18 Mei 2013

GEMPAR : PUTING BELIUNG LANDA LANGKAWI - SAKSIKAN VIDEO


LOKASI KAWASAN JETI LANGKAWI , PETANG TADI




CAHAYA ISLAM AKAN BERSINAR DI SELANGOR

Cahaya Islam bersinar di S’gor
Oleh : Zainal Abidin Nor

Negeri termaju dan terkaya ini berpotensi mengikut jejak langkah Kelantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi berbanding lapan kerusi DUN pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.

Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”.

Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.

Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.

Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.

Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.

Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Pelik tapi benar

Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.

Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.

Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar’iyyah) sambil berdakwah.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.

Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.

Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.

Hijrah Rasulullah

Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.

Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.

Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.

Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.

Seruan untuk ‘Ubah’ dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.

Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti ‘asobiyyah’ yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.

Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.

Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.

Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.

Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya.

BERITA GEMPAR ! MENGAPA MESYUARAT KABINET PERTAMA NAJIB TAK SAH ?



Mesyuarat kabinet Najib langgar perlembangaan?

Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak sah malah melanggar protokol dan juga undang-undang.

Menurut beliau, ini kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan menteri tidak sah dalam kabinet Najib itu kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

Dua menteri itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar manakala timbalan menteri pula adalah Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

“Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri. Apakah akan ada upacara angkat sumpah “tergesa-gesa” tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?” ujarnya.


PECAH BERITA ! PUNCA PRS DAN SPDP TIDAK PUAS HATI LAYANAN NAJIB TERBONGKAR!!!

Rasa tidak puas hati dikalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet

Datuk Sri Najib (dua dari kanan) dan Tan Sri Muhyiddin (du dari kiri) bersalaman dengan pemimpin BN pada mesyuarat BN yang diadakan di PWTC baru-baru ini. 

Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.


Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”.

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today.

 Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.

“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya.

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas.

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India.

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.


BERITA PENUH BANTAHAN DARI MT PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)

PRS dan SPDP mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa undi  luar bandar dengan mereka dan jika tidak dijaga, 'seseorang akan datang dan menarik balik'
KUCHING: ahli-ahli Majlis Tertinggi pahit Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini sebulat suara bersetuju untuk menolak semua jawatan menteri dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini bermakna bahawa Joseph Entulu yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri, tidak akan menerima jawatan mereka.

A miffed Salang telah sebenarnya sudah lebih awal menolak jawatan tersebut.

Presiden Parti James Masing berkata majoriti ahli majlis tertinggi parti itu telah bersetuju untuk menolak tawaran Najib dan merasakan bahawa mereka telah "dipinggirkan" dan "berhak untuk dilayan dengan baik."

PRS telah menyampaikan enam kerusi Parlimen kepada 133 kerusi tally Barisan Nasional. Mereka tidak lebih baik daripada beberapa parti BN di Semenanjung yang sesuai ganjaran.

Tanpa pecincang Masing kata-kata beliau memberi amaran kepada Najib tidak bermain-main dengan PRS dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang telah tidak diendahkan walaupun menyampaikan empat kerusi parlimen.

"Jangan cuba untuk meminggirkan kita kerana kita mempunyai sokongan daripada penduduk luar bandar. Ia bukan amaran.

"Ia adalah fakta, sekiranya mereka tidak faham bahawa kita mempunyai enam kerusi dan empat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
"PRS dan SPDP yang menjadi pihak di luar bandar tidak dipeduli dengan betul oleh kerajaan sekarang.

"Kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak adalah 'simpanan tetap' Barisan Nasional. Jika anda tidak menjaga ia, seseorang akan datang dan menarik balik, "tegas Masing.

'Beri kami portfolio yang sesuai'

Masing, yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi tergempar, berkata majoriti anggota merasakan bahawa jawatan menteri di Jabatan PM adalah tidak sesuai untuk PRS yang merupakan parti berasaskan luar bandar.

"Joseph Entulu yang telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta nasihat daripada mesyuarat itu yang bersetuju bahawa Presiden akan berbincang dengan Perdana Menteri di mana Entulu sepatutnya.

"Semua ahli-ahli Majlis Tertinggi yang tidak senang hati Entulu adalah Menteri semata-mata di Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahu Perdana Menteri memberikan kami portfolio yang sesuai, salah satu yang boleh menjadi bantuan kepada penduduk luar bandar, portfolio seperti Infrastruktur dan Pertanian," katanya.

Beliau berkata majlis itu merasakan dengan cara yang sama mengenai kedudukan baru Salang ini yang merupakan timbalan menteri pelancongan.

"Selepas itu tidak apa-apa bantuan kepada orang-orang luar bandar. Kami hanya mahu portfolio yang bantuan kepada penduduk luar bandar, dan bukan hanya apa-apa jawatan "kata Masing.

Masing mendedahkan bahawa parti itu pada mulanya ditawarkan jawatan dua timbalan menteri 'yang mereka merasakan adalah satu penghinaan kerana parti itu telah dihantar pada ikrar kepada BN itu.

Tetapi ia tidak sehingga Masing mendapat maklumat Najib bahawa PRS merasakan mereka telah sedang diketepikan dan tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah dalam satu majlis bahawa PM mengagak senarai beliau sebelum mengumumkan ia pada hari Rabu. Dalam senarai yang baru, beliau dinamakan Entulu seorang menteri penuh.


KENYATAAN SALANG MP PRS:

Salang tolak jawatan Timbalan Menteri Pelancongan -May 16, 2013

Menurutnya, beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.


SIBU: Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka “saya memilih keluarga saya”.

TERHOT ! OPS LALANG KEDUA MUNGKIN BERLAKU? " KDN: TIADA KOMPROMI".


Tiada kompromi dengan pembangkang dalam bantahan di jalan raya, kata Zahid



KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak akan berkompromi tetapi akan mengambil tindakan tegas ke atas Pakatan Rakyat (PR) jika mencetuskan kekecohan di jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Akhbar harian pro-Umno, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad Zahid (gambar)berkata hari ini pencegahan lebih baik daripada merawat, ia susulan berpuluh ribu orang ramai membanjiri enam siri jelajah PR seluruh negara ke atas dakwaan penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” kata Ahmad Zahid yang dipetik berkata di muda depan akhbar berbahasa Melayu tersebut.
Artikel muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini bertajuk “KDN: Tiada kompromi” dan menteri kabinet baru tersebut dipetik berkata “Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah”. 

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penangkapan kedua terbesar dalam sejarah negara sejak berlaku insiden pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.

Walaubagaimanapun, ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan telah dimansuhkan pada 2012 dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dimana kerajaan tidak boleh menahan tanpa perbicaraan.


Aktivis hak asasi manusia, bagaimanapun, telah mengkritik undang-undang baru tersebut kerana ia memberikan kuasa luas kepada kerajaan untuk mentakrif sebarang bentuk ancaman daripada pembangkang dan mendakwa mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan ketelusan pilihan raya baru-baru ini serta enggan mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menuduh pilihan raya umum 5 Mei penuh dengan penipuan. 



Jumlah undi popular yang diperoleh PR ialah 5.5 juta undi dengan 89 kerusi Parlimen manakala BN mendapat 5.2 juta undi dengan 133 kerusi Parlimen, keputusan yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara sejak mencapai Kemerdekaan 1957.

Ahli Parlimen Bagan Datoh BN tersebut yang baru dilantik dalam Kabinet baru-baru ini menunjukkan kelantangannya apabila menggesa pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berpindah ke negara republik.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

“Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei.

Malah, akhbar MCA hari ini juga melaporkan Ahmad Zahid mempertahankan kenyataannya serta menegaskan kata-katanya telah diambil luar konteks.

“Saya sebenarnya berkata siapa yang tidak yakin dengan sistem politik kita untuk ‘berhijrah’ ke negara yang bersesuaian dengan sistem politik dikehendaki mereka,” kata beliau.

“Saya bukan perkauman. Saya hanya bersikap praktikal dengan mengatakan kumpulan tersebut wajar ke negara dimana mereka boleh terjemahkan kepercayaan politik mereka menjadi kenyataan,” tambah beliau lagi.


Tindakan pemimpin tersebut mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya DAP yang menyifatkan Ahmad Zahid sebagai gagal memahami tentang permasalahan yang timbul dalam proses pilihan raya di Malaysia, malahan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menyifatkan pendirian tersebut adalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili gabungan parti pemerintah itu.

“Pertama, sistem first-past-the-post yang diamalkan kita sekarang memberi kedudukan yang tidak seimbang berbanding jumlah undi popular malah sempadan pilihan raya negara ini telah lama terjejas, dimanipulasi sejak berdekad-dekad.

“Keduanya, kita mempunyai sistem pilihan raya yang tidak sempurna dan sebab itu ratusan ribu rakyat Malaysia menunjukkan kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku. Kita menuntut sistem pilihan raya yang lebih baik,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua mengecam kenyataan Ahmad Zahid tersebut.


Berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia telah membanjiri lima perhimpunan anjuran PR di seluruh negara baru-baru ini bagi membantah dakwaan penipuan yang berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, serta menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

Penganalisis dan pemerhati menyatakan BN mengekalkan kuasa pusat pada PRU13 dengan sokongan dan kekuatan pengundi luar bandar, dengan sebahagian besar kerusi yang dimenangi mereka adalah dari Sabah dan Sarawak, manakala pengundi kelas pertengahan dan bandar yang tertumpu di kawasan yang lebih besar tidak lagi menyokong parti pemerintah dan menyokong PR.

TERHOT ! IKLAN BODEK MENTERI KEWANGAN 1, DIKRITIK HEBAT..!!!


Syarikat kerajaan mengalu-alukan pelantikan Kabinet dengan iklan muka penuh, mengundang kritikan


“Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.”
SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.




Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.

Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.

Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.

Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.

“Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek,” kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

“Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.”

SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.

Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai “pembaziran” wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.

“Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.

“Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.



“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.
Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.
Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12. ~

17 Mei 2013

LIVE 505BLACK - DARI SEREMBAN

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Suara Rakyat Suara Keramat

Blackout 505: Nyanyian Lagu NegaraKu Di Johor


PANAS ! ISU CEO AIRASIA X BERTAMBAH PARAH, KAK ZAT SERANG KAK FIDAH PULAK...amno,amno...!!!




PANAS ISU AIR ASIA - SHAHRIZAT 'BALUN' RAFIDAH AZIZ.


BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL TERHADAP TAN SRI RAFIDAH AZIZ.

Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.

Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani

TERHOT ! KJ TOLONG BASUH MULUT LONGKANG MENTERI BN.... ( Video Inside )





KJ: Suruh tinggal negara pandangan peribadi Zahid

Gesaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia meninggalkan negara ini tidak mewakili pendirian kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Tengok juga artikel itu secara keseluruhan, beliau cuba menyampaikan bahawa kita mempunyai sistem tertentu di Malaysia.First past the post (pemenang undi terbanyak).

"Kita tidak ada sistem demokrasi langsung. Kita tidak ada sistem siapa menang undi popular, boleh bentuk kerajaan. Kita ada sistem wakil rakyat dalam demokrasi berparlimen....

"Jadi sistem itu, harapannya bahawa semua dapat menerima keputusan yang sedia ada," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berharap semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.




Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya


16 Mei  2013

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.



PECAH BERITA ; Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu - Kenyataan The Edge

Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu

KUALA LUMPUR: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. ~HD

TERHOT! Skim Emas Geneva 4 Pengarah Dibebas Tuduhan..!!!

Skim pelaburan emas Geneva: Tiga pengarah, seorang bekas pengarah dilepas dan dibebas

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Mahkamah Sesyen di sini melepas serta membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan jongkong emas daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM100 juta.



Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan Liew Chee Wah, 59, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ng, Yee dan Chin diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan K.Selva Kumaran manakala Liew oleh Keppy Wong.

Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir kemudian memaklumkan mahkamah pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Beliau juga memohon pelaksanaan keputusan berhubung emas dan wang syarikat Genneva Sdn Bhd (GSB) yang sebelum ini dibekukan, ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Mahkamah akan mendengar permohonan itu esok.

Dalam penghakimannya, Rozana memutuskan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti atau urus niaga yang tergolong dalam kategori pengambilan deposit secara haram.

Beliau berkata keterangan pembelaan dan bukti yang dikemuka menunjukkan GSB menjalankan perniagaan jual beli emas secara fizikal serta perniagaannya wujud dan bukan rekaan semata-mata.

Katanya, pendakwaan cuba membuktikan konsep jaminan beli semula atau ‘buy-back guarantee’ (BBG) sebagai mekanisme penerimaan deposit kerana menjanjikan pemulangan dan keuntungan pelaburan yang banyak.

Bagaimanapun, Rozana berkata mahkamah berpendapat diskaun atau rebet dan BBG serta konsep lantikan ejen merupakan satu bentuk promosi dan strategi perniagaan bagi menarik pelanggan untuk membeli dan menanam keyakinan ke atas emas yang dijualnya.

Beliau berkata GSB, melalui BBG, memberi pilihan kepada pelanggan sama ada menjual semula emas kepada syarikat itu, menjualnya kepada yang lain, menyimpan sendiri atau membenarkan GSB menyimpan bagi pihak mereka.

“Bukti keterangan ini menampakkan corak perniagaan GSB menjalankan aktiviti perniagaan jual beli emas sepertimana yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Mahkamah tidak seharusnya menilai sama ada BBG merupakan strategi perniagaan yang salah, mengandaikan kerugian yang akan dialami oleh pembeli ataupun menetapkan bila masa sesuai untuk jual beli kerana setiap perniagaan mempunyai strategi masing-masing, dan syarikat tersebut yang akan menanggung untung rugi.

“Transaksi aliran keluar masuk yang dibuat oleh kesemua tertuduh melalui akaun-akaun yang dinyatakan di dalam peruntukan adalah dibuat bagi tujuan pengendalian jual beli emas secara terus, bukannya wang penerimaan deposit daripada orang awam, dan bukan daripada hasil aktiviti haram,” kata Rozana.

Bagi pengubahan wang haram, Ng berdepan 93 pertuduhan, Yee 40 pertuduhan, Chin 61 pertuduhan manakala Liew 30.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara Julai 2008 dan Jun 2009 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wan Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Mereka juga berdepan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama antara November 2008 dan Julai 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. — Bernama

Panas! Kabinet Najib Tiru Pak Lah...Idea dua kali Lima !!!



Mengharapkan lebih baik dalam Kabinet baru dengan idea lama

 Apabila ditekan dengan hebat, kedua-dua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak memberikan reaksi yang sama.

Satu ketika dahulu, beberapa hari selepas Pilihan Raya 2008, selepas kehilangan majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan empat negeri ditambah dengan Kelantan, Abdullah tidak sabar-sabar untuk mencuba dan menangkis panggilan dari dalam Umno untuk meletakkan jawatan dan menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau mempunyai keinginan dan kesungguhan untuk melaksanakan reformasi.

Jadi beliau membawa masuk peguam terkenal dan ahli politik Umno Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri de facto undang-undang, bertugas untuk mereformasikan badan kehakiman, setahun selepas diserang kerana skandal pelantikan hakim dikenali ramai sebagai skandal “correct, correct, correct” V K Lingam.

Pelantikan Zaid mensasarkan untuk menunjukkan kepada pengkritik dan golongan bandar Malaysia Abdullah serius tentang reformasi.

Ahli politik popular Johor, sekarang Tan Sri Shahrir Samad, turut dijadikan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kepenggunaan. Dan sekali lagi, oleh kerana terlalu banyak pandangan, penasihat Abdullah berpendapat pelantikan itu akan diterima dengan baik bagi orang-orang yang mendesak untuk lebih banyak menteri berfikiran pembaharuan.

Pada masa sama, Shahrir paling sesuai kerana berasal dari negeri Johor dan akan menjadi pertahanan menghadapi serangan dan kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, pertahanan Abdullah melawan Mahathir adalah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Untuk memasukkan “lebih ramai teknokrat dan golongan profesional” ke dalam Kabinet, Tan Sri Amirsham Aziz dari Maybank dijadikan senator dan dilantik sebagai Menteri Perancangan Ekonomi.

Eksperimen tersebut tidak meyakinkan panglima perang Umno ataupun orang ramai. Selepas beberapa ketika, semakin jelas Zaid dihalang untuk melakukan reformasi undang-undang dan kehakiman oleh Kabinet yang dipenuhi oleh menteri Umno seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Nazri Aziz dan lain-lain.

Zaid meletakkan jawatan dari Kabinet pada September 2008 selepas mengkritik keputusan kerajaan untuk menahan tiga orang, termasuk seorang wartawan di bawah ISA. Walaupun sebelum September, sudah jelas Umno tidak mempunyai selera untuk reformasi dan masa untuk Zaid.

Shahrir meninggalkan Kabinet pada 2009 selepas kalah pemilihan parti dan Amirsham disebalik usaha terbaiknya dihalang oleh birokrasi, juga meninggalkan Kabinet tanpa memberikan banyak kesan.

Kabinet selepas 2008 dirangka oleh “budak tingkat empat” dan mereka yang rapat dengan Abdullah dengan dua sasaran; menghalang desakan untuk meletakkan jawatan dan melaksanakan janjinya untuk reformasi kepada rakyat, jadi jika beliau terpaksa meletakkan jawatan, beliau akan meninggalkan legasi di belakang.

Kabinet Najib yang diumumkan pada Rabu adalah hasil daripada war room atau bilik perang BN yang dianggotai Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul dan Omar Mustapha. Seperti Abdullah, mereka juga percaya Presiden Transparency International Datuk Paul Low akan memberikan legitimasi serta merta dengan golongan kelas menengah dan pengundi bandar yang telah mendesak untuk tadbir urus baik dan lebih kuat untuk memerangi rasuah.

Melainkan Low boleh memastikan terdapat kempen yang berterusan melawan “ikan besar” di dalam kerajaan dan juga terhadap menteri-menteri yang hidup di luar kemampuan mereka, beliau hanya akan menjadi penumpang di dalam Kabinet.

Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Maybank seperti juga Amirsham diharapkan untuk menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk membawa masuk bakat dari luar rangkaian politik, dan boleh memuaskan pasaran kewangan dan pelabur antarabangsa.

Tetapi seperti pendahulunya, Najib hanya boleh membawa masuk satu atau dua sahaja “orang luar” kerana perlu memberikan ganjaran kepada Umno, Sabah dan Sarawak kerana berjaya mengekalkan kuasa BN.

Seperti penasihat Abdullah, golongan yang rapat dengan Najib juga memberitahunya memenangi pemilihan Umno dan menghalang pencabar untuk jawatannya lebih penting dari melakukan reformasi, sebab itu ahli-ahli politik seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hamzah Zainuddin, Nazri dan Datuk Ahmad Maslan telah diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri.

Bagi rakyat Malaysia di luar parti, orang-orang seperti ini tidak seharusnya berada dalam senarai, akan tetapi bagi Najib, mereka boleh menggembling sokongan di bawah dan boleh bertengkar, tidak takut untuk mempertahankan ketua mereka jika terdapat cabaran untuk jawatan presiden Umno.

Pada pandangan Kem Najib, Kabinet boleh diubah pada bila-bila masa sebaik sahaja jawatan dalam Umno selamat. Abdullah juga memikirkan perkara sama dahulu.

Walaupun begitu, Umno memikirkan sebaliknya, Abdullah terpaksa pergi selepas Pilihan Raya 2008, walaupun empat tahun sebelum itu beliau membawa BN memenangi 91 peratus daripada kerusi Parlimen.

Disebalik angka buruk dalam Pilihan Raya 2013, Najib masih kekal dengan cara sama dan mengharapkan keputusan berbeza kali ini. Mungkin beliau boleh melakukannya.

16 Mei 2013

TERHANGAT ! PUNCA NOH UDANG KENA TENDANG DARI MENTERI TERBONGKAR..!!!!



Nampak gayanya Najib begitu kecewa dengan BN Selangor, tiada langsung MP dari selangor dilantik Menteri kali ini......


Sayangi Selangor, Yakini BN sebagai pembangkang..  Agaknya jadi kenyataan jugak nanti apa yang Khir Toyo pernah bagitau.. Selangor zero pembangkang!..


Noh Omar digugurkan dari kabinet

Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah menteri yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Paling menonjol adalah MP Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Turut digugurkan ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai kementerian kerja raya.




Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) ternyata memberi tekanan dan kekecewaan kepada Barisan Nasional (BN) Selangor apabila gagal merampas kembali negeri yang terkaya dan termaju daripada Pakatan Rakyat (PR).

Dengan kekuatan jentera pilihan rayanya yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor di samping tawaran manifesto aku janji yang hebat, BN Selangor hanya mampu memperoleh lima daripada 22 kerusi parlimen dan 12 daripada 56 kerusi Dun pada PRU13 ini.

Keputusan PRU13 turut memberi kejutan kepada BN Selangor apabila kehilangan beberapa kerusi daripada calon ‘winnable candidate’ dan kubu kuatnya antaranya Parlimen Sepang yang ditandingi oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed.

Manakala bagi kerusi Dun, BN Selangor turut kehilangan kerusi yang disandangnya sebelum ini iaitu Paya Jaras, Templer, Morib, Dusun Tua, Sabak, Tanjung Sepat, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa dan Sungai Pelek.

BN Selangor hanya memenangi lima kerusi Parlimen iaitu empat kerusi ditandingi oleh calon Umno manakala satu kerusi iaitu Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon MIC, P Kamalanathan.

Dua kerusi tersebut dimenangi oleh calon muka baru dari Umno iaitu Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam manakala Datuk Irmohizam Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Manakala dua lagi kerusi parlimen masih kekal milik penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang lima penggal berturut-turut, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

TERPANAS ! TROOPERS DAP DIBERI AMARAN SULTAN JOHOR BERHUBUNG GAMBAR DI FB PAGES..!!!



Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda


1. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan.

2. Oleh itu , keputusan untuk melantik Datuk Tee Siew Keong adalah atas jemputan Baginda Sultan Johor sendiri dan sekirannya penyokong – penyokong dan troopers DAP mahu membangkitkan serta mempertikaikan isu ini maka hal ini adalah satu penghinaan kepada perintah baginda Sultan Johor.

3. MCA masih berpegang teguh kepada janji dan prinsip parti mereka untuk tidak berada dalam kabinet kerajaan namun dalam isu kerajaan negeri Johor adalah diluar kawalan MCA kerana MCA lebih mengutamakan penghormatan kepada Instutisi Beraja dan Kedaulatan mereka untuk tidak menetangnya pelawaannya.

4. Diharapkan supaya penyokong dan Siber Troopers DAP tidak melampaui batas mereka demi kepentingan politik sehingga keputusan Baginda Sultan Johor just hendak mereka politikkan.

5. Sekirannya gambar dan berita politik ini tidak dipadamkan maka diharapkan ada pihak yang mampu untuk melaporkan kepada pihak Surunhanja Komunikasi Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


Page 1 – https://www.facebook.com/photo.php?fbid=617980794897871&set=o.132309263482799&type=3&theater

( https://www.facebook.com/supportprdap )

Page 2 : https://www.facebook.com/PeopleAreTheBoss

Page 3 : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=373571549413785&set=pb.135944543176488.-2207520000.1368545070.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F943479_373571549413785_263544853_n.jpg&size=344%2C405

( https://www.facebook.com/Bolehland )



KUALA LUMPUR:MCA tidak pernah bersetuju dengan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor ke atas Datuk Tee Siew Kiong dan beliau akan berdepan dengan tindakan disiplin parti, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Dalam satu kenyataan, Dr Chua berkata MCA kekal dengan pendirian diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tahun lalu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika memperoleh prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya mahu jelaskan MCA tidak pernah mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor selaras dengan resolusi parti yang diluluskan pada 2011 dan 2012,” kata Dr Chua.

Dr Chua kemudiaan menjelaskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang perlantikan tersebut memandang kuasa mutlak adalah milik Sultan Johor .

“Perlantikan Tee adalah dibuat oleh Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk melantiknya.

“Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Besar dan Exco Kerajaan Negeri Johor kerana keunikkan Perlembagaan Negeri,” terang Dr Chua.

Walaupun tidak mmepunyai sebarang kuasa untuk menghalang keputusan tersebut, Dr Chua menegaskan Tee masih belum terlepas daripada tindakan disiplin oleh parti dan ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat MCA.

“Jawatankuasa Pusat MCA akan meneliti kes Tee dan dia mungkin berhadapan tindakan disiplin ke atas perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor,” tambahnya.

Namun, Dr Chua menggesa para pemimpin MCA dan penyokongnya untuk menghormati pengumuman perlantikan Tee kerana keunikkan Sultan Johor dan kuasanya di negeri selatan tanahair tersebut.

Sebelum ini, Dr Chua mengatakan parti itu memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini.

Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mahu wakil Cina dalam kerajaan negeri Johor.

Tee yang merupakan Setiausaha Penganjur MCA Kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan
.

TERHANGAT ! ANTARA PUNCA PAKATAN KEDAH KALAH...HANGPA JANGAN NAK PUSING LAGI..!!!


Umcedel: Gagal urus kritikan antara punca PAS Kedah tewas

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohd Redzuan Othman berpendapat PAS gagal mengekalkan pentadbiran di Kedah kerana tidak mampu menguruskan kritikan dan juga prestasi yang ditunjukkan menteri besar negeri itu.

Katanya, perkara ini amat menonjol jika dibandingkan dengan negeri Kelantan, di mana PAS berjaya mengekalkan pentadbiran.

"Untuk menang, anda tidak boleh cuma katakan bahawa kami parti kuat yang telah bekerja keras untuk tempoh yang lama.

"PAS di Kedah bukan seperti PAS di Kelantan. Di Kelantan, di antaralapan orang yang ditinjau, empat akan sokong PAS, tiga BN, tapi kesemua lapan orang akan sokong (bekas MB) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang memandangkan (bekas MB Kedah) Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada di hospital, tapi kita semua tahu keputusannya (pilihan raya),” katanya.

Berucap dalam satu forum untuk membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut, beliau berkata trend sama dilihat di Selangor, di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi faktor utama kemenangan Pakatan di negeri itu.

Jelasnya, tinjauan menunjukkan sokongan setinggi 60 peratus di seluruh negeri itu, yang kebanyakannya merupakan penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, katanya.

Kegagalan BN untuk menamakan calon MB juga menyumbang kepada faktor kekalahan di negeri tersebut, katanya.~ mk





PECAH BERITA! MEMALUKAN WANCANA KECOH, BILA PRESIDEN PERSATUAN WARTAWAN MELAYU MENGAMUK DAN DIKETAWAKAN HADIRIN..!!!

Wacana Sinar Harian kecoh!
Datuk Yazid Othman gagal mengawal Emosinya


Sessi soal jawab wacana kecoh, Zairil tenang menjawab

SHAH ALAM, 16 MEI: Gara-gara tidak dapat mengawal emosi dan semangat perkauman yang tinggi, sessi soal jawab Wacana Sinar Harian semalam kecoh seketika.

Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bingkas bangun pada sessi pertanyaan audien wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’ dan menuduh kononnya tidak wujud kebebasan akhbar di Pulau Pinang kerana wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan sidang media Kerajaan Negeri.

“Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,” soalnya, di samping mendakwa terdapat diskriminasi kaum di Universiti Malaya yang kononnya melebihkan pensyarah berketurunan Cina.

Soalan beliau disambut gelak ketawa berdekah-dekah daripada hadirin yang lantas menyuruhnya duduk sambil menyifatkan soalan itu sebagai dangkal.
Seorang lagi audien turut beremosi ketika bertanya mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sambil meluahkan kebimbangan mengenai penguasaan orang Cina pada masa hadapan.

Beliau berkata, kononnya setelah Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran, Ketua Menteri itu mengumum untuk memansuhkan DEB di Pulau Pinang; yang kemudiannya disambut gelak ketawa hadirin yang menyuruhnya berhenti sambil bertanya, ‘Ini cadangan ke soalan?’

Kedua-dua penyoal terpaksa ditenangkan oleh pihak penganjur.

Keadaan yang tegang seketika kembali seperti sedia kala apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan tenang menjawab soalan kedua-duanya.

“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.

“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.

“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh.

Terhangat ! Ahli Parlimen Julau Menolak Jawatan Timbalan Menteri Dalam Kabinet Najib.. Apa Macam Bagi pada Noh Udang ?!!!



Datuk Joseph Salang 

SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.


Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama

15 Mei 2013

PECAH BERITA ! PUNCA KEGAGALAN PR TAWAN NEGERI SEMBILAN TERBONGKAR !!!



Kamarul Baharin punca kekalahan

Oleh : FMT Staff

Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal mengambil alih Negeri Sembilan malah jumlah kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 juga merosot.




PETALING JAYA: Negeri Sembilan sering disebut-sebut sebagai negeri yang bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (Pakatan) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Walaubagaimanapun setelah PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair berakhir, Pakatan bukan sahaja gagal mengambil alih Negeri Sembilan malah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi juga merosot berbanding pencapaian tahun 2008.

Kalau pada PRU-12, tahun 2008, Pakatan menang 15 kerusi DUN, kini tinggal 14 kerusi DUN sahaja di Negeri Sembilan.

DAP mencatat keputusan paling cemerlang apabila menambah dari 10 DUN (2008) kepada 11 DUN (2013). DAP menang di semua 11 DUN yang ditandingi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah.

PKR pula yang menang empat DUN pada tahun 2008, hanya mampu mempertahankan tiga DUN sahaja iaitu Sikamat, Chuah dan Port Dickson. DUN Ampangan yang dimenangi pada PRU-12 kini terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN). PKR bertanding di 13 DUN pada PRU-13.

PAS pula kalah di semua 12 DUN yang ditandingi termasuk DUN Paroi yang merupakan satu-satunya DUN dimenangi oleh parti itu pada tahun 2008.

FMT menerima satu email daripada seorang yang mahu dikenali sebagai ‘Demi Rakyat Negeri Sembilan’ (DRNS). Beliau berhujah lengkap dengan gambar rajah analisa; memberikan argumentasi dan punca kekalahan Pakatan di Negeri Sembilan.

DRNS mendakwa pada 21 Februari 2013, pemimpin PKR Negeri Sembilan ada menghantar email kepada semua pimpinan pusat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Saleh, Saifuddin Nasution dan Dr. Abdul Rahim Ghouse.

DRNS menyatakan pandangan akar umbi bahawa meletakkan Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) di kerusi DUN dan mempromosi beliau sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menyebabkan kemerosotan undi.

Kemerosotan undi akan bukan sahaja di kerusi-kerusi yang ditandingi PKR tetapi juga yang akan ditandingi oleh rakan Pakatan yang lain khususnya PAS.

Ketika itu, analisa menunjukkan kejatuhan sekitar tujuh peratus jika meletakkan Kamarul Baharin sebagai calon DUN/calon Menteri Besar Pakatan. Tetapi hakikatnya, penolakan sebenar yang ditunjukkan dalam analisa PRU-13 lebih parah iaitu sehingga mencapai 35 peratus.

Bongkak, angkuh dan sombong

“Penolakan masyarakat terhadap Kamarul Baharin kerana prestasinya yang amat buruk di Parlimen Telok Kemang dan sikap beliau yang bongkak, angkuh dan sombong.

“Menganalisa semula keputusan PRU-13, kemerosotan undi akibat pencalonan beliau di DUN Ampangan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, kesan kemerosotan undi jatuh lebih teruk sehingga 35%. Ini berdasarkan:
Undi majoriti Parlimen Telok Kemang dimenangi Kamarul Baharin: 1,579 undi
Undi majoriti DUN Port Dickson dalam Parlimen Telok Kemang dimenangi M Ravi: 2,422 undi
Kemerosotan undi 843/2,422 = 35 peratus.

“Berdasarkan kiraan ini, jika diambil penolakan lima peratus kerana DUN lain yang terbabit di luar Parlimen Telok Kemang sebagai ada kesan jumlah undi semakin berkurangan apabila berada di luar Telok Kemang.

Ini mengakibatkan 30 peratus faktor Kamarul Baharin memberikan kesan kepada pengurangan undi kepada Pakatan di Negeri Sembilan.

“Analisa ini menunjukkan kekalahan di lima kerusi DUN di Negeri Sembilan adalah kerana penolakan terhadap Kamarul Baharin yang hendak dipromosi oleh Anwar sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jumlah keseluruhan kerusi yang sepatutnya diperolehi Pakatan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 19 kerusi DUN untuk membolehkan kerajaan Pakatan Negeri Sembilan dibentuk. Ini berdasarkan kemenangan 14 kerusi sedia ada ditambah dengan lima kerusi DUN di atas,” kata DRNS.

Azmin juga bertanggungjawab

DRNS juga berkata Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Pusat (JPRP) harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan PKR menambah kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Beliau mendakwa Azmin tidak berhak bercakap soal nepotisme atau kronisme apabila beliau sendiri yang mengamalkan budaya kronisme dalam PKR.

“PKR seharusnya menang di DUN Ampangan dan DUN Pilah jika meletakkan calon dari cabang yang telah bekerja dan menyusun jentera di situ sejak empat tahun lepas.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek (DUN Ampangan) dan Bendahari PKR Kuala Pilah, Kamarul Allaymmy Abdul Kadir (DUN Pilah).

“Tetapi kerana tamak dan amalan kronisme oleh Azmin dan Kamarul Baharin, calon pilihan akar umbi yang ada merit diketepikan dan digantikan pula dengan calon kroni.

“Kalau Kamarul Baharin hebat sangat dan ‘perform’ selama lima tahun sebagai Ahli Parlimen Telok Kemang, seharusnya beliau bertanding di DUN Linggi yang terletak di bawah Parlimen Telok Kemang.

“Mengapa beliau lari dan ‘mencuri’ DUN Ampangan daripada kepimpinan PKR Seremban?

“Tidak cukup dengan itu, beliau tanpa segan silu berkata kepada media dan umum bahawa keputusan meletakkan beliau bertanding di DUN Ampangan adalah arahan kepimpinan PKR Pusat, seolah-olah bukan kehendak beliau.

“Hakikatnya beliau yang kemaruk sangat hendak bertanding di DUN Ampangan dan melobi pada saat akhir apabila mendapat tahu Anwar mahu menamakan Mohamad Rafie sebagai calon DUN Ampangan.

Calon ‘payung terjun’ dan ‘tangkap muat’

“Sangat memalukan apabila Negeri Sembilan merupakan negeri yang terawal memuktamadkan pembahagian kerusi di antara PKR, PAS dan DAP awal tahun 2012; serta PAS dan DAP sudah sejak awal mengumumkan calon PRU mereka.

Tetapi PKR merupakan parti yang paling lewat mengumumkan calon mereka di Negeri Sembilan iaitu hanya tujuh jam sebelum hari penamaan calon,” jelas isi kandungan email itu lagi.

Kandungan email itu menambah penolakan ketara pengundi terutama pengundi Melayu disebabkan penolakan ‘total’ mereka kepada pencalonan Kamarul Baharin yang diwar-warkan sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Perkara ini mungkin tidak disedari oleh pimpinan PAS Negeri Sembilan yang telah menyebabkan parti mereka kalah di kesemua DUN.

Kekalahan tipis PKR di DUN Ampangan dan DUN Pilah bukan disebabkan kerja-kerja tersusun atau populariti calon yang bertanding.

Tetapi adalah disebabkan gerak kerja dan aktiviti kebajikan yang sampai kepada pengundi setempat, yang telah dilakukan oleh calon yang tidak dipilih iaitu Mohamad Rafie di DUN Ampangan dan Kamarul Allaymmy di DUN Pilah sejak empat tahun lepas.

Amat menyedihkan parti tidak mengambil kira pengorbanan Kamarul Allaymay yang sanggup berhenti kerja sebagai pengurus cawangan sebuah bank terkemuka di Kuala Pilah semata-mata kerana ingin memberi tumpuan sepenuh masa kepada kerja parti di Kuala Pilah.

Mengutamakan kepentingan diri daripada kepentingan parti dan kehendak rakyat, maka Kamarul Baharin meletakkan Mohamad Nazaruddin Sabtu di DUN Pilah di mana ahli PKR Kuala Pilah sendiri tidak kenal beliau. Malah ada sumber mengatakan Mohamad Nazaruddin merupakan ahli PAS.

“Jika di DUN Ampangan, calonnya ialah calon ‘payung terjun’, di DUN Pilah pula calon ‘tangkap muat’.

“Mustahil Azmin tidak tahu perkara ini tetapi beliau menghalalkan segala tindak tanduk Kamarul Baharin mungkin kerana mahu memuaskan hati sahabat baiknya itu.

Inilah keadilan yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR,” DRNS mengakhiri email beliau.

“Analisa ini menunjukkan kekalahan di lima kerusi DUN di Negeri Sembilan adalah kerana penolakan terhadap Kamarul Baharin yang hendak dipromosi oleh Anwar sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Lima DUN tersebut ialah Ampangan, Pilah, Klawang, Paroi dan Labu.”


Jumlah keseluruhan kerusi yang sepatutnya diperolehi Pakatan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 19 kerusi DUN untuk membolehkan kerajaan Pakatan Negeri Sembilan dibentuk. Ini berdasarkan kemenangan 14 kerusi sedia ada ditambah dengan lima kerusi DUN di atas,” kata DRNS. ~Sumber

LIVE HIMPUNAN 505 BLACKOUT - JOHOR

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT



TERHANGAT! KANTOI LAGI...Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta pengikut TWITTER palsu..!!!

Najib paling banyak pengikut Twitter palsu
Datuk Seri Najib Razak paling banyak mempunyai pengikut palsu di Twitter berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain, menurut Meld Magazine.





Portal atas talian itu melaporkan, Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta pengikut palsu - bermaksud pemilik akaun yang mempunyai hanya beberapa pengikut dan tweet tetapi mengikuti banyak akaun.

Sebanyak 15 peratus daripada pengikut Najib tidak aktif, menurut laporan yang disiarkan pada 3 Mei sementara 15 peratus lagi dipercayai pengikut asli.

Di belakang beliau Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra (55 peratus) dan Perdana Menteri India Manmohan Singh (54 peratus) di tempat ketiga. 


~ Malaysiakini

PECAH BERITA ! SELEPAS BN SELANGOR KENA KO, TIADA ADUN LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG?!!!

Siapa Ketua Pembangkang Selangor

Selepas nama bekas Adun Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim tercicir daripada senarai calon pada PRU13 lalu, kini timbul pula spekulasi siapakah yang paling layak untuk mengisi tempat sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor.

Jika sebelum ini wakil BN menduduki 20 kerusi Dun Selangor, namun keputusan PRU13 lalu ternyata memberi tamparan yang besar apabila BN kehilangan lapan wakil mereka. Apatah lagi dengan ketiadaan hampir separuh jaguh lama mereka seperti Datuk Abdul Rahman Palil, Datuk Subahan Kamal dan juga Satim sendiri, kini hanya tinggal dua tiga nama sahaja yang boleh dianggap layak mengisi kekosongan itu.

Adun Kuang, Datuk Abdul Shukur Idros menjadi satu-satunya calon BN yang berjaya mempertahankan kerusi Dun dalam Parlimen Selayang, sekali gus memperlihatkan kemampuan beliau mengharungi cabaran PRU13.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor dilihat oleh pemerhati politik cukup berpotensi memikul amanah baru itu di samping keupayaan dan 'kesudian' menjawab kebanyakan isu-isu panas membabitkan Umno dan BN Selangor sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Selain itu, Adun Permatang, Sulaiman Razak juga dilihat berpotensi menjadi Ketua Pembangkang memandangkan beliau sentiasa aktif mengambil bahagian dalam perbahasan dan sesi soal jawab sepanjang sidang Dun Selangor berlangsung penggal lalu.

Setiap isu yang dibentangkan oleh Adun Permatang itu memperlihatkan beliau berpengetahuan dan sentiasa membuat kajian malah bersedia menangkis hujah–hujah yang diutarakan oleh PR.

Bagaimanapun terserah kepada 12 Adun untuk memutuskan siapa dalam kalangan mereka yang paling layak diangkat sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

Walaupun hanya 12 orang Adun BN, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang baik serta menjadi mata dan telinga rakyat terhadap kepincangan yang bakal dicetuskan PR dalam tempoh lima tahun ini.

Mereka adalah Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus; Adun Sungai Panjang, Budiman Zohdi; Adun Sungai Burong, Datuk Mohamad Shamsudin Lias; Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak; Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah; Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro; Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan; Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif; Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik dan Adun Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar.

Keputusan PRU13 di negeri Selangor menyaksikan pencapaian paling terburuk BN turut memberi tamparan hebat kepada Najib yang berperanan sebagai Pengerusi BN Selangor dan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

Kedudukan Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN di negeri ini sepatutnya menguatkan pengaruh BN untuk merampas Selangor daripada PR, bagaimanapun ianya gagal mendapat lebih sokongan rakyat di negeri ini.
Pasca PRU13, PR mula memainkan serangan psikologi mendesak supaya Najib meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi BN Selangor kerana kegagalan beliau menawan negeri ini apatah lagi BN juga dilihat gagal mendapat mandat besar rakyat keseluruhannya.

Adakah Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar akan memainkan peranan Najib menerajui BN Selangor jika Najib melepaskan jawatan tersebut untuk memberi fokus kepada hal-hal negara khasnya?.

Jika sebelum ini pemerhati media melihat BN Selangor berada dalam dua kem iaitu kem Noh dan kem Mohamed Zin, kini tumpuan lebih diberikan kepada Noh yang dilihat individu terpenting untuk mengemudi BN Selangor buat masa sekarang selepas Mohamed Zin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sepang.

Bagaimanapun, terpulang pucuk pimpinan BN membuat pemilihan individu terbaik sebagai Ketua Pembangkang Selangor, Penyelaras Dun, Penyelaras Dun dan Koordinator BN Selangor untuk berkhidmat dalam penggal ini bagi merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.



Siapa calon BN Selangor akan sertai kabinet Najib



INI BERITA BARU MASUK :   NAJIB GUGUR NOH OMAR

Noh Omar gugur, Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2013/05/15 - 17:33:32 PM-BH

Datuk Noh Omar gugur dalam Kabinet baru, tempatnya digantikan oleh Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 


Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun


Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) ternyata memberi tekanan dan kekecewaan kepada Barisan Nasional (BN) Selangor apabila gagal merampas kembali negeri yang terkaya dan termaju daripada Pakatan Rakyat (PR).

Dengan kekuatan jentera pilihan rayanya yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor di samping tawaran manifesto aku janji yang hebat, BN Selangor hanya mampu memperoleh lima daripada 22 kerusi parlimen dan 12 daripada 56 kerusi Dun pada PRU13 ini.

Keputusan PRU13 turut memberi kejutan kepada BN Selangor apabila kehilangan beberapa kerusi daripada calon ‘winnable candidate’ dan kubu kuatnya antaranya Parlimen Sepang yang ditandingi oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed.

Manakala bagi kerusi Dun, BN Selangor turut kehilangan kerusi yang disandangnya sebelum ini iaitu Paya Jaras, Templer, Morib, Dusun Tua, Sabak, Tanjung Sepat, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa dan Sungai Pelek.

BN Selangor hanya memenangi lima kerusi Parlimen iaitu empat kerusi ditandingi oleh calon Umno manakala satu kerusi iaitu Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon MIC, P Kamalanathan.

Dua kerusi tersebut dimenangi oleh calon muka baru dari Umno iaitu Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam manakala Datuk Irmohizam Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Manakala dua lagi kerusi parlimen masih kekal milik penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang lima penggal berturut-turut, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

Persoalan kini tertumpu kepada siapakah di antara ahli parlimen di Selangor ini yang akan dipilih sebagai menteri atau timbalan menteri kabinet baru Najib?

Bagi ahli parlimen di Selangor, penyandang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh diyakini akan kekal dalam kabinet baru Najib.

Manakala, Noriah yang kini penyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat berpotensi tinggi dinaikkan pangkat dipilih sebagai Menteri Kabinet.

Beliau yang sebelum ini Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 20 November 2012.

Atas pengalaman dan kejayaannya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar, Noriah dilihat sebagai pemimpin paling layak menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam senarai kabinet baru nanti.

Noriah ketika dihubungi mengenai hal itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Walaupun BN tewas banyak kerusi parlimen di Selangor namun kemenangan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam di kubu kuat Pas memberi kejutan kepada BN.

Nama Irmohizam mungkin tidak sepopular pemimpin belia lain yang telah menempa nama di peringkat nasional, namun pemimpin berusia 37 tahun itu sebenarnya sudah banyak menabur jasa kepada golongan belia di negara ini.

Atas kekuatan kepimpinan yang ditunjukkannya itu, tidak menghairankan apabila beliau dipilih sebagai calon muka baru BN bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU13 sekali gus berjaya menewaskan penyandangnya, calon Pas, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai pemimpin muda yang aktif, Irmohizam memegang pelbagai jawatan penting dalam NGO belia antaranya bekas Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Naib Presiden 2 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Presiden Majlis Belia Selangor, membuktikan kehebatan dirinya memimpin golongan belia.

Irmohizam yang juga bekas pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara itu juga pernah terlibat dalam merangka Dasar Belia Antarabangsa 2012, Jawatankuasa Teknikal Parlimen Belia Malaysia dan Exco iM4U dan antara tulang belakang program My Beautiful Malaysia.

Atas kredibilitinya itu, tidak hairan jika beliau menjadi pilihan Perdana Menteri sebagai timbalan menteri dalam kabinet baharu nanti dan mungkin posisi paling sesuai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...