11 Disember 2012

TERKINI ! MANA MUSA AMAN ...BUKTI BARU KE ICAC


Bukti-Bukti Baru Dikemukakan Kepada ICAC Untuk Buka Semula Siasatan

Delegasi KEADILAN yang dianggotai oleh:

1. YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang
2. YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan
3. YB Chang Li Kang, ADUN Teja
4. Saudara Darell Leiking, Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang
5. Saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi

Akan membuat lawatan kedua ke Hong Kong pada 12 dan 13 Disember 2012 dalam usaha membuka semula siasatan pihak berkuasa Hong Kong mengenai tuduhan rasuah RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman melalui orang pertengahannya iaitu Michael Chia.

Delegasi akan mengadakan pertemuan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab menyelia perjalanan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC), selain mengadakan pertemuan khusus dengan pegawai penyiasat ICAC untuk menyerahkan bukti-bukti lanjut kes.

KEADILAN telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti baru terutamanya bukti urusniaga dan butiran pemindahan wang di Hong Kong seperti berikut:

Urusniaga Melalui Akaun HSBC Milik Michael Chia di Singapura

Michael Chia mempunyai beberapa bank akaun yang dibuka dengan HSBC di Singapura sekitar tahun 2005 hingga 2006.
Bersama-sama ini disertakan salinan pengesahan pemindahan wang (telegraphic transfer credit advice) ke dalam akaun-akaun Michael Chia bertarikh 7 Jun 2005, 16 Jun 2005, 22 Februari 2006 dan 16 Mac 2006.

Pemindahan wang yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit ini dimasukkan ke akaun Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini dinamakan sebagai pengusaha balak melalui konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada mereka, termasuklah Ever Fame Enterprises Limited, Borion Enterprise Limited dan Wayco Enterprise Limited.

Salinan pengesahan pemindahan wang ini dengan jelas memberi butiran bahawa pemindahan wang ini adalah bayaran deposit kepada konsesi, merujuk kepada konsesi balak yang diusahakan oleh syarikat-syarikat ini.

Kewujudan akaun ini yang dimiliki Michael Chia dan pemindahan wang oleh pemegang konsesi kepadanya bagi tujuan deposit konsesi mengesahkan bahawa Michael Chia bertindak sebagai orang tengah kepada individu tertentu untuk mengutip wang hasil dari konsesi balak yang dikeluarkan Kerajaan Sabah.

Mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969, kelulusan permit dan kutipan hasil dari pembalakan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah dan tidak melibatkan sebarang pihak lain.

Oleh yang demikian, sebarang kutipan wang bagi deposit konsesi oleh pihak lain berkemungkinan besar adalah wang rasuah yang dibayar untuk mendapatkan konsesi.

Michael Chia perlu disiasat segera oleh SPRM untuk mengenalpasti individu yang mewakilkannya untuk mengutip wang dari syarikat-syarikat pemegang konsesi balak, yang disalurkan ke dalam akaun HSBC miliknya di Singapura.

Urusniaga Melalui Akaun UBS di Hong Kong Milik Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd adalah 2 buah syarikat yang diperbadankan di pusat perniagaan pesisir luar pantai (offshore business centre) iaitu di British Virgin Island, yang melindungi maklumat pemilik serta pegangan sahamnya. Oleh itu, adalah mustahil untuk orang awam mendapatkan maklumat pemiliknya dari pihak berkuasa dan syarikat-syarikat ini tidak perlu mengemukakan akaun setiap tahun seperti syarikat-syarikat lain.

Pun begitu, salah satu pihak yang menguasai Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd secara bersama dengan Michael Chia telah tampil dan menawarkan maklumat mengenai kedua-dua syarikat ini. Mereka juga telah menyerahkan sepenuhnya penyata bank dan segala slip urusniaga melibatkan akaun kedua-dua syarikat tersebut dengan Bank UBS di Hong Kong.

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd digunakan oleh Michael Chia bagi tujuan yang sama seperti akaunnya di HSBC Singapura – iaitu menyalurkan wang suapan hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada pemegang-pemegang konsesi.

Bersama-sama ini disertakan slip pengesahan urusniaga (debit or credit advice slips) yang melibatkan Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd.

Satu pemindahan wang berjumlah US$277,975 bertarikh 13 Februari 2007 misalnya, dibuat oleh Multilink Star Pte. Ltd. Kepada Zenique Investments Ltd bagi pembayaran deposit konsesi pembalakan, seperti yang dapat disahkan oleh slip pengesahan urusniaga.

Dari semasa ke semasa, wang dari kedua-dua syarikat ini dipindahkan ke sebuah syarikat BVI milik Michael Chia iaitu CTF International Ltd.

Pada 25 May 2007 pula, Zenique Investments Ltd memindahkan wang sebanyak AU$2,350 terus ke akaun Mohammed Hayssam Musa, iaitu anak kepada Dato’ Seri Musa Aman.

Semakan terhadap slip-slip pengesahan urusniaga ini menunjukkan pemindahan wang ke akaun yang dikawal Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan konsesi balak di Sabah, selain dari perbelanjaan dan pemindahan peribadi seperti pembelian kereta mewah, pemindahan kepada isteri Michael Chia dan lain-lain.

Helah yang digunakan adalah sama, iaitu mengumpul wang rasuah hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan Kerajaan Sabah melalui akaun-akaun di luar negara yang didaftarkan di atas nama syarikat BVI yang penuh kerahsiaan.

Pihak ketiga yang turut terlibat di dalam Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd telah menyatakan kesudian mereka untuk memberikan keterangan sepenuhnya kepada ICAC bagi membuktikan bahawa pemindahan wang di Hong Kong yang melibatkan kedua-dua syarikat BVI itu adalah bersabit wang rasuah konsesi balak di Hong Kong.

Ini menepati kehendak ICAC untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman, iaitu bukti berlakunya urusniaga melibatkan bank di Hong Kong dan bukti bahawa urusniaga itu melibatkan wang hasil dari rasuah.

Akuan Bersumpah Dato’ Seri Lajim Ukin

Bersama-sama ini disertakan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti yang didakwa oleh Dato’ Seri Nazri Aziz.

Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah.

Akuan bersumpah beliau yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut ICAC.

Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman.

Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Peguam Negara.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
11 DISEMBER 2012

DOKUMEN-DOKUMEN BUKTI :

128 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR dilarang membuat publisiti tentang apa-apa perkembangan masa depan kes RM40 juta buat masa ni.

Tanpa Nama berkata...

Agensi pencegahan rasuah Hong Kong mengingatkan pemimpin pembangkang Malaysia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kes ini.

Tanpa Nama berkata...

Pihak Hong Kong berkata jika kerahsiaan terjejas, ia boleh menjejaskan siasatan serta keselamatan mereka yang terlibat.

Tanpa Nama berkata...

Pihak ICAC sebenarnya masih belum mengesahkan atau menafikan jika mereka merancang untuk membuka semula kes kontroversi tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Kes yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini masih menjadi misteri selaras dengan peraturan kerahsiaan ICAC sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ICAC hanya meawarkan janji mereka untuk meneliti semua dokumen yang diserahkan sebagai bukti dengan berhati-hati sebelum menghubungi Rafizi Ramli lagi.

Tanpa Nama berkata...

ICAC berkata mereka akan menyemak segala-galanya secara terperinci sebelum menghubungi delegasi PKR.

Tanpa Nama berkata...

Mereka akan menghubungi PKR dengan langkah seterusnya jika ada apa apa perkembangan.

Tanpa Nama berkata...

Pihak ICAC tidak akan mengumumkan jika kes itu akan dibuka semula ataupun tidak.

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu, kita masih belum tahu lagi sama ada ICAC akan bersetuju membuka kes ini semula? Dan kita tidak akan tahu kecuali menerusi PKR.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun begitu Rafizi Ramli telah menegaskan mesyuarat semalam membuahkan hasil.

Tanpa Nama berkata...

Beliau menambah bahawa nasihat agensi untuk menjaga kerahsian bermakna ia melihat perkara ini dengan serius.

Tanpa Nama berkata...

PKR akan memastikan kenyataan awam mereka tidak akan merosakkan penyiasatan jika agensi itu membuat keputusan untuk membuka semula kes tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Jika PKR bersetuju untuk menghormati proses ICAC, mereka tidak sepatutnya mengheboh-hebohkan perkara ini kepada media.

Tanpa Nama berkata...

Mereka telah dinasihati supaya tidak mengumumkan apa apa di media.

Tanpa Nama berkata...

Tapi nampaknya PKR masih berdegil walaupun dinasihati pihak ICAC kerana mereka berkata masih akan mencari jalan untuk menghidupkan perkara politik tanpa menjejaskan kerja ICAC.

Tanpa Nama berkata...

Jangan pula tidak sengaja terdedah maklumat yang penting sehingga siasatan terjejas bila berpolitik.

Tanpa Nama berkata...

Pihak ICAC sudahpun memberi amaran, jangan salahkan mereka jika kes ini tidak dapat diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Nasihat daripada ICAC bukan "tidak boleh mendedahkan terlalu banyak tentang penyiasatan" tapi tidak boleh mendedah sebarang perkara tentang penyiasatan.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik delegasi PKR ini berdiam dan menunggu keputusan ICAC sahaja.

Right berkata...

Pihak pembangkang terdesak untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Musa Aman dan juga kerajaan.

Right berkata...

Tidak habis2 dengan isu negatif ni. harap ICAC dapat selesaikan perkara ni dengan segera.

Right berkata...

Apa yang menjadi kerisauan sekarang ni adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah. Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah?

Right berkata...

Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang.

Right berkata...

Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah.

Right berkata...

Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.

Right berkata...

Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut.

Right berkata...

Bagaimana di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata.

Right berkata...

Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah.Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.

Right berkata...

Usah biarkan orang luar memerintah negeri Sabah.

Azroy berkata...

BUKANKAH ICAC SUDAH CAKAP JANGAN BISING?? RAFIZI ADA OTAK KA?? ATAU MEMANG RAFIZI NI BODOH BEBAL?

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat.

Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.


RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -

(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta


RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -

(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta.

(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta.

(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak.

(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong.

(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik.


RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.

RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Azroy berkata...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

TUDUHAN MANA YANG LEBIH SARAT DENGAN FAKTA? BUKTI RECYCLE RAFIZI DAN AKUAN MEREPEK LAJIM, ATAU AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani oleh penama

DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.


RAFIZI MEROYAN SEMATA-MATA MAHU TUTUP SKANDAL RASUAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno


Datuk Lajim masih menggunakan kemudahan Umno untuk menentang Umno. Demikian juga jawatan dalam kerajaan beliau masih gunakan untuk menentang kerajaan.

Rakyat perlulah menilai, bahawa tindakan MP Beaufort itu, bukanlah kehendak rakyat, akan tetapi kehendaknya sendiri.

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno

Lajim mempergunakan rakyat untuk memenuhi hasrat peribadinya.

Tidak selamanya rakyat akan turut dalam perjuangan Lajim yang berpaksikan kepada tujuan peribadi.

Sekarang adalah waktunya menolak pemimpin yang mempergunakan rakyat untuk mengisi keinginan sendiri.

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno


Lanjutan tindakan Lajim menentang Umno dan kerajaan adalah pada 18/7 satu mesyuarat diadakan,rupanya mesyuarat itu adalah perbincangan jawatankuasa persiapan lawatan Anwar Ibrahim ke Beaufort. Menariknya mesyuarat ini diadakan di pejabat ahli parlimen P.177 Beaufort berlangsung selama 2jam yang dipengerusikan oleh Lajim sendiri.

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno


Tindakan Lajim sudah pun diketahui oleh pucuk pimpinan Umno,namun dikhabarkan beliau sejak dari awal lagi mahu dipecat oleh Umno ,Blog suara rakyat turut melaporkan hasrat Lajim untuk lompat parti.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno

Harapan Lajim untuk dipecat untuk mendapatkan simpati tidak akan kesampaian, namun berasaskan perkembangan terkini, sekiranya MP Beaufort itu tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan, maka Najib tiada pilihan lain, terpaksa mengugurkannya

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno

Anwar berbekalkan ratusan juta ringgit sedang dalam proses membeli belah . beliau dikatakan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sebanyak mungkin dan Sabah adalah sasaran Anwar untuk menumbangkan BN.

Wright berkata...

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno


Mengapa Lajim menunggu dipecat? Kalaulah beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendirian, tidak perlulah menyusahkan orang lain dengan menunggu dipecat.

Swift berkata...

Akhirnya Lajim ikut Anwar untuk kedua kalinya

Swift berkata...

PERJALANAN politik Lajim penuh dengan habuan. Tanpa habuan, beliau tidak akan bertindak.

Tahun 1994, Lajim keluar PBS kerana habuan jawatan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, selain habuan-habuan tersembunyi yang lain.

Swift berkata...

Jangan lupa, cara Lajim meninggalkan PBS-usaha itu dilakukan oleh Anwar sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilhanraya Sabah pada masa itu.

Kini untuk kedua kalinya Lajim ikut Anwar juga kerana habuan. Malangnya, tindakan Lajim kali ini, tidak mempunyai sebarang impak kepada kerajaan. Jika pada tahun 1994, PBS gagal mempertahan kerajaan atas sebab kehilangan majoriti di DUN Sabah, kerana tiga ADUN PBS melompat ke dalam Umno antaranya Lajim sendiri.

Swift berkata...

Berasaskan kepada perkiraan Lajim itu, maka beliau tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kerajaan baru yang akan dibentuk; dan mungkin beliau menjadi "Ketua Menteri" sebagai "janji" Anwar terhadapnya. Percayalah, pasti "ada" perjanjian antara Anwar dan Lajim; jika tidak-Lajim tidak akan bertindak, kerana sejarah perjalanan politiknya mesti disertai dengan habuan untuk diri sendiri.

Moses said.. berkata...

Datuk Seri Anwar Ibrahim has accumulated a great deal of baggage since GE12, even by his standards. It appears to be catching up to him, and his fractious coalition is suffering for it.

Moses said.. berkata...

Anwar's nearly magical rise to the pinnacle of power in Umno two decades ago ended with his sacking and convictions for corruption and sodomy. Since then, he has seemed to be almost -- almost the political savant, almost the clever debater, almost the man for whom every unlucky turn becomes a fantastic opportunity.

whatever berkata...

He has played the martyr. He has played it well. But since GE 12, things have been less sure-footed, to say the least.

Moses said.. berkata...

The September 16, 2008 crossover, so carefully orchestrated? Gone in a flash of Anwar's political ineptness and miscalculation.

Moses said.. berkata...

The sex tape? Never fully refuted, with cries of "Show the Omega Watch!" hounding Anwar everywhere he goes. Sodomy II?

Moses said.. berkata...

An acquittal, a tremendous moment of personal victory, immediately frittered away in gaffe-ridden interviews with foreign media, promising to defend Israel and to repeal the sodomy laws.

Moses said.. berkata...

Then there was the hijacking of Bersih 3.0, the transformation of Ambiga's well-intentioned rally for fair and clean elections into a riot -- with footage of what appears to be Anwar and his partner-in-hand-gesturing Azmin Ali signalling to the protesters to charge the police barricades. In one fell swoop, Anwar managed to stain Bersih's reputation and his own -- and remind the rakyat of his history of street protests for political gain. Even the Wall Street Journal, long one of Anwar's most adamant defenders, decried gim and urged him to admit that he is guilty as suggested in the video.

Moses said.. berkata...

Then there was the Sabah crossover event that wasn't, a botched announcement of Barisan has-beens switching to PKR, foiled -- is is rumoured -- as much by Anwar's inability to close the deal with the wavering locals as by the rain storm that ruined the pre-planned events.

Moses said.. berkata...

All at once, Anwar managed to remind the rakyat of both PKR's clumsy handling of the Sabah state elections -- costing both the local opposition and PKR numerous seats -- and the failed September 16 ploy.

Moses said.. berkata...

Now the rumours have started to fly. Pakatan is resigned to having Anwar at its head, but is no longer enthusiastic. Azmin Ali sees weakness in his boss, and is moving to replace him after GE13. That does not make Nurul Izzah happy. Lim Guan Eng is making his move to take over as Opposition Leader. PAS is flirting with Umno. PAS is fighting with itself.

Moses said.. berkata...

Anwar still draws a crowd at each ceramah, but PKR politicos trying to use him for their own gain are seeing dwindling crowds. Reporters for Opposition web portals no longer seek out his office for the official spin, instead going to the warring factions of Selangor's and Penang's state governments.

Moses said.. berkata...

The Rafizi story now has a million interpretations, but Anwar has remained strangely silent.

Moses said.. berkata...

Worse, from Anwar's perspective, must be the damage he has done to his own party. In the wake of GE12, most observers expected PKR to make huge gains in the next general election. Instead, it has only been able to tread water in state elections, lost more than a few defectors, and is now seen as being the third-best party in Pakatan, after lowly PAS.

Moses said.. berkata...

PKR is the Party of Anwar; his problems inevitably hurt the party as much as he. His indecision and silence allow Rafizi and Azmin and Khalid Ibrahim and his own daughter to skirmish inside PKR in a most deleterious manner.

Moses said.. berkata...

The damage of Anwar's self-destruction is most evident in Selangor, where the party is essentially in free-fall. The Menteri Besar is at war with his executive council, led of course by Azmin, and poison pen letters and leaks to the press are becoming the chosen weapons of war. If Anwar had the clout he once did, this would stop; that it continues is as clear a sign as possible that Anwar has been sidelined, and his party is deciding on their next leadership without him.

Moses said.. berkata...

The battle for the future of PKR, post-Anwar, has begun.

It probably remains within Anwar's power to return to basics, to stop the infighting and to force his party to seriously contest GE13, and to prepare for the transition when he steps down in its wake. It would require a return to the Anwar of old, the Anwar who was meticulous and charismatic and convincing and determined, not the Anwar who had rediscovered the power of empty populist promises and street demonstrations.

But that Anwar disappeared in 2008, and has not been seen since.

mantera berkata...

Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta sumbangan kepada Umno negeri tersebut.

mantera berkata...

Dalam surat pada 22 Disember 2011, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

mantera berkata...

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

mantera berkata...

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa dialamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

mantera berkata...

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

mantera berkata...

CAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan

mantera berkata...

Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

mantera berkata...

Rafizi melanggar beberapa undang-undang, Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

mantera berkata...

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.

Tanpa Nama berkata...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menegaskan dakwaan badan pencegah rasuah negara ini gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa sama dari Hong Kong berhubung isu dakwaan rasuah RM40 juta adalah 'tidak benar'.

mantera berkata...

mereka adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh untuk tidak bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah negara lain. Rasuah sekarang adalah jenayah yang tidak mengenal sempadan

mantera berkata...

begitu berusaha Rafizi memerangkap ICAC agar membuka semula isu RM40 juta sumbangan kepada Umno Sabah.

mantera berkata...

Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan.

mantera berkata...

Berasaskan kepada kenyataan yang dibuat sendiri oleh Rafizi, nampaknya usaha pembangkang memerangkap ICAC mengikut telunjuk mereka telah gagal.

mantera berkata...

Tindakan pembangkang untuk memperbesar-besar isu sumbangan kepada Umno Sabah adalah untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri Sabah itu. ia bertujuan supaya rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.

mantera berkata...

usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya.

mantera berkata...

dakyah pembangkang kononnya sumbangan itu berasaskan pengubahan wang yang dihasilkan daripada kegiatan pembalakan haram.

mantera berkata...

rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri itu.

mantera berkata...

Pendapatan daripada balak tidak sampaipun RM200 juta setahun, kerana kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.

mantera berkata...

kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

mantera berkata...

melalui projek peladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

adel berkata...

PKR sudah pun di Larang untuk membuat publisiti mengenai perkembangan isu ini oleh ICAC.

adel berkata...

namun, PKR dilihat masih lagi melakukan publisiti berhubung isu ini.

adel berkata...

pencapaian ekonomi dan pembangunan di Sabah kini pasti menyukarkan pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat Sabah.

adel berkata...

formula pembangkang 1 lawan 1 juga dilihat sukar untuk dilaksanakan di Sabah kerana parti2 pembangkang sukar untuk bekerjasama.

adel berkata...

rakyat memilih parti berdasarkan prestasi dan bukannya memilih parti yang hanya banyak bercakap saja.

Tanpa Nama berkata...

Tak cukup-cukup dia disaman Dato Shahrizat

Tanpa Nama berkata...

George Kent pun bakal saman Rafizi kerana fakta dan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat itu seolah salahguna kuasa terlibat dalam projek LRT Ampang yang sebenarnya Rafizi berkempen untuk Dato Rameli Musa Ingress dapatkan projek bersama Balfour Beatty yang guna kuasa Perdana Menteri Britain untuk mengenakan tekanan terhadap Dato Najib.

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah nak percaya sangat Rafizi dengan pendedahan barunya.

Tanpa Nama berkata...

Hebat Rafizi tak setakat mana, sekadar kepetahan bercakap tapi tak berperinsip tetap jua tidak berguna

Tanpa Nama berkata...

Semestinya ia mestilah telus dengan perjuangan politik, tapi diperingkat awal dah nampak telunjuk serung. Apalah makna kegiatan politik yang beliau sendiri terlingkup dan buta wawasan!

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu kroni ini perlulah ditangani dengan bijak. Bagi PKR semua kontrak kerajaan hendaklah diberi kepada negara luar bagi mengelak unsur kroni dengan dakwaan terdapat hubungan kekeluargaan seperti mana kata bakal PM yang nak bersara DSAI. Dengan demikian maka mengikut pakar penasihat ekonomi maha suci, negara akan bebas unsur ketidakadilan.... bagilah kontrak kepada siapa sahaja dalam Malaysia, mesti dituduh macam-macam....

Tanpa Nama berkata...

rafizi, jangan asyik fikir nak jerat orang je. satu masa kamu sendiri akan masuk jerat. sudah2 la rasa diri tu cerdik sangat..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PR harus menunaikan janji janjinya!Sampai sekarang kita tak dapat lihat satu pun projek-projek berkepentinga dinegeri-negeri ditakbir pihak PR melalui ketelusan yang diwar warkan.Malahan,kita dapat lihat tender tender yang diwartakan seolah olah sudah ada skrip.Maknanya didepan cuma berlakon jelah.

Tanpa Nama berkata...

Pencuri akan selalu kata org lain pencuri supaya org tidak syak yg dia tu sebenarnya pencuri

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ... takyah kelentonglah Rafizi, kamu nakkan orang kamu dapat projek ke?

Tanpa Nama berkata...

No truth at all

Tanpa Nama berkata...

Come on la, ICAC is not that weak

Tanpa Nama berkata...

What new evidence?

Tanpa Nama berkata...

Ketahian butul rafizi ni.

Tanpa Nama berkata...

Bukti baru yang mcamana tu ah?

Tanpa Nama berkata...

So where is it?

Tanpa Nama berkata...

Isu ini dihangatkan lagi dengan segala tohmahan yang belum tentu kesahihanya.

Tanpa Nama berkata...

Mana mungkin Musa Aman itu buta.

Tanpa Nama berkata...

its unsure yet whether the evidence given can be used.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi will never learn. He will continuously use this case to gain publicity.

Tanpa Nama berkata...

Its not a crime to receive donation for political purposes.

Tanpa Nama berkata...

Whatever decision that ICAC may make, we must respect it.

Tanpa Nama berkata...

Vote wisely in this coming election.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...