13 Disember 2014

SKANDAL 1MDB , NAJIB TERPAKSA IKUT JEJAK DS SHAHRIZAT?


Isu 1MDB, isyarat untuk Najib letak jawatan – Rafizi

Isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib




PETALING JAYA: Tindakan pempimpin bawahan UMNO membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap syarikat 1MDB jelas sekali menunjukkan bahawa wujud isyarat tersembunyi supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ini merupakan perkembangan besar, maknanya ada pemimpin kanan berdiri dibelakang Khairudin untuk bertindak sedemikian akibat kegagalan pemimpin UMNO menjelaskan isu 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berikutan laporan Polis dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan supaya siasatan dijalankan kepada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal menjelaskan kepada rakyat mengenai isu tersebut.

“Saya anggap ini juga sebagai isyarat tersembunyi pimpinan UMNO kepada Najib,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Jelas beliau, isu ini akan terus digunakan oleh pemimpin UMNO yang lain dengan mengerakkan kempen untuk mendesak Najib supaya memberi perhatian dan berbincang secara mendalam mengenai 1MDB dalam UMNO.

Beliau yang juga Setiausaha Agong PKR berkata isu 1MDB lebih kurang sama dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang pada awalnya dinafikan pemimpian UMNO tentang ketirisan yang berlaku, sehingga menyebabkan mereka sendiri mendesak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.

“Isu NFC pada awalnya dinafi pemimin UMNO, namun setelah berlakunya pergolakan dalam UMNO menyebabkan Shahrizat didesak supaya letak jawatan,” katanya.



Katanya lagi, beliau juga tidak peduli sama ada ahli UMNO percaya atau tidak tentang ketirisan yang berlaku dalam 1MDB, yang penting sekarang adalah ada dalam kalangan pepimpin UMNO sudah mula bertindak menekan Najib.

“Soal UMNO percaya atau tidak, kalau mereka mula bersuara itu bukan sebab meraka ambil berat soal rasuah tetapi kerana rasuah 1MDB itu sudah tidak dapat dipertahankan lagi dengan rakyat, sebab itu segelintir pemimpin UMNO sudah mula bersuara sekarang seperti yang berlaku NFC,” ujarnya.
~Sumber



Barah 1MDB menunggu Pecah

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Najib dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.

Laporan polis oleh salah seorang pemimpin UMNO bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.

Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai;

a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 billion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)

b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International Ltd.

c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 million

d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tingi dari kadar pasaran

e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan

f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran

g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman

Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang Menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB . Kabinet yang dipengerusikan oleh Muhyidin selaku TPM, telah mengambil kesempatan membincangkan isu ini.

Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?

Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?

Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media?

Tentulah dengan niat yang tertentu.

Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan-tindakan baru ini?

Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?

Tidakkah dua perkembangan ini - laporan polis oleh pemimpin UMNO Bahagian dan perbincangan kabinet terjadi serentak?

Terlepas dari apa jua pertimbagan politik pihak-pihak yang terlibat, rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari PM sendiri mengenai isu ini.

Samada polis berani menyiasat bos tertinggi negara ini atau tidak adalah isu yang lain. Ini adalah ujian terbesar Datuk Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?

Namun, dari dua perkembangan terbaru ini, Najib mestilah berani memberikan penjelasan terbuka.

Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB, misalnya.

Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar. Mewajarkan PM bersikap telus.

Misalnya, bagi tahun kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM 665.3 juta dengan hutang sebesar RM 49.1 billion. Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM 51.4 billion, tetapi jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi.


Apa lagi, seperti ditulis oleh TS A Kadir Jasin dalam blognya bahawa 1MDB telah pun memohon dan mendapat kelulusan dari Bank Negara untuk memanjangkan tempoh bagi hutang tak berbayar (non performing loan) dari tiga bulan kepada enam bulan.

Jika ini benar, memang 1MDB sudah mengerang kesakitan walaupun usianya sangat muda.

Najib bukan sahaja perlu memberikan penjelasan terbuka terhadap semua isu yang dibangkitkan berkait dengan 1MDB, tetapi juga bersedia memberikan penjelasan dalam siri-siri berikutnya apabila pertanyaan lanjutan dikemukakan nanti.

Lazimnya, sebuah Kertas Putih perlu dibentangkan kepada Kabinet dan seterusnya kepada Parlimen.

Sepanjang menuju penjelasan terbuka itu, saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun M, sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang.


Husam Musa
13 Disember 2014




Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara

Astro Awani |Kemas kini



Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang Ketua Bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya, lapor Malaysiakini.

Khalid dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).

"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.

Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam.

Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil.

TERHOT! SKANDAL 1MDB KINI BERUBAH KEPADA " ISU SENSASI & BERBAHAYA" KINI NAJIB DISERANG DARI DALAM DAN LUAR?


Skandal 1MDB kini dalam bahaya, kata wartawan veteran



Bekas ketua pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin berkata laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu ‘isu sensasi dan berbahaya’.

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan.

"Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen DAP Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi 1MDB adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat.

1MDB ketika memberi maklum balas kepada laporan polis berkata, mereka yakin laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

"Kami mengalu-alukan apa-apa penyiasatan ke dalam urusan kami dan ia memberi peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat."

Kadir hari ini mendedahkan sebelum laporan yang dikemukakan, Tun Dr Mahathir Mohamad – salah satu pengkritik tegar 1MDB – bertemu dengan pengurusan tertinggi dana kekayaan berdaulat itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu.

"Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir.

"Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," tambah Kadir.

Beliau berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran – 1MDB membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.

"Sumber itu berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut.

"Beliau kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.

"Bagaimana sikap mereka apabila Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" katanya.

Selain Dr Mahathir, pasukan pengurusan 1MDB juga mengadakan mesyuarat dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai pinjaman dan hutang syarikat, Kadir berkata, sambil menambah pertemuan itu disimpan begitu sahaja.
"Menurut sumber itu, 1MBD meminta Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dari tiga hingga enam bulan dan ia dipersetujui.

“Ia dapat difahami. Walaubagaimana tidak gembira Zeti pun dengan pinjaman 1MDB, lanjutan itu diperlukan,” tulisnya.

"Jika ia tidak diberikan, ada akan menjadi lalai besar-besaran dan Tahap 1 bank-bank yang melanjutkan pinjaman akan perlu membuat peruntukan yang besar. Ini boleh membawa kepada penurunan taraf sistem perbankan tempatan," kata wartawan veteran.

Katanya, "kata-kata kasar" dan "amaran menakutkan" seperti "seseorang akan ke penjara" dilemparkan semasa mesyuarat itu, dengan sumber mendedahkan Lodin menawarkan untuk meletak jawatan dalam pertemuan dengan Zeti itu.


"Tetapi itu bukan isu bagi Bank Negara. Lodin dilantik oleh PM. Jika benar dia menawarkan untuk meletakkan jawatan, beliau perlu memberitahunya kepada Najib," kata Kadir.

1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan.

Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini
. ~ TMI


Ahli UMNO buat laporan Polis terhadap 1MDB, mahu Polis siasat transaksi-transaksi ini..


Semakin menarik isu 1MDB ni.. selepas ada laporan mengatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet minggu ini Rabu lepas membincangkan isu ini.. satu laporan Polis telah dibuat..

Ahli UMNO sendiri membuat laporan Polis mengenainya. Isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kontroversi dikatakan dibincangkan selepas ia dibangkitkan seorang Menteri.

Selain itu beberapa Menteri turut melahirkan kebimbangan kerana mereka tidak tahu menahu mengenai 1MDB dan tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai syarikat pelaburan itu.

Ahli UMNO yang dikatakan telah membuat satu laporan Polis mengenai 1MDB ini ialah Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Dato' Sri Khairuddin.

Beliau membuat laporan setelah 1MDB gagal untuk memberikan penjelasan meyakinkan atau menafikan perkara-perkara mengenai isu pengurusan dana mereka kepada umum..

Baca ni..

Ahli Umno mahu polis siasat kepincangan 1MDB

Berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat berkaitan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Dato’ Sri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi bagi menggesa satu siasatan dijalankan terhadap syarikat terbabit.

“Setelah membaca, meneliti dan mengkaji pelbagai laporan-laporan atau pendedahan mengenai kepincangan pentadbiran kewangan syarikat 1MDB melalui artikel-artikel yang ditulis di dalam akhbar-akhbar tempatan, luar negara serta blog-blog telah membuktikan secara jelas berbagai kelemahan di dalam sistem meminjam dana serta keraguan dalan perbelanjaan dana khususnya yang membabitkan wang rakyat.”

Khairuddin juga meminta pihak polis supaya menyiasat secara mendalam dan menyeluruh semua kakitangan pentadbiran, pegawai, ahli-ahli Lembaga Pengarah serta keseluruhan personaliti ataupun mana-mana syarikat yang terbabit dengan urusniaga meragukan dengan 1MDB.

Beliau mengambil keputusan berkenaan setelah mendapati bahawa pihak 1MDB gagal untuk memberikan penjelasan meyakinkan atau menafikan perkara-perkara mengenai isu pengurusan dana mereka kepada rakyat selaku pembayar cukai.

Beliau menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap ketelusan transaksi-transaksi perniagaan 1MDB seperti:

- Kaedah dan cara 1MDB meminjam dana dari luar serta kaedah perbelanjaan dana serta kewangan mereka

- Mengapa 1MDB membayar faedah yang lebih tinggi dari amalan kadar pasaran atas setiap pinjaman dana yang dibuat syarikat terbabit

- Pembayaran yuran yang telalu tinggi kepada Goldman Sachs

- Simpanan dana yang tidak telus di Cayman Island (USD2.32 bilion)

- Nilai hutang yang terlalu tinggi (RM41.9bilion)

- Penerimaan ‘Letter of Support’ dari Kementerian Kewangan yangmenjamin pinjaman dana 1MDB

- Pembelian aset janakuasa dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran membabitkan pembayaran kepada Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd

- Pembayaran RM10.5bilion sejak 3 tahun lalu keatas pembelian aset janakuasa yang memberikan pulangan rendah

- Pembelian tanah di Air Itam, Pulau Pinang

- Pelaburan yang meragukan terhadap PetroSaudi International Ltd

- Pembelian tanah di Pulau Indah dari Tadmax Resources Bhd melibatkan pembayaran RM317 juta

- Pembelian pada kadar ‘premium’ tapak projek TRX di Jalan Tun Razak dan projek Bandar Malaysia

Selain itu, beliau juga meminta siasatan dilakukan ke atas anak-anak syarikat di bawah 1MDB iaitu 1MDB Global Investment Ltd dan 1MDB Energy Ltd.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi memacu inisiatif strategik dalam pembangunan ekonomi jangka panjang negara melalui perkongsian global dan menggalakkan pelaburan langsung dari luar.

Walaubagaimanapun, kepincangan pengurusan kewangan 1MDB mula dipersoal apabila ia dikatakan menaggung beban hutang sebanyak RM41.9 bilion yang memungkinkan syarikat terbabit berhadapan dengan kebankrapan lapor Free Malaysia Today

TERKINI! ALI ABD JALIL TELAH DITANGKAP INTERPOL

BERITA YANG DIKEMASKINI....

Putrajaya nafi aktivis Ali ditahan Interpol, pulang ke Malaysia


Ali Abdul Jalil ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan hasutan, September lalu. Aktivis tersebut kini hidup dalam buangan di Sweden selepas pasport beliau dibatalkan kerajaan Malaysia. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.

"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar," katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang
maklumat berhubung perkara itu.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan: "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up".

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta. – Bernama

ALI ABD JALIL DITANGKAP INTERPOL DAN AKAN DIHANTAR PULANG KE MALAYSIA



Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Sumber SuaraTV ketika dihubungi berkata Ali telah ditahan pihak berkuasa Dublin.

Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut Ali beliau telah ditahan dan akan dihantar pulang.

“Aku diangkut interpol.. Sultan Johor punya balaci ada sekali.

“Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari..” ujarnya.


Walau bagaimanapun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata tekah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.


SUMBER

KACAU: GANGSTER GANGGU OPERASI MKN DI CAMERON HIGHLAND

Gangster terus ganggu operasi MKN di Cameron Highland



Bayangkan dengan cara begini, tiga tahun tidak selesai masalah di Cameron

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim hari ini mendedahkan terdapat kumpulan samseng (gangster) yang cuba mensabotaj operasi kerajaan membanteras penerokaan tanah secara haram melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) di situ.

Menurut beliau, oleh kerana kehadiran polis dan tentera gangster terbabit tidak berani mengancam secara langsung, sebaliknya bertindak mengugut penduduk di Cameron Highland agar tidak menyewakan jentera atau peralatan keperluan logistik yang diperlukan MKN.

“Antara halangan yang kami hadapi di samping halangan dalaman, MKN tidak bagitahu lagi, halangan berbentuk gangsterisme di mana kami hendak sewa (jentera) mereka (penduduk) tidak mahu (sewakan).

“Kami cuma dapat dua buah jentera untuk merobohkan premis-premis haram ini.


“Dua buah jentolak dengan 200 orang tentera, apa cerita ini. Yang lain kena tengok sahajalah.

“Jentolak di sana (Cameron) mungkin ada beratus tetapi orang tidak bagi sewa kerana gangster telah bagi amaran jangan sewa kepada kerajaan dan mereka tidak sewa,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Bagaimanapun, kata Shahidan kumpulan gangster terbabit telah melarikan diri selepas memberi amaran kepada penduduk.

Usaha memburu mereka sedang dijalankan dan kerajaan akan bertindak tegas tanpa mengira latar belakang mereka.

Bagi mengatasi kekurangan jentera, kata Shahidan, pihaknya sedang berusaha untuk menyewa jentera dari bawah untuk dihantar ke tanah tinggi itu.

Shahidan bagaimanapun tidak menyentuh mengenai kemungkinan jentera milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh dikerah ke kawasan operasi di Cameron Highlands.

“Saya menghadapi masalah di Cameron Highland, sudah seminggu kita buat operasi baru selesai satu kebun.

“Bayangkan dengan cara begini, tiga tahun tidak selesai masalah di Cameron.

“Sekarang kita ambil pendekatan baru yang telah kita laksanakan kelmarin, saya percaya dalam masa enam bulan habis operasi,” katanya.

Shahidan turut memaklumkan, sebaik selesai operasi di Cameron Highland, operasi pihaknya akan beralih ke Lojing, Kelantan yang juga telah diteroka malah lebih teruk daripada di Cameron Highland.

Jelas Shahidan, kerajaan negeri Kelantan telah mengeluarkan geran bagi 5,000 hektar tanah kepada individu warga tempatan yang kemudiannya telah disewakan kepada orang asing.

“Orang asing ini pula teroka tanah tanam sayur sampai kubur orang asli pun dia korek.

“Sebelum ini ada permintaan daripada kerajaan negeri Kelantan supaya kerajaan Pusat campurtangan, lama sudah masa itu sudah teruk, sekarang ini hancur.

“Kerajaan Kelantan ada bagi individu tertentu ada yang haram ada yang halal tetapi yang halal pun buat kerja tidak betul, mereka potong bukit tidak ikut peraturan yang telah ditentukan oleh Kementerian Pertanian,” kata Shahidan yang kecewa dengan keadaan itu.

Read more: sini

12 Disember 2014

PIALA AFF: ADAKAH MALAYSIA MENANG NASIB, MUNGKIN INI PUNCANYA!!!!


Piala AFF: Vietnam minta polis siasat kekalahan memalukan



HANOI: Pihak berkuasa bola sepak Vietnam akan minta polis menyiasat jika wujud sebarang unsur rasuah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki membabitkan skuad negara berkenaan.

Pasukan tuan rumah itu mengecewakan jutaan penyokong, semalam selepas kalah kepada Malaysia 4-2 dan tersingkir dengan agregat 5-4 di sini, semalam.

"VFF (Persekutuan Bola Sepak Vietnam) akan segera minta bantuan polis menyiasat perlawanan ini," kata Timbalan Pengerusi VFF, Nguyen Xuan Gu.

Dia berkata pihaknya mempercayai bahawa anggota pasukan skuad kebangsaan seperti sengaja bermain buruk.


"Kami akan menghukum secara serius jika kami dapati ada unsur-unsur seperti ini dalam perlawanan ini.

"Jaringan yang terbolos dalam gawang tuan rumah tidak dapat diterima, terutama ketika beraksi di halaman sendiri," kata Gu.

Skuad Vietnam menghampakan penyokong mereka selepas membiarkan lawan menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama, termasuk jaringan sendiri daripada Dinh Tien Thanh.

Sebelum ini, Vietnam pernah berdepan beberapa siri skandal rasuah - baik di pentas antarabangsa dan dalam Liga-V.

Pada 2007, dua pemain bola sepak negara itu dipenjarakan manakala enam lagi digantung permainan selepas berlaku rasuah dalam perlawanan bawah 23 tahun menentang Myanmar pada 2005.

November lalu, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bersetuju membenarkan syarikat data yang berpangkalan di Switzerland memantau 18 perlawanan Piala AFF untuk membendung gejala menetapkan keputusan perlawa nan. - AFP

TERHOT! KISAH KEJAM SUAMI POTONG TANGAN DAN KAKI ISTERINYA KERANA CURANG? [AMARAN: GAMBAR NGERI ]



Oleh: Gopi Kopi Gopi

1. TAJUK KEJADIAN
- Laporan kejadian cubaan bunuh isteri oleh suami dan kemudian suami bunuh diri (minum racun & gantung diri) di balkoni rumah di Taman Suria, Kluang.

2. NO.REPORT/TARIKH
- Kluang Rpt 16575/14@ 11/12/2014 (FIR)

3. SEKSYEN
- sek.326KK & SDR

4. IO KES
- Insp Karnan A/L Subramaniam
- Hp: 014-2401265

5. PENGADU (A1)
- Felix Ng Kah Boon
- 24 Tahun
- PDRM (Gerakan IPD Kluang)

6. MANGSA: isteri saspek:-
(Masih bernafas dan dihantar ke hospital kluang) dipotong sehingga putus kedua-dua pergelangan tangan dan kaki.
Nama: Menaga A/P P.Krishnan
Umur: 44 thn
Pekerjaan: Kerja pencuci pinggan/mangkuk (Hotel di Singapura)

Saksi kejadian:- Anak mangsa (10 tahun)
Nama: Negeeswaran A/L N.Marimuthu.
T/lahir: tidak ingat.

7. FAKTA RINGKAS
7.1 Pada 11/12/2014 jam l/kurang 1119hrs, semasa pengadu bertugas di DCC Kluang terima panggilan dari 1/L/India menyatakan berlaku satu kejadian bunuh diri di alamat No 9, Jalan Kedondong 4, Taman Suria 86000 Kluang.

8. TANGKAPAN
Suspek (suami telah mati minum racun & gantung diri di tempat kejadian)
Nama: N.Marimuthu A/L Napermanie.
Kpt: 670307-01-5809
Alt: no 9, Jalan Kedondong 4, Taman Suria, Kluang.

9. ULASAN
9.1 Isteri daripada Singapura telah sampai di rumah pada 11.12.2014 jam lebih kurang 1030 pagi.
9.2 Apabila isteri sampai di rumah, berlaku pertengkaran mulut antara suami dan isteri di bahagian ruang tamu rumah. Anak dan mak suami berada di dapur dan tidak melihat kejadian dan hanya dengar pertengkaran dari dapur. Kemudian, isteri telah mengajak anak umur 10 tahun untuk keluar beli barang keperluan sekolah.
9.3 Semasa anak dan isteri bergerak keluar dari ruang tamu ke parking kereta, suami datang dari arah belakang telah tetak lengan kiri isteri dengan menggunakan parang pemotong daging dan mengatakan supaya jangan pergi lagi kerja di Singapura.
9.4 Isteri ketakutan telah lari ke ruang hadapan rumah (parking kereta) dan terjatuh.
9.5 Di kawasan parking kereta, suami telah potong kedua-dua tangan dan kaki isteri. Kemudian, ambil parang panjang di tepi pagar dan terus mencederakan badan isteri.
9.6 Suami kemudiannya telah ke tingkat atas rumah (balkoni) sambil membawa tong racun. Suami turut kunci grill laluan naik ke balkoni.
9.7 Anak umur 10 tahun kemudian menghubungi bapa saudara nama Ravichandran dan menceritakan tentang kejadian.
9.8 Ravichandran telah hubungi polis dan terus menuju ke lokasi.
9.9 Pihak polis dan MPV serta ambulance sampai di lokasi mendapati mangsa masih hidup dan terus membawa ke hospital.
9.10 Keadaan terkini mengenai mangsa:
i) Kecederaan:
-putus kedua-dua tangan di atas pergelangan tangan.
- Putus kedua-dua belah kaki di atas pergelangan kaki.
- Kesan kelar di bawah bahu dan siku di kedua-dua belah tangan.
ii) Objek yang digunakan dipercayai parang dan pisau pemotong daging.
iii) Mangsa dalam keadaan kritikal dan akan dibawa masuk ke dewan bedah.
iv) Doktor yang merawat mangsa adalah Dr Sashini.
9.12 Punca kejadian dipercayai suami cemburu dan syak terhadap skandal isteri yang berkerja di Singapura.
9.13 Barang kes yang dipungut di tempat kejadian adalah:
- 1 tong warna putih disyaki mengandungi racun rumpai
- sebilah pisau pemotong daging tanpa ulu
- ulu pisau pemotong daging
- sebilah parang panjang 24 inci.
- seutas rantai warna kuning
- 1 tangga aluminium panjang 10 kaki
- 2 swab darah di lantai ruang tamu rumah
- 2 swab darah di lantai luar rumah

10 JUTA DIBAYAR KEPADA ABU SAYYAF UNTUK PEMBEBASAN PENTERNAK IKAN


Pautan kekal imej terbenam



KOTA KINABALU - Kira-kira 10 juta peso (RM780,000) dipercayai telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf untuk membebaskan penternak ikan di Kunak, Chan Sai Chuin, Selasa.

Sumber Filipina di pulau Jolo, di mana Sai Chuin telah ditahan selama 177 hari berkata perunding menyerahkan wang kepada kumpulan sub Abu Sayyaf, yang dikawal oleh Sawadjan bersaudara dan diketuai oleh Al-Habsi Misaya. Mereka berkata wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.34juta) yang dituntut pada mulanya telah dikurangkan.


“Anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan operasi dan wang untuk dibayar kepada utusan, pegawai-pegawai tempatan dan pemimpin puak yang berlainan bagi mendapatkan laluan selamat,” kata seorang sumber yang tidak mahu dikenali.

Difahamkan kira-kira 10 juta peso atau lebih telah sampai ke tangan kumpulan terbabit untuk Sai Chuin dilepaskan.

Dipercayai kumpulan Sawadjan telah menahannya di pulau Jolo. Sai Chuin telah diculik dari sebuah sangkar ikan di Kunak pada 16 Jun.

Dia pada mulanya dijangka akan dibebaskan bersama-sama dengan seorang lagi tebusan Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang telah diculik dari pulau Mabul pada 12 Julai.

Bagaimanapun, sumber itu berkata rundingan untuk melepaskan Zakiah ini terhalang disebabkan tiada kesepakatan berhubung jumlah wang yang diserahkan.

Menurut sumber itu, rundingan untuk Zakiah telah disambung semula dan ‘persoalannya adalah wang’, lapor mStar.


PUNCA VIETNAM KALAH

KAWALAN BAHAGIAN TENGAH YANG BAIK, PENUKARAN PEMAIN-PEMAIN YANG MERYERLAH DILIGA KITA.....TAHNIAH DOLAH KERANA MELAKUKAN PERUBAHAN BESAR-BESARAN.......VIETNAM TERGAMAM PADA MASA PERTAMA MEMBUATKAN MEREKA RALAT UNTUK KE FINAL.....



MUNGKIN JUGA CUACA SEJUK MEMBUATKAN PEMAIN MALAYSIA LEBIH COOL DAN TIDAK BARAN BILA BERMAIN DALAM CUACA BEGITU......ha..ha....




HANOI: Ketua jurulatih, Dollah Salleh menyuarakan rasa terkejut dengan cabaran hambar oleh Vietnam dalam saingan separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki, malam ini.

Pengendali itu tidak menjangka benteng lawan akan melakukan banyak kesilapan ketika beranggapan anak didiknya akan berdepan laluan sukar sebelum perlawanan ini di Stadium My Dinh di sini.

"Saya terkejut dengan Vietnam, terutama dengan pertahanan. Mereka banyak melakukan kesilapan, kata Dollah.

"Saya berharap pemain kita dapat menyambung persembahan baik ini dalam final nanti."

Malaysia menang 4-2 untuk layak atas agregat 5-4 dan akan bertemu Thailand dalam final pada 17 dan 20 Disember ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Toshiya Miura

jelas hampa dengan persembahan hambar pasukannya di halaman sendiri.

"Kami bermain buruk dalam perlawanan ini. Saya akan mengambil tanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pengendali berasal dari Jepun itu, hari ini. - REUTERS



Pasukan bola sepak Malaysia meraikan kejayaan mereka mengalahkan Vietnam 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. 

Malaysia layak ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 5-4 ke atas Vietnam selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.

Skuad Harimau Malaya, yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik.

Malaysia mendahului Vietnam 4-1 pada separuh masa pertama.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim (penalti-3'), Norshahrul Idlan Talaha (15'), Dinh Tien Thanh (gol sendiri-28'), Muhammad Shukor Adan (42').

Sementara gol Vietnam dijaringkan oleh Le Cong Vinh (penalti-22', 78').

Barisan pemain Malaysia terdiri daripada Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mohamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S. Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar), Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha.

Pemain Vietnam pula adalah Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien, Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung.

Pengadil bagi perlawanan kali ini adalah Toma Masaaki dari Jepun.



Gambar di bawah ni bagi aku adalah satu gambar paling menarik dari perlawanan ini..
Seorang peminat memegang mafla 'Harimau Malaya' di tengah-tengah ribuan penyokong Vietnam.

 habis perlawanan nak tengok adakah individu ini bakal menjadi mangsa belasahan penyokong Vietnam yang kecewa bila akhirnya pasukan mereka tewas......tak ada kan...



Biarpun negara mereka tidak semaju negara kita, namun apa yang ditunjukkan oleh penyokong mereka itu wajar kita contohi..

Mereka mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi.. bukannya macam segelintir penyokong pasukan negara kita tu..ingat ada penyokong Malaysia perasan lebih  atau budaya semseng seperti musim pilihanraya terbawak-bawak ke padang bolasepak.....




11 Disember 2014

KATA PROJEK BILION-BILION...JALAN BERLUBANG PUN RAKYAT KENA TURAP SENDIRI, HANYA DI KEDAH


P TANG MANA PERUNTUKAN TAH??


Apabila Kerajaan Negeri tak ada tindakan, akhirnya rakyat tampung sendiri lubang jalan yang rosak

Gotong royong tampung jalan rosak oleh penduduk sekitar di Lorong Seri, Tanjung Bendahara. Sudah banyak kali desak pada kerajaan, jawapan tiada peruntukan akhirnya rakyat sendiri usaha keluarkan peruntukan.









Sumber : KLIK SINI

INI KES JALAN-JALAN BANDARAN KUT.....DUIT CUKAI PINTU DEPA BUAT APA?


Isu MAS NewCo : Ada Yang Baling Batu Sembunyi Tangan?



KETIKA jutaan rakyat Malaysia berdebar-debar melihat kekecohan perlawanan pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara pasukan kebangsaan Harimau Malaya menentang pelawat dari Vietnam pada 7 Disember lalu, satu lagi ‘kekecohan kecil’ turut berlaku di ibu negara.

Uniknya, kekecohan itu kurang mendapat publisiti malah menjadi ‘bahan jenaka’ pihak tertentu apabila sekumpulan wartawan tempatan dipermainkan untuk datang membuat liputan satu sidang akhbar tergempar pada malam Ahad lalu yang sebenarnya langsung tidak wujud.

Bayangkanlah dalam suasana hujan renyai di Kuala Lumpur, petugas media tanah air yang sanggup bersusah payah datang akhirnya pulang hampa dan mendapati mereka ditipu hadir sidang akhbar bertaraf mega kononnya mengenai isu panas Malaysia Airlines (MAS).
MENARIK – Pelantikan Mueller Tanda Komited Khazanah Perkukuh MAS

Tidak semena-mena wartawan media arus perdana New Straits Times, Utusan Malaysia, The Edge, RTM waima portal propembangkang Malaysian Insider ‘merah padam muka’ apabila dimaklumkan Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) tiada sidang akhbar khas pada malam itu.

Ironi, MASEU turut terpinga-pinga terkejut melihat kumpulan wartawan tersebut basah kuyup bermandi hujan di luar pekarangan rumah bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Aziz Abdul Rahman di Bukit Damansara kononnya ada jemputan rasmi untuk sidang akhbar palsu itu.

Mujur Setiausaha Eksekutif MASEU, Mohd. Jabarullah Abdul Rahman bersikap profesional segera menjelaskan isu sebenar dan berkata, apa yang berlaku mereka cuma ada perbincangan dengan Aziz bagi memahami Akta MAS yang baharu diluluskan Parlimen pada 27 November lalu.

“Kami tidak ada menjemput atau pernah menghantar apa-apa kenyataan kepada pihak media dan kalau kami hendak buat sidang akhbar sekali pun, kami hanya akan buat pada waktu siang, bukan malam,” tegas beliau kepada pemberita secara spontan pada malam 7 Disember itu.

Mohd. Jabarullah bahkan menafikan pihak MASEU akan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya ada penyelewengan dan kerugian MAS sebanyak RM12 bilion pada keesokan iaitu 8 Disember.

Persoalannya siapakah dalang menyebarkan makluman konon MASEU mengadakan sidang akhbar itu dan apakah motif pihak terbabit mempermainkan pihak wartawan seolah-olah seperti mahu mencetuskan polemik bagi mencetuskan kegelisahan rakyat dalam isu MAS.

Apatah lagi MASEU jadi tumpuan kerana secara kebetulan banyak pihak memberi pebagai reaksi sejurus Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada 5 Disember mengumumkan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS mulai 1 Januari ini.

Pelantikan warga Jerman yang juga CEO syarikat penerbangan kebangsaan Ireland, Aer Lingus itu sekali gus melenyapkan desas-desus tentang peneraju baharu bagi syarikat penerbangan nasional itu yang juga termaktub di bawah 12 pelan pemulihan MAS oleh Khazanah.

Pemilihan Mueller dibuat berdasarkan reputasinya berjaya memulihkan Aer Lingus daripada kerugian dalam tempoh setahun pada ketika suasana pasaran lesu Eropah bahkan ibu kota Ireland, Dublin muncul salah satu hab utama wilayah Atlantik Utara bagi penerbangan jarak jauh.

Pada masa sama, Aer Lingus telah pun memasuki pasaran baharu, memperkenalkan model perniagaan terkini dan berjaya menukar tumpuan bisnes syarikat penerbangan itu kepada orientasi pengguna dengan fokus sektor pengagihan atas talian setinggi 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pelantikan itu menunjukkan usaha serius kerajaan dan Khazanah meletakkan asas kukuh bagi kejayaan MAS masa hadapan.

Malangnya dalam menjayakan pelan tersebut, ada pula seperti cuba menangguk air keruh dengan agenda tertentu dan terbaharu, menyebarkan hebahan palsu kononnya ada pula sidang akhbar MASEU bagi mengulas isu sensitif MAS itu sehingga menyusahkan banyak pihak.

Mungkin masih awal buat spekulasi siapakah dalang tidak bertanggung jawab itu, namun, jika melihat kepada nombor telefon penganjur sidang media tersebut, ramai penganalisis sudah membuat andaian kemungkinan ada pihak mahu bermain ‘lontar batu sembunyi tangan’.

Pangillan ke talian 019 347 7762 / 011 1224 9782 yang tertera dalam jemputan media tersebut tidak terjawab.

Kenapa pihak itu tergamak berbuat demikian, ia barang kali misteri tetapi lambat laun hanya masa akan jawab soalan tersebut kerana MAS tidak lagi cukup waktu melayani kerenah dan kini perlu beri tumpuan kepada usaha memulihkan semula syarikat itu daripada terus kritikal. - MYNEWSHUB.CC


10 Disember 2014

ALI ABD JALIL BUKA TEMBELANG SIAPA KJ SEBENARNYA!!!!


Ali Abd Jalil: Siapa KJ nak halang saya balik Malaysia?

Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun dan hanya berbelas tahun saja berada di Malaysia.




SHAH ALAM: Rakyat Malaysia yang melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil mempersoalkan siapa Khairy Jamaluddin untuk memberinya arahan supaya jangan balik ke Malaysia.

Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan itu tidak sampai dua tahun menjadi menteri, sudah berlagak.

“Khairy dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun, dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun saja,” tulisnya di laman Facebooknya.

Katanya, dia dan Alvin lahir di Malaysia dan membesar di Malaysia.

“Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam lagi.Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tidak pernah ada rekod jenayah,” ujarnya lagi.

“Antara kami (Ali dan Alvin) dan Khairy Jamaluddin, siapa lebih anak Malaysia?” soalnya.

Semalam, Khairy Jamaluddin melalui Twitter miliknya meneruskan kritikan terhadap aktivis Ali Abd Jalil yang dilihat berterusan mengkritik kerajaan dan juga institusi diraja di Malaysia apabila pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Baguslah. Jangan sesekali balik lagi,” tulis Khairy.

Ali melalui laman Facebook miliknya semalam mendakwa telah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dan Perjanjian Dublin bagi pencari suaka politik.

“Saya sekarang adalah pemegang kad asylum di bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin. Saya tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang UMNO dan Sultan. Sini bukan Malaysia,” katanya.

Ali sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor melalui Facebook. ~FMT

MENTERI-MENTERI NAJIB HANYA JAGA PERUT SENDIRI?


Berjimat termasuk kurangkan Kabinet, bukan tekan rakyat, kata penganalisis


Bilangan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak amat ramai, di masa Putrajaya menyeru rakyat berjimat cermat. 

Rakyat berpendapatan rendah tidak seharusnya terbeban dengan cukai baharu yang diperkenalkan kerajaan sebaliknya Putrajaya perlu melakukan penjimatan dan tidak terus memberi tekanan kepada rakyat, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan juga perlu merasai denyut nadi rakyat dan antara pendekatan yang boleh diambil ialah mengurangkan bilangan menteri Kabinet.

“Jika kerajaan tak ada pendapatan yang tinggi, kecilkan saiz kerajaan termasuklah mengurangkan bilangan menteri Kabinet dan kementerian. Kurangkan saiz kerajaan bila kerajaan tidak mempunyai wang.

“Kerajaan perlu berjimat mengurangkan perbelanjaan dan bukannya ambil lebih banyak duit daripada rakyat. Bukan juga memperkenalkan cukai yang baru tetapi apa yang patut dibuat ialah memperkecilkan perbelanjaan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas satu sesi perbincangan di Petaling Jaya, malam tadi.

Wan Saiful (gambar, kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan Putrajaya kini adalah bagaimana untuk terus menanggung bilangan menteri yang ramai di saat pendapatan negara tidak menentu.

Katanya, penjimatan perbelanjaan oleh Putrajaya akan membolehkan kerajaan mengenakan cukai minimum kepada rakyat.

“Kalau kerajaan tiada duit, mungkin menteri yang hilang kerja, satu perkara yang baik bagi negara. Saya tak rasa negara menjadi bankrap jika kerajaan tak cukup duit. Yang akan jadi bankrap, menteri yang banyak hutang, terlibat dalam aktiviti lain di luar bidang kerja politik mereka.

“Ada lebih 30 menteri Kabinet jadi mereka fikir bagaimana nak kekalkan kesemua mereka. Apa yang perlu difikirkan, kalau sekiranya tiada duit, maka kerajaan perlu berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti yang dilakukan rakyat.

“Kurangkan sedikit belanja hias kementerian, pejabat menteri, kurangkan perbelanjaan perjalanan malah kurangkan bilangan menteri yang kita ada. Tak perlu wujud banyak sangat kementerian di negara ini,” katanya.

Beliau berkata Putrajaya mengambil keputusan tepat apabila menarik subsidi produk tertentu kerana ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Katanya, apa yang tidak disedari sesetengah pihak ialah pemberian subsidi datangnya daripada wang rakyat, maka ia juga merupakan satu bentuk penjimatan.

"Penarikan subsidi adalah sesuatu yang perlu dibuat sekarang dan diteruskan sehingga masyarakat tidak lagi bergantung kepada subsidi yang diberikan kerajaan.

"Penarikan subsidi adalah tindakan yang betul tidak mengira apa juga dapatan data. Penarikan subsidi adalah tindakan lebih bermoral dan tepat dinilaikan berdasarkan akhlak," katanya.

Wan Saiful berkata apa yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kerajaan membelanjakan wang rakyat dan seterusnya memuji diri sendiri.

Katanya, tiada ahli politik yang berminat menjaga kepentingan rakyat sebaliknya hanya mahu memastikan mereka dapat terus berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang.

"Sejak bila kerajaan memikirkan tentang rakyat? Mereka hanya mahu mengekalkan kuasa. Ahli politik hanya fikir untuk menang pilihan raya.

"Mengharapkan ahli politik memikirkan orang lain, itu hanya mimpi. Itu tidak berlaku," katanya.

LIHAT LAGI : SINI

SETELAH MAS MUFLIS, ADA LAGI AGENDA TERSEMBUNYI.....


Apa agenda tersembunyi halang pelantikan Mueller?




"Semasa AirAsia Berhad membuat pertukaran saham bagi membantu pemulihan Malaysian Airline System Berhad (MAS), puak-puak yang tidak berpuas hati menentang kononnya tidak mahu MAS jatuh ke tangan AirAsia.

"Kali ini apabila Christoph Mueller dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, cadangan ini juga ditentang kononnya tidak mahu orang luar mengurus MAS.

"Apakah agenda tersembunyi yang mahu diperjuangkan untuk MAS. Adakah mahu melihat MAS lenyap begitu sahaja atau apa?," luah pemerhati industri kepada MG.

Beliau yang juga bekas juruterbang MAS selama 17 tahun mengakui tidak faham sentimen yang cuba diperbesarkan oleh puak-puak yang menentang pelantikan Mueller.

Tegasnya, dalam keadaan MAS yang selayaknya sudah berkubur sekarang, masih ada golongan-golongan yang menjadikan isu nasionalisme berbanding melihat usaha pemulihan MAS secara rasional.

Apa salahnya MAS diperbetulkan dan diuruskan oleh orang asing jika pendekatan itu adalah yang terbaik untuk MAS, aset-aset MAS dan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Malah, katanya, pendekatan itulah yang dilakukan oleh Emirates dan Etihad, antara syarikat penerbangan yang memberi persaingan kepada industri penerbangan dunia.

"Orang Arab boleh menerima orang asing dalam proses pembelajaran mengurus syarikat penerbangan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?

Kalau dengan pelantikan Mueller MAS boleh buat duit dan dapat melatih lebih ramai 'Mueller' pada masa depan, apa salahnya?

"Adakah dengan memilih orang asing teraju MAS maka rakyat Malaysia tidak ada semangat nasionalisme atau mengenepikan agenda nasional?

"Di mana puak-puak penentang tidak kiralah pejuang UMNO atau NGO semasa MAS mencatatkan kerugian demi kerugian lebih tujuh tahun lalu?.

"Kalaulah ketika itu (tujuh tahun lalu) MAS dapat keprihatinan yang tinggi seperti hari ini sudah tentu MAS tidak muflis sehingga terpaksa dibeli dan menubuhkan MAS NewCo," tambahnya yang juga mengakui sebagai ahli UMNO yang aktif.

Selepas MAS di bawah Tan Sri Abdul Aziz Rahman, beberapa pelantikan anak tempatan tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan itu dengan baik.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu gagal kerana tidak beroperasi sebagai entiti perniagaan semata-mata, sebaliknya terpaksa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menanggung laluan penerbangan yang tidak menguntungkan.

Inilah isu yang perlu dilihat secara serius oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) jika mahu MAS kembali untung, selain memiliki jumlah bahagian operasi yang banyak, sekaligus terpaksa mengaji ramai pengurus.

"Bukan sahaja AirAsia tetapi Singapore Airline juga tidak beroperasi seperti MAS. MAS perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan, baru boleh buat duit," tambahnya.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller, juruterbang itu percaya, Ketua Pegawai Eksekutif Aer Lingus itu mampu memulihkan MAS berdasarkan pengalaman lalu beliau tetapi dengan syarat.

"Syarat itu ialah jangan ikat 'kaki dan tangan' sebaliknya hanya membiarkan 'mulutnya' yang berkata-kata. Bagi saya dari segi soal kemampuan Mueller memang tidak boleh dinafikan. Kalau beliau boleh pulihkan Lufthansa, Aer Lingus mengapa tidak mampu pulihkan MAS.

"Kalaupun jika Mueller gagal memulihkan MAS suatu hari nanti, kita perlu lihat semula pada struktur perniagaan MAS semula. Adakah MAS masih mengekalkan struktur perniagaan yang sama atau Mueller tidak diberi kebebasan yang mutlak," ujarnya. -

09 Disember 2014

SELEPAS MAS, BERNAMA TV PULAK BAKAL BUNGKUS?

Bernama TV akui tak mampu bayar gaji


Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.

"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri), yang dilihatMalaysiakini.
Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu.

Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.

Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya.

“(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya.

"Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."

Runding dengan kementerian

Sementara itu Ibrahim juga berkata, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh kini sedang berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendapatkan dana.

BTV juga, kata Ibrahim, sedang berusaha menjual slot iklan untuk membayar hutang syarikat itu.

Minggu lepas, hampir 20 pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah kewangan.

Kebanyakan mereka kini telah pulang ke pejabat, namun masa depan mereka tidak menentu.

"Memang tak cukup. (Wang RM500) ini untuk tebus balik (duit untuk bayar bil). Sekarang kerjalah, tetapi minggu depan tidak tahulah," kata seorang pekerja yang enggan dinamakan.


Seorang pekerja sambilan BTV pula mendakwa tidak menerima gaji selama empat bulan dan tidak lagi diberi arahan membuat liputan, kecuali melibatkan berita kemalangan atau bencana besar.

Ini bukan kali pertama BTV didakwa gagal mengaji pekerjanya tepat pada waktu.

Pekerja stesen itu mendakwa masalah sama turut berlaku tahun lalu serta Jun hingga September tahun ini.

Sementara itu, Ibrahim berpendapat, masalah yang membelenggu syarikat itu dapat diselesaikan jika pemegang saham melepaskan saham masing-masing.

"Masalahnya timbul di pihak pemegang saham itu sendiri. Kalau mereka menjual semua saham itu, Bernama boleh mengambil keputusan untuk jual saham kepada mereka yang berminat untuk melabur... (tetapi) mereka tidak buat keputusan," katanya.

"Saya bercakap dengan seorang pemegang saham, (tetapi) beliau berkata ia terpulang kepada kerajaan."


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum menjelaskan bahawa kerajaan ingin menyelamatkan stesen itu dengan menukarkan medium bahasanya kepada Bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun depan.
Pada masa kini, hanya 32 peratus kandungan BTV dalam Bahasa Inggeris, dan transformasi itu dijangka selesai pada pertengahan 2015.

BERITA GEMPAR UNTUK RAKYAT MALAYSIA.......


Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan Bakal Kurangkan Peruntukkan?





Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan Bakal Kurangkan Peruntukkan? Jikalau dahulu ramai “ahli nujum” dan “tukang ramal” menjangkakan harga minyak dunia yang terus melonjak naik sehingga ke paras USD140 setong akan terus naik sekitar Jun 2008, tetapi akhirnya tidak menjadi realiti apabila ia mencecah paras “break point” iaitu USD145 setong sepertimana dijangkakan pakar-pakar ekonomi dunia. Harga minyak dunia terus menjunam jatuh harga minyak dunia selepas daripada itu.

Dan sekali lagi harga minyak dunia terus jatuh semuka ke paras US$66.19 daripada harga minyak dunia mentah sebelum ini yang berlegar pada paras USD110 setong. Hampir majoriti rakyat malaysia yang terdedah kepada maklumat pantas di media baru sedia maklumkan yang mana pendapatan minyak negara begitu besar maknanya kepada negara.

Apatah lagi bagi mengimbangi bajet defisit yang sudah dibentangkan 17 tahun berturut-turut sejak daripada tahun 1998 lagi

Bagi mengimbangi hutang negara yang terus melonjak tinggi kepada paras RM763 bilion


Persoalannya harga minyak dunia terus jatuh adakah akan berikan impak negatif kepada negara? Atau sebenarnya ia beri kesan positif kepada Malaysia?

Oleh, mari kita kupas satu demi satu faktor-faktor yang terlibat secara langsung disebalik kesan harga minyak dunia jatuh kepada negara. Jikalau ditanya kepada jurucakap kerajaan Malaysia sekarang ini, Ahmad Maslan :

Nilai tukaran ringgit jatuh teruk hari ini, iaitu pada kadar tukaran, baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan, baik impak positif kepada rakyat negara
Harga minyak jatuh kepaa negara tidak beri kesan besar kepada negara
Semuanya indah-indah belaka


.KLIK SINI : Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia?

Faktor & Kesan Harga Minyak Dunia, Ringgit Malaysia Jatuh Kepada Malaysia?

Kerajaan membentangkan bajet 2015 berdasarkan pendapatan melalui harga minyak mentah dunia yang diikat pada kadar USD110, sekarang ini sudah jatuh merudum kepada paras USD66. Harga minyak jatuh tidak beri kesan kepada negara?

Harga minyak jatuh, pendapatan Petronas juga jatuh. Adakah dividen dan cukai akan kekal sama sebelum ini akan dinikmati kerajaan Malaysia?

Harga minyak dunia jatuh, adakah syarikat O&G akan “mampu tersenyum lebar” dalam pada masa kontrak yang diberikan kepada mereka diikat pada harga minyak dunia tinggi? Jualan harga minyak mentah dunia yang tinggi (pendapatan lumayan) mampu membayar kos operasi carigali minyak yang tinggi? Keuntungan berkurang, bayaran cukai kepada kerajaan sama?

Harga minyak dunia jatuh, nilai ringgit Malaysia jatuh juga baik untuk ekonomi negara? Banyak barang mentah yang Malaysia import melalui matawang USD, harga USD semakin mahal, kos bertambah tidak beri kesan kepada Malaysia?

Harga minyak dunia jatuh? Adakah harga minyak kelapa sawit & getah akan kekal sama?
Harga minyak dunia, harga saham akan kekal sama? Berapa ramai pelabur asing yang mampu setia dengan kejatuhan harga saham? Akhirnya tinggalkan pelabur Malaysia yang terkontang-kanting menghadapi kerugian tersebut

Kerajaan Malaysia masih lagi yakin mampu mengurangkan bajet defisit mereka pada Bajet 2016 akan datang? Yakin yang bagaimana mohon diperjelaskan? Mahathir menjangkakan banyak peruntukkan kerajaan akan dipotong bagi tahun 2015 kelak bagi mengimbangi pelan pengurangan defisit negara pada tahun hadapan.

Dan inilah sebabnya kerajaan Malaysia mengumumkan secara drastik mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia hapuskan subsidi minyak kepada anda semua
Rakyat tidak dapat menikmati faedah sebenar disebalik kejatuhan harga minyak duni
a

BERITA SELANJUTNYA : Harga Minyak RON95 Turun 4 Sen 1 Disember Selepas Kerajaan Tarik & Hapus Subsidi RM24.8 Bilion! Berpuas Hati?


Di mana kebenarannya fundamental ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan tidak berik kesan besar walaupun harga komoditi utama negara serta nioai tukaran asing yang jatuh merudum?

Berdasarkan semakan Berita Semakan terhadap akhbar The Star melaporkan :

Daripada 5 sektor ekonomi negara, hanya 2 sektor sahaja yang meningkat
perkhidmatan jatuh 58.5%
minyak dan gas jatuh 29.3%

perbankan naik 1.6%
automotif naik 18.2%
komoditi jatuh 37.7%

Harus diingatkan tahun 2015 adalah tahun yang mencabar bagi Malaysia dan rakyat Malaysia. Ini bukan cerita dongeng…

Ekonomi China yang begitu teguh dan gagah perkasa itu pun sudah “hambar”
Ekonomi Eropah sudah mula “mengigil” dan bakal mengucup tahu hadapan
Ekonomi Australia sudah mula menurun
Ekonomi Malaysia?





Bukan niat mahu menakutkan, tetapi mahu mengingatkan kepada diri kami sendiri dan rakyat malaysia semua. Bersiap sedia. Jangan tunggu malapetaka ekonomi datang, masa itu baru tersedar daripada lamunan.

 Cakap benar mengenai realiti keadaan ekonomi negara itu lebih baik. Bercakap benarlah dan berterus-teranglah. Jangan tunggu rakyat hilang sabar baru hendak bertindak…BS


Jangan ambil mudah kejatuhan harga minyak - Apa kata Tun Dr. Mahathir




‬1. Harga satu tong minyak mentah telah jatuh daripada AS$110 per tong, kepada AS$70 per tong.

2. Benarkah perkara ini tidak akan memberi kesan kepada kita (Malaysia), atau adakah ia akan memberi impak yang positif kepada kita?

3. Apabila Kerajaan melancarkan Bajet 2015, ianya telah diikatkan kepada harga minyak mentah yang bernilai AS$110 per tong.

4. Kerajaan pastinya telah menganggarkan bahawa keuntungan jualan minyak mentah kita akan menyumbang kepada Bajet berdasarkan harga minyak yang telah disasarkan tinggi itu tadi. Adakah penurunan harga minyak mentah akan memberikan kesan kepada Bajet Kerajaan, atau akankah ianya meningkat kesan daripada penurunan harga minyak mentah kepada AS$70 per tong.

5. Petronas merupakan antara penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan melalui bayaran dividend dan cukai petroleum. Adakah jumlah sumbangan Petronas kepada Kerajaan akan kekal sama apabila pendapatan mereka daripada jualan minyak, LNG dan gas semakin berkurang?

6. Empayar perniagaan minyak & gas yang semakin pesat kebelakangan ini adalah berpaksikan kepada kos tinggi yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan jualan minyak yang lumayan. Kadar keupayaan untuk pembayaran kontrak-kontrak tersebut yang masih lagi terikat kepada harga minyak yang lama, sudah pasti akan terjejas.

7. Harga minyak yang semakin rendah sudah pastinya akan memberikan kesan negative kepada servis dan pembayaran hutang oleh pengeluar. Mereka perlu menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah. Kadar dapatan keuntungan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerugian. Jumlah bayaran cukai kepada Kerajaan sudah pastinya akan berkurang.

8. Defisit yang ditanggung Kerajaan akan terus parah, melainkan mereka (Kerajaan) mengurangkan peruntukan mereka. Jaminan bahawa perkara ini tidak akan meningkatkan jumlah defisit yang ditanggung oleh Kerajaan perlu diperjelas.

9. Apabila Kerajaan mengurangkan peruntukan mereka, banyak sektor perniagaan akan mengalami masalah. Keuntungan dan hasil kutipan cukai akan jatuh menjunam. Hasil kutipan Kerajaan pasti akan berkurang akibat daripada pengurangan peruntukan itu.

10. Harga petrol di Pam Minyak hanya akan terus berkurang sekiranya subsidi dikekalkan. Tetapi keupayaan untuk memberikan subsidi sudah pastinya berkurangan akibat daripada kurangnya pendapatan dan sumbangan daripada Petronas. Tanpa subsidi, harga minyak akan kekal sama kepada pengguna. Malah, jumlahnya mungkin juga akan menaik akibat nilai Ringgit yang semakin susut. Jadi, benarlah bahawa rakyat tidak akan dapat menikmati manfaat hasil daripada kejatuhan harga minyak mentah?

11. Kita mengimport kebanyakan daripada bahan mentah dan komponen untuk keperluan industry kita. Kebanyakkan daripadanya adalah dijual dalam USD, yang kini semakin mahal. Kita perlu mengeluarkan lebih banyak Ringgit untuk mengimport. Ini akan menafikan faedah daripada kejatuhan nilai Ringgit.

12. Saya rasa kita tidak sepatutnya mengambil mudah akan kejatuhan harga minyak mentah. Harga saham di Amerika telah jatuh dengan ketara. Bolehkah kita mengekalkan harga saham kita, terutamanya saham yang melibatkan sektor minyak dan gas? Ingatlah bahawa kita menerjah masuk ke dalam sector ini ketika kos masih tinggi. Sudah pastinya kita menjangkakan pulangan yang lumayan.

13. Apabila pulangan yang diterima lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak, adakah harga saham akan kekal sama? Seperti biasa, orang pertama yang akan angkat kaki adalah pelabur asing. Orang tempatanlah yang akan ditinggalkan untuk menangani masalah tersebut.

14. Kita masih lagi belum menandatangani TPPA. Sudahkan kita bersedia untuk menghadapi implikasinya apabila terjadi perpindahan besar-besaran kualiti dana asing?

15. Kebetulan, terdapat pula permintaan baru yang menginginkan gaji minima yang lebih tinggi. Kenaikan kadar gaji minimum perlulah sejajar dengan kenaikan gaji atas paras minimum untuk mengekalkan jurangnya. Kos pengeluaran akan meningkat dan harga juga akan naik mendadak. Kita akan menjadi lebih lemah dalam persaingan pasaran, dalam dan luar Negara. Malah, sebahagian perniagaan akan gulung tikar. Penganguran hanya akan lebih meningkat.

16. Saya rasa kita perlu berfikir dan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat mengenai harga minyak sesuka hati.

BN AMALKAN POLITIK KUNO

BN dan ‘politik kuno’ tidak akan terpisah



Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias hari ini meletak jawatan dan memulangkan kenderaan rasmi.

Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias dan pemulangan kenderaan rasmi kerana tidak mahu menggalas jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri melambangkan "politik kuno" Barisan Nasional (BN).

Shamsuddin berhujah, walaupun beliau dilantik sebagai pengerusi PAC negeri, tangan dan kakinya terikat kerana komposisi jawatankuasa itu berat sebelah: 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), 1 Adun BN (Jeram), serta dirinya.

Shamsuddin terlupa, walaupun dari segi komposisi anggota PAC BN minoriti, sebagai pengerusi suaranya akan didengari jika beliau mengkritik dasar kerajaan negeri yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Selangor.

Sebenarnya apa yang Shamsuddin lakukan bertujuan untuk tidak mahu memberikan peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini, kesemua Adun BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 (satu langkah yang tidak pernah dilakukan parti pemerintah semenjak negara merdeka pada 1957) yang diberikan kepada pembangkang di negeri itu.

Akhirnya Shamsuddin berterus-terang apabila berkata hari ini, tawaran jawatan pengerusi PAC oleh PR merupakan muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar kepada gabungan parti pembangkang itu untuk menuntut hak yang sama di Parlimen.

Jelaslah dakwaan selama ini BN menolak tawaran yang diberikan kerajaan Selangor kepada pembangkang kerana tidak mahu ianya dijadikan contoh untuk mendesak Putrajaya melakukan perkara sama.

Apa yang Shamsuddin dan BN lupa, rakyat Malaysia sudah semakin bijak hari ini – terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membuka" ruang demokrasi melalui Internet.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia, pembangkang diiktiraf peranannya dalam melakukan semak dan imbang kepada kerajaan atau pemerintah.

Dan ini yang cuba dilakukan PR di Selangor dan Pulau Pinang walaupun BN masih lagi menganggap pembangkang sebagai "musuh yang harus diperangi" dan bukannya berperanan bersama-sama untuk membangunkan negara.

Apa salahnya jika BN mula mengiktiraf pembangkang dan melakukan perkara sama di peringkat nasional?

Jawapannya adalah perubahan tidak akan berjaya dilakukan kerana "ahli politik kuno" seperti Shamsuddin masih bersarang dalam BN.

Mereka tidak mahu perubahan dan politik baru diamalkan kerana masih merasakan Putrajaya itu milik BN dan kuasa yang akan kekal sehingga kiamat tiba.

Tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir menggesa agar Umno Selangor dibubarkan dan dirombak semula.

Kerana Dr Mahathir tahu orang-orang seperti Shamsuddin ini yang menyebabkan Umno dan BN terus ditinggalkan rakyat Selangor yang semakin "maju" pemikirannya.


08 Disember 2014

MANUSIA BERPERANGAI BINATANG! SELEPAS BUNUH ANAK TIRI, ROGOL PULAK MAYATNYA...[VIDEO]


Pennysylvania – Seorang wanita, Jessica Padget, 33, menjadi mangsa perbuatan keji bapa tiri sendiri apabila dia ditembak sebelum mayatnya dirogol oleh lelaki tidak berhati perut itu.

Lelaki kejam itu, Gregory Graf kemudiannya menyembunyikan mayat Padget di belakang rumahnya.


Lebih keji, Graf turut merakamkan aksi dia merogol mayat Padget dan video rakaman disimpan dalam komputernya.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas polis menemui video tersebut setelah siasatan dijalankan susulan kehilangan Padget yang juga ibu kepada tiga anak.

Padgett, kali terakhir dilihat masih hidup adalah pada 21 November lalu selepas dia keluar dari tempat kerjanya di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Dia ditembak hanya dalam masa 10 minit selepas meninggalkan pusat berkenaan dan mayatnya hanya ditemui lima hari selepas kehilangannya.

Graf, kini ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Dia yang juga pemilik sebuah syarikat itu mengaku membunuh Padget.


TERKINI: DALANG SAMSENG BOLASEPAK DIDEDAH?


Akur Titah TMJ, Inter Johor Firm (IJF) Umum Pembubaran


 Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firm (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
Pencetus masalah dlm bola sepak.. this all I.J.F..





Ini Luahan IJF - Mulai Hari Ini IJF Dibubarkan Kerana Akur Dengan Titah TMJ.



Habis rosak nama negara. Lepas tue bubarkan organisasi sendiri selepas tak dapat nak menanggung beban kerosakkan yang telah berlaku. Menggunakan alasan akur dengan titah TMJ mungkin sekadar alasan nak menutup kesalahan dan kelemahan organisasi sendiri.

Itu kot yang orang akan fikirkan.
Aku taknak fikir apa2 dulu.

Just nak SHARE kan luahan dorang.

Baca dan fikir la ikut macam mana yang korang nak fikir. Bagi aku. Aku tetap nak tunggu hasil siasatan rasmi PDRM, FAM dan KBS dalam insiden berkenaan.





Akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.


rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.

mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.

apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..

p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.

Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm
!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...