langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

08 September 2012

GEMPAR !! POLIS MALAYSIA DI BERI KATA DUA...??

warga Aman beri masa 48 jam untuk polis tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka akan turun ke jalanraya..


KUALA LUMPUR, 8 Sept 2012 : Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.


Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.

"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?

"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.

Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.



"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.

"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.

Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.

Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu.

Kantoi ! Adun ditumbuk kerana " ISU PASAR BURMA "




KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pengadu, Mat Hassan, 52, bersama isterinya ketika kejadian telah ke Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan bahawa peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu denganya.Walaupun pengadu meminta lelaki berkenaan memaklumkan masalah itu kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.

“Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya.

“Semakan mendapati suspek, yang juga seorang nelayan, pernah lima kali ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di negeri ini, lima kali tangkapan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas di Batu Gajah serta tangkapan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.Bagaimanapun katanya, suspek buat masa ini tidak ditahan reman tetapi diambil keterangan untuk siasatan.Difahamkan, kematian yang diziarahi pengadu dan isteri merupakan emak saudara kepada suspek yang turut tinggal di kampung yang sama.

Sementara itu, Mat Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu mempebesarkan kes tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

GEMPAR ! AKSI SAMSENG UMNO DI JASIN MELAKA

SHAH ALAM - Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua dalam seminggu ini, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini insiden itu terjadi di Melaka.

"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini.

Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin.


Twitter terkini DSAI :Ketua ambil rasuah 500juta;upah pemuda 50 ringgit! : @Keadilan_Daily: Aksi samseng Umno di Jasin menjerit memaki DS #merdekarakyat







Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kini percaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.
Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.
Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.


MENYUSUL LAGI

Panas ! Koordinator BN Selangor Merengek macam budak Kecil.....



Mohd Zin Dicabar Dedahkan Rancangan Ambilalih KTMB Oleh Swasta Secara Runding Terus


Tindakan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terus-terusan mempertikai usaha kerajaan negeri dalam isu Talam meskipun Akauntan Bebas telah mengeluarkan pandangan bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan komersial yang bijak, menyerlahkan betapa dangkalnya tahap ilmu dan pemahaman beliau dalam pengurusan ekonomi.

Firma audit KPMG yang telah menghabiskan masa sebulan untuk memperhalusi semua dokumen, perjanjian serta suratcara dengan jelas telah menyimpulkan pandangan profesional mereka bahawa tiada unsur-unsur tipu muslihat, salah urus atau kepincangan dalam urusan perpindahan hakmilik hartanah dari Talam kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang telah berjaya mendapatkan semula keseluruhan hutang bernilai RM392 juta.

Saya hairan mengapa begitu sukar untuk Mohd Zin memahami laporan awal audit tersebut. Pada masa sama, saya tidak menolak kemungkinan beliau berperangai sedemikian adalah semata-mata mahu menegakkan benang yang basah demi menutup keaiban rakannya dalam BN semasa mentadbir Selangor sebelum 2008 yang telah gagal dan tidak mempunyai keupayaan serta kekuatan politik mengutip hutang-hutang tersebut. Keupayaan mereka jelas tidak dapat menyaingi kemampuan Dato’ Menteri Besar sekarang yang berpengalaman luas dalam sektor korporat.

Jika Mohd Zin benar-benar jujur mahu menjaga kepentingan rakyat Selangor, saya cabar beliau melihat semula dan mendedahkan kepada rakyat rancangan kerajaan Datuk Seri Najib Razak untuk menswastakan KTMB yang bakal menyebabkan tanah dan aset KTMB bernilai lebih RM50 billion jatuh ke tangan syarikat swasta.



Mohd Zin sepatutnya lebih prihatin dengan menyatakan kerisauan dan bantahan terhadap cadangan Malaysian Mining Corporation ( MMC ) yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambilalih KTMB melalui runding terus. Barang pasti transaksi tersebut hanya akan menguntungkan syarikat dan individu tertentu dan merugikan rakyat Selangor.

Kita semua maklum cadangan pengambilalihan tersebut adalah antara usaha Syed Mokhtar untuk menimbunkan pemilikan hartanah bagi syarikatnya sebagaimana yang telah beliau lakukan terhadap Pos Malaysia menerusi DRB Hicom.

Selaku Pengerusi KTMB, Mohd Zin perlu meningkatkan kesedaran rakyat Selangor dengan mendedahkan syarat dan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan aset serta tanah-tanah KTMB yang bernilai lebih RM 50 billion tidak jatuh ke tangan pihak swasta.

Ini adalah isu-isu besar yang sepatutnya beliau ketengahkan. Berhenti merengek dan berperangai seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Mohd Zin harus berhenti menyebar fitnah dan terus-terusan berbohong hanya sekadar mahu menegakkan benang yang basah bagi menidakkan kejayaan Selangor dalam isu Talam.

Kerajaan Selangor pada masa yang sama tidak akan duduk diam mahupun tunduk kepada tangan-tangan rakus dan kotor yang mahu mengambil hak rakyat Selangor, baik dalam isu Talam mahupun dalam isu pengambilalihan KTMB. Kita akan lakukan yang terbaik agar hak rakyat dipertahankan mengatasi kepentingan individu haloba.

FAEKAH HUSIN

Panas ! Nak Heran Apa Cikgu....Umno yang Ajar Budaya Punggung



Bekas guru: 'Tak sangka remaja itu Ammar'

BATU PAHAT - Tindakan Muhammad Ammar A Rahman, 19, melondehkan seluar dan menayang punggung pada gambar pemimpin negara, langsung tidak diduga bekas gurunya.

Dia yang enggan dikenali mengakui mengenali Muhammad Ammar semenjak di bangku persekolahan.

"Saya terkejut Muhammad Ammar yang pernah saya kenali melakukannya."Semasa di bangku sekolah dia memang nakal sedikit, tetapi tindakannya terkawal," katanya.

Bagaimanapun dia yakin tindakan Muhammad Ammar dipengaruhi rakan-rakan sebayanya."Biasalah budak-budak yang baru nak naik, sudah pasti ada nakalnya," katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kantin di sekolah menengah tempat Muhammad Ammar belajar,

mengakui remaja itu agak pendiam tetapi mempunyai perlakuan sukar dijangka.Dia yang mahu dikenali sebagai Azlan berkata, Muhammad Ammar agak nakal semasa zaman persekolahannya tetapi peramah dan rajin menegurnya apabila sesekali bertemu di kantin sekolah.

“Ammar ini nakal juga, namun dia tidaklah teruk sangat... nakal-nakal budak baru naik,” katanya.Seorang kenalan keluarga Muhammad Ammar, Hamidi Mohd Tap, 30-an berkata, dia kesal dengan perlakuan remaja itu dan menganggapnya tersalah pilih rakan.


Katanya, sepanjang mengenali Muhammad Ammar, dia boleh dikatakan baik dan pelajar yang agak pintar.“Saya rasa mungkin setelah jauh daripada ibu bapanya, dia telah terpengaruh dengan rakan juga keadaan sekeliling.

"Bagaimanapun saya berharap dia benar-benar menyesal dan tidak mengulanginya," katanya.


Komen : Apa nak diheran Cikgu, Saya lagi tak sangka, bagaimana veteren tentera boleh buat senaman punggung depan rumah perempuan lagi tu......kan tentera tu kuat disiplin nya......
Ya betull..orang tentera pun sampai tayang punggung apalagi budak hingusan macam dia,so apa yang nak dihairankan... Budak-budak nie terpengaruh budaya amno yang suka tanyang punggung

Hot ! Tranformasi Dr.Mursi Muhamad Vs Pakatan

Pencapaian Dr.Mursi Muhammad dalam masa 2 bulan sebagai presiden Mesir.




Pertama, beliau berjaya menamatkan pemerintahan tentera dan membatalkan 'dustur mukammil' atau perlembagaan penyempurna buatan tentera.

Kedua, beliau berjaya memastikan kestabilan keselamatan di Wilayah Sinai dan sempadan.

Ketiga, beliau berjaya membentuk Dewan Presiden yang terdiri daripada kumpulan profesional dan dari kalangan NGO. Yang terbaru adalah beliau melantik sepuluh orang Gabenor baru.

Keempat, beliau berjaya membebaskan hutang petani (tidak perlu membayar) dan membentuk pasukan pembangunan .

Kelima, beliau berjaya mengembalikan wibawa Mesir dalam percaturan dunia antarabangsa dan bebas daripada hegemoni Amerika (lawatan beliau ke Saudi, sidang kemuncak negara2 Afrika, lawatan ke China, Sidang Kemuncak Non Blok dan terbaru pidato beliau di Liga Arab).


TRANFORMASI PAKATAN SEKIRANYA RAKYAT MEMBERI MANDAT KE PUTRAJAYA :





07 September 2012

AFP melaporkan: Najib marah Jerman tolong rakyat Malaysia.




Pihak Kedutaan Jerman bantu rakyat Malaysia untuk cari jalan penyelesaian dan dapatkan keadilan dalam isu kapal selam Scorpene yang melibatkan rasuah berbillion ringgit, tetapi Najib suami Rosmah Mansor jadi marah!!

Kemarahan Najib seolah-olah membuktikan memang dia terlibat dalam kes rasuah berkenaan.


Malaysia summons German envoy over NGO funding


KUALA LUMPUR (AFP) - Malaysia has summoned Germany's ambassador after the embassy reportedly funded an opposition-leaning human rights organisation that has accused the government of corruption.
The group, Suaram, launched a complaint in a French court earlier this year accusing Prime Minister Najib Razak and others over a 2002 deal to buy two submarines from France.


"The action of the German embassy can be misconstrued and be seen as interference in the domestic affairs of a sovereign state," the Foreign Ministry said in a statement late on Thursday.
"Malaysia is deeply disappointed to learn that the embassy is engaged in such activities that show its partiality to certain issues that have implications on Malaysia's domestic situation." The embassy declined to make an immediate comment on Friday. But German Ambassador Guenter Gruber was quoted by the national news agency Bernama earlier this week as saying that the funding was for a one-off project in 2010.




BERITA BERKAITAN.........


DUTA JERMAN DIPANGGIL BERI PENJELASAN


KUALA LUMPUR: Wisma Putra akan memanggil Duta Besar Jerman ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung penyaluran dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Kedutaan Jerman itu menyalurkan dana kepada NGO yang diketahui mempunyai agenda politik tertentu.

"Tindakan Kedutaan Jerman ini boleh disalahtafsir sebagai mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Semalam, Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber mengaku kedutaan itu menyalurkan dana kepada syarikat berkenaan bagi membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.

Anifah berkata Malaysia juga amat kecewa dengan penglibatan Kedutaan Jerman dalam aktiviti yang menunjukkan kecenderungan mereka terhadap sesetengah isu yang mempunyai implikasi ke atas situasi domestik Malaysia kerana kedua-dua negara itu adalah rakan dua hala penting dan mempunyai hubungan mesra serta kerjasama erat dalam pelbagai bidang.

"Kedutaan-kedutaan asing seharusnya peka terhadap sensitiviti di negara tuan rumah dan bagaimana hubungan yang baik dapat dijalin dan dikekalkan," katanya.

Sementara itu, siasatan awal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Suaram.

SSM turut dikritik beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram, yang antara lain mengaku menerima dana dari negara-negara asing berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebuah syarikat, iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.
-Bernama

Panas ! Samseng Serang HQ PKR...Rupanya Bekas Calon PKR Gurun





Ada beberapa rakan yang bertanya betulkah 'Elvis' Kalaivanan ini bekas orang kuat PKR. Jadi entri ini aku jawab serba sedikit kepada yang berminat untuk mengenali individu berimej jambang ala Elvis (atau MGR sebenarnya). Pertama sekali aku nak cakap aku pun tak tahu nama sebenar mamat ni. Sebelum 2009 dia lebih dikenali sebagai Kalaivanan. Namun selepas 2009 nama beliau yang sering keluar di dalam media adalah Kalaivanar.

Benar Kalaivanan atau B.Kalaivanan ini pernah dua kali bertanding di DUN Gurun.
Pertama kali dalam PRU 11 (2004) yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru yang dimenangi oleh BN.

Datuk Beh Heng Seong - Barisan Nasional, (BN) 10,748
Tan Choy (Dap) 698
B. Kalai Vanan (Keadilan) 3,677

Kali kedua dalam PRU 12 (2008) yang menyaksikan pertandingan 2 penjuru, juga dimenangi oleh BN. Keputusannya macam di bawah ini.



Selepas PRU 12, B.Kalaivanan telah terlibat dalam kes penipuan di Mahkamah Majistret Sg Petani tetapi tidak mengaku bersalah. Hakim telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan satu penjamin bagi setiap kes.


Akhirnya pada 2009, 8 hari sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Selambau beliau telah keluar daripada parti PKR bersama penyokong-penyokongnya. Dipercayai tindakan itu dibuat kerana calon yang dicadangkan beliau telah ditolak oleh Anwar.


Selepas berpisah daripada PKR, beliau telah menubuhkan Barisan Bertindak Nambikkai (BBN) dan menjadi Presiden. Di dalam BBN B Kalaivanar lantang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengamalkan rasuah selepas PRU tahun 2008. Terbaru semalam, beliau jugalah orangnya yang paling lantang berdemo di hadapan pejabat PKR bersama beberapa ahli BBN 'Melayu' kerana mendakwa Anwar Ibrahim seorang penipu...(kerana merasakan dirinya bukan seorang penipu).


Beliau berasal dari Gurun Kedah... dan yang syoknya beliau pun berbangga dengan Bahasa Malaysia beliau yang baik... tapi Barua Umno/Bn lupa yang beliau tu berasal dari Negeri Kedah... kalau beliau berasal dari Negeri Selangor yang 50 tahun di Perintah Umno/bn... beliau pun tak boleh Berbahasa Malaysia dengan baik beb... sebab itu kot Umno/Bn terpaksa import beliau dari Gurun... kah kah kah !.

Kesian betul dengan puak-puak UMNO Negeri Selangor ni beb... terpaksa import orang Gurun Kedah yang keluar PKR bagi menyelesaikan masalah Penduduk Bangsa India kat Negeri Selangor ni... namun sekarang ni simacya tu bukan sahaja cuba menyelesaikan masalah Penduduk India Negeri Selangor beb... tapi cuba selesaikan pulak masalah Untuk Melayu No Otak (Umno) yang ditipu oleh United Munafikun National Organisations (UMNO)... sebab itu terkeluar perkataan Daulat Tuanku cuma dia belum sebut aje Hidup Melayu dan Hidup UMNO... mungkin lepas ni Barua dan Samseng Melayu seperti Datuk Malaun Jamal Pak Tongkol boleh relek sikit dan tak tak payah susah-susah lagi seperti Datuk Malaun tu belasah Perserta Janji Bersih pada malam 30 Ogos.... kah kah kah
!

Panas ! Muhyiddin....BN Perlu Kekal Kuasa, Rakyat Kata " CUKUPLAH "



Muhyiddin berkata BN Perlu Kekal Kuasa ketika ditanya pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini. Rakyat Kedah telah menolak BN pada PRU12 kerana kegagalan Umno/BN Kedah gagal menguruskan pentadbiran negeri Kedah.

Kekalahan yang tidak diduga sebenarnya telah melemahkan semangat ahli umno, kata Najib kekalahan perit ini disebabkan oleh sabotaj oleh ahli umno dan pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon. Tidak dinafikan UMNO bahagian Langkawi merupakan kubu kuat umno di Kedah tetapi mejoriti pru12 hanya tinggal lebihkurang 5000 undi.



LANGKAWI - Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kekal berkuasa di Malaysia bagi memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan Umno dan BN bukanlah kerana mahukan kuasa politik dan kemenangan parti sahaja, sebaliknya kerana ia merupakan benteng negara kepada ancaman dan idelogi yang dibawa dari negara luar.

"Adalah penting untuk BN dan Umno menjadi benteng daripada asakan-asakan pengaruh luar yang tidak secocok dengan nilai-nilai agama, nilai ketimuran dan nilai Malaysia yang telah kita ketahui sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Beliau berkata kerana itu, Umno dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.

"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya.

Muhyiddin berkata ketika ini ada pihak yang cuba membawa fahaman yang liberal, asas hormat menghormati tidak diamalkan dan suara yang dianggap ekstrem.

"Tiap-tiap hari berlaku. Ini semua tak berlaku sebelum 2008. Ada macam satu keghairahan di pihak pembangkang nak berkuasa, tak de batas... mereka boleh buat apa sahaja.

Walaupun negara ini mengamalkan demokrasi... boleh buat apa sahaja tetapi kena buat dalam lingkungan undang-undang batas budaya, hormat menghormati.

"Ini mereka cadangkan bendera ditukar, pijak gambar Perdana Menteri, sokong seks bebas, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual). Kalau nak senarai berpuluh-puluh, malah beratus-ratus petanda yang amat bertentangan dengan nilai Malaysia sebenar," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini semua boleh dihalang dengan membangkitkan kekuatan rakyat dengan sokongan kepada parti yang selama ini membentuk negara dengan membina asas seperti Rukunegara, Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

"Kemenangan BN dalam pilihan raya boleh pertahankan nilai-nilai dan asas benteng yang boleh mempertahankan negara daripada keruntuhan nilai yang tak sesuai dengan negara," katanya

-Kedahkini

Kantoi ! Mad Bashah Spin...Bloger Amno lagi Spin..


Mad Bashah kata Anwar jejas keharmonian Masjid bukannya PERKASA?

Antara kata-kata Ahmad Bashah ialah "Penduduk menyuarakan bantahan mereka kerana mahu mempertahankan kerukunan masyarakat serta tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ceramah politik,"

Bukankah penduduk setempat yang hadir dan tentu dengan kebenaran jawatankuasa Masjid tazkirah diadakan. siapakah yang memenuhi Masjid pada hari PERKASA menyerang Masjid itu jika yang membantah adalah penduduk setempat, sedangkan ketika Anwar menyampaikan tazkirah Masjid dipenuhi oleh jemaah?

Kesan serangan Perkasa akan memarahkan lagi rakyat Kedah kepada Umno dengan kelaku hangpa menganggu ketenangan rumah suci Allah, sampai dalam Masjid hangpa buat perangai loglag lebih dari pihak yang berkuasa. Bila Imam jemput ahli perkasa sembahyang berjemaah mengapa depa tolak...kalau hangpa nak jaga keharmonian institusi Masjid kan lebih afdal berjemaah bersama.

Cuba hangpa tengok video ni.. agak-agak hangpa yang mana satu penduduk setempat?.. yang menyalak diluar Masjid atau yang mendengar tazkirah di dalam Masjid?




Laporan berkaitan..

ALOR SETAR - Tindakan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan masjid sebagai medan politik telah menganggu keharmonian institusi masjid, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan perkara itu perlu dihormati oleh semua pihak.

"Di Kedah, jemaah telah ada kesepakatan tidak rasmi bahawa masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan kesepakatan itu dihormati oleh semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecohan di Masjid Al-Hussin, Kampung Seberang Pumpong di sini Sabtu lepas ekoran bantahan khariah masjid berkenaan yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menyampaikan tazkirah di situ.

"Saya difahamkan imam masjid telah berjanji dengan penduduk kampung bahawa Anwar hanya datang untuk sembahyang sahaja tanpa tazkirah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Penduduk menyuarakan bantahan mereka kerana mahu mempertahankan kerukunan masyarakat serta tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ceramah politik," katanya.

Beliau berkata kejadian di Masjid Al-Hussin itu harus menjadi pengajaran bahawa masjid tidak boleh dijadikan pentas politik mana-mana pihak. - Bernama

Itu kata Ahmad Bashah.. kenyataan yang jelas cuba memburukkan Anwar..



Kat Bawah ini aku ambik dari Blog Amno -The Flying Kick
Hangpa tengok depa punya SPIN...

KESIAN! MAT BASHAH DIBALUN PUAK-PUAK BENGONG!!!

Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 8:54 PM | Filed Under: Ahmad Bashah Hanifah |


Apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah membuat kenyataan, kekecohan di Masjid Al-Husain berpunca daripada Anwar Ibrahim dan keharamanjadahannya, para penyokong Anwar Ibrahim menyakau-nyakau marah.

Kata mereka, Mat Bashah buta kayu kerana tidak dapat melihat, punca sebenar kekecohan tersebut adalah disebabkan oleh PERKASA, bukannya Anwar Ibrahim.

Malangnya, perkataan-perkataan cela yang dibaling kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu sebenarnya hanya terpalit ke kepala mereka sendiri. Berbeza daripada persepsi yang mereka cuba timbulkan, Mat Bashah tahu apa yang diucapkannya. Bahkan cakap-cakapnya adalah betul!

Sememangnya walaupun Kedah diperintah oleh PAS, tetapi di bawah Azizan Abdul Razak, hukum rimba yang seringkali menjadi pakaian PAS selama ini, mulai dikurangkan secara beransur-ansur. Hubungan antara orang PAS dan UMNO, mulai terjalin sekalipun masih ada saki-baki PARASIT dan IBLIS PAS yang kekal dengan dunia pentakfiran mereka.

Pentadbiran Azizan Abdul Razak yang menggalakkan hubungan baik sesama Islam, selain memastikan institusi masjid mematuhi titah baginda Sultan Kedah agar tidak dipolitikkan, ternyata tidak menyenangkan golongan PARASIT dan IBLIS PAS.

Begitulah yang berlaku. Ketenangan yang dinikmati oleh Melayu-Islam Kedah tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya, termasuklah yang berpakaian PAS. Bukan mereka tidak tahu, sebarang usaha membawa Anwar Ibrahim memberikan ucapan, bertazkirah dan mengajar agama, pasti akan mengundang kemarahan orang ramai, termasuklah dari kalangan orang PAS sendiri. Apatah lagi, ramai orang PAS yang sangat sedar, Anwar Ibrahim sedang berusaha memecah belahkan PAS Kedah dengan pelbagai kerenah dan ulahnya, termasuklah menaja proksi-proksinya seperti Mahfuz Omar dan Mat Sabu.

Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan gerombolannya cuba membuat kacau di Kedah. Siapa yang menaja penentangan terhadap Azizan Abdul Razak? Siapa yang menggerakkan kempen agar Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan? Bahkan, siapa yang selama ini memburuk-burukkan pentadbiran Azizan Abdul Razak?

Anwar dan gerombolannya boleh menuduh UMNO dan PERKASA empunya angkara tetapi ia bukan rahsia lagi apabila semua kekecohan di Kedah dan dalam PAS Kedah adalah perbuatan Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Apa perlu Anwar Ibrahim memberikan tazkirah selepas Maghrib kepada jemaah setempat sedangkan dia sendiri memerlukan tazkirah untuk memperbaiki keperibadiannya?

Justeru apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah membuat kenyataan bahawa kekecohan tersebut berlaku disebabkan oleh kedegilan Anwar Ibrahim untuk memberikan tazkirah sekaligus menimbulkan kebencian dan kekacauan, ia sebenarnya adalah tepat.

Apatah lagi, di mana sahaja Anwar berada, pastinya kekacauanlah yang menjadi pilihan utamanya!


06 September 2012

Kantoi ! Kerajaan Pusat Takut Dedah Laporan Audit NFC


'K'jaan tidak dedah laporan audit ke atas NFC'

Laporan audit mengenai projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan telah pun siap tetapi tidak diumumkam, dakwa Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa pihaknya tahu laporan Pricewaterhouse Coopers yang ditugaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah siap.

"Kita tahu laporan itu ada, jadi mengapa lambat untuk mendedahkannya?" katanya sambil menambah rakyat menuntut supaya hasil penemuan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan itu dibentangkan di Parlimen.

Memetik "sumber-sumber" bagi menyokong dakwaannya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau juga berharap untuk mendapatkan laporan tersebut melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang beliau merupakan salah seorang anggotanya.

"Tetapi PAC tidak mengadakan mesyuarat,"
kata Pua.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berkata, Chua Tee Yong yang merupakan timbalan

menteri pertanian dan industri asas tani seharusnya mendesak supaya audit PWC tentang projek fidlot itu dibentangkan di Parlimen kerana ia berada dalam bidangkuasa kementeriannya.

Katanya, Chua seharusnya mengikut langkah kerajaan negeri Selangor, yang telah berjanji untuk membentangkan laporan audit mengenai Talam pada persidangan November DUN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa juruaudit di KPMG mendapati bahawa kerajaan negeri telah membuat "keputusan komersial yang kukuh" dalam penstrukturan semula hutang Talam.

"Kotakan janji. Jangan tuding jari kepada kerajaan negeri Selangor, tetapi tunjukkanlah kepada kami yang anda akan melakukan perkara yang sama,"
kata Leong kepada kerajaan persekutuan BN.

MCA mendakwa Selangor telah menyelamatkan syarikat bermasalah Talam Corporation dalam skandal RM1 bilion.




Kalut ! Pasai Wayang Kulit ....Hangpa goyang telok ke ?



Dah nak jadi Isu dan hangpa tak setuju ...Hangpa duduk pejabat MB takkan nak tengok saja...panggil le SUK bincang la dengan dia. Kata dasar kerajaan kurang bersetuju dengan program yang nak dijalankan awat lembab sangat....Ooi takan tu tak reti-reti lagi takkan DO buleh buat suka hati dia kut....

Nie kalau hangpa tak reti, takut nak tegurk hangpa letak jawatan....banyak isu-isu depa dok buli kerajaan Pakatan bila depa spin hangpa kantoi....jenuh nanggoi-nangoi pro pakatan di FB dan blog kena jawab.

Lagi satu pejabat MB, Setiausaha-setiausaha berkenaan kerajaan,politik dan pesonal hangpa buat le akaun Twitter macam MB Kelantan senang la kita Bloger & Media baru nak dapat berita. Hangpa tau bloger Umno-apco dok spin berita pasai Kedah....48jam sehari.

Cuba hangpa tengok Kes Serang Masjid....Tak nampak pun parti-parti pakatan rakyat Kedah buat sidang media mengutuk serangan Perkasa yang memalukan rakyat Kedah. Yang dengak hangpa kalut dok lobi biro politik nak jadi calon Dun dan Parlimen.

Tambah PKR Kedah lagi kalut nak cari berita dari depa Blog pun takdak tambah akaun Twitter...haram satu tak boleh harap....Dok tunggu kot ada sidang media dari PKR sampai lanie tak keluark-keluark.......


Oleh : Warekganal (emel)




DO Pendang nak sabotaj Kerajaan Negeri dengan wayang kulit di malam Jumaat?


Oleh Mat Kering Bakaq Bata -Kedah La


Mat Kering baru terima panggilan telefon dari wakil Kedah La di Pendang. Ceritanya malam esok adalah majlis Merdeka Raya yang akan diadakan di Pejabat Daerah Pendang. Baguihla tu program raya + merdeka, bukan ada masalah apa.

Cuma menurut cerita yang tak sedapnya sewaktu mesyuarat mengenai program tu.. mengikut tentatif asalnya program dimulakan dengan Solat Maghrib Berjamaah, bacaan Yasin, Tahlil dan semua yang molek2. Maka selepas tu DO Pendang Nordin Yahaya, orang kuat UMNO berkarat yang merupakan kroni Datuk Rasli SUK minta supaya diadakan persembahan wayang kulit Seri Asoon.

Maka membantahlah sebahagian ahli mesyuarat tak setuju sebab pertunjukan wayang kulit adalah persembahan hiburan, siap dengan bunyi serunai popee popee tak sesuailah buat malam Jumaat lepas baca Yasiin pulak tu. Maka demi menolak hujah tak moleknya untuk mencampuradukkan program keagamaan (Solat, Yasin, Tahlil) dengan wayang kulit maka DO dengan kuasa yang ada membatalkan semua program keagamaan tadi sebaliknya tetap berdegil untuk mengadakan persembahan wayang kulit. Akai depa lebih kurang macam niilah kot... alang2 nampak hudoh bercampug dengan baca Yasin, toksah dok buat teruihlaa baca Yasin, kira bada wayang kulit cukuplah.

Berkilat ikan dalam ayaq acaq pun kata orang tua-tua sudah tahu jantan ke betina, maka mudah sangatlah difahami oleh orang yang berakal bahawa DO Pendang yang tebal dengan fikrah UMNO tu supaya rakyat Pendang yang kuat pegangan agamanya akan marah kepada kerajaan PAS kerana tak reti nak hormat malam Jumaat? Lepaih ni pahlawan maya UMNO pun, termasuk TV3 suku dan Utusex Meloya akan main isu tu tujuh hari tujuh malam.

Tetamu kehormat yang diundang ke program Merdeka Raya malam esok tak lain dan tak bukan kroni besaq Nordin Yahya jugak iaitu Datuk Rasli Basir yang telah ditolak oleh majoriti KCS kerana tiga kali sign kontrak sambung jawatan, tak bagi chance langsung dekat KCS lain nak naik pangkat.

Oleh yang demikian sukalah MK ingatkan kepada seluruh YB, Ahli majlis dan MKK di Pendang tu supaya pastikan program wayang kulit Asoon yang tok dalangnya pun UMNO berkarat jugak tu. Mokalau tidak, jenuhlaa jentera penerangan kita nak bertepis dengan isu konspirasi yang dibuat oleh pegawai kerajaan negeri yang berwalak kepada UMNO.

Free Sex Lepas 9 Kali Basuh Kereta- Malaysia Hub Ayam Antarabangsa



Sunway Mentari – Free Sex Lepas 9 Kali Basuh Kereta


Kalau bercakap pasal masalah rumuh urut di Selangor, penyokong pembangkang akan marah kata itu propaganda sahaja dan negeri-negeri di bawah BN pun ada masalah yang sama.

Sama saja di K.L, J.B, Ipoh, K.K...P.Pinang....semua ada ayam Mangolia,Russia,Indon, China...
kalau ada pun, rasanya memang sukar untuk mengatasi masalah atau kanser yang sedang menular di Serata bandar di Malaysia. industri ini sudah terlalu tenat sebenarnya dalam isu rumah urut ini.

Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada ‘Program Kesetiaan Pelanggan”.

Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.

Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa…

Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!

Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.

Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.

Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut

Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.

“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.

Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.

Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.

Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuah antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.

Daripada jumlah itu, 214 merupakan wanita warga tempatan manakala 2,090 warga asing.

Selepas habis membaca berita ini, jangan lupa menonton klip video Special Offer…dan tengok…sama tak dengan Sunway Mentari punya kes…?

Panas ! Mat Sabu Buat Hal Pulak...Kes Mat Indera pun tak habis lagi....



Diburu polis kerana bawa gambar Dr Burhanuddin?



KUALA LUMPUR: Jika saya membawa gambar Dr Burhanuddin Al Helmy dalam sambutan Hari Merdeka, adakah saya akan dituduh menghina Tunku Abdul Rahman dan selepas itu diburu polis?

Demikian pertanyaan spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) ketika ditanya mengenai kontroversi pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan rakyat pada malam Hari Merdeka baru-baru ini.

"Jalur Gemilang kita hormat. Tetapi proses menuntut kemerdekaan juga mesti kita hormati dan kita kenang sebagai tanda terhutang budi kita kepada mereka yang terlibat dalam perjuangan tersebut," katanya.

Menurut Mohamad, Sang Saka Malaya adalah sebahagian dari peristiwa dan proses menuntut kemerdekaan.

"Mengibarkan Sang Saka Malaya adalah salah satu cara untuk mengenang dan menyanjung perjuangan dan proses menuntut kemerdekaan dan adalah tidak siuman jika sanjungan sedemikian dianggap jenayah dan mereka yang terlibat diburu seperti penjenayah," katanya.

Mohamad seterusnya menjelaskan, ia sama seperti kita menghormati Tunku yang terkenal dengan panggilan Bapa Kemerdekaan.

"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menghormati tokoh-tokoh lain yang menuntut kemerdekaan dan penghormatan kepada mereka tidak sama sekali bermakna kita menghina Tunku.

"Kalau ikut otak sempit dan dangkal para pemimpin Umno yang histeria terhadap pengibaran Sang Saka Malaya itu, saya akan dianggap menghina Tunku dan diburu seperti penjenayah kalau saya bawa gambar Dr Burhanuddin dalam sambutan Hari Merdeka," katanya.

Menurut Mohamad, banyak tokoh lain yang terlibat memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita dari penjajahan British seperti Dr Burhanuddin sendiri, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan ramai lagi.

"Ada di antara mereka yang dipenjarakan oleh penjajah British malah ramai dibunuh.

"Adakah kita tidak boleh menyanjung dan mengenang mereka dan hanya boleh memperingati tokoh-tokoh yang dikehendaki oleh sejarah versi Umno sahaja?" beliau mempersoalkan.

Mengulas lanjut mengenai pengibaran bendera yang menjadi sebahagian dari proses menuntut kemerdekaan itu, Mohamad berkata, bendera Sang Saka Merah Putih pernah dibawa oleh para perwakilan Malaya sebagai bendera negara dalam Persidangan Solidariti Afro-Asia di New Delhi pada tahun 1947.

"Oleh kerana Umno merasa terancam sangat dengan pengibaran Sang Saka Malaya, kenapa tidak arahkan polis buru perwakilan Malaya yang bawa bendera Sang Saka Merah Putih ke persidangan Solidariti Afro-Asia itu?" kata beliau sinis.

Mohamad melihat histeria Umno terhadap pengibaran Sang Saka Malaya itu akan menguatkan semangat rakyat untuk terus mencabar versi yang dipaksakan oleh Umno mengenai sejarah negara ini.

"Akhirnya semakin ramai rakyat akan sedar dan tahu siapa yang menaja penubuhan Umno dan mengapa ia ditubuhkan," katanya lagi.

Setakat ini, polis masih tidak menghentikan tindakan memburu mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam Hari Merdeka itu.

Menurut kenyataan dalam Facebook Bukit Aman, Ketua Polis Negara memandang serius perbuatan itu kerana "ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi".

Kantoi ! Janji ditepati tema Syok Sendiri

‘Janji Ditepati’.. Akhirnya Memakan Diri



KOMENTAR : Kelunturan semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin ketara terutama tahun ini berbanding tahun sebelumnya yang mungkin disedari ramai pihak namun menganggap ianya ‘perkara biasa’.

Walaupun mengibarkan Jalur Gemilang bukan pra-syarat utama mengekspresikan semangat kemerdekaan, namun ianya kekal sebagai satu elemen penting meraikan ulang tahun bersejarah bagi negara.

Fenomena ini sepatutnya difikirkan semua pihak terutama parti pemerintah yang saban tahun memikirkan konsep baru sambutan kemerdekaan agar terus tersemat di sanubari rakyat Malaysia.

Gambaran ini melambangkan rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam iklim politik negara terutama pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan pimpinan negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 dihujani kontroversi bermula dengan pengenalan tema ‘Janji Ditepati’ yang dilhamkan kerajaan sebagai lambang ‘kejayaan’ mereka mentadbir negara selama ini.

Tema bermotifkan ‘kelangsungan politik’ ini nyata mendapat kritikan banyak pihak yang jelas tidak melambangkan semangat patriotik seperti tahun sebelumnya.

Ruang kritikan turut diserikan dengan ungkapan sinis ‘Janji Dicapati’ sebagai tanda protes rakyat dengan tema yang disifatkan sebagai ‘syok sendiri’.



Kesinambungan kontroversi diteruskan dengan pengenalan lagu tema ‘Janji Ditepati’ dengan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim.

Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.

Pakatan Rakyat (PR) turut menempelak tema berkenaan dengan berpendirian tema kemerdekaan perlu tampil tanpa berbaur politik kepartian.Justeru ianya tidak langsung melambangkan inspirasi sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini

Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR tampil dengan tema lebih dinamik dan segar, Sebangsa, Senegara Sejiwa yang lebih mencerminkan Malaysia yang merdeka.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran lebih 10,00 rakyat pada malam ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ mengukuhkan lagi kepedulian rakyat yang sebenarnya bosan dengan Umno-BN.

Apakah transformasi politik yang cuba dibawa Najib Razak menemui jalan buntu sehingga isu kecil sebegini gagal diselesaikan?

Nyata retorik politik ini sebenarnya gagal menambat hati rakyat meskipun pemberian beberapa insentif terutama durian runtuh bagi peneroka Felda dan pemandu teksi.

Situasi ini sebenarnya menggambarkan hanya pihak tertentu yang ‘terbela’ walhal masih ramai yang menderita dengan kenaikan harga barang, kegagalan anak muda memiliki rumah pertama dengan kos yang tinggi dan beban hutang pembiayaan pendidikan.

Bukan ingin menimbulkan unsur hasad dengki mahupun cemburu terhadap golongan Felda mahupun bekas tentera yang banyak berbakti kepada negara tetapi harus diingat, banyak golongon marhaen yang belum menikmati hasil negara secara saksama dan adil.

Harus diingat, pemberian ini sebagai modal kepada rakyat supaya terus memilih mereka bila ‘tiba masa balas budi’.

Tidak hairanlah apabila kempen mengibar jalur gemilang yang diberi kempen meluas tidak mendapat sambutan rakyat. Ini disebabkan persepsi rakyat merasakan mengibar jalur gemilang seolah-olah bersengkol dengan kerajaan mengibarkan bendera Umno-BN untuk berkempen.

Kepimpinan BN sebenarnya telah memperoleh ‘klu’ berhubung sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib apabila menyaksikan satu dari 300 kenderaan dijalan raya yang mengibarkan jalur gemilang.

Hakikatnya rakyat sebenarnya menunggu ‘masa balas budi’ untuk membawa perubahan kepada Malaysia untuk mencapai erti kemerdekaan sebenar dengan lebih mendalam.

Penting ! Mohon Penjelasan Pihak SADA - Paip Air Tekanan Rendah

Penduduk Kampung Keda Gulau tidak mendapat bekalan air sejak setahun lepas


SIK, 5 Sept — Lebih 500 penduduk Kampung Keda Gulau meminta Syarikat Air Darul Aman (Sada) memotong bekalan air paip mereka yang dikatakan tidak diperoleh sejak setahun lepas.

Rata-rata penduduk yang ditemui mendakwa adalah sia-sia untuk mereka membayar bil air sekurang-kurangnya RM7 sebulan sedangkan mereka tidak mendapat bekalan air berikutan tekanan air yang rendah.

Setiap kali penduduk membuat rayuan, pegawai Sada daerah Sik hanya berjanji akan segera menghantar bekalan air ke kampung itu, tetapi lori tangki air tidak pernah tiba, kata mereka.

Keadaan itu memaksa penduduk menggunakan sumber air tidak dirawat dari kawasan bukit berhampiran menggunakan paip getah untuk minum, mandi dan membasuh.

Apabila musim kemarau, sumber air mereka itu akan kering manakala apabila hujan lebat, air akan tercemar dengan pelbagai kotoran dan sampah.

Seorang penduduk, Suraya Bahari, 37, berkata beliau terpaksa menggunakan air yang tercemar dengan kotoran itu untuk minum, mandi dan mencuci pakaian.

“Pakaian yang dicuci pun kadangkala menjadi kemerahan,” katanya.

Tengku Zaidi Tengku Mohd Yusof, 42, berkata ketiadaan bekalan air menyusahkan kehidupan 110 keluarga di kampung itu.

Seorang lagi penduduk kampung, Zakaria Abd Rahman, 54, berkata ada penduduk yang mengambil air sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari kampung itu untuk mandi dan mencuci pakaian.

“Untuk minum ada penduduk membeli air bersih dalam botol yang dijual di pasaran,” katanya. — Bernama

05 September 2012

Panas ! Rumah Terbuka Adilfitri pula di Serang

Peniaga "serang" rumah terbuka Aidilfitri DAP negeri

Kalau hendak protes dan berdemo buatlah di tempat dan waktu sesuai ini main taram je..ini sah golongan syaitan-syaitan yang kurang waras....


GEORGETOWN. - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan perkarangan Balai Rakyat Jalan Patani, di sini malam tadi yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP negeri.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.


Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.

Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.

Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.

Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku.-Bernama

Isu Hutang Talam : Penjelasan Firma Audit Bebas

Pemulihan Hutang Oleh Kerajaan Selangor Adalah Keputusan Komersil Yang Baik: Firma Audit



Pada Julai 2012, Kerajaan Selangor telah melantik KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk menjalankan semakan bebas terhadap kaedah kutipan hutang tertunggak berjumlah RM392 juta daripada Talam Corporation.

Kerajaan negeri sukacita mengumumkan bahawa laporan ini telah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan bersidang pada November ini dan kemudian akan diedarkan kepada orang awam.

Kami berpuas hati dengan semakan yang dibuat oleh akauntan bebas dari KPMG yang telah membuat kesimpulan bahawa:

“Kerajaan Negeri Selangor mengadakan dua perjanjian penyelesaian dengan Talam bertujuan mengutip semula hutang RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

“Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan 9 plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang.

“Daripada semakan ini, KPMG berpandangan bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan komersil yang baik mengikut keadaan ketika itu untuk menyusun hutang-hutang ini.

“Proses penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) – sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian.”

Kesimpulan tersebut menunjukkan bahawa usaha Kerajaan Negeri mengutip hutang RM392 juta daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib, mengikut undang-undang, beretika serta menjaga kepentingan negeri, anak-anak syarikat dan rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan soalan-soalan lazim bagi membantu pihak media dan orang awam lebih memahami isu ini. Usaha ini juga dibuat dibawah selian KPMG untuk mengesahkan kebenaran fakta.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzukefli Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sebagai jurucakap rasmi bagi kerajaan Selangor berhubung perkara ini.

Mereka ini berkelayakan untuk berbincang dan berdebat berhubung isu Talam dengan mana-mana individu atau organisasi yang bersesuaian. Saya amat yakin mereka mampu mengendalikan perbincangan secara sihat dan berfaedah mengenai isu ini.

Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Ketua Audit Negara, Dato’ Mohd Salleh Mahmud kerana membantu kerajaan negeri memantau keseluruhan proses semakan ini.

Kerajaan Negeri komited untuk mengurus ekonomi dan kewangan negeri secara profesional dan berhemah serta sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Terkini! HQ Keadilan Diserang Oleh Samseng UMNO

Samseng Umno serang pejabat KEADILAN, hambur kata2 kesat pada Anwar






PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.
Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.
“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.




Samseng UMNO Cuba Serbu Masuk Ke Ibu Pejabat PKR






(Berita menyusul)

Berita Gempar !! Mesyuarat EXCO Terpaksa diadakan Di Hospital ???

Ustaz Azizan pengerusikan mesyuarat Exco hari ini

Berita dipetik dari Malaysiakini:

MB Kedah kembali bertugas, kata setpol


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali menjalankan tugas rasminya hari ini selepas beberapa minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC).

Menurut setiausaha politiknya, Mohamad Sanusi Mohd Nor (kanan) berkata Azizan hari ini mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

"Mesyuarat exco sedang berlangsung di bilik mesyuarat exco, blok E, Wisma Darul Aman. MB pengerusikan mesyuarat dan dia sudah sihat untuk bertugas," kata Mohamad Sanusi melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau berkata semua exco hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk setiausaha dan penasihat undang-undang kerajaan negeri kecuali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan Datuk Amiruddin Hamzah.

Mohamad Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata, ADUN Anak Bukit itu kini berada di luar atas tugas rasmi.

Pada 31 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor berkata Azizan sedang berehat di hospital itu kerana keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

Katanya, Azizan dinasihatkan doktor agar berehat bagi mempastikan beliau mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Ditanya rawatan yang dijalani Azizan sewaktu berada di KMC, Mohamad Sanusi meminta perkara itu perlu dirujuk doktor yang merawatnya tetapi setahunya pesuruhjaya PAS Kedah itu terkena "jangkitan kuman".

"Dia diberi antibiotik yang kuat kerana kuman itu dah imune (mangli) dengan antibiotik yang diberi masa kes di IJN (Institut Jantung Negara) tahun lepas," katanya.

Berita dari Harakah:

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, kesihatan Azizan semakin baik dan mampu menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily kira-kira jam 11 pagi ini.

Namun katanya, Azizan masih perlu berehat dan mendapat rawatan susulan di KMC.

Awal minggu lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Setar akibat keletihan kerana terlalu banyak menghadiri program sepanjang Ramadan.

Doktor juga menasihatkan beliau agar berehat di hospital untuk memastikannya mendapat rehat yang cukup.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco ialah pada Ahad, 5 Ogos lalu.

Sabtu lalu juga, Azizan yang kelihatan semakin pulih dilihat menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah.

Bila lagi SUK nak buat sidang media ?...dok kerenyeh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...