langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

14 Mei 2011

Memorandum Mahasiswa tuntut MB Kedah lebih profesional

Memorandum Mahasiswa tuntut MB Kedah lebih profesional

Disediakan untuk:
1. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se-Malaysia
2. Anwar Ibrahim Penasihat Parti Keadilan Rakyat

TUJUAN

Memorandum ini diusulkan untuk mendapat perhatian Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi menangani isu aktivisme mahasiswa yang dihalang di salah sebuah negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu Negeri Kedah. Asas utama memorandum ini ialah ingin memohon pertimbangan Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar lebih profesional dalam berhadapan dengan aktivisme mahasiswa.

PENDAHULUAN

Mahasiswa merupakan generasi yang sepatutnya diberi kebebasan untuk melontarkan apa juga perspektif dari kaca mata anak muda. Namun tindakan menghalang dan membunuh idealisme anak muda seakan-akan menjadi wabak dalam negara Malaysia. Suara anak muda bukan sekadar dihalang, bahkan disediakan dengan pelbagai hukuman bagi sesiapa yang secara lantang bersuara dan mengkritik.

Pemimpin dalam negara seharusnya menyedari bahawa suara anak muda perlu didengar walaupun suara itu datang dari kelompok terpencil dan tidak mewakili suara majoriti. Hal ini kerana semangat untuk berpatisipasi dalam agenda reformasi negara adalah suatu perkara yang amat lemah dalam jiwa anak muda Malaysia pada hari ini. Oleh itu, Pemimpin wajib memandang serius terhadap sekelompok anak muda yang mempamerkan kecenderungan sebagai negarawan. Kelompok ini perlu ditanggapi dengan cara yang betul dan tindakan menghalang idealisme anak muda adalah amat tidak wajar.

"Academic chairs are many, but wise and noble teachers are few; lecture-rooms are numerous and large, but the number of young people who genuinely thirst after truth and justice is small." - Albert Einstein.

TUNTUTAN MEMORANDUM

1. Mahasiswa membantah sebarang bentuk tindakan tatatertib pihak pentadbiran Universiti terhadap mahasiswa yang terlibat dengan kegiatan aktivisme.
2. Mahasiswa mendesak agar Rektor Kolej Universiti Insaniah Prof. Dr. Jamil Bin Osman menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan ke atas enam orang mahasiswa yang telah diberi surat tunjuk sebab.
3. Mahasiswa mendesak agar Menteri Besar Kedah menubuhkan panel siasatan bagi mengkaji salah guna kuasa pentadbiran yang menghambat aktivisme mahasiswa demi menjaga kepentingan tertentu.
4. Mahasiswa menuntut agar pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS menasihati Menteri Besar Kedah iaitu Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak agar menanggapi aktivisme mahasiswa secara profesional dan adil.

PENDIRIAN ATAS ISU

Pakatan Rakyat seharusnya mempamerkan contoh bagaimana cara menanggapi kebangkitan idealisme anak muda kepada rakyat Malaysia. Jika perbuatan menghalang idealisme ini dibiar berterusan, maka tidak perlu mahasiswa meletakkan harapan untuk Pakatan Rakyat melakukan perubahan terhadap autonomi mahasiswa jika berjaya memerintah Malaysia.

HURAIAN ISU UTAMA

Memorandum ini diusulkan berikutan isu tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh Kolej Universiti Insaniah Alor Setar Kedah terhadap enam orang mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut yang didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz). Pembinaan di kawasan tersebut dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz. Oleh itu, mahasiswa menuntut supaya Sekolah Insan Bestari ini dipindahkan agar tidak mendatangkan masalah kepada Pelajar Tahfiz di kediaman Ar-Razi.

Berikut merupakan kronologi isu mengikut tarikh dan peristiwa.

11.1.2011: HIMPUNAN MEGA MAHASISWA INSANIAH

Himpunan Mega Mahasiswa telah diadakan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang berjaya mengumpulkan seramai 3000 Mahasiswa. Hal ini bertujuan untuk menyatakan suara Mahasiswa KUIN berkenaan dengan masalah-masalah Kampus dan Kolej Kediaman Pelajar.

Satu memorandum telah dihantar kepada Rektor Kuin Jamil bin Osman bagi menjelaskan beberapa tuntutan Mahasiswa.

01.04.2011: DEMONSTRASI TAHFIZ

Satu demonstrasi telah dilakukan oleh yang disertai oleh Pelajar Kuliah Tahfiz KUIN, Perwakilan Pelajar, serta staff dan pensyarah Kuliah Tahfiz sendiri. Demonstrasi ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuashatian Mahasiswa berhubung dengan pembinaan sekolah insan bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz). Mahasiswa menuntut supaya Sekolah Insan Bestari ini dipindahkan ke tempat yang lain supaya tidak mendatangkan lagi masalah kepada Pelajar Tahfiz di kediaman Ar-Razi.

03.04.2011: LAPORAN DEMO TAHFIZ DIPUTARBELIT KEPADA MB KEDAH

Satu mesyuarat telah diadakan yang dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi KUIN termasuk dekan kuliah tahfiz sendiri. Satu laporan yang telah disiapkan oleh Dr Azharuddin Sahil (dekan Kuliah Tahfiz) serta Kamaliah (P.A. Rektor). Terdapat putarbelit pada surat tersebut yang menyebabkan salah faham berlaku. Laporan ini terus dibawa oleh Jamil (Rektor KUIN) ke Menteri Besar Kedah. Pada tarikh ini juga perlucutan jawatan Timb Dekan Kuliah tahfiz juga dikeluarkan atas tindakan tatatertib kerana bersama-sama di dalam demonstrasi pada 01.04.2011.

04.04.2011: KENYATAAN MEDIA MB KEDAH

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah sendiri berhubung dengan surat yang berbaur ugutan yang dihantar oleh pensyarah kuliah tahfiz sendiri. Kenyataan MB Kedah ini adalah sebenarnya adalah berdasarkan kepada laporan yang dihantar oleh Rektor KUIN kepada beliau pada 04.04.2011.

05.04.2011: KENYATAAN MOHON MAAF DEKAN TAHFIZ

Dekan Kuliah Tahfiz telah mengeluarkan surat rasmi yang dihantar kepada MB Kedah memohon maaf diatas pemalsuan fakta di dalam laporan yang telah dihantar kepada beliau dan juga surat memohon maaf kepada staff Kuliah Tahfiz KUIN. Kenyataan memohon maaf ini juga dikeluarkan dalam media sinar pada tarikh 06.04.2011 dan pada tarikh ini juga 3 Mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN telah mengeluarkan kenyataan bahawa memohon supaya Menteri Besar Kedah untuk turun padang ke Kampus KUIN sendiri agar dapat mendengar secara jelas tanpa orang tengah yang mungkin mengakibatkan lagi pemalsuan fakta.

04.05.2011 : 6 MAHASISWA DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB

Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar kepada 6 Mahasiswa yang terlibat dalam Demonstrasi 1 April serta yang mengeluarkan kenyataan di dalam media.

PENUTUP

Mahasiswa mengharapkan agar segala tuntutan yang diusulkan dalam memorandum dapat diberi perhatian serius oleh pihak yang berkenaan. Mahasiswa pernah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat bahawa seluruh mahasiswa akan memboikot PR sekiranya PR gagal mempamerkan contoh pengamalan demokrasi seperti mana yang diinginkan oleh rakyat. Maka amaran itu kami ulangi sekali bahawa mahasiswa akan hilang percaya kepada PR seperti mana mahasiswa telah kecewa kepada Kerajaan Malaysia yang gagal menanggapi aktivisme mahasiswa dengan cara yang sepatutnya.

Sekian.

(Mohd Aiman Abd Razab)
Presiden Gerakan Mahasiswa Insaniah

Sokongan :
1. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
a. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
b. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
c. Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN)
2. Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara
3. Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP)

DADAH RM37.80 JUTA DITEMUI


Pengarah Kastam Selangor Datuk Azis Yacub menunjukkan bungkusan plastik yang berisi 78.0 Kg heroin mentah yang ditemui disembunyikan di dalam kampit-kampit simen diseludup dengan kontena dari Pakistan pada satu sidang media di sini, Jumaat. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir (kiri). Rampasan sebanyak 278 bungkusan heroin itu dianggarkan bernilai RM37.8 juta.

13 Mei 2011

MEMANG KERAJAAN SEKARANG GILA BABI!

Dua Pengarah Di Jabatan Kerja Raya

REDZUAN SHAMSUDIN

Pentadbiran awam terus tidak lintang-pukang di zaman Perdana Menteri Najib Tun Razak. Saksi yang disiasat di pejabat SPRM mati terjun bangunan, pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga rakyat sebaliknya memeras-ugut orang awam dan kini satu lagi keanehan berlaku; Jabatan Kerja Raya (JKR) pula mempunyai dua Ketua Pengarah.

Perkara tersebut didedahkan oleh ahli parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Menurut Mahfuz beliau difahamkan Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Profesor Ir Judin Abdul Kadir telah ditukarkan menjadi CEO CIDB dengan cara yang tidak telus. Kadir yang bertaraf Turus 3 diganti oleh timbalannya yang hanya bertaraf Jusa A sahaja.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Kementerian Kerja Raya terjadi pertukaran seperti ini. Taraf Turus 3 ini setaraf dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Polis Negara dan sebagainya. Tidak sepatutnya Ir Judin dilantik menjadi CEO CIDB yang lebih rendah tarafnya.

“Alasan apa yang menyebabkan Ir Judin turun pangkat. Kalau beliau ada kes yang merugikan negara ambil sahaja tindakan undang-undang, bukannya menurunkan pangkat. Apa yang berlaku ini samalah seperti Khir Toyo satu ketika dahulu memberi hadiah penyapu kepada pegawai daerah,” bidas Mahfuz.

Mahfuz menambah, keanehan ini menyebabkan berlaku kecamukan pengurusan JKR apabila Ir Judin masih masuk ke pejabat seperti biasa sedangkan beliau telah digantikan oleh Ketua Pengarah yang baru.

“Persoalannya Ir Judin mendapat watikah perlantikan dari Yang Dipertuan Agong. Dia tidak pula diberi surat pembatalan perlantikan. Dan beliau juga sehingga hari ini tidak menandatangani surat pelantikan menjadi CEO CIDB. Ir Judin terus masuk ke pejabatnya seperti biasa. Jadi JKR ada 2 orang Ketua Pengarah.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam pula apabila ditanya tidak tahu-menahu dengan pertukaran Ir Judin. Mereka kata tidak dimaklumkan. Soalannya apakah pertukaran ini atas kehendak dan campurtangan menteri?” tanya Mahfuz.

Beliau mensyaki pertukaran itu berlaku rentetan pembaziran di dalam projek Istana Negara yang baru. Projek itu banyak unsur yang tidak telus dan berlaku kenaikan kos mendadak hampir sekali ganda bajet asal. Kontraktor pula tidak dipilih secara telus.

“Apakah punca menteri mahu Judin turun pangkat? Apakah Judin tidak boleh dijadikan budak suruhan? Adakah kerana kontraktor tidak gembira dengan ketegasan Judin? Apakah pertukaran berlaku kerana pembinaan Istana Negara, sebagaimana yang dibahas di parlimen, JKR tidak tahu-menahu mengenai beberapa skop kerja kontraktor seperti hiasan dalaman dan sebagainya.

“Semua ini perlu penjelasan. Apatah lagi Judin akan bersara lagi 3 tahun tetapi digantikan oleh timbalannya yang hanya tinggal tempoh setahun bertugas. Semasa menjadi Ketua Pengarah Ir Judin memperkenalkan banyak perkara untuk menjadikan JKR lebih efisein. Jadi tidak ada sebab dia diperlakukan sedemikian rupa,’’ kata Mahfuz lagi.

Mahfuz akan membawa isu tersebut ke Parlimen untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Kementerian Kerja Raya

oleh webpakatan@gmail.com.

12 Mei 2011

APA MAKNA ASSET CIA?

KERJA ORANG DALAM, MATINYA SEORANG OSAMA

Ketika bangunan World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang aku duduk dalam satu sel dengan Tian Chua dalam kem tahanan Kamunting. Kami dikawal dari mengetahui apa yang sedang berlaku diluar penjara. Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi satelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.

Aku tidak mengetahui apabila berlakunya serangan ke atas WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu Elizebeth Wong telah datang melawat Tian Chua dan dia membawa berita ini. Aku dengan serta merta merasa agak was was tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Percambahan fikrah aku tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat bulat apa sahaja fakta dari kuasa daulah tanpa ditapis.

Dalam masa yang sama - tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku. Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri maka aku lihat mereka telah diperangkap dengan satu mondus operandi operasi hitam untuk menghalalkan pengunaan ISA – penjara tanpa bicara.

Bila aku kaji kes Al-Maunah maka aku merasakan ledakan WTC ini juga adalah satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.

Satu minggu sesudah 9/11, aku telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes Tunjuk Perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke Rumah Pasong Sentul sebelum kami dipindahkan ke satu tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur. Di rumah pasong inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah ke WTC kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di rumah pasong Sentul.

Aku tidak ambil pot tentang siapa Osama bin Laden. Untuk aku nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu satu ledakan di Kerpan Kedah terjadi bilamana seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampong untuk dijadikan kolam udang. Aku masih ingat lagi benterokan berlaku awal tahun 90an dimana orang kampong telah bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampong dengan kerja sama United Malays National Organisation.

Mara kehadapan dua tahun kemudian : Apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu. Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka poyo lagi tojo dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.

Semakin banyak bahan yang aku baca - semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah ialah agenda Mahathir pada tahun 2000. Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir Muhamad. Juga dengan sandiwara bersenjata Al-Sauk Al Maunah ini Mahathir sedang menyediakan persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi.

Justeru – apabila 10 orang aktivis Reformasi dan kepimpinan Keadilan di tangkap - kami dituduh yang kami sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir Muhamad. Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.

Sayangnya, agenda Mahathir dengan Operasi Al-Sauk Al-Maunah ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai telah diberi tahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit. Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan Mahathir Muhamad terbarai.

Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Sauk Al Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang rompakan ini boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.

Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama manja Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil pot tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11.

Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali – akhirnya lebih dari 50% warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Puteh, Tentera atau FBI.

Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan telah mula mempersoalkan ‘kerja orang dalam ini’. Mereka yang mempertikaikan naratif resmi ini bukan ‘kecik anak’. Morgan Reynolds bekas penasehat ekonomi di bawah Bush Senior, Paul Roberts Ketua Nasa dari Jabatan Pertahanan, Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) adalah diantara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap apa yang berlaku pada 9/11.

Manakala Andreas Von Buelow bekas Menteri Pertahanan German secara terang terang telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi CIA yang mewujudkan 9/11.

Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama ‘ Loose Change’. Dokumentri ini dengan berjaya telah membuktikan bahawa ledakan WTC pada 9/11 adalah kerja orang dalam. Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan oleh Loose Change.

Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa pada 9/11 itu bukan dua ( not two ) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan ke tiga ini dipanggil Building7. Yang menjadi lawak besar ( macam lawak Pajero AL-Maunah ) Building7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaida. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.

Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas telah menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperilis Amerika dalam tindakan untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Di era Perang Dingin dahulu – sebelum runtuhnya Tembok Berlin - yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Russsia dan Komunis. Selesai Perang Dingin ini Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strateji yang dipanggil – perang menentang keganasan.

Dengan jelas aku melihat bahawa seperti Al-Sauk Al-Maunah dimana Mahathir Muhamad ingin meneruskan agenda politik untuk memperkayakan kroninya - George Bush juga telah menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq ‘military industrial complex’ - kuasa industri senjata Amerika ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.

Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad Pakistan aku juga tidak ambil pot. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam Kamunting. Aku tidak ambil pot kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca – amat jelas bahawa Osama ini adalah pekakas yang telah digunakan oleh CIA. Macam selipar jepun, macam skrew, macam beg palstik – semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.

Skrew mungkin berkarat. Selipar jepun mungkin talinya terputus. Beg plastik mungkin telah terkoyak - maka semuanya boleh dibuangkan bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham – bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.

Tetapi untuk sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji tentang sejarah 9/11 dan sejarah Osama akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentri telah dibuat. Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil ‘asset’ dalam pengistilahan CIA. Asset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.

Dari segi fakta sejarah - hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80’an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Russia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russia secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet ‘jihad melawan komunis’. Berbondong bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Russia di Afghanistan akan dipanggil Mujahidin.

Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan ‘jihad’ ini. Imej Islamik amat amat diperlukan. Maka disinilah munculnya peranan Osama Bin Laden. Seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunnah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat - Osama adalah ‘asset’ terbaik untuk CIA.

Duit mula meloroh masuk membantu Mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya raya. Bayangkan betapa gembiranya para Mujahidin apabila mendengar muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka. Tetapi ada orang yang lebih bergumbira; kuasa imperial Amerika amat amat gumbira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.

Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak anak muda yang datang ‘berjihad’ di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas. Dibelakang niat suci dan niat baik para Mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan Satu Kerajaan Dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.(TT)

POLIS SEMAKIN LEMBAB?

Apa tindakan polis kepada Utusan, trio Umno
Harakahdaily

KUANTAN, 11 Mei: PAS menasihatkan polis agar jangan menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes yang sudah terang lagi bersuluh jenayahnya dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur sikap pihak polis yang semakin dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno Barisan Nasional (BN) timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis “menjaga” demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

“Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan ‘dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ianya menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.

Jikalau PR yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran,” ujarnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas mengenai hujah polis yang mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana kalau pihak Pakatan Rakyat memohon sekalipun, permit tetap tidak diberi.’

“Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini ianya pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno,” tambahnya.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut kelihatan dalam dua isu sensasi terbaru ini, iaitu kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permainan berbahaya media tradisional milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melagakan penganut agama Kristian dengan orang Islam dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai ‘negara Kristian’.

“Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?” soal Tuan Ibrahim, sambil menambil bahawa kini rakyat menunggu dan menghitung hari bila polis akan ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu seks video

11 Mei 2011

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.-HARAKAHDAILY

Politik baru

Politik baru
May 11, 2011
Semasa aku dalam PKR, aku mempunyai peluang untuk belajar tentang politik. Diperingkat awal, aku menyertai program-program yang dijalankan oleh Biro Latihan yang mana Mustafa Kamil Ayub menjadi Pengarah. Mus menamakan programnya ..SEHARUM.

Tapi aku tak sesuai dengan SEHARUM. Banyak sangat bahasa Arab yang aku tak faham. Dan politik yang cuba ditonjolkan dalam SEHARUM lebih mirip kepada politik ABIM. Bukan aku anti ABIM, tapi dalam PKR yang ada semua bangsa, kalau cakap pasal Islam saja, orang lain pun lari. Dan akhirnya, SEHARUM hanya disertai oleh orang Melayu.

Akhir 2009, Fuziah Salleh dilantik jadi Pengarah Biro Latihan dan Fuziah menubuhkan Akademi Keadilan (ArK). Dalam masa yang sama juga, aku mempunyai pilihan untuk menyertai Sekolah Politik dibawah Institut Kajian Dasar (IKD) yang dipimpin oleh Khalid Jaafar.

Orang yang liberal macam aku lebih sesuai di IKD, boleh belajar tentang falsafah politik barat atau Cina. Boleh belajar tentang makna demokrasi, sosialis atau kapitalis. Lebih-lebih lagi di IKD, aku ada member. Khalid Jaafar baik dengan aku. Hasmi Hashim juga member aku.
Tapi aku memilih untuk menyertai Fuziah Salleh walaupun aku bukan baik sangat dengan dia. Kalau jumpa lebih banyak bertengkar dari bersetuju. Aku pernah kutuk dia, dia pernah maki aku. Tapi aku lebih suka menyertai Fuziah sebab boleh bertengkar…tetapi akhirnya mesti ada jalan penyelesaian. Kalau aku tewas, aku kena ikut dia. But I enjoyed it.

Aku tak minat dengan falsafah poltik lama. Politik tendang terajang ataupun politik manipulasi atau opportunis. Aku tak minat dan mampuih pi la dengan Machiavelli, Tolstoy. Aku minat dengan politik baru. Politik yang berteraskan nilai, bukan berdasarkan ideology-ideologi yang dibawa oleh orang dulu-dulu.

Politik Baru bukan idea Fuziah salleh. Ia juga dicakapkan oleh Syed Hussin Ali. Ia juga dicakap oleh Lee Boon Chye. Malah Saifuddin Abdullah dari Umno juga cakap tentang Politik Baru yang berteraskan nilai. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Bukan berdasarkaan sapa yang buat. Kalau Umno buat…salah. Kalau PKR buat…tak salah. Itu salah. What is right is right, what is wrong is wrong.

Kalau sesuatu perkara itu aku fikir ianya salah, aku tentang…walaupun yang melakukannya ialah Anwar Ibrahim atau Nik Aziz.

Tapi Fuziah hanya mampu bertahan sebagai Pengarah Biro Latihan selama 3 bulan. Kemudian diberikan balik kepada Mustafa Kamil Ayub. Fuziah jadi Pengarah Pilihanraya. Aku tersingkir dari Biro Latihan sebab Mustafa Kamil Ayub kembali dengan SEHARUMnya.
Dalam PKR pun tak jauh bezanya dengan Umno. Dalam Umno, setiap kali Menteri berubah, setiap kali dasar berubah. Contohnya sistem pendidikan yang makin lama makin hancur. Dalam PKR pun macam tu. Itu sebabnya, kalau tanya kepada 10 orang PKR apa makna ‘Ketuanan Rakyat”, kita akan dapat 10 jawapan yang berlainan. Ada yang jawab…”Kita jadi Tuan kepada rakyat.” Apa la punya bangang.

Ini kerana setiap kali Pengarah Biro Latihan berubah, setiap kali juga dasar latihan berubah.
Dalam pemilihan PKR 2010, aku menyokong Zaid dan menentang Azmin. Pengarah Kempen Azmin, Sdr. Anwar Ibrahim bercakap dalam mesyuarat tertutup, bahawa Zaid tak boleh jadi Timbalan sebab masalah moral. Zaid main politik wang. Bayar RM5,000 kepada setiap Cabang. Zaid pernah digantung keahlian dalam Umno sebab didapati bersalah kerana politik wang. Keputusan mendapati Zaid bersalah dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Umno. Maka berjaja lah kuncu-kuncu Azmin menjaja modal Anwar itu.
Anwar didapati bersalah oleh semua mahkamah. Dari Mahkamah Tinggi sampai mahkamah rayuan. Tapi orang PKR tidak mempercayaai keputusan mahkamah ini kerana merasakan bahawa sistem mahkamah dirogol oleh Umno, termasuk aku. Anwar dijatuhkan hukuman penjara dan merengkok selama enam tahun. Bila keluar penjara. Anwar jadi hero. From zero to hero.

Zaid digantung dari menjadi Ketua Bahagian selama 6 bulan, dan apabila selesai penggantungannya, dia dilantik menjadi Menteri Kehakiman. From zero to hero.
Standard yang digunakan terhadap Zaid tak sama dengan yang digunakan terhadap Anwar. Anwar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Kita tak percaya Anwar bersalah kerana kita tak percaya keputusan mahkamah. Kita tak percaya bahawa mahkamah itu adil.
Tetapi Anwar sendiri menjaja bahawa Zaid bersalah kerana politik wang, walaupun keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Umno. Anwar lebih percaya kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berbanding mahkamah. Dan ahli-ahli PKR yang menyahut kokokan Anwar itu juga sama. Malah dalam komen-komen di ureka.asia dulupun penuh dengan komen-komen bahawa Zaid tak bermoral kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno. Tapi Anwar tak bersalah kerana keputusan itu dibuat oleh mahkamah.

Dengan lain perkataan, penyokong Azmin lebih percaya kepada Jawatankuasa Disiplin Umno daripada mahkamah.

Aku tak percaya Anwar bersalah bukan kerana aku tau dia buat atau tidak…tetapi kerana aku tak percaya kepada sistem itu. Sama ada betul atau tidak Anwar suruh SB ugut Umi Hafilda atau tidak…aku tak tau. Itu antara Anwar dengan SB dan Umi. Sama ada benar atau tidak Anwar meliwat Azizan, aku tak tau…yang tau cuma Anwar dan azizan. Aku tak percaya kepada keputusan mahkamah sebab aku tak percaya dengan sistem kehakiman.
Aku juga tak boleh percaya bahawa Zaid melakukan kesalahan politik wang kerana aku tak percaya kepada Lembaga Disiplin Umno. Sama ada dia buat atu tidak aku tak tau. Aku tak percaya sebab aku tak percaya dengan sistem yang ada dalam Umno.

Pertimbangan aku bukan berdasarkan sapa yang buat. Kalau Anwar yang buat semua betul, kalau Zaid yang buat semua salah. That’s not right.
What is right is right, what is wrong is wrong.

Mungkin itu sebabnya mengapa Fuziah Salleh ditukarkan dari Biro Latihan, sebab Fuziah mengajar ahli PKR berfikir, yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Apa yang dimahukan oleh Anwar dan Azmin ialah, semua orang mesti dengar cakap depa.
Salah satu lagi nilai-nilai yang ada dalam politik baru ialah jangan mungkir janji. Kalau tak mampu, jangan berjanji.
Dalam pilihanraya 2008 yang lepas, Anwar berjanji…”Anak Melayu anak kita, Anak Cina anak kita, Anak India anak kita.” Tapi bila lepas pilihanraya, orang-orang India dipinggirkan. Akhirnya, orang-orang India lari dari PKR, ada yang lari masuk MIC, ada yang lari masuk PPP, ada yang lari masuk KITA, ada yang lari masuk HRP.
Kalau tanya Anwar, dia akan jawab..”itu semua fitnah. Orang-orang India semakin ramai yang menyertai PKR”

Hari Isnin lalu, satu forum telah diadakan di pejabat PKR di Tropicana. Tajuk forum ialah “ Bagaimana hendak mengembalikan sokongan kaum India kepada PKR.”
Selepas 3 tahun pasca 2008, baru nak bercakap tentang kaum India. Aku tak heran, sebab dua minggu lalu, Anwar meramalkan pilihanraya akan diadakan bulan Julai. Sekarang Mei, lagi dua bulan, July.

Baru nak berforum macam mana nak mengembalikan sokongan orang india? Apakah orang India sudah lari dari PKR sehingga perlunya membuat satu forum?

Ini bukan politik yang berteraskan nilai. Tetapi politik ala umno. Bila nak pilihanraya, baru nampak muka. Bila pilihanraya baru kita sedar ada orang India yang tinggal berlantaikan tanah. Bila pilihanraya baru kita sedar ada Iban yang mandi air lumpur.

Turun Cukai Pendapatan Hanya Gimik Politik

Turun Cukai Pendapatan Hanya Gimik Politik
oleh Hadri Yaziz
SHAH ALAM 11 MEI: Cadangan menurunkan cukai pendapatan bagi memberi laluan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya gimik politik yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Ini berikutan kedua-dua cukai tersebut tidak bersangkut paut antara satu sama lain.

Sebaliknya perkara yang membimbangkan adalah risiko peniaga-peniaga mengambil kesempatan keatas pengguna apabila kerajaan memperkenalkan GST kelak dengan mengenakan cukai lebih tinggi daripada empat peratus menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj.

Paul berkata, rakyat akan mengalami kejutan kenaikan harga apabila GST mengambil tempat menggantikan cukai servis dan jualan, justeru pemantauan teliti harus harus dilakukan untuk membendung cukai tersebut dieksploitasi sesetengah pihak.

"Ia akan memberi kesan dalam bentuk kenaikan harga umum tapi tidak akan memberi kesan kepada rakyat miskin sebab barang yang diperlukan oleh mereka berada pada kadar sifar. Mungkin ada kesan sangat kecil kepada golongan miskin namun kepada golongan pertengahan dan kaya, harga barang akan naik sekali sahaja.

"Hanya perkara yang membimbangkan kita adalah peniaga menggunakan kesempatan ini untuk mengenakan cukai lebih tinggi dengan menggunakan GST sebagai alasan," kata beliau kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mencadangkan kepada parlimen pada 1 Januari 2007 untuk melaksakan GST namun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Dalam majlis Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya semalam, Najib memberitahu akan mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bertujuan menambah pendapatan negara yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada hasil petroleum.

Jelasnya, kerajaan berhasrat untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang berada pada kadar 5 hingga 10 peratus kepada cukai yang disifatkan lebih mudah, telus dan komprehensif.

Susulan itu kerajaan akan membentangkan di parlimen pada persidangan akan datang dan melalui pendengaran kedua pada bulan Mac 2013 yang mana pelaksanaan akan mengambil tempat 18 bulan kemudian.

Dijangkakan kerajaan akan memperoleh RM1 bilion pada tahun pertama GST diadaptasikan.

Paul menambah sekiranya kerajaan berkeras melaksanakan GST, kepentingan golongan berpendapatan rendah harus diberi keutamaan termasuk mengawal jurang perbezaan masyarakat berpendapat rendah dan tinggi.

Malah beliau turut tidak menolak peningkatan kadar inflasi negara yang telah pun berada pada tahap 2.2 peratus pada Disember 2010, iaitu tertinggi dalam tempoh 19 bulan.

Ini berpunca daripada lonjakan harga makanan komoditi dan potogan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun lalu.

"Kerajaan harus meletakkan jaringan keselamatan pada dasar GST dan pengurangan subsidi minyak bagi memastikan golongan miskin dilindungi skim subsidi. Ini caranya untuk kekalkan taraf kehidupan yang minimum," ujar Paul lagi.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berpendapat cukai baru itu masih tidak relevan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan fokus kerajaan kini mensasarkan negara berpendapat tinggi menjelang 2020.

"Kalau kita sudah capai tahap pendapatan tinggi mungkin ianya sesuai. Tapi oleh kerana pada masa ini ramai lagi masih tidak mampu. Kedua pada masa ini ia akan lebih membebankan orang yang lebih miskin.

Justeru beliau menjangkakan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan melaksanakan GST sebelum pilihan raya

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog” berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog “Bigdog” atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

“Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

“Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini,” katanya.

Justeru kata “Papa Gomo”, kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog “Bigdog” kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

“Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

“Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?” katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap “Bigdog”.

“Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

“Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan -TMI

10 Mei 2011

Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Lim Guan Eng: UMNO bermain api


Demostrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata­kata bohong secara terang­terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata­-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras­kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja.

Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana­-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29 ­Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta.



Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih­lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama­ sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausah Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan

MB Kedah mahu kementerian sendiri merayu

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju menimbang rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia, (UUM) jika Kementerian Pengajian Tinggi bertemu sendiri dengan beliau.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perkara tersebut disampaikan kepada beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar itu hari ini.

"Saya akan melakukan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin agar rayuan ini dapat dipercepatkan dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang media di Alor Setar.

Beliau berkata Azizan telah menerima surat rayuan UUM itu dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk pertimbangan, namun permohonan tersebut ditolak.

"Ini kerana permintaan selama lima tahun yang dibuat universiti itu akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta setahun," katanya.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Abdul Aziz berkata Azizan bersetuju perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat kerajaan negeri dan PTG dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Terdahulu, Abdul Aziz menyerahkan surat rayuan Badan Perhubungan Umno Kedah kepada Azizan untuk dipertimbangkan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rebat tanah UUM itu.

Sebelum ini rayuan UUM untuk menyambung semua rebat cukai tanahnya ditolak oleh PTG negeri menyebabkan pihak universiti itu terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun berbanding hanya RM100,000 setahun.

Dalam pertemuan itu, Abdul Aziz juga memohon kepada kerajaan negeri supaya tidak menyifatkan cukai tanah dari UUM, Universti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan juga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai punca pendapatan kerajaan negeri.

"Kita tahu kerajaan negeri menghadapi kekangan sumber kewangan untuk menguruskan negeri tetapi mereka perlu mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan mempunyai dana yang cukup bagi mengurus kerajaan," katanya.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi berkata beliau bersedia mempertimbangkan rayuan tersebut, tetapi permohonan mestilah dilakukan dengan saluran yang betul.

"Biarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat permohonan kepada kami dan kami akan pertimbangkan. Saya bukan orang yang tidak boleh dibawa berbincang namun ia kena dibuat mengikut saluran yang betul.

"Kementerian Pengajian Tinggi yang perlu buat permohonan kepada kerajaan negeri dan saya akan pertimbangkan perkara ini," katanya.

--Bernama

09 Mei 2011

Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa

Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN.

Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.
Upah yang tinggi

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Mengenyit mata

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat!

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat!

Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Tak akan dipatuk di lubang sama


Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini. -MK

ETP menjana kekayaan di atas kertas

ETP hanya jana ekonomi jangka pendek

Program Transformasi Ekonomi (ETP) seolah-olah telah menjadi kata ganti nama untuk ekonomi Malaysia sejak Oktober 2010. Kita nampaknya disemai konsep bahawa Malaysia akan merealisasikan Wawasan 2020 dengan adanya ETP.

Namun demikian, laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain yang dikemukakan baru-baru ini, secara terus-terang mendedahkan satu realiti yang sering diabaikan, iaitu "Kerajaan Najib amat aktif untuk menggerakkan ETP yang berasaskan pelaburan; namun tidak begitu ideal ketika menggerakkan Model Ekonomi Baru (NEM) yang bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan struktur ekonomi."


"Seandainya masalah kebuntuan dari segi struktur ini tidak diselesaikan dengan baik, maka situasi yang mungkin wujud adalah, Malaysia akan mempunyai prestasi ekonomi yang baik untuk sementara waktu, kerana dipacu projek pelaburan ini (ETP). Namun, untuk jangka panjang - tanpa pembaharuan dari segi struktur (NEM), momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia padahalnya amatlah rapuh," Demikianlah pandangan yang tercatat dalam laporan.

Bagaimana ETP disolek sekalipun oleh kerajaan Najib, gagal menutup "pendedahan yang jujur" oleh Bank Dunia - satu realiti yang tidak menyenangkan, dan enggan dihadapi oleh kerajaan Najib.

ETP menjana kekayaan di atas kertas

Tidak dinafikan, kepantasan PM Najib untuk menggerakkan ETP amat dikagumi. Dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, kerajaan Najib telah mengumumkan 70 projek pelaburan yang berpotensi, dijangka bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Kesan yang paling langsung daripada projek pelaburan ini adalah mencipta kekayaan di atas kertas. Meskipun berdepan dengan unsur-unsur negatif, pasaran saham Malaysia terus melonjak dari 1259.16 pada 31 Januari 2010, kepada 1534.95 pada 30 April 2011 - selepas pengumuman ETP oleh Najib.

Harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam ETP. Malah ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya. Antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%. Selain itu, Karambunai Corp Bhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain telah memperolehi satu projek pelaburan Karambunai Integrated Resort City (KIRC) yang bernilai RM9.6 bilion. Sehingga 29 April, saham Karambunai Corp telah melonjak kepada 22.5 sen, dengan lonjakan 246% berbanding nilainya tahun lalu; dan Petaling Tin pula melonjak kepada 39.5 sen, lonjakan 132% berbanding tahun lalu.

Namun demikian, pembinaan berskala besar ini gagal menutup kerapuhan ekonomi Malaysia, iaitu masalah struktur. Seterusnya, masalah yang terpampang di depan mata adalah bagaimana ETP ini dilaksanakan, dan bagaiamana projek ini dijayakan.

Seandainya diteliti, kebanyakan ETP menjadikan masalah kebuntuan struktur, misalnya kekurangan modal insan berkualiti dan kreatif, pasaran dalam negara tanpa daya saing, sektor awam yang rendah efisiennya, dasar afirmatif yang berasaskan perkauman, sebagai unsur risiko pada jangka sederhana. Namun, penyelesaian yang diketengahkan NEM tidak disenaraikan dalam ramalan jangka panjang.

Ini menunjukkan kerajaan Najib atau pihak yang menggerakan ETP tidak berpandangan jauh, melihat kepentingan ekonomi jangka pendek, tetapi tidak mahu berdepan atau menyelesaikan masalah struktur yang berpanjangan. Misalnya, MYLED MASTER Sdn Bhd bukan sahaja memperluaskan pembuatan teknologi hijau, malah akan menubuhkan pusat penyelidikan yang dianggar bakal mencipta 900 peluang pekerjaan. Namun, tiada penerangan yang jelas dalam hal sejauh manakah negara kita mampu membekalkan pakar yang mencukupi.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview

Isu penyatuan Umno-PAS perlukan perspektif luas, kata pakar

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Soal penyatuan Umno-PAS yang menjadi polemik sejak tiga tahun lalu, bukan hanya isu orang Melayu dan Muslim, sebaliknya perlu dilihat dari sudut lebih meluas melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum, kata pakar perundangan.
Malah negara juga memerlukan persaingan politik yang sihat menerusi sistem dua parti bukannya dihadkan kepada penyatuan dan penggabungan.

Sehubungan itu, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) dari UIA, melihat pada perkembangan tersebut, PAS perlu melihat pelawaan daripada pesaingnya dengan cermat, bukan sahaja disebabkan pengalaman pahit ditendang keluar dari Barisan Nasional (BN) pada 1997, tetapi lebih penting implikasi penggabungan politik kebangsaan.

“Kita kini dalam persekitaran (politik) mahu mewujudkan sistem dua parti di Malaysia dan ini hanya boleh berlaku jika kita mempunyai satu pakatan yang berbeza dalam kerusi kuasa di Putrajaya.

“Kita tahu Umno menentang keadaan ini sebab sistem dua parti bermakna akan berakhirnya dominasi mereka dalam sistem (politik) negara kita,” kata beliau.

Beliau juga berkata ketiadaan fungsi semak dan imbang, sebagimana dibolehkan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah disebabkan oleh kewujudan sistem satu parti yang dijuangkan oleh Umno, yang kekal sebagai parti teras dalam BN.

Penganalisis dan pemerhati politik ini mendakwa Umno, selaku parti teras BN, memainkan peranan di sebalik tabir untuk mengeluarkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari arus politik nasional memandangkan ketua pembangkang itu dilihat sebagai ‘pengikat’ komponen-komponen dalam perikatan tiga parti itu.

PAS bersama DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

“Kini Umno sedang berusaha untuk melemahkan PAS, yang akan melemahkan lagi Pakatan.

“PAS harus ingat bahawa ia dapat lebih banyak kerusi ekoran sokongan bukan Muslim dan Umno sedang akan perkara ini,” kata beliau sambil menambah, mereka tahu bahawa jika boleh mencetuskan keraguan dalam fikiran bukan Islam berhubung prinsip Islam ia akan tanda-tanda akhir kebangkitan PAS.

“Malangnya beberapa pemimpin PAS tidak sedar tentang perkara ini. Itu sebabnya mereka memajukan idea kerajaan perpaduan, yang sangat kurang jelas, sekuran-kurangnya dari perspektif perlembagaan,” katanya lagi.

Dalam pendirian terbaru semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu Umno-PAS duduk semeja dengan kedua-duanya menunjukkan husnun niyyah atau niat baik demi menjunjung tinggi titah perintah Allah dan Rasul yang menuntut orang mukmin agar sentiasa bekerjasama atas kebaikan dan takwa, bukannya atas perkara dosa dan permusuhan.

“Permusuhan lama itu perlu dipadamkan untuk selama-lamanya! Musolahah adalah seruan al-Quran kepada semua apabila berlaku perbalahan dalam apa bentuk sekalipun,” kata beliau dalam pandangannya diemelkan kepada The Malaysian Insider.

Minggu lalu, Juanda menyifatkan pihak yang menentang soal penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam.

Sementara sesetengah pihak bercakap mengenai penyatuan Umno-PAS penting untuk kepentingan Melayu-Islam, Aziz bertanya, “adakah kita boleh mengatakan Islam dan kebajikan Muslim di negara ini telah terpelihara dengan kerjasama Umno-PAS ketika 1974?”

Sebaliknya kata beliau, keadaan yang bertentangan wujud dan PAS dikeluarkan apabila Umno bertapak kukuh pada 1977, malah orang Melayu masih ketinggalan.

Justeru kata Aziz, sudah tiba masanya orang Melayu mengambil pendekatan berbeza dan apa juga formula yang dihalusi seharusnya dalam rangka perlembagaan.

“Ini bermakna tidak kepada sistem satu parti, tetapi keadaan yang lebih besar. Ini bermakna lebih banyak ruang kepada siaran pendapat dan orang Melayu mesti memastikan adanya lebih ruang untuk (elemen) semak dan imbang.

“Kini kita bercakap mengenai ketirisan saham lebih RM50 bilion milik orang Melayu dan Bumiputera. Ini adalah kerana ketiadaan pewakilan Melayu yang kuat dan ini mesti ditangani menerusi lebih daripada satu parti orang Melayu,” katanya.

Kata Aziz, kerjasama Umno-PAS tidak selari dengan perkara ini kerana “kita memerlukan lebih banyak saingan” politik.

“Kita perlu mengakhiri monopoli Umno. Ini adalah kunci kepada survival Melayu,” katanya.-TMI

08 Mei 2011

BN tidak sedar mereka tidak BERMORAL Langsung.

Boleh kah BN menang besar dengan menggunakan isu moral?

Nampak cara pemimpin besar kita bercakap dan bergerak pilihanraya semacam dah nak dekat sangat. Kalau dikaji pula cara bergerak pemimpin pembangkang juga menambah keyakinan kita yang waktu untuk memilih siapa yang akan memerintah dan mentadbir negara sudah semakin hampir.

Yang paling menarik sekali ialah isu-isu yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak yang sedang berlumba-lumba mendapatkan keyakinan rakyat semakin panas dan menarik perhatian ramai termasuklah diri saya. Saya dapat agak banyak pandangan dari kawan-kawan yang serius memberi pandangan yang serius baik buruknya sesuatu isu bagi kedua-dua belah pihak itu.

Nampaknya BN/UMNO memberikan keutamaan kepada isu moral untuk menjauhkan pengundi dari parti-parti pembangkang. Isu video seks dan sodomi memainkan peranan utama di pihak BN untuk menagih sokongan yang kian menurun untuk kembali kepada pihak pemerintah kerajaan Persekutuan itu. Ramai pemimpin setiap peringkat BN khususnya UMNO merasakan kali ini isu terhadap Anwar bak kata orang minang merupakan isu yang ‘mangkuih’ bagi BN.

Beberapa pemimpin UMNO yang selalu bersama saya begitu berkeyakinan yang isu video yang dikaitkan dengan Anwar itu akan membawa kembali BN dengan kemenangan di setiap kerusi yang BN telah kalah dahulu. Begitu ‘confident’ sekali mereka ini. Isu moral terhadap Anwar merupakan isu yang memberikan semangat kepada mereka untuk mendapatkan kembali sokongan ramai terhadap BN. Saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana keadaan yang sebenarnya berlaku di bawah ini bukannya seperti yang mereka sangka.

Tetapi oleh kerana mereka menganggap mereka pandai dan bijak saya hanyalah menganggokkan kepala sahaja….dan itu pun yang pemimpin-pemimpin UMNO suka…just say ‘yes’. Pemimpin-pemimpin UMNO selalunya berasa rimas kalau kita membuat perbahasan terhadap isu yang mereka bahaskan. Berkata benar adalah satu kesalahan besar kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO dan BN.

Saya cuba juga untuk memberikan pandangan yang beza dengan mengatakan kalau BN menggunakan isu moral untuk ‘admonish’ pembangkang ianya akan merugikan BN akhirnya. Tetapi mereka tetap merasakan mereka telah melakukan perkara yang terbaik buat UMNO dengan menggunakan isu moral untuk menjatuhkan parti-parti pembangkang. Kalau sudah begitu..gasak dialah. Saya hanya berkata dalam hati saya, “May God bless you!”.

Saya hanya berdiam diri selepas itu sambil membaham karipap-karipap tebal yang mereka pesan yang masih ada di hadapan saya itu sampai habis. Habis sahaja karipap-karipap itu saya terus sahaja meminta diri kerana waktu untuk menghantar cucu saya mengaji Quran sudah sampai. Menghantar cucu pergi mengaji lebih berfaedah dari mendengar cerita dongeng yang hanya memberi ‘amusement’ kepada diri mereka sendiri.

Saya merasakan kita hanya membilang ‘buah kerayong’ sahaja setakat ini. Di situ kita menang, di sana kita menang, di sini kita menang besar dan keseluruhannya kita dapat kemenangan 2/3 di DUN Selangor.

Rata-rata di kalangan orang UMNO mereka percaya yang isu moral yang dilabelkan terhadap pemimpin pembangkang itu sangat mujarab untuk mendapatkan sokongan ramai. Kita tidak mengambil isu yang baik dan mengambil isu moral untuk menjatuhkan PR. Sesungguhnya ini adalah isu yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN kerana ia hanya membuatkan rakyat berasa mual dan jelek.

Menggunakan isu moral yang tidak ada batas itu memakan diri UMNO sendiri. Rakyat bertanya bagaimana pihak yang ditolak rakyat kerana isu moral yang nyata boleh menggunakan isu moral untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat? UMNO/BN tidak ada isu moral kah?

Bukankah isu rasuah itu merupakan isu moral yang paling rendah sekali sehinggakan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO itu adalah rasuah dan rasuah itu adalah UMNO. Apa yang membezakan di antara isu seks dengan isu rasuah? Bukankah rasuah itu merupakan kerja hina yang disamakan sebagai mereka yang memakan daging saudaranya sendiri?

Kenapa BN berani-beraninya menggunakan isu moral sebagai senjata yang mereka percaya sebagai senjata yang paling ampuh bagi BN? Rakyat lebih berminat untuk melihat harta yang mereka amanahkan kepada pemimpin itu dijaga dengan baik seperti yang diamanahkan? Rasuah merupakan dosa besar terhadap rakyat. Jika Anwar melakukan sodomi terhadap 50 orang, kerajaan BN pula seolah-olah membuntutkan 28 juta rakyat Malaysia melalui rasuah.

Isu moral hanya akan menjadi isu yang sesuai untuk dimainkan oleh UMNO jika UMNO sendiri tidak bergelumang dengan isu moral. Masalahnya kita merasakan isu moral ini hanya layak untuk di isukan terhadap pembangkang sahaja. BN di sebaliknya seperti mempunyai kekebalan dalam hal rasuah, jenayah, merogol , membunuh dan sebagainya.

Rasuah berlaku dari atas sehingga ke bawah, dari penggubal dasar sehingga ke pelaksana. Bagaimana pimpinan kita hendak memberi alasan kepada rakyat terhadap isu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di peringkat bawah seperti di pejabat-pejabat kerajaan di daerah-daerah yang mempunyai lessen kelas F untuk berlumba dengan kontraktor sepenuh masa misalnya.

Moral yang rendah ini sudah menusuk dengan begitu dalam di dalam sistem perlaksanaan dasar yang telah ditetapkan. Bagaimana Najib hendak menjelaskan kenapa Menteri-Menteri Besarnya yang begitu kaya raya walaupun baru sahaja menjawat jawatan yang di amanahkan rakyat itu?

Bagaimana Najib hendak memberikan alasan kenapa bekas pemimpin utama negara menggunakan wang rakyat sehingga melebihi RM 1 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal? Boleh kah isu ini di tutupi oleh Najib dan barisan kepimpinannya? Berlambak-lambak isu moral terhadap kita boleh di jadikan isu besar oleh pihak lain, tetapi kita masih lagi percaya isu jam omega dan video seks akan memberikan kita kemenangan. Takkanlah jam omega boleh kita jadikan isu untuk memilih kerajaan.

Kenapa payah sangat untuk menyelesaikan isu pemimpin MCA dan UMNO yang terlibat dengan kes PKFZ yang melibatkan RM12 billion itu. Ini semuanya isu moral yang melibatkan kehilangan wang rakyat yang berbillion ringgit. Sebaik manakah taraf moral pihak kita untuk mengisukan pihak lain dengan isu sejelek ini. Kita beriya-iya mengatakan berzina itu berdosa besar tetapi tidak pula mengisukan rasuah dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya itu tidak pula dikatakan berdosa.

Kita masih lagi berfikir di takuk lama. Ramai di antara kita masih menganggapkan orang ramai masih lagi menerima apa sahaja yang kita perkatakan. Kita masih beranggapan yang orang ramai masih lagi menerima apa sahaja isu yang kita perbesarkan terhadap pembangkang. Kita begitu marah dan kecewa jika orang ramai tidak percaya kepada kita. Kita tidak sedar yang kita sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap parti dan kepemimpinan kita sendiri dalam isu moral ini.

Jadi persoalannya sekarang apa kah yang dimaksudkan oleh PM Najib yang BN akan menggunakan apa juga cara bagi mengambil kembali pemerintahan Selangor itu?

Hendak menggunakan ugutan? Najib dah ugut bangsa Cina dengan memberikan amaran yang Cina tidak akan diwakili di dalam kerajaan jika MCA tidak mendapat sokongan Cina di dalam pilihanraya yang akan datang. Pimpinan Dewan Assembly Hall Cina Kuala Lumpur dan Selangor telah pun menjawab yang mereka tidak perlukan wakil di dalam kerajaan jika MCA mewakili mereka. Mereka telah pun menolak MCA secara terbuka.

Nak lakukan rampasan kuasa seperti yang kita lakukan di Perak? ATAU nak guna bomoh dan ilmu hitam? -Aspan Alias

SNAP Akhirnya Berpisah Daripada Pakatan Pembangkang

KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang menjalin hubungan singkat dan renggang dengan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak akhirnya berpisah selepas sekian lama bersabar dengan sikap dingin pakatan pembangkang negeri terutama ketika menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10 baru-baru ini.

Presiden parti Edwin Dundang berkata parti itu merasakan mereka tidak lagi diterima dalam pakatan itu selepas setahun hubungan "cinta tetapi benci" dengan PR Sarawak yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

"Bukan pilihan kami untuk meninggalkan mereka... bagaimanapun kami merasakan kami tidak lagi diterima dalam pakatan itu, terutama dalam pilihan raya negeri.

"Sehubungan itu, kami tidak akan berdamai dengan PR Sarawak bermula dari sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini dan menambah parti itu merasakan yang mereka diketepikan oleh pakatan pembangkang itu semasa pilihan raya negeri 16 April.

"Kami tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau sebarang aktiviti bersama. Ini menunjukkan mereka tidak mahu kami lagi dan mahumeminggirkan kami," katanya dan memaklumkan kali terakhir SNAP menghadiri mesyuarat PR Sarawak pada Mac lepas berhubung pembahagian kerusi pilihan raya negeri.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng enggan memberi komen berhubung keputusan SNAP itu manakala Ketua PKR negeri Baru Bian tidak dapat dihubungi.

Pada April tahun lepas, parti kaum Dayak itu menyertai PR dan membentuk PR Sarawak. Bagaimanapun, sebelum pilihan raya negeri, SNAP dan PKR berselisih faham berhubung pembahagian kerusi.

Ini menyaksikan SNAP, PKR dan BN bertembung di 24 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semua 26 calon parti itu kalah teruk terutama di kawasan luar bandar, dengan parti itu pernah mendakwa merupakan kawasan kubu kuat mereka.

Kecuali Toh Heng San yang bertanding di kawasan Katibas, 25 lagi calon SNAP hilang deposit dalam pilihan raya itu.

SNAP ditubuhkan pada 10 April 1961 dan telah menganggotai komponen BN sehinggalah ia disingkirkan pada 2004. Parti itu bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan pilihan raya negeri Sarawak 2006 sebagai parti pembangkang. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...