 2 akan diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, keputusan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mesyuarat jawatankuasa tersebut hari ini adalah seolah-olah tindakan membalas dendam dan tidak bersifat professional.

“Kita perlu kembalikan perkara ini ke mahkamah. Selangor perlu menyemak semula terma dan perjanjian dengan Syabas.

“Kita perlu laksanakan ‘judicial review’ jika mereka berkeras untuk teruskan projek itu,” kata Pengarah Penyelidikan PAS itu lagi dan menambah,” kita hanya perlu kembalikan perkara ini kepada institusi mahkamah untuk kita mendapatkan keadilan.”


Dr Dzulkefly juga turut menegaskan, tindakan yang dibuat jawatankuasa khas kabinet itu juga menunjukkan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan unsur lepas geram, dan bukannya keputusan yang baik semata-mata kerana rakyat.

“Kabinet telah putuskan untuk tubuh Jawatankuasa Khas kabinet berkaitan isu air ini. Tapi adakah mereka boleh buat keputusan yang baik demi rakyat tanpa kepentingan politik?

“Ini unsur lepas geram. Mereka (jawatankuasa Kabinet) baru berapa hari dibentuk, sekarang sudah keluar keputusan,” katanya yang kecewa dengan perkara itu.

Malah, beliau turut menambah, adalah lebih munasabah jika Selangor menggunakan sumber air bawah tanah daripada membina loji Langat 2 tersebut yang bakal menelan belanja lebih RM 5 bilion.


“Adalah lebih murah jika kita manfaatkan sumber air bawah tanah. Sudah pasti ia lebih murah dari Langat 2.

“Jawatankuasa itu perlu buat ‘critical path analisis’ dan ‘cause benefit’ dan meletakkan kebijaksanaan dalam membuat keputusan,” tegas Dr Dzulkifli.

Sementara itu, rakan Pakatan Rakyat (PR) yang lain, Charles Santiago dari DAP menuntut Muhyiddin menjelaskan secara terperinci siapa yang perlu menanggung kos pembinaan loji berkenaan.

“Beliau tidak menjelaskan secara terperinci siapa yang akan menanggung kos pembinaan loji berkenaan.

“Malah,(Muhyiddin) menjelaskan kerajaan Selangor tidak boleh mengambil alih (Syabas) kerana masalah ‘teknikal undang-undang’ dan ianya adalah sangat tidak bertanggungjawab menyatakan perkara itu sedangkan ‘perkara-perkara yang substensive dan prosedur’ belum lagi dijelaskan,” tegas Charles lagi.

Ahli Parlimen Klang ini juga turut menegaskan, kerajaan Selangor juga telah memberikan bukti kukuh bahawa kerjaan Pusat cuba menjadikan perkara ini sebagai isu, dan beliau juga akan menyerahkan memorandum kepada Syabas dalam minggu ini berhubung perkara itu.

“Sangat tidak adil menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan dalam perkara ini,” tambahnya lagi.

KOS UNTUK PEMBINAAN LOJI LANGAT 2 DAN SALURAN AIR MENTAH PAHANG SELANGOR DIANGGARKAN RM12 BILION.


"Kerajaan Selangor akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion," Kos RM12 bilion yang tidak membabitkan pembinaan Loji Langat 2 sahaja. Ia membabitkan kos keseluruhan projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang turut membabitkan pembinaan prasarana berkaitan di Pahang.

Projek itu mencakupi pembinaan terowong sepanjang 44.6 kilometer membelah Banjaran Titiwangsa dan menyalurkan air mentah dari Empangan Kelau di Pahang ke Loji Rawatan Air Langat 2.


Empangan Kelau Pahang.

-Kedahkini

Panas!!! Tsunami 2.0 bermula dari Sabah


Ia kelihatan seperti pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada kitaran ganas politik Umno-BN telah menjadi selepas 5 dekad hegemoni politik.

Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dalam kerajaan persekutuan memberikan perjanjian tersirat untuk skor pemimpin BN yang setakat ini telah membawa kedua-dua negeri Malaysia Timur pemimpin mereka ganas merampas sumber semulajadi secara besar-besaran dan memperkayakan diri mereka selagi mereka juga memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.

Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO dan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia telah membuat pengumuman "penting pada hari Ahad nanti . Lajim Ukin , Beaufort MP, akan segera menyusul.

"Saya dengan ini bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletak jawatan dari jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan BN baru Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam nota surat peletakan jawatan, yang disediakan kepada media, di sini hari ini.

Blok bebas

Walau bagaimanapun, berita, yang telah dijangkakan selama berbulan-bulan sekarang, telah menghantar gelombang kejutan merentasi jurang politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki adalah pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat bertahun lamanya.

Mereka dijangka untuk membentuk blok bebas pro-Pakatan Rakyat dan bukannya serta merta menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.


"Wilfrid akan membawa dan membentuk bersama-sama kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya akan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai, mereka akan membuat yang pengumuman perlu. Peranan Pakatan akan untuk membantu ini pertandingan kumpulan dalam GE-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai satu-satu persefahaman, "naib presiden PKR Tian Chua, yang bertindak sebagai ketua perunding dalam mendapat persetujuan dari akar umbi di Sabah.

Keluar BN

Berita ini Bukan benda baru, ini telah lama terpendam didalam hati pemimpin BN, terutama Perdana Menteri Najib Razak, yang telah berusaha keras menghalang pemergian Wilfrid, sebagai ia adalah dijangka untuk mencetuskan sokongan besar daripada gabungan beliau ke dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Spekulasi terakhir pada bulan Jun bahawa 6 pemimpin Sabah akan melompat kepada parti PKR ,Anwar telah hilang begitu saja selepas pembantu Najib membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap Parlimen ,selepas Bajet 2013 telah dibentangkan pada 28 September. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa GE-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha untuk menyejukkan keinginan untuk meninggalkan BN.

Walau bagaimanapun ini kelihatan tidak lagi cukup untuk menghalang Bumburing dan lain-lain yang berfikiran seperti pemimpin, yang nampaknya telah berkembang kita tahu politiking UMNO yang bergantung kepada bangsa memperjuangkan dan ketaksuban agama.

"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya meniup melalui Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu Parti yang buruk. Ini adalah perkara yang kita memberi amaran kira-kira 3 tahun yang lalu dan mereka akan datang benar kerana UMNO telah tidak mampu untuk berubah dan Najib adalah terlalu lemah untuk membuat partinya melaksanakan reformasi menyakitkan, "kata Tian.

Perpecahan BN juga akan berlaku di Semenanjung

Ahli Parlimen PKR , Batu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah hanya permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan selepas ini akan berlaku di Semenanjung.

"Semua orang sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan dan Umno sendiri semua menunggu dan akhirnya bebas dari belenggu," ramalan Tian.

"Saya tidak pasti jika GE-13 akan berada pada bulan September atau tahun depan tetapi akhir adalah sangat jelas. Apa yang rakyat mahu adalah sangat jelas, maka tidak perlu takut. Malah, jika mereka terus melekat dengan Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk mengundi mereka. "

Pastinya, GE-13 akan menjadi undi yang paling hangat dipertandingkan selama-lamanya, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dimenangi. Sudah, penganalisis politik telah dipanggil Ibu semua Pilihanraya Terkotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa ia akan menjadi PR yang bersih.

Walau bagaimanapun, memandangkan bukti dan dokumen besar yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas penipuan besar-besaran seperti nama pengundi yang berserabut dan hantu, ramai rakyat Malaysia mempunyai keraguan bahawa Najib akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia memberitahu bahawa pengerusi SPR dan timbalannya seperti memihak kepada Umno .

Tunggu dan lihat!

Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing yang telah mendapat 17,645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran untuk BN dengan majoriti 6622 undi terhadap lawan terdekat Ansari Abdullah daripada PKR, yang mendapat 11,023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya 879 undi.

Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang merupakan Ahli Parlimen Beaufort, beliau juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu , berkata beliau tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.

Lajim telah bertemu Penasihat AM PAS dan Kelantan MB Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabat yang kali kedua di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin menjadi kunjungan hormat daripada beliau menyertai parti.

"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua ialah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat, "Lajim dipetik sebagai berkata oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.

MC -Susunan Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...