27 September 2014

MAKLUMAT BOCOR, OPERASI JUDI HARAM GAGAL


Maklumat bocor habis

Kuala Lumpur: Sindiket mesin perjudian siber di sekitar ibu kota bagaikan sudah ‘menghidu’ operasi Ops BAH 4 dilancarkan semalam apabila kebanyakan premis judi haram yang diserbu didapati tidak beroperasi.

Dalam serbuan bermula jam 11 pagi itu, semua premis mesin judi berkenaan didapati kosong dan tiada sebarang aktiviti perjudian dijalankan.

Operasi besar-besaran itu membabitkan seramai 378 pegawai dan anggota daripada 13 agensi penguatkuasaan dengan menyasarkan 74 premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram itu.

Antara agensi yang terbabit adalah Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Telekom Malaysia (TM) serta badan sebuah badan NGO, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bagaimanapun operasi terbabit masih berjaya merampas sejumlah unit komputer selepas ia disahkan pakar perjudian Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan perjudian.

Kebanyakan premis judi menggunakan taktik meletakkan iklan premis untuk dijual atau disewa di pintu hadapan premis.

KOMPUTER yang digunakan untuk berjudi dirampas.

Selain itu ada juga premis yang membina dinding besi atau konkrit di bahagian hadapan bagi menyukarkan pihak berkuasa melakukan serbuan.

Lebih mengejutkan apabila ada antara premis berkenaan yang mempunyai laluan khas bagi menghubungkan premis bersebelahan atau bertujuan untuk melarikan diri.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata, walaupun tiada tangkapan membabitkan perjudian, operasi membanteras akan diteruskan.

Katanya, kerjasama daripada pelbagai agensi dalam Ops BAH 4 itu memberi kesan kepada sindiket judi komputer serta melumpuhkan kegiatan haram itu.

“Dalam Ops BAH 4 yang dijalankan hari ini (semalam), 680 komputer dan lima mesin judi berjaya dirampas daripada 34 premis yang diserbu di sekitar kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak di sini,” katanya.

NAJIB LEBIH TERUK DARI PAK LAH....TAPI MASIH SELAMAT?


Kadir Jasin Desak Najib Razak Letak Jawatan! Najib Razak Lebih Teruk Daripada Zaman Pak Lah? Setuju?


Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin sebelum ini telah mengambil pendekatan menemplak keras isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor (SEPERTI LAPORAN DI SINI), sekali lagi telah tampil melemparkan kritikan pedasnya berdasarkan pemerhatian & pengamatannya selama mana corak dan cara Datuk Seri Najib Razak mentadbir negara yang bernama Malaysia ini.

Jikalau sebelum ini dek kerana corak pemerintahan yang dilihat lemah semasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana akhirnya hayat dan cengkaman politik Pak lah di Putrajaya tidak bertahan lama selepas didesak kiri dan kanan melalui Tun Mahathir Mohamad dan kem-kem rahsia yang menunggu masa menggulingkan Pak Lah. Dan yang terbaru….
Desakan Kadir Jasin + Mahathir Mohamad!

Dan yang terbaru dan terkini, Datuk Kadir Jasin sudah tiba masa dan ketikanya perlunya Datuk Seri Najib Razak letak jawatan :

Tun Mahathir Mohamad telah hantar surat peringatan kepada Datuk Seri Najib Razak

Tetapi tidak berjaya dek kerana terdapat perantara yang tidak membenarkan surat itu sampai ke tangan Najib Razak

Prestasi Datuk Seri Najib Razak lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)

Oleh itu, Abdul Kadir Jasin mahukan Datuk Seri Najib Razak disingkirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Abdul Kadir Jasin mahukan ada desakan keras supaya Najib Razak letak jawatan seperti mana senario yang berlaku kepada perletakkan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Benarkah Najib Razak lebih teruk daripada pemrintahan zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)? Setuju? Apa pendapat anda?

P/S : Apa perbezaan yang anda perhatikan semasa di zaman Pak Lah berbanding di zaman pemerintahan & kepimpinan Najib Razak?

BERITA GEMPAR DARI LANGKAWI POLIS RAMPAS 16 SENJATA API CANGIH, TAHAN 3 LELAKI




Polis Rampas 16 Senjata Api, Tahan Tiga Lelaki

LANGKAWI: Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah bersama lebih 1,000 butir peluru yang melanggar syarat lesen interim dan dipercayai sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara United Kingdom, berumur 40-an, yang menanam senjata api itu di sebuah rumah di Kampung Belanga Pecah di sini, 9 malam Rabu lepas.

"Pemilik senjata api itu merupakan pemilik kapal dagang yang berlabuh di perairan Langkawi, yang digunakan untuk tujuan keselamatan tetapi dibawa naik ke daratan dan ia menyalahi syarat lesen dikeluarkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, Jumaat.

Katanya senjata api itu dirampas atas dasar keselamatan dan khuatir senjata terbabit disalah guna.

Rampasan ini tidak ada kaitan dengan kegiatan pengganas atau militan," katanya.

Ahmad berkata polis turut mengenal pasti seorang lelaki warga New Zealand yang merupakan pemilik senjata itu yang bertanggungjawab atas penyimpanan senjata api berkenaan.

Katanya lelaki berumur lingkungan 40-an itu dipercayai majikan kepada tiga individu yang ditahan dalam serbuan itu.

"Kita sudah kesan kedudukan lelaki itu yang kini berada di luar negara dan kita akan pastikan dia ditahan untuk tindakan lanjut sebaik memasuki negara ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Sementara itu, Ahmad berkata sehingga kini sebanyak 23 laras senjata api dirampas dalam dua kes di pulau ini termasuk tujuh laras senjata api pada 18 September lepas.

Polis Kedah merampas raifal terbabit di sebuah kapal mewah dan menahan seorang lelaki warga Afrika Selatan dan teman wanitanya warganegara Thailand.

Mengenai keselamatan perairan Langkawi, Ahmad berkata kedudukannya adalah selamat dan terkawal.





PADA 20HB. SEPTEMBER POLIS LANGKAWI JUGA TELAH MERAMPAS 7 SENJATA API




26 September 2014

BOCOR : ORANG DALAM PECAH TEMBELANG...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR TERSEBAR!!!!


 PAS MEMPUNYAI KAWALAN YANG KUAT DLAM GLC SELANGOR...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.



'PAS perlu reform, tajdid pemikran jika mahu ke arus perdana'


PAS perlu tajdid dan menjalani reformasi sekiranya mahu ke depan dan menjadi parti yang mesra dengan tuntutan politik, kata Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzwan Abu Bakar.

FAKTOR UTAMA PAS KALAH DI PENGKALAN KUBUR

Fikirlah sendiri.......?

PAS  PERLU KAJI KENAPA UNDI TURUN .

KEHADIRAN PENGUNDI BERKURANGAN 6.10 %

PAS KEKURANGAN  1,112 UNDI DARI PRU13


Analisis PRK N01 Pengkalan Kubor. (Pandangan peribadi penulis).

Oleh : Khairul Nizam Abd Ghani

1. Di Kelantan (mungkin juga di sesetengah tempat negeri lain), memang menjadi rekod sekiranya berlaku pilihanraya kecil (PRK), apatah lagi pemilihan yang tidak mengubah apa-apa; pengundi akan memilih parti yang menguasai kerajaan persekutuan.

2. Untuk bahaskan no (1), mengapa berlakunya sebegitu, kita hanya boleh menyenaraikan beberapa faktor. Cuma tiada 'kayu pengukur' untuk semua pihak akui faktor itu tepat atau tuduhan. Bagi pihak terbuka, mereka ambil sebagai manfaat. Bagi pihak tertutup, mereka akan tolak dan nafi.

3. Antara faktor yang memungkinkan perkara no (1) di atas, Pengkalan Kubor N01 13/09/14 hingga 24/09/14 ialah :

i. Jentera bertaraf kerajaan Malaysia berlawan dengan jentera bertaraf kerajaan negeri, dengan tumpuan penuh kerana tiada pilihanraya selain dari ini.

ii. Media yang bertaraf Malaysia (akhbar harian, TV, radio) berlawan media bertaraf terpilih (akhbar mingguan parti, media sosial).

iii. SPR yang condong. Pemilihan tarikh ketika parti lawan kepada parti pemerintah sedang muktamar (SPR pernah memberi laluan persidangan UMNO untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau).

SPR juga memilih tarikh buang undi hari bekerja bagi pengundi perantauan. Walau semua ini bukan petanda undi akan memihak, tetapi konsepnya SPR adalah penjulang prinsip demokrasi. Tidak boleh double standard. Tidak boleh menyempitkan hak membuang undi (tarikh bekerja).

iv. Kejadian PRK jatuh pada ketika pergeseran Pakatan Rakyat (isu MB Selangor. PKR bijak memanfaatkan ketamakan / kegelojohan PAS dengan menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor secara pertukaran kerusi setanding yang akan ditentukan kemudiannya.

v. Sentimen anak Kedah (calon PAS) berbanding anak Kelantan (calon BN) sangat berjaya. Politik pecah perintah ini masih laku mungkin untuk 50 tahun lagi.

vi. Hadi Awang memang terkenal dalam mendatangkan masalah setiap kali pilihanraya bagi pengundi tolak BN yang bukan ahli PAS. Kali ini istilah broker dan barua dijadikan bahan kempen BN. Ianya sangat berjaya untuk sektor pengundi muda, pengundi perantau yang letih pulang, pengundi tolak BN yang bukan ahli PAS.

vii. Kempen menyerang keterlaluan sehingga membuatkan BN seakan teraniaya dan defensive MUNGKIN tidak sesuai untuk pemilihan bertaraf PRK. Doa hukum keras TGNA, saraf BN yang menyebar fitnah skandal calonnya dan kemudian menuduh PAS, cabaran Royalti adalah antara bahasannya.

viii. Politik taburan hadiah, wang ringgit, hiburan dan sebagainya oleh BN masih relevan dalam memenangi hati pengundi kampung berpengetahuan sederhana, berpendapatan sederhana.

4. Bagi pihak ROYALTI pula, usaha menjadikan PRK yang tidak mengubah apa-apa ini sebagai referendum tidak berjaya. Rakyat Kelantan mengekalkan rekod memilih parti yang menguasai kerajaan persekutuan setiap kali PRK. Muhasabah perlu bagi ROYALTI (terutama penulis) untuk penambahbaikan masa hadapan.

5. Bagi pihak PAS (Malaysia) MUNGKIN isyarat pengundi memilih mengundi PR, bukan PAS. Jika semata-mata PAS, BN adalah sistem yang meyakinkan.

6. Bagi pihak PAS (Kelantan), MUNGKIN isyarat rakyat Kelantan tidak gembira dengan politik PAS Kelantan selepas era TGNA.

Wallahualam.

KANTOI KES TIPU KAD KREDIT 5 RAKYAT MALAYSIA KENA PENJARA 284 TAHUN SEORANG.....

Penjara 50 tahun di Thailand

Kangar: Lima rakyat Malaysia masing-masing dijatuhi hukuman penjara 50 tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok, Thailand, hari ini selepas didapati bersalah menggunakan kad kredit palsu termasuk untuk mengeluarkan wang dari beberapa bank.

Kesemua tertuduh Francis Xavier Arulappan, 35; Mageswaran Balakrishnan, 23; Velanraj Vallanrasen, 22; Gunalan Kumaresan, 25; and Kartik Sinansamy, 25, dituduh di mahkamah berkenaan 21 Julai lalu seblum keputusan dijatuhkan ke atas mereka hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, kesemua tertuduh bersama beberapa rakan mereka yang masih bebas dituduh telah menggunakan kelengkapan komputer bagi membuat 705 kad kredit palsu sejak 2 April sehingga 26 April 2009.


TERTUDUH ketika ditangkap April lalu.

Kad kredit yang dipalsukan boleh digunakan di bank komersial di beberapa negara termasuk Perancis, Itali, Kanada dan Denmark.

Kelima-lima tertuduh menggunakan kad kredit tersebut 142 kali di beberapa wilayah termasuk Krabi, Trang dan Songkhla serta mengeluarkan sejumlah wang tunai berjumlah 500,000 Bhat (RM50,000) sebelum dicekup Polis Diraja Thailand April lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 568 tahun kepada kelima-lima mereka iaitu empat tahun bagi setiap 142 transaksi itu.

Mereka yang semua mengaku bersalah kemudian dikurangan hukuman kepada 284 tahun sebelum mahkamah menetapkan hukuman penjara 50 tahun setiap seorang.

Mereka juga perlu membayar RM50,000 kepada bank yang ditipu.

25 September 2014

3 ANGGOTA KESELAMATAN DITAHAN KERANA KES ROGOL WARGA FILIPINA !!!

Rogol: 3 Anggota Keselamatan Ditahan



KOTA KINABALU: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita warga Filipina berusia 21 tahun di sebuah hotel di bandar Sandakan, pada awal pagi Isnin lepas.

Anggota keselamatan dari pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan awal pagi ini selepas wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan, Rabu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi itu, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang berpakaian seragam selepas dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Mangsa memberitahu ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu bahawa dokumen pengenalan dirinya masih dalam proses dan hanya memiliki salinan Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. ~mStar

BERITA AWAL.......

Seorang konstabel polis, seorang pegawai di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan seorang anggota Rela ditahan di bandar Sandakan selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh ketiga-tiga individu terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan pada Khamis.

Katanya, wanita berusia 21 tahun itu mempunyai laporan polis mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Sandakan pada 24 September.

Wanita tersebut mendakwa, dua hari lalu, tiga lelaki menahannya kerana dia gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.Salehudin berkata, dalam laporan tersebut wanita tersebut mendakwa ketiga-tiga lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka.

Jelasnya, polis masih melakukan siasatan mengenai dakwaan itu.

BERITA MEMALUKAN UMNO...TERHEGEH-HEGEH DENGAN KENYATAAN MURAHAN.....


Abdul Khalid tidak terdesak untuk bersama UMNO



Pemimpin UMNO tidak perlu membuat publisiti murahan dengan mengaitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai mesra Barisan Nasional atau UMNO.

Ini kerana sejak dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Menteri Besar itu tidak pernah sekali pun menyuarakan hasratnya untuk bersama UMNO atau mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, pemimpin UMNO tidak perlu bersusah payah membuat sebarang kenyataan murahan kerana Abdul Khalid kurang senang dengan kenyataan seperti itu.

Individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar itu mempersoalkan apa tujuan dan matlamat sebenar pemimpin UMNO membuat kenyataan tersebut, sedangkan para penyokong Abdul Khalid melihat ia sebagai satu agenda tersembunyi.

"Mereka mungkin berbangga dengan kenyataan begitu tetapi bagi kami kenyataan itu jelas dan terang-terangan mahu mencetuskan isu kepada Abdul Khalid.

"Sedangkan Abdul Khalid tidak terdesak untuk berada dalam politik.

"Pada kami isu-isu macam ini seolah-olah mahu menutup pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar tanpa sokongan dengan menonjolkan cerita-cerita negatif Abdul Khalid," katanya yang mendakwa kenyataan seumpama itu dicetuskan oleh pemimpin UMNO yang mempunyai hubungan baik dengan Mohamed Azmin mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber itu mengaitkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa UMNO tidak menawarkan Abdul Khalid untuk menyertai UMNO.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri itu berkata, Abdul Khalid yang mesra Barisan Nasional kini mempunyai agenda tersendiri bagi meneruskan perjuangan sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas.

Kata sumber itu lagi, pihak-pihak yang mencetuskan isu itu patut berasa malu kerana sifat mesra yang ditunjukkan oleh Abdul Khalid disalah erti sedangkan itulah sikapnya dengan semua orang.

"Setakat ini, sehingga hari ini Abdul Khalid tidak ada perancangan langsung tentang karier politiknya.

"Ini kerana mana-mana parti politik pun semuanya tikam dia (Abdul Khalid)," ujarnya. - Malaysia Gazette

AUTA PERTAMA AZMIN? SEDAPKAN PENYOKONGNYA......


Mampukah Azmin batal perjanjian air Selangor?


Mohamed Azmin Ali sebenarnya tidak boleh melakukan sebarang perubahan terhadap perjanjian air yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor yang baharu itu hanya boleh membaca sahaja perjanjian yang telah dibuat.

"Apa yang boleh Azmin boleh buat, tidak ada apa-apa, semuanya sudah dimuktamadkan. Semua sudah selesai," kata sumber yang mengetahui tentang perjanjian itu.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin kelmarin yang mahu mengkaji perjanjian yang dibuat semasa pemerintahan Abdul Khalid termasuk perjanjian air, selain pembinaan kontroversi Kidex.

Tindakan awal Menteri Besar Selangor itu sudah diramalkan oleh kebanyakan penganalisis ekonomi dan pasaran sebelum ini sambil menyifatkan sebarang kajian dan semakan akan melengah-lengahkan lagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya sudah tertangguh sejak enam tahun lalu

Sumber tersebut berkata, sebenarnya Mohamed Azmin tahu hakikat tentang perjanjian berkenaan tetapi tidak menolak kenyataan Menteri Besar itu dibuat sekadar untuk mengambil hati para penyokongnya.

Ini kerana, semasa perjanjian awal dibuat, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat bertegas mahu Abdul Khalid menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan selagi penjelasan tidak dibuat.


Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) pada 12 September lalu.

Dalam perjanjian itu, Putrajaya bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Perjanjian yang dimuktamadkan itu menyaksikan operasi rawatan dan pengedaran air dalam industri bernilai RM30 bilion itu yang diuruskan oleh tiga syarikat diletakkan di bawah satu entiti iaitu Air Selangor Sdn. Bhd. yang di kawal oleh
kerajaan negeri.

Tiga syarikat konsesi air itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass (Abass).

Dengan perjanjian ini Selangor dan Putrajaya mempunyai kuasa menentukan kadar bagi air terawat untuk kira-kira tujuh juta pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, sekaligus Putrajaya akan memperoleh sepenuh kebenaran membina loji rawatan air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion.

Sumber itu memberitahu, kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin itu sudah dijangka memandangkan beliau turut mempersoalkan perjanjian berkenaan sebelum ini.

Tegasnya, Abdul Khalid bukan tidak bijak untuk melepaskan jawatan Menteri Besar tanpa menyelesaikan perjanjian air begitu sahaja kerana beliau tidak mahu rakyat Selangor dan Lembah Kelang dijadikan mangsa politik.

"Takkanlah itu pun Azmin tidak nampak?," katanya.
- Malaysia Gazette

KERANA PENCEN TAK CUKUP,300 PESARA TENTERA TERPAKSA TEROKA HUTAN SIMPAN!!!

300 pesara tentera tuntut janji

sumber


Ahli Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad berharap kebenaran meneroka tanah itu diberikan.

TAIPING – Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad memohon kerajaan negeri membenarkan 300 ahlinya mengusahakan tanah Hutan Simpan Kekal Changkat Niru, di sini, seluas 600 hektar.

Difahamkan, permohonan itu dibuat bagi membolehkan ahlinya yang terdiri daripada pesara tentera menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menambah pendapatan.

Pengerusi Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad, A Rahman Hashim berkata, majoriti ahlinya melakukan kerja kampung untuk menyara keluarga dan pendapatan diperoleh tidak menentu serta tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kami mengaku meneroka kawasan hutan simpan ini secara tidak sah, namun kini permohonan telah dibuat bagi mendapatkan kebenaran menggunakan tanah berkenaan sebagai kawasan pertanian dan penternakan.

“Permohonan sebelum ini telah ditolak atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini 24 hektar tanah diteroka membabitkan semua ahli koperasi,” katanya.

Menurutnya, mereka bukan sengaja hendak menceroboh sebaliknya sekadar menuntut janji di samping memerlukan kawasan untuk aktiviti pertanian berkelompok bagi menambah pendapatan.

“Sebelum ini, bekas menteri besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas tentera ditawarkan bertani di ladang Pahlawan.

“Namun, sehingga kini kami tiada sebarang tempat untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan,” katanya.

Beliau berkata, semua pesara tentera ini sememangnya amat berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian membabitkan tanaman kontan seperti pisang, selain kelapa sawit untuk tempoh jangka panjang.

“Dengan pencen RM700 hingga RM800 agak sukar untuk kami menampung kos sara hidup.

“Kawasan ini amat bersesuaian untuk dimajukan dengan aktiviti pertanian sekali gus dapat membantu meringankan beban kami,” katanya.

A Rahman berkata, semua ahli telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhutanan Negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Kali ini, kami disarankan untuk membuat permohonan semula mengikut prosedur sebenar bagi membolehkan perkara berkenaan dipertimbangkan.

“Selain itu, kami turut merayu kepada kerajaan negeri supaya dapat membenarkan tanah di kawasan hutan simpan kekal ini terus diusahakan,” katanya.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tanah terbabit telah diwartakan Hutan Simpan Kekal dan juga kawasan tadahan air kerana berhampiran Kolam Air Bukit Merah.

Bagaimanapun, menurutnya, dalam situasi ini, jika ada permohonan, ia boleh diproses melalui peraturan sedia ada.

Katanya, laporan jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah serta lain-lain juga diperlukan untuk membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan sama ada memberi kebenaran meneroka atau tidak.

"Jabatan teknikal juga perlu memastikan sistem ekologi di kawasan berkenaan tidak terganggu dengan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

“Selain itu, alam sekitar juga perlu dipelihara tambahan pula kawasan terbabit sensitif memandangkan ia kawasan tadahan air,” katanya.

GAMBAR LELAKI YANG DITAHAN DAN SENJATA YANG DIRAMPAS DI LANGKAWI TERDEDAH !!!



Lelaki Afrika Selatan, Wanita Thailand Ditahan Atas Kapal Mewah



ALOR SETAR: Seorang lelaki Afrika Selatan dan seorang wanita Thailand ditahan di atas sebuah kapal mewah di Jeti Kuah, Langkawi pada Khamis lalu kerana dipercayai memiliki senjata api.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata suspek yang berumur sekitar30-an dan 40-an ditahan pada tengah hari.

"Hasil pemeriksaan telah menjumpai tujuh laras rifle Benelli Agro yang dibuat daripada Itali dan sejumlah peluru pelbagai jenis di dalam kapal tersebut. Kita juga mendapati pemilik kapal mewah warga Afrika Selatan itu tidak mempunyai dokumen pengesahan untuk menyimpan senjata itu.

"Kita percaya kapal mewah milik persendirian itu dijadikan sebagai transit oleh kapal lain untuk menyimpan senjata api," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Beliau berkata suspek direman selama seminggu sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.






24 September 2014

BLOGGER SEKS ALVIN TAN DAH LARI KE US?


Saya Alvin Tan – bekas blogger seks, pelarian politik dan bakal warga Amerika

EKSKLUSIF: Dua hari lalu, Alvin Tan memecah kesunyian selama dua purnama dengan memberi pandangan tentang theantdaily, laman yang mencabarnya selama ini.

Pandangan beliau berkisar tentang rencana berjudul “Adakah Alvin Tan kini muncul kembali?”

Dengan mengulas rencana tersebut, Alvin menulis di laman Facebooknya hari ini:

(https://www.facebook.com/profile.php?id=100007968164924), bagi membongkar perancangan yang sedang dibuatnya.

Beliau berkata sedang berada di Amerika Syarikat memohon suaka politik dan ingin menjadi warga negara Uncle Sam itu.

Alvin Tan juga memberi sebab mengapa perlu beliau meninggalkan Malaysia sambil mengeluh tentang nasibnya yang sering disalah anggap media di negara ini.

Kami tidak dapat memastikan samada ia akaun Facebook ini benar-benar milik Alvin Tan atau hanya bahan gurauan. Jadi kami tidak berkata ini berita yang sahih dan mahu memaparkan keseluruhan cerita.

“Saya tidak takut kerana bukannya pelarian (bahkan pemohon suaka politik). Wayang Interpol hanya permainan Umno/PDRM belaka. Kerajaan AS tidak akan bekerjasama dengan PDRM di dalam menghantar pulang pelarian politik (bahkan Laporan Hak Asasi 2013 Jabatan Negeri AS turut menulis tentang kes saya). Ini bukan cara bagi ekstradisi. Saya telah memohon suaka politik dan mengisi borang serta ditemuduga.

Saya mahu menarik perhatian rakyat Malaysia? Haha...Tolonglah. Malaysia pasaran kecil yang miskin. Apa guna saya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia? Adakah bintang ternama dilahirkan di sana, disokong kekuatan populasi seramai 30 juta sahaja? Adakah kejayaan kewangan dicatat oleh warga tempatan?

Malaysia tidak punyai apa-apa. Sesiapa yang mahu berjaya perlu keluar. Ia hanya kawasan perlupusan toksik dengan manusia bersikap negatif.

Jadi saya senyap bukan kerana saya takut. Saya sibuk menikmati hidup di sini, di negara moden, mengasyikkan dan kaya-raya.

Mengapa perlu saya hadir perbicaraan? Saya tidak akan mendapat keadilan. Mengapa saya perlu menghabiskan masa muda seperti Adam Adli? Dia mahu berpolitik – itu masalahnya. Saya mahukan yang berbeza. Saya mahu mendapat Kad Hijau dan menjadi warga Amerika. Saya berjaya di dalam saga Bak Kut Teh, dan sebagainya. Anda semua rakyat yang gagal dan dipenuhi kemarahan.

Saya tidak akan mengulas tentang apa-apa lagi di Malaysia. Saya tidak lagi mempunyai hak bercakap tentang negara kamu. Saya tidak akan kembali ke negara “indah” kamu semua. Mungkin kamu semua patut berhijrah seperti saya. Saya menerima cabaran menteri Umno.”

Jadi itulah yang dikata Alvin Tan.

Komennya menunjukkan kelantangan beliau. Kita dapat saksikan juga bahawa beliau berani membuat perubahan. Ini bukan lelaki yang cakap berdegar-degar, tetapi beliau ternyata mempunyai daya merencana kehidupan baru.

Adakah ahli politik dan pemimpin kita seberani Alvin Tan?

sumber

KATA NEGARA MAJU, RAKYAT KENA BINA JALAN SENDIRI....


15 tahun tunggu, orang kampung bina sendiri jalan


Bayangkan pelajar sekolah rendah yang perlu bangun dinihari, lama sebelum matahari terbit.

Kemudian dengan berjalan kaki mereka merentasi hutan, mendaki bukit, melalui beberapa ladang kelapa sawit dan menyeberangi beberapa sungai menerusi jambatan gantung untuk sampai ke sebuah tempat perhimpunan utama di sebuah sungai yang besar.


Selepas itu mereka perlu pula menaiki bot ke jeti terdekat sebelum berjalan merentasi beberapa lagi ladang kelapa sawit untuk ke sekolah setiap hari.

Inilah yang dihadapi pelajar dari enam kampung di Pitas, Kudat di Sabah kerana jalan yang dijanjikan 15 tahun lalu masih tidak terbina.

Bosan dengan janji kosong, enam penduduk kampung nekad nekad mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk membina sebatang jalan balak.

Projek membina jalan sepanjang 7.5 kilometer itu turut meminta sokongan semangat, publisiti dan derma wang tunai bagi membantu kira-kira 3,000 penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan keluar dari kepompong kemiskinan.

Laman web mereka www.pitasroad.org menyatakan jalan balak tersebut akan menghubungkan enam kampung iaitu – Kampung Dowokon, Kampung Mandamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat and Kampung Maliau Layung – ke pekan Pitas.


Keenam mereka kini sedang galak mendapatkan sokongan dari orang ramai kerana mempunyai peralatan dan tenaga yang amat terbatas, selain tiada pengalaman melakukan pembinaan tersebut .

Menurut laman web itu, penduduk kampung memerlukan kira-kira RM85,000 lagi selepas menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM5,000 menyelenggara sebuah mesin pengorek terpakai, dua buah gergaji berantai dan menyewa sebuah mesin jengkaut berharga RM150 setiap hari bagi membina jalan tersebut.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

"Saya fikir kesusahan dan kesengsaraan penduduk kampung akan berakhir dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau sambil menunjukkan laporan akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999 yang melaporkan "berita baik" tersebut.



Beliau berkata kerajaan memulakan pembinaan Jalan Pitas Pandan Pinapak pada tahun 2000 sebelum berhenti tanpa sebab selepas membina jalan batu sepanjang dua kilometer.

Penduduk enam kampung tersebut kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi komuniti tersebut di emel mereka pgks7@yahoo.com.my atau ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook mereka dihttps://www.facebook.com/pitasroad .

Laman kempen itu menggunakan slogan “Orang kampung mau bikin jalan raya”.
Malaysiakini/-

BAHAYA: Jika UPSR bocor macam mana nak bina loji nuklear?

 Kerajaan patut memberi jaminan dalam menangani insiden kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) supaya tidak berulang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kebimbangan berhubung rentetan insiden ‘bocor’ yang berlaku terhadap prasarana awam di Malaysia kini merebak hampir ke seluruh sistem pentadbiran negara, malah kepada soalan peperiksaan UPSR.


Lim turut mempersoalkan sekiranya kerajaan masih gagal menangani kebocoran kertas UPSR, adakah jaminan perkara yang sama tidak berlaku sekiranya loji janakuasa nuklear dibina di negara ini

“Ini adalah sesuatu yang memalukan dan kita perlu menilai kembali dengan berterus terang. Masalahnya ialah sistem kawalan dalaman. Selama ini tidak ada tindakan diambil apabila kelemahan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengingatkan bahawa Laporan Ketua Audit Negara saban tahun mendedahkan ketirisan, pembaziran dan kebocoran yang berlaku sistem kewangan dan pentadbiran negara, namun tidak ada sebarang perubahan drastik diambil.

“Kita tengok LKAN, setiap kali laporan dibuat tidak kira sama apa sahaja benda, dari jam (dinding) hinggalah kepada scanner (alat pengimbas) yang harganya dari RM100, tetapi dibeli pada harga RM3,000.

“Kita (pernah) menghadapi masalah kebocoran dalam bangunan Parlimen yang kos (pembaikan) menelan belanja jutaan ringgit. Sekarang kita nak bina loji nuklear?,” soalnya.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanatan berkata Kementerian mengesahkan laporan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Tamil.

Manakala minggu lalu, kertas peperiksaan bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris turut dilaporkan bocor.

Susulan itu beberapa laporan polis dibuat dan 14 orang ditahan bagi membantu siasatan.

Kerajaan turut menggantung tugas Pengarah Lembaga Pengarah Peperiksaan Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenainya selesai.

Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang dijadualkan pada 30 September.

23 September 2014

GEMPAR ! BIAWAK CUBA MELARIKAN BUDAK DI PULAU TIOMAN !!



Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman... Jam lebihkurang 1030hrs, seorang bayi perempuan seberat 9kg diletakkan di atas lantai dapur. Sewaktu kejadian, mak bayi tersebut meninggalkannya untuk mengambil sesuatu.

Tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur diikuti suara bayi menangis dengan kuat dan tidak seperti biasa. Terasa tidak sedap hati, maknya terus berlari ke dapur dan mendapati seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kukunya dan cuba tarik bayi itu keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak. Bayi dirujuk ke Hospital Mersing, Johor.


AS Berikan Bantuan Kepada Syiah Hizbullah

hizbu

AS dan Syiah Ternyata Bersatu, AS Berikan Bantuan Kepada Syiah Hizbullah

hizbuMohammed Afif, koordinator Humas Hizbullah Lubnan, dalam wawancara dengan New York Times mendedahkan kelompoknya secara tidak langsung menerima bantuan dari perisikan Amerika dalam memerangi Negara Islam (IS).

Selepas IS menakhlukan bandar Arsal Lubnan, AS telah menghantar senjata baru kepada tentera Lubnan, yang menyelaras dengan Hizbullah. Demikian juga, perisikan AS menyelaras dengan Hizbullah.

Afif mengatakan kepada surat khabar Amerika itu bahawa, "kita perlu membuka laman baru dengan media dunia, dengan orang-orang Arab dan antarabangsa," mengisyaratkan adanya legitimasi antarabangsa untuk kumpulan militia Syiah Hizbullah dengan pemimpinnya, Hassan Nasrallah.

Nasrallah baru-baru ini menyatakan kebimbangan pergerakan IS (IS), menyeru untuk bertempur hidup dan mati, dan mengatakan pertempuran dengan IS (IS) tidak kalah penting berbanding pertempuran melawan Israel, dan ia memfitnah IS, bahawa tindakan dan tujuan IS (IS) hanyalah melayani Israel. "

Ali Rizk, seorang penganalisis politik asal Lubnan yang pro Syiah Hizbullah bercakap dalam siaran di saluran berita Al-Mayadeen, dipetik oleh New York Times bahawa, "Di dalam pemberitaan yang tampil di dunia ini seolah olah AS tidak bersekutu dengan organisasi Hizbullah," Tapi apa yang terjadi adalah sesuatu yang sama sekali berbeza. "

Ia membenarkan adanya bantuan AS kepada Hizbullah, Ali Rizk mengatakan "Hizbullah tidak mewakili ancaman terhadap dunia barat. Hizbullah merupakan ancaman terhadap Israel, kerana Israel merupakan ancaman terhadap Lubnan. Tapi Hizbullah tidak akan mengancam AS dan Eropah ... "

"Sementara Hizbullah dapat manfaat dari Amerika Syarikat, di satu sisi Hizbullah bersama dengan Iran menyokong Presiden Syria Syiah Bashar Assad terhadap pemberontak Sunni. Dengan adanya potensi ancaman IS (IS), sangat mungkin AS akan bersama dengan Hizbullah untuk perangi IS (IS), "tambahnya.

Afif menyalahkan Amerika kerana dengan menyokong pemberontak Sunni Syria, yang sebabkan banyaknya persenjataan AS yang akhirnya direbut oleh militia Islam, dan ia berkata, "Binatang ini (Mujahidin Sunni) yang anda bangkitkan, seperti dalam kes masa lalu, anda hanya menjadikan mereka berbahaya bagi anda . "(JL / KH)

SUMBER

GAMBAR PERTEMPURAN JURUKAMERA RTM DENGAN ANGGOTA KASTAM DILUAR MAHKAMAH TERSEBAR !!!


Jurukamera diserang di mahkamah



SUASANA di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta kecoh apabila seorang jurukamera diserang oleh pengring lima pegawai kanan kastam yang dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang. 

Seorang jurukamera merangkap wartawan bebas Radio Televisyen Malaysia (RTM) diserang dan diugut oleh salah seorang yang dipercayai anggota kastam di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Jurukamera merangkap wartawan, Lutin Ahmad, 39, mendakwa dikasari oleh lelaki yang turut mengiringi lima pegawai kanan kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menerima rasuah.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika jurugambar merakamkan gambar lima pegawai kanan kastam yang dibawa keluar dari bilik perbicaraan oleh beberapa anggota polis mahkamah.

"Ketika saya merakamkan imej mereka dibawa keluar di koridor sayap kiri tingkat dua mahkamah, salah seorang lelaki dipercayai pegawai yang mengiringi mereka mengangkat kedua-dua tangan sebagai menghalang kamera kami daripada merakam sambil menjerit kuat.

"Tiba-tiba dia yang tidak berpuas hati terus bertindak agresif mengkasari saya dengan menyentuh dan memusingkan leher saya sebelum saya hilang keseimbangan. Saya terjatuh sebelum lelaki itu bertindak lebih agresif cuba memijak saya," katanya.



Tambah Lutin, dia yang dibantu rakannya terus menuju ke arah lima tertuduh bagi merakam mereka.

Malangnya, kata Lutin, dia sekali lagi dikejar lelaki sama yang cuba menyerangnya namun berjaya dihalang rakan-rakan lain.

"Bagaimanapun dia yang kelihatan tidak puas hati dengan kami terus menjerit sambil melontarkan ugutan terhadap saya supaya menunggu di kompleks mahkamah,"katanya sebelum lelaki itu beredar.



Menurut Lutin, beliau telah membuat liputan mahkamah sejak sekian lama namun tidak pernah dikasari.

"Inilah kali pertama saya terkejut melihat orang bertindak keterlaluan sehingga menyerang wartawan.

"Lagipun saya tak bersalah dan hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai media, dia tidak patut bertindak sedemikian terhadap kami media," katanya tanpa menjelaskan tindakan selanjutnya selepas ini berikutan insiden tersebut. - MalaysiaGazette

ADA LAGI RAKYAT KEDAH MASIH BERGELAP WALAUPUN KEDAH DAH SENANG!!!



Rakyat Kedah 10 Tahun Hidup Bergelap, Tak Mampu Bayar Kos Pasang Bekalan Elektrik!



KUALA NERANG - Sebuah keluarga di Kampung Baru, Mukim Tualak, dekat sini tinggal dalam keadaan bergelap dan menggunakan pelita hampir 10 tahun berikutan tidak mampu membiayai perbelanjaan memasang bekalan elektrik serta air di rumah mereka.

Nor Azizan Ismail, 33, berkata, dia tinggal bersama isterinya, Anisah Rafzan, 39, dan tiga anak mereka yang berusia antara 13 hari hingga 12 tahun.

Menurutnya, dia hanya berniaga sayur-sayuran kampung secara kecil-kecilan di pasar Jitra dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan.

"Di dalam rumah seluas tiga meter lebar dan empat meter panjang inilah kami dapat berteduh tanpa bilik bagi menjalani kehidupan seharian.

"Setiap malam kami hanya guna pelita saja dan sudah pasti timbulkan masalah terutamanya buat anak saya, Mohd Irfan dan Fatimah Azzara yang mahu membaca buku. Malah, saya juga kasihan dengan anak kecil saya yang baru lahir," katanya yang turut bercucuk tanam bagi menambah pendapatan keluarganya itu.

Nor Azizan berkata, bagi memberi keselesaan kepada isteri dan anaknya itu, dia terpaksa menghantar mereka ke rumah ibunya di Kampung Bendang Raja sehingga isterinya itu sihat.

"Keluarga kami memerlukan kos sebanyak RM3,000 bagi memasang elektrik dan air untuk kegunaan di rumah ini. Sebelum ini pihak Felcra turut datang bagi membina rumah kami yang roboh kerana dimakan anai-anai.

“Saya dan isteri dah buat maca-macam kerja tapi masih tak mampu untuk menyimpannya kerana turut membiayai perbelanjaan sekolah anak,” katanya.

Sementara itu, Anisah berkata, memang dia tidak selesa dengan keadaan rumahnya yang kecil dan tidak mempunyai bilik untuk tidur serta menukar pakaian.

"Di situlah tempat kami berehat dan di situ jugalah tempat kami memasak dan tidur sekeluarga. Memang saya malu kerana rumah kami tak ada bilik seperti rumah orang lain tetapi apakan daya pendapatan suami yang terhad menghalang untuk kami membinanya.

"Saya berharap ada pihak simpati dan dapat membantu kami bagi membiayai pemasangan elektrik serta air untuk kemudahan kami sekeluarga,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya di akaun Bank Simpanan Nasional 02113-29-00002258-1. -Sinar Harian

22 September 2014

PANAS! PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR DITUTUP!!!

TUGAS TERAKHIR CEO MBI.......

Alhamdulillah. Berkat doa & sokongan rakyat Sgor serta seluruh ahli keluarga, dpt melaksanakn tugas terakhir hari ini pic.twitter.com/CpsYG45zR4

Pejabat penasihat ekonomi S'gor ditutup

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya.

BERITA MENGGEMPARKAN DARI PRESIDEN KEADILAN - SAKSIKAN



KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

22 September 2014

PENGUATKUASA DBKL HALAU PENIAGA TEMPATAN SECARA KEJAM?


Penjual ‘kacang putih’ dianggap lebih berbahaya dari pengusaha pusat maksiat?

SEKILAS PANDANG: Agensi penguatkuasa kerajaan tempatan perlu menilai kembali keutamaan di dalam membasmi ancaman kepada masyarakat hari ini.

Contohnya, siapa yang dianggap lebih berbahaya – penjual kacang putih warga emas yang menaiki motorsikal roda tiga atau pengusaha pusat maksiat yang bersembunyi di sebalik pusat refleksologi kaki?

Jika ditanya penguatkuasa kerajaan tempatan, mereka mungkin berkata penjual kacang putih warga emas yang menaiki motorsikal roda tiga.

Mungkin inilah senario yang dapat disimpulkan daripada ‘posting’ seorang pengguna Facebook, “Azila Haniff”.

Dia memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan beberapa pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak ke atas seorang warga emas yang menjual ‘kacang putih’ di Petaling Jaya.

Menurut keterangan yang diberi, Azila sedang duduk di dalam kereta di Damansara apabila dia melihat pegawai penguatkuasa terbabit beraksi ke atas seorang “pak cik” dalam lingkungan usia 60 tahun, yang menjual kacang putih di kaki lima.

“Pegawai-pegawai tersebut merampas semuanya – kacang putih, payung dan mesin penimbang darinya. Mereka turut menempelak warga emas itu.

“Mereka kemudian memberinya saman, walaupun warga emas merayu dan mengekori mereka ke van. Saya menangis melihat wajah warga emas itu (kerana mengingati ibubapa saya sendiri),” kata Azila.

Menurutnya lagi, kekecewaan jelas terpampang pada wajah warga tua itu ketika dia terpaksa berlalu pergi.

“Saya kasihan melihat kesusahannya, yang bekerja keras mencari nafkah. Bayangkan insiden sama menimpa ahli keluarga kita,” ujarnya.

Posting Azilah telah dikongsi 2,100 kali ketika rencana ini ditulis. Ada yang berkata “pak cik” itu bersalah kerana menjaja di kaki lima, namun ada yang berpendapat penguatkuasa wajar mengejar pesalahlaku yang ‘lebih besar’.

Saya bersetuju dengan pendapat kedua.

Hei! Pak cik itu mungkin menjaja tanpa lesen tetapi kita nampak seorang warga tua yang berusaha mencari makan secara halal.

Pegawai ‘rajin tak bertempat’ itu boleh sahaja memberinya amaran agar beredar atau menyamannya.

Kenapa perlu merampas barangan yang dijaja, tanpa mengira jika kehidupannya terjejas?

Tidakkah MBPJ ada masalah lain yang perlu difikirkan mereka – contohnya pusat refleksologi dan urutan yang bercambah bak cendawan, sambil menawarkan perkhidmatan pelacuran?

Mereka ini beroperasi secara berleluasa di Lembah Klang terutamanya di kawasan di bawah bidang kuasa MBPJ seperti Kelana Jaya dan Sunway.

Kawasan-kawasan ini memang terkenal kerana menawarkan pusat refleksologi kaki di deretan rumah kedai – kebanyakannya menawarkan hidangan seks kepada pelanggan.

Apa usaha pihak berkuasa tempatan bagi membasmi gejala ini? Mengapa mereka diberi lesen menjalankan operasi?

Bagaimana pula dengan kelab malam yang menjalankan perniagaan lebih masa serta pusat perjudian yang kononnya kafe internet?

Ada yang menarik pelanggan di kalangan pelajar sekolah yang mengunjungi bagi bermain permainan komputer. Nanti mereka juga tertarik ingin berjudi.

Ada juga di antaranya terletak berdekatan pejabat polis tetapi tiada sebarang serbuan dilakukan.

Sudah sampai masa bagi pihak berkuasa menilai kembali keutamaan mereka.

Serbuan ke atas penjaja tanpa lesen memang sebahagian tugas mereka tetapi penguatkuasa akan mendapat pujian masyarakat sekiranya mereka turut bertindak tegas menangani masalah sosial yang muncul dalam bentuk rumah urut dan kafe berinternet.


Sumber

DIBAWAH KEJADIAN KEDUA YANG MUATNAIK DI FB......


Penguat kuasa DBKL menyepak meja si penjaja ini..memeras ugut mereka malah menyentuh dan menolak kepala ibu mereka ini...dimanakah suara kecil kedua kanak2 ini boleh disuara kan apabila ibu mereka diperlakukan seperti itu..

Barang perniagaan (jagung cup) hancuurr! haram jadah punya DBKL.

semuga YB Nurul Izzah Anwar dapat membantu mereka. sumber

TERKINI! AZMIN DIJANGKA GANTI KHALID, TAPI TIADA KELAYAKAN KATA PKR




Sapa reherseal angkat sumpah neh woi?
Ce citer. Ce citer.



Azmin dijangka ganti Khalid, kata sumber



Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka mengangkat sumpah esok sebagai menteri besar Selangor yang baru esok, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

Sumber-sumber dari pejabat menteri besar menyatakan maklumat itu telah mereka diterima, namun masih menunggu hebahan rasmi.



"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," kata sumber kepadaMalaysiakini.

Khalid dijangka mengadakan sidang media petang ini.

Sementara itu, pihak istana pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemilihan Azmin hari ini.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sejak Khamis lalu, PKR setiap hari mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu masih meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan itu.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Azmin sebagai "tidak tepat".

Beliau menjawab spekulasi media bahawa istana memilih Azmin sebagai menteri besar - sekaligus menyelesaikan penantian lebih dua bulan mengenai pengganti Khalid.

Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Difahamkan Anwar beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menerima calon kedua PKR sekiranya istana mengambil keputusan menolak Dr Wan Azizah.

Naib presiden PKR Tian Chua malam tadi menegaskan calon kedua harus mendapat restu dan sokongan parti.

"PKR berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah sebagai pilihan MB kami. Mana-mana nama lain yang dicadangkan, perlu datang dan disokong parti," kata beliau.

"Saya secara khususnya berkata Pakatan Rakyat terbuka untuk menimbangkan pilihan main termasuk Azmin Ali, asalkan proses konsultasi dijalankan.Chua mengulas demikian sewaktu menafikan laporan The Staryang memetik beliau sebagai berkata 'Azmin tiada sokongan PKR'.~MK


Senarai pendek calon MB tiada sokongan majoriti, kata PKR


Ahli Parlimen Subang R Sivarasa pemilihan ketiga-tiga calon bagi menteri besar Selangor yang baharu membangkitkan satu persoalan serius sama ada Sultan Selangor menerima nasihat yang betul mengenai kedudukan Perlembagaan sewajarnya. 

Ketiga-tiga nama yang diberitakan mengadap Sultan Selangor untuk dipilih sebagai calon menteri besar baharu tidak memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata R Sivarasa.

Sekiranya benar mereka berjumpa Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk ditemuduga kelayakan mereka menerajui negeri paling kaya di Malaysia, ahli Parlimen Subang itu mengatakan ia membangkitkan satu persoalan serius.

"Persoalan serius timbul sama ada Sultan Selangor menerima nasihat yang betul mengenai kedudukan Perlembagaan yang sewajarnya," kata penasihat undang-undang PKR itu dalam satu kenyataan.

Media melaporkan Sultan Selangor mengadakan pertemuan berasingan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan wakil rakyat PAS Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menilai kesesuaian mereka sebagai menteri besar.

Sambil Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun masih sabar menunggu mengadap Sultan, Sivarasa berkata sudah tentu Sultan bertindak demikian selepas menerima nasihat guaman yang sepatutnya.

"Baginda sudah tentu menerima nasihat undang-undang berkenaan tugas dan kuasa baginda di bawah Perlembagaan negeri," katanya.

Menurutnya, jelas dan tidak dapat dipertikaikan lagi ketiga-tiga calon itu tidak memenuhi syarat penting untuk dilantik sebagai menteri besar, iaitu sokongan majoriti.

"Calon daripada PAS paling banyak pun hanya boleh mendakwa mereka mendapat sokongan 13 Adun.

"Azmin pula dalam keadaan yang luar biasa kerana namanya tidak langsung secara rasmi dicalonkan oleh parti dan beliau sendiri mengisytiharkan secara terbuka sokongannya kepada Dr Wan Azizah dan ini dikukuhkan lagi melalui akuan bersumpah.

"Pada ketika ini, Azmin juga, tidak mampu mengemukakan sokongan majoriti," katanya.

Sivarasa memohon Sultan Selangor dan badan penasihatnya supaya menjelaskan peruntukan undang-undang yang digunakan istana dalam memilih calon menteri besar.

"Saya merayu Sultan dan penasihat undang-undangnya mempertimbangkan interpretasi jelas Mahkamah Tinggi bagi peruntukan yang sama dalam Perlembagaan Perak, dalam menentukan bakal menteri besar Selangor.

"Jika Dr Wan Azizah ditolak, sekurang-kurangnya perlu ada penjelasan peruntukan manakah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang digunakan untuk menidakkan pencalonannya dan mengapa," soalnya.

Beliau merujuk krisis menteri besar di Perak pada tahun 2009 apabila Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mampu mengemukakan sokongan 31 Adun kepada Sultan Perak, sekaligus menyebabkan penyandang, Datuk Seri Ir Nizar Zakaria hilang sokongan majoriti dengan hanya 28 Adun selepas 3 Adun PR lompat parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Malah, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan kuasa Sultan dalam melantik Zambry adalah sah mengikut undang-undang.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada esok pagi di Istana Alam Shah, Klang.

Namun nama calon sehingga kini masih belum diumumkan dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata nama pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didedahkan hari ini.

Laporan Berita Harian Online pada minggu lalu memetik sumber istana mengesahkan calon menteri besar yang bakal dilantik bukan daripada wanita, sekaligus mengagalkan rancangan asal 'Langkah Kajang' PKR..

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berulang kali menegaskan pendirian parti itu yang mahu Dr Wan Azizah menjadi menteri besar tidak berubah walaupun spekulasi bertiup kencang Azmin bakal mengangkat sumpah esok
.~TMI

RAYUAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN


Foto

Sukan Star TV

Salam admin. Saya pelajar dari Yaman nak mintak tolong admin sebarkan kejadian yang menimpa sahabat saya di yaman kerana kemalangan jatuh dari tingkat 3 sebab nak ambil dokumen penting seperti passport dan sebagainya dan untuk mengelak daripada huru-hara perang yg berlaku di sana. Nama dia Toriq Rahim. Dia perlukan bantuan kewangan dengan segera untuk pebedahan rahang.

Maklumat lanjut hubungi : 0132708543

Krisis di Yaman: Pelajar Malaysia Harap Kedutaan Jadi ‘Orang Tua'

Keadaan Makin berlarutan sehingga berpulu-puluh kereta kebal memasuki bandar Sanaa sekitar jam 2 pagi semalam.

Askar pemberotak syiah Houthi makin rancak berbalas tembakan dengan tentera parti Islah.

Dentuman demi dentuman..Salakan demi salakan..Silih berganti.

Akses yang kurang membantukan usaha untuk mengemaskini maklumat..Maaf.. حسبنا الله ونعم الوكيل

Yaman kini dilanda bukan hanya dilanda krisis politik, tetapi peperangan diantara Syiah Houthi dengan Parti Islah ( Parti Islam di Yaman ).

Syiah Houthi telah menyerang Jalan 30 dan sebenarnya sasaran mereka adalah Universiti al-Iman yang terletak di Jalan 30.

Kebanyakan penempatan Pelajar Malaysia adalah di kekitar Jalan 30 dan tekini tentera pemberontak Houthi telah memasuki kawasan perumahan pelajar Malaysia.

Alhamdulillah pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) telah berusaha memindahkan pelajar ke penempatan sementara yang lebih selamat.

Tetapi selepas azan maghrib waktu tempatan, Syiah Houthi telah mula bergerak ke kawasan penempatan sementara kami.

Para pelajar sangat kecewa dengan tindakan ‘sejuk’ pihak kedutaan Malaysia seumpama sejuknya musim diyaman sekarang.

400 Pelajar Malaysia yang terkandas cuba bergerak ke kedutaan Malaysia untuk berlindung dihadapan pintu kedutaan Malaysia tetapi malangnya pintu dikunci dan tidak dibuka.

Setelah hampir 2 jam dan setelah dibuat perundingan akhirnya mereka seakan terpaksa menumpangkan para pelajar.

“Kami berharap agar kedutaan Malaysia memainkan peranan sebagai ” Orang Tua ” disini,”ujar seorang pelajar.


21 September 2014

LAGI SOALAN UPSR BOCOR MATEMATIK DAN BAHASA TAMIL, ADUAN DIBUAT OLEH PEGAWAI LEMBAGA PEPERIKSAAN (LPM) DI IPD PUTRAJAYA!!!




KUALA LUMPUR: Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, ketika dihubungi BH, mengesahkan menerima laporan terbabit yang dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, tengah hari tadi.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.


Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini.

APAKAH PUNCANYA KESELURUHAN PASUKAN BOLA SEPAK CAMEROON PELUK ISLAM!!!


Pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai - Foto IACAD

Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” kata Dr Hamad.

IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.

Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.

Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai.


Read more at:SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...