13 Julai 2013

NGO Kecam KDN Guna EO Alasan Tutup Kelemahan POLIS.....


Terima hakikat polis lemah, NGO kecam KDN guna EO sebagai alasan

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam sikap Putrajaya yang masih menyembunyikan hakikat sebenar kadar jenayah yang semakin meningkat serta menggunakan Akta Ordinan Darurat (EO) sebagai alasan, kata NGO pemantau jenayah, MyWatch dan hak asasi manusia, Suaram serta menggesa pasukan polis menerima hakikat kelemahan mereka sendiri.

Pertikaian itu kembali diperkatakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah EO.

"Kerajaan hendak menubuhkan semula akta seperti EO bagi membolehkan mereka melakukan tindakan tahanan tanpa bicara, dan sesuka hati boleh tahan orang yang mereka anggap sebagai ancaman," kata pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan kepada The Malaysian Insider bagi membidas rancangan Ahmad Zahid yang mahu memperkenalkan akta sama seperti EO bagi membanteras jenayah.


Pengerusi MyWatch itu berkata kenyataan Ahmad Zahid membuktikan polis mengakui kelemahan mereka sendiri kerana polis tidak dapat menjalankan siasatan dan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan rakyat Malaysia.

"Tindakan ini sama seperti polis tidak percayakan anggota mereka.

"Ini umpama polis tidak percaya daya saing anggota mereka, dan tahap penyiasatan mereka masih lemah," katanya.

Menteri Dalam Negeri itu menerima kritikan hebat daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengaitkan EO sebagai alasan peningkatan kadar jenayah walaupun statistik polis menunjukkan kadar jenayah selepas EO dimansuhkan iaitu pada 2012, menurun.

EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan terhadap undang-undang itu yang dikatakan zalim dan tidak demokratik.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua berkata indeks jenayah yang dikeluarkan polis pada 2012 menyaksikan penurunan terendah dalam satu dekad dengan 145,891 atau 7.6 peratus berbanding 2011.

Malahan, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam membabitkan isu kadar jenayah apabila Ahmad Zahid menyatakan jenayah meningkat tetapi kerajaan sebaliknya pula mengeluarkan statistik menunjukkan jenayah menurun.

"Di mana statistik jenayah yang baru? Saya beri soalan ini kepada Ahmad Zahid semasa penggulungan titah Diraja di Parlimen semalam, tetapi dia tidak beri jawapan yang memuaskan," kata Lim, baru-baru ini.

Suaram turut menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis tidak menyembunyikan perkara sebenar kerana kepentingan dan keselamatan rakyat lebih mustahak.

"Polis dan KDN harus telus dalam isu kenaikan kadar jenayah di Malaysia. Jika kadar jenayah meningkat kerana kegagalan polis untuk menyelesaikannya maka perkara itu harus diakui dan polis harus memperbaikinya.

"Tiada gunanya kadar jenayah yang sebenar disorok hanya kerana mahu jaga imej PDRM dan KDN. Ini membabitkan keselamatan rakyat," kata Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai.

Bagaimanapun, Nalini menegaskan pendirian Suaram bahawa tidak wajar menggunakan EO sebagai alasan dan menyifatkan rancangan untuk mewujudkan undang-undang yang sama melanggar hak asasi manusia.

"Kenaikan kadar jenayah tidak boleh diperbaiki dengan mengembalikan undang-undang darurat seperti EO yang mencabul hak asasi manusia dengan membenarkan penahanan tanpa bicara," kata Nalini.

Suaram berkata, undang-undang itu hanya akan menyebabkan polis lebih malas daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

"Undang-undang ini terbuka kepada penyalahgunaan kuasa dan boleh mewujudkan 'kemalasan' di kalangan polis untuk menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Ahmad Zahid baru-baru ini menyatakan lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan berikutan pemansuhan EO tetapi beberapa daripada mereka kembali melakukan jenayah.

Namun, kenyataan Ahmad Zahid itu disanggah kerana hakikatnya ketika EO masih wujud, jenayah meningkat secara agresif daripada 2003 kepada 2008. -tmi

PRK KUALA BESUT ...DEDAH RAKYAT TERUS KETINGGALAN, KE MANA HASIL MINYAK RM1.8 BILION SETAHUN..

Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk Kuala Besut


Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.

BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan.

Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

“Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.

“Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN).

“Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan.

Menurutnya, dalam keadaan pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno BN terus berjanji setiap kali pilihan raya._HD

KANTOI PRK K.BESUT , BN GUNA WANG RAKYAT UNTUK PROGRAM PARTI? DARI MAKLUMAT YANG DIBOCORKAN...

 Penyelewengan wang rakyat untuk tujuan kepartian

Pagi ini kotak email che'GuBard menerima salinan 3 keping surat sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS. Ini sebuah agensi yang semua kakitangan dan programnya mendapat dana dari wang rakyat.

 Namun jika surat di atas benar, maka amatlah kesal kerana ia membuktikan bahawa semangnya tanpa segan silu agensi kerajaan yang sepatutnya menumpunan pembinaan dan kebajikan rakyat menjadi alat politik dan malah menggunakan dana rakyat bagi tujuan kempen pilihanraya. Dari gambar surat helaian ke tiga jelas bukan KEMAS sahaja tetapi perbagai agensi lain turut terlibat.




Persoalanya dimana SPR, buta atau membuta? Soal yang lebih penting SPR yang mengendali PRK K. Besut ini ialah SPR sama yang telah berjaya memainkan peranan menghancurkan sistem pilihanraya Malaysia dengan menjadi penipu utama dalam PRU ke 13 yang lalu.

Kerana itu che'GuBard menyatakan pendirian bahawa sebagai seorang aktivis berpendirian betapa PRK K. Besut ini seharusnya diboikot dan hentaman terhadap SPR harus diperhebat dalam dan luar negara, yakinlah jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihanraya Malaysia PRU ke 14 keadaan bakal menjadi lebih teruk. Walaubagaimanapun selaku anggota biasa Parti Keadilan Rakyat komponen Pakatan Rakyat mengharapkan keajaiban dengan Bn tumbang dalam PRK kali ini.

SAMM juga dengan ini Dato' Hassan Bin Md Amin, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah agar tampil memberikan penjelasan sama ada surat ini benar atau palsu. Jika surat ini benar beliau harus meletakkan jawatan kerana salah guna kuasa dan membazirkan wang rakyat untuk program terlibat kempen politik kepartian. Begitu juga semua penjawat awam yang disebut dihelaian ke tiga surat diatas.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


SUMBER

Hot : Pusat Operasi Red Bean Army Ditemui......Saksikan!!!!

Mungkin ini yang Si zahid Dongengkan...Pusat Operasi RBA.....Lokasi adalah rahsia?

Red Bean Army, Dongeng UMNO Untuk Halalkan Peruntukan RM350 juta


Isu Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) sekali lagi dibangkitkan di Parlimen apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu akan mengambil tindakan jenayah dan sivil ke atas Tentera Kacang Merah dan yang sejenis dengannya kerana menyebarkan pembohongan menerusi internet.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau hairan mengapa sampai sekarang kerajaan belum mengambil sebarang tindakan ke atas Tentera Kacang Merah itu, sedangkan ia tentu tidak sukar bagi polis siber membongkar kegiatan pasukan itu jika ia benar-benar wujud, apatah lagi ada pihak yang memberi ‘maklumat’ bahawa Hotel Concorde, iaitu sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin atasan UMNO/BN, digunakan sebagai pusat operasi utama bagi tentera siber serba mistik itu.

Katanya, ini jelas membuktikan kegilaan melampau UMNO/BN untuk meneruskan dongeng berhubung agenda sulit sebahagian pemimpin atasan UMNO/BN untuk menghalalkan peruntukan RM350 juta bagi memerangi Tentera Kacang Merah yang mereka khayalkan untuk sepanjang lima tahun akan datang.

Menurutnya, tindakan dan kenyataan Ahmad Zahid itu tidak lain adalah percubaan untuk menyelamatkan dongeng Tentera Kacang Merah daripada menjadi bahan ketawa.

Katanya, atas alasan itu juga “Tentera Kacang Merah yang didakwa dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper dengan peruntukan sebanyak antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu” perlu diselamat dan dihidupkan semula, kerana tanpa dongeng itu tiada alasan untuk memberi peruntukan sebanyak RM350 juta kepada cybertrooper UMNO/BN bagi meneruskan operasi untuk lima tahun akan datang.

“Maka fahamlah kita sebab-musabab UMNO/BN menunjukkan kegilaan melampau terhadap dongeng Tentera Kacang Merah.

“Minggu lalu setelah disedari tidak wujud tanda Tentera Kacang Merah di Hotel Concorde, sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin dan penggerak UMNO, malah tiada kacang merah sekali pun dalam ais kacang yang begitu mahal di hotel itu, dongeng Tentera Kacang Merah yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper ini menjadi sasaran sindiran, ejekan dan jenaka,” katanya dalam kenyataan media di Parlimen, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hairan apabila Menteri Dalam Negeri yang dianggap bijak dan berlatar belakang baik itu boleh percayai kewujudan “Tentera Kacang Merah” yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper dan dengan sokongan polis supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi penjelasan mengenai perkara itu

“Kerana itu juga minggu lalu saya mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen DAP membuat lawatan ke Hotel Concorde. Namun, yang kami lihat tempat itu dipenuhi pemimpin dan penggerak UMNO. Bukan saja tiada tanda-tanda kewujudan Tentera Kacang Merah, malah kacang merah sekali pun tidak ditemui dalam ais kacang yang begitu mahal di hotel berkenaan.

“Apakah Menteri Dalam Negeri mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dalam bidang teknologi maklumat daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, memandangkan Timbalan Menteri kementerian itu sendiri sudah mengaku di Parlimen Khamis lalu bahawa beliau tidak tahu apa Tentera Kacang Merah atau samada Tentera Kacang Merah wujud, walaupun cakap-cakap mengenai tentera khayalan ini banyak di dengar di ruang siber dan media yang dikawal UMNO/BN,” katanya.-Roketkini

12 Julai 2013

TERKINI DI MESIR , HIMPUNAN " JUMAAT KEMARAAN " DIJANGKA PULUHAN JUTA HADIR



Insya Allah pemimpin zalim dan ganas Mesir yang dilaknat Allah akan tumbang dalam masa terdekat. Ini pandangan dari seorang pemerhati politik luar Mesir yang melihat penentangan rakyat semakin membuak-buak dan menggerunkan pemerintah zalim Mesir.

"Sampai bila mereka boleh bertahan dan menzalimi rakyat sedangkan majoriti rakyat melihat dengan mata kepala mereka sendiri pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah zalim ini"

"Kita percaya lambat laun semua rakyat Mesir akan bersama-sama dengan majoriti rakyat menentang golongan zalim ini" ujar pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan di sini.

Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.


Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.

Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.

Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.

Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.

Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Polis telah memburu pemimpin Ikhwan, Mohammed Badie, selepas waran yang telah dikeluarkan untuk menangkap beliau pada hari Rabu.

Morsi sedang diadakan di sebuah "tempat selamat, untuk keselamatan beliau," jurucakap Kementerian Luar Badr Abdelatty kepada pemberita pada Rabu, sambil menambah bahawa bekas pemimpin Mesir telah tidak didakwa dengan apa-apa setakat ini.

Sumber tentera dan kehakiman telah berkata pemimpin digulingkan mungkin menghadapi tuduhan akhirnya.

PBB pemimpin Ban Ki-moon menimbulkan kebimbangan tentang penahanan Morsi dan lain-lain pemimpin Ikhwan Muslimin semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar negara itu, kata seorang jurucakap.

Ban menegaskan bahawa mesti ada "hukuman" terhadap mana-mana pihak, kata jurucakap PBB Martin Nesirky kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan telefon antara Ban dan Menteri Luar Mohammed Kamal Amr.

HOT : NAJIB GAGAL - KELUHAN TERBUKA PENYOKONG BERDARAH UMNO.....



Penolakkan kempimpinan Najib  dari kalangan UMNO kini sudah dilihat semakin parah dan terbuka.

Ini jelas dengan satu artikel dalam satu blog UMNO REFORM yang terang-terang melahirkan rasa betapa perlunya Najib Razak digantikan dengan Muhyiddin Yassin.

Baca ulasan penuh dibawah....

ULASAN SEMASA – Najib gagal? Itu yang dapat saya simpulkan bila berbual dengan rakan-rakan media alternatif UMNO. Benar ini adalah mereka dalam UMNO – penyokong UMNO – yang ditoreh – akan menitiskan darah UMNO – yang menyokong dan berada dalam sirkulasi UMNO. Berbual dengan mereka amat memeranjatkan saya. 

Saya pernah bercerita dengan beberapa mereka ini – sebarang kritikan terhadap UMNO pasti akan dibalas dengan tegas. Namun kali ini nada mereka berbeza – UMNO perlu berubah – bukan dalam nada lembut transformasi malah – UMNO perlu reformasi – nampak keras dan terpaksa dilakukan.

Apa pun sokongan mereka adalah pada UMNO, kata mereka dan ini mereka tidak pernah berubah sehingga ke hari ini. Namun perbualan sebelum 1 Ramadhan itu amat mengejutkan saya, apabila mereka mengkritik kepimpinan Najib – benar – mereka merasakan Najib harus meninggalkan jawatan PM dan Presiden UMNO kerana kegagalan kepimpinan Najib dalam PRU 13 dan khususnya kegagalan BN dalam merampas semula Selangor. 


Bagi mereka – Najib bukan sahaja gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam PRU 13 tetapi Najib sudah gagal dalam program 1 Malaysia – gagal dalam urusan calon sewaktu PRU 13 dan lantikan yang tidak menepati slogan kepimpinan bukan sahaja bersih tetapi mesti kelihatan bersih dalam apa situasi sekali pun.

Mereka terus membidas Najib dengan mengatakan bahawa kekalahan PRU 13 adalah kerana usaha Najib keterlaluan untuk meletakkan orang dia di semua tempat termasuk bertanding PRU 13. Calon jangka menang yang kalah adalah orang kanan beliau sendiri, ujar seorang lagi pengamal media sosial yang juga mempunyai jawatan dalam Bahagian UMNO.

Adakah benar bahawa reformasi dalam UMNO hanya akan berlaku setelah Najib antara membetulkan keadaan atau meninggalkan dan memberi laluan pada Muhyiddin. Ini persoalannya? Setelah itu – 


persoalan kedua ialah – adakah setelah itu UMNO akan pulih atau hanya meniti untuk menghabiskan sisa-sisa pemerintahan dan legasi UMNO. Apa pun desakan untuk Najib melepaskan jawatan sudah mula berlaku dan akan terus berlaku, tidak syak lagi.

Hot: Blogger Seks Kontroversi Baru Buat Hal.... Sudah Kena Potong Anunya? Apa Macam ...

Ucapan berbuka puasa biadap oleh blogger seks kontroversi


PETALING JAYA: Pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, sekali lagi mencuri tumpuan, kali ini menerusi laman sosial Facebook mereka apabila membuat kenyataan biadap yang mengguris perasaan umat Islam di negara ini.

Pasangan itu telah memuatnaik gambar mereka sedang menikmati juadah 'bak kut teh' yang tidak halal dimakan bagi umat Islam sebagai ucapan berbuka puasa.

Hidangan bak kut teh itu digambarkan pasangan itu sebagai 'wangi, enak dan menyelerakan'.

Tidak cukup dengan itu, Tan turut mengesahkan gambar tersebut sengaja dimuatnaik sendiri oleh mereka dengan alasan ia sekadar untuk suka-suka.

Tindakan mereka telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang kebanyakannya menegur sikap tidak sensitif pasangan itu.

Tidak kurang pengguna laman Facebook yang turut menganggap tindakan mereka sebagai satu penghinaan dan mencari publisiti murahan sambil terdapat pengguna yang hairan apakah pasangan itu tidak mengetahui tentang sejarah 13 Mei.

The Star Online melaporkan Tan sebagai menyatakan tidak menyesal dengan tindakannya itu sambil menganggap ia sebagai 'jenaka gelap' dan cubaan mereka untuk melihat bagaimana penerimaan masyarakat mengenainya.

Ditanya sama ada beliau akan menurunkan posting tersebut, Tan tidak menolak kemungkinannya namun menegaskan sehingga kini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut.

[http://www.alvivi.tv/] Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Ini Cerita Terbaru .....


So... Vivian got robbed and slashed with a knife while walking around the Jalan Ipoh main road alone at around 3:30 a.m. 11 June 2013 (Tuesday), early morning today.

She was walking next to a condominium when suddenly she noticed a fat Indian man (yes, fuck 1Malaysia) walking menacingly towards her, who almost instantly shoved her very hardly against the tree and, while brandishing a big knife, barbarically screamed, "OI! BAGI DUIT KALAU LU TAK MAU SAYA POTONG LU!" ("OI! GIVE ME YOUR MONEY, OR ELSE I'LL CUT YOU!")

Vivian, rightly or wrongly, tried to negotiate with him by saying, "OK OK, saya bagi duit, you ambil duit, tapi IC/lesen/kad bank you bagi balik la, boleh?" ("OK OK, I will give you my money, but can you please return me my IC/license/bank cards?")


She didn't finish her sentence, and the fat bastard just viciously snatched her wallet from her hand, along with her house keys, and ran away towards his friend waiting on a motorcycle on the other side of the road. They just sped off. Vivian, of course, was traumatised and staggered back home on foot... and then she realised that she was bleeding from the following wounds:

-A deep cut on her upper right wrist, where blood was flowing out profusely like a loose tap (her flesh, tendons, and bone were visible -- I saw it with my own eyes, some fucked up shit);

-A shallow cut on her right palm; and

-A cut on her left cheek.

The security guard at the lobby wrapped up her wound before sending her up to me for further action; I called the ambulance immediately of course. 15 minutes later, we were in a ward, and, 30 minutes later, doctors were attending to her wounds by doing this fancy thing called irrigation. She is now awaiting surgery under local anaesthesia for stitching and possibly tendon reconstruction, because she can't seem to flex/straighten out her fingers.

Moral of the story? You decide. I'm just glad that she's safe and sound. The ambulance arrived promptly and the hospital staff were rather efficient, so we're definitely thankful for that.

One last thing: I hope that fat mother fucker gets in a freak motorcycle accident and breaks his neck, rendering him a paraplegic for the rest of his pathetic miserable life. -Alvin

TERKINI ! SEKITAR PENAMAAN CALON PRK N01 KUALA BESUT

Satu lawan satu    16:16

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Azlan @ Endut Jusoh mewakili PAS.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Yusof di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, sebentar tadi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar, terdiri daripada 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.






Kit Siang berbisik sesuatu dgn TGNA sambil Mahfuz berbincang dgn TGHH. Husam pula dikerumuni wartawan.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS, TGNA adalah antara ribuan penyokong dan pendokong PAS turut bersama memberi sokongan kepada calon Pas, Che Long ke pusat penamaan calon PRK DUN N01 Kuala Besut.

NONE

NONE

9.45 pagi: Perkarangan Kompleks Rakan Muda - Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kemenangan PAS di Kuala Besut akan "membantu Idris Jusoh" yang didakwanya "bertembung" dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini kerana Mat Said dilihat tidak mempunyai agenda politik yang mantap. Tidak membawa banyak kemajuan.

"Beliau masih kekal jadi MB tetapi berbeza pendapat dengan Idris Jusoh. Dengan kemenangan ini, kedudukan Mat Said akan tergugat... Masih tak boleh tukar MB sebab dia (Mat Said) terlalu kuat.

"Kita dapat kerusi, dia (Idris) dapat keuntungan politik," katanya.

Sementara itu, di luar Kompleks Rakan Muda, penyokong PAS bertakbir, bertahmid, dan bertasbih dan melaungkan hidup Islam.

Penyokong PAS kini mencecah 3,000 orang. Cuaca tadi yang mendung, kini sudah mula panas terik.
Menyusul Lagi.....

11 Julai 2013

Panas ! Selangor Bakal Muflis...Nak Bagi Perkhidmatan Bas Percuma Pulak.....

Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor


SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi.

Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.

Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat.

“Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.

“Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.

“Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi,” kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat.

“Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24.”

Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.

“Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS).”

Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8.

Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.


INILAH YANG RAKYAT BUKIT SENTOSA 2,3 DAN BUKIT BERUNTUNG 3 MAHUKAN !

Komen : Kami rakyat Bukit Sentosa 2 sebagai pengundi dan penduduk Bukit Sentosa 2(Taman Anggerik 1,2,3,4,5 dan Taman Seroja), Bukit Sentosa 3 (taman Kemboja 4A, Kemboka 4B, Kembije 4D, Taman Bakawali dan Taman Telipot) dan Bukit Beruntung 3 (Taman Widuri dan Taman Kesumba) amat memerlukan sekurang-kurangnya pengangkutan Bas dari Rasa ke Bandar Baru Bkt Sentosa melalui semua taman ini ke Bandar Baru Bukit Sentosa yang jaraknya antara kurang dari 5 meter.Kalau dapat bas komuniti yang percuma adalah amat dialu

HOT ! ARTIS TERPERANGKAP KETIKA OPERASI PUSAT JUDI HARAM TERSEBAR.....

Artis SEKSI Lana Nordin ditangkap tak berpuasa sambil main judi ??


Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik apabila wajahnya dirakam ketika dicekup tidak berpuasa di sebuah premis judi.

Walaupun pihak akhbar yang melaporkan berita ini tak menamakan dengan jelas siapakah pelakon seksi terbabit, ramai pelayar siber mengatakan beliau adalah Lana Nordin yang sebelum ini digelar Pamela Anderson Malaysia.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam menurut laporan Sinar Harian.


Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Hebat Sangat Ke Malindo Air, Pasai Apa Najib Beri Layanan Istimewa?





Jelaskan bagaimana Malindo beroperasi sebelum dapat lesen


KUALA LUMPUR 10 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci bagaimana syarikat penerbangan Malindo Air dibenar beroperasi sebelum mendapat Lesen Perkhidmatan Udara dan diberikan layanan istimewa.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua mempersoal tindakan Najib melancarkan Malindo Air pada 11 September 2012 sedangkan syarikat itu hanya mendapat Lesen Perkhidmatan Udara dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada Februari 2013 sebagaimana disahkan Kementerian Pengangkutan kepadanya pada 4 Julai lalu.



“Mengikut jawapan Kementerian Pengangkutan, antara sebab pemberian Lesen Perkhidmatan Udara adalah ‘Kedudukan Kewangan yang kukuh’ dan ‘Lulus Audit Teknikal’ sedangkan mengikut laporan terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Malindo Air hanya mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja.

“Manakala Nadi Sdn Bhd (pemilik saham utama Malindo Air) seperti dibongkar tahun lalu melanggar Akta Syarikat 1965 kerana tidak memfail penyata kewangan sejak 2007 atau selama enam tahun berturut-turut,” tegasnya pada sidang media di Parlimen hari ini
.

Malindo Air merupakan usaha sama National Aerospace dan Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Group yang diumum Najib akan beroperasi pada 1 Mei 2014.

Menurut Phua, semua tindakan membuktikan Najib konsisten melaksana dasar berteraskan kroni sekaligus merugikan wang dan membahayakan nyawa mereka.

“Soalan penting perlu dijawab Najib, adakah lesen penerbangan ini dilulus sebab pemilikan 10 peratus saham NADI Sdn Bhd melalui syarikat DZJJ Sdn Bhd yang dimiliki anak Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, manakala 5.7 peratus syarikat NADI pula dimiliki Kementerian Kewangan,” katanya lagi.




Pua berkata, rekod juga menunjukkan syarikat itu membahayakan nyawa pengguna.


“Syarikat usahasama PT Lion Group merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai trek rekod amat diragui di Indonesia dan antarabangsa. Lion Mentari Air misalnya diharamkan di Eropean Union.




“Pada 14 April 2013 pula, Lion Air terhempas di Bali, ramai juruterbangnya ditahan kerana dadah dan syarikat itu dihukum oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia, manakala pada Julai 2011, Lion Air pernah digantung beberapa bulan atas faktor ‘on-time performance’ yang terlalu teruk,” katanya.


Berita lagi

Hot : Berita Yang Utusan dan TV3 Tidak Laporkan, Bandaraya Georgetown Terima Anugerah Bandaraya terbaik didunia...





Berita dari Pulau Pinang yang Utusan dan TV3 tak akan siarkan..

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Sdr Lim Guan Eng, semalam telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly.

Anugerah tersebut bersama sijil diterima oleh Yang DiPertua MPPP sendiri, YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Penganugerahan ini sebagai tanda pernghormatan yang cukup tinggi pentadbiran MPPP untuk menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai salah satu bandaraya yang terbaik didunia.


Ikhwan Mesir menolak tawaran kabinet

Penolakan pergerakan Ikhwan tawaran menyertai kabinet  PM Sementara berkata, beliau merancang untuk memulakan membentuk kerajaan baru selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin liberal.

updated 13:25 pm 10 Jul 2013

 

Beblawi, kiri, seorang menteri bekas kewangan, telah dinamakan sebagai PM baru dengan pemimpin interim Mansour,  [Reuters]


Ikhwan Muslimin telah menolak tawaran untuk menyertai kabinet peralihan Mesir, seperti baru interim Perdana Menteri Hazem el-Beblawi mengumumkan beliau akan memulakan tugas dalam membentuk kerajaan sementara sebaik sahaja dia bertemu pemimpin liberal.

Beblawi memberitahu agensi berita Reuters pada Rabu bahawa dia menerima bahawa ia akan menjadi sukar untuk memenangi sokongan sebulat suara daripada orang-orang Mesir untuk kerajaan baru.

"Sudah tentu kita menghormati pendapat orang ramai dan kami cuba untuk mematuhi jangkaan orang ramai, tetapi sentiasa ada masa pilihan, terdapat lebih daripada satu alternatif, anda tidak dapat memuaskan hati semua orang," katanya.

Sementara itu, parti liberal utama Mesir, Barisan Penyelamat Negara, menarik balik kenyataan sebelum ini menolak pelan peralihan kepada pemerintahan interim dan mengeluarkan kenyataan yang mengandungi kritikan yang lebih ringan, Reuters berkata.

10 Julai 2013

HOT ! KEDAH NEGERI YANG KAYA? DARI ' BN MENANG KEDAH SENANG ' KEPADA " KEDAH AMAN MAKMUR" .. KAYA SLOGAN KUT....

"Kedah Aman Makmur " - Jangan Jadi Slogan Syok Sendiri


Kedah tak pernah cemuih dengan slogan. Slogan, Tag Line dan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP) adalah kata-kata hikmat bagi


menyatakan keistimewaan dan kelebihan produk yang ingin dijual.

Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, 


setiap MB di Kedah  mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010".

Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera". Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru “Kedah Aman Makmur”.

Sejak tarikh pelancaran beberapa tinjuan telah dibuat atas initiatif beberapa orang rakan media untuk melihat sejauh mana mesej ini sampai kepada rakyat Kedah. Ternyata masih ramai yang terpinga-pinga ironinya bukan setakat rakyat biasa tetapi terdapat di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih tidak ketahuan tentang adanya slogan ini. Ia mungkin berlegar-legar 'suka sendiri' di kalangan ahli-ahli Exco dan kakitangan pentadbir negeri sahaja.

Pengarah Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hasan menyatakan pihak beliau sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.

"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya di dalam Utusan Malaysia 2/7/ 2013.

Kenyataan umum beliau ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang perancangan media yang strategik sebelum pengumuman dibuat dan ia lebih di lihat sebagai pengumuman ‘adhoc’ seperti melepas batuk di tangga.

Ketika asakkan gelombang BN untuk menguasai kedah sebelum pilihanraya dahulu mereka bangun dengan slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ bagai nak rak digempurnya sana sini. Kini apabila sudah berjaya berkuasa mengambil alih kerajaan Kedah slogan dengan visi yang begitu besar tidak dirasai oleh rakyat. Ianya bagai bisikan di angin lalu sahaja. Malah yang lebih jelas banyak lagi papan-papan tanda yang lokasinya 'prominent' masih terpampang slogan “Kedah Sejahtera”.


Kumpulan media di sekeliling MB, EXCO Penerangan dan jabatan-jabatan yang bersangkutan ternyata gagal memainkan peranan. Samada masih dibuai mimpi atau tidak ambil kisah atau letih dengan slogan atau buta dan tuli tidak pula diketahui.

Jangan sampai rakyat Kedah cemuih dengan slogan demi slogan. Malah yang lebih parah sekarang ialah slogan “Black 505” sedang di dalam proses indoktrinasi untuk mengambil tempat dalam minda dan jiwa rakyat sebagai persediaan pru 14 yang akan datang. Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.

~ MR 

HOT ! AWEK MELAYU CUN DARI DAP DILANTIK AHLI MAJLIS PERBANDARAN PP, BUAT BN NEGERI BENGKAK HABIS.....


BN persoal pelantikan gadis muda Melayu jadi ahli MPPP

Seorang gadis Melayu ahli DAP dari Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam, yang dikenali dengan nama Sdri Nur, hari Isnin lepas telah dilantik secara rasmi sebagai salah seorang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyebabkan beberapa blogger pro UMNO naik angin satu badan dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang dibawah kepimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng cuba nak bersendiwara.

Perlantikkan Sdri Nur jelas membuktikan tiada diskriminasi kaum dalam pemilihan Ahli-ahli Majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dimana Yang DiPertuanya adalah seorang wanita Melayu YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Perlantikkan Sdri Nur telah menutup ruang para juak-juak UMNO menjaja cerita yang Kerajaan PR Pulau Pinang anti Melayu.




GEORGETOWN: Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri kerana didakwa tidak telus.

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim, 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli Exco Negeri, Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, seorang pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.



Menurut laporan akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.

Chow berkata ia adalah prerogatif Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.

Setiausaha MCA negeri, Lau Chiek Tuan berkata, Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.

"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.


Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas.



Terkini ! Hazem el-Beblawi Dinamakan Perdana Menteri interim Mesir

Pemimpin interim Mesir  menawarkan peranan Ikhwan

Mansour berkata, beliau akan melantik Ikhwan Muslimin dan ahli Nour untuk jawatan menteri,  selepas PM baru dinamakan.


updeted : 10 Jul 2013 02:55am


Hazem el-Beblawi adalah baru Perdana Menteri interim [AFP]

Ikhwan Islam dan Parti Nour Islamis akan ditawarkan jawatan menteri dalam kerajaan peralihan, pegawai-pegawai telah berkata, ini akan dilaksanakan selepas pelantikan Perdana Menteri baru.

Hazem el-Beblawi, seorang ahli ekonomi liberal dan bekas menteri kewangan, telah dinamakan sebagai perdana menteri baru, jurucakap presiden, Ahmed al-Muslimani, katanya.

Ketua pembangkang Liberal dan pemenang Nobel Perdamaian Mohamed ElBaradei dinamakan naib presiden bagi hubungan luar, Muslimani berkata pada Selasa.

Perlantikan tersebut diikuti dengan pengumuman bahawa jawatan menteri dalam kerajaan baru akan ditawarkan kepada ahli-ahli Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwan Muslimin, dan untuk Islam Parti Nour yang tegas.

Media negara memetik seorang jurucakap presiden sebagai berkata: ". Tiada bantahan di semua termasuk ahli-ahli kedua-dua pihak dalam kerajaan"

Pentadbiran bergerak datang hampir seminggu selepas menumbangkan tentera Islam Presiden Mohamed Morsi dan memilih Ketua Hakim Adly Mansour untuk mengetuai negara dunia Arab yang paling ramai penduduk.

HAZEM EL-BEBLAWI


Perdana Menteri baru Mesir, Hazem el-Beblawi, adalah seorang ahli ekonomi liberal dengan reputasi sebagai teknokrat dan sejarah mengkritik rejim sebelumnya.

Malah sebelum revolusi, beliau adalah lawan vokal dasar ekonomi Hosni Mubarak: Dalam perbahasan 2009, beliau bercakap secara terbuka mengenai rasuah rasmi, dan menyalahkan kerajaan kerana gagal untuk membangunkan asas perindustrian Mesir.

Baru-baru ini, beliau telah menjadi kritikal baru-baru ini digulingkan Presiden Mohamed Morsi. Dalam temu bual bulan lalu dengan Berita Harian Mesir, beliau menyifatkan program ekonomi Morsi sebagai kegagalan.

"Sekurang-kurangnya yang boleh dikatakan ialah bahawa ia tidak betul-betul berjaya, dan ia tidak jelas," katanya."Morsi tidak hadir satu program yang jelas. Beliau menyampaikan ucapan-ucapan yang sama bahawa semua ahli-ahli politik membuat kira-kira pencapaian, pencapaian dan menarik pelaburan asing. "

Beblawi telah mengajar ekonomi di universiti-universiti, dan bekerja untuk Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Pembangunan Arab.

- Gregg Carlstrom

ElBaradei pada mulanya disebut-sebut untuk memimpin kabinet tetapi pencalonannya ditolak oleh parti Nour itu.

Beblawi kini menghadapi tugas yang amat berat untuk cuba untuk menyatukan kembali sebuah negara yang amat berpecah-belah dan menyelamatkan ekonomi tepung itu.

Ketua parti berkata ia masih mengkaji pelantikan ElBaradei ini.

Ikhwan Muslim, Sementara itu, enggan mengiktiraf presiden penjaga atau mana-mana keputusan beliau.

Tidak lama selepas parti Islam membuat kenyataan mereka, ketua tentera Mesir terus media kerajaan untuk mengatakan bahawa tentera tidak akan menerima politik "muslihat".

Menteri Pertahanan Abdel-Fattah el-Sissi berkata bahawa "masa depan negara adalah terlalu penting dan suci untuk manuver atau halangan, apa justifikasi".

Rangka tindakan diumumkan oleh Mansour adalah bertujuan untuk menggantikan perlembagaan kontroversi Islam-digubal yang dia digantung selepas rampasan kuasa minggu lepas.

Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk membuat penambahbaikan kepada draf akhir sebelum ia dikemukakan kepada referendum.

Pilihan raya parlimen akan selepas itu dalam tempoh tiga bulan dan Mansour akan mengumumkan tarikh untuk pilihan raya presiden sekali parlimen baru telah diadakan.

Kedua-dua Beblawi dan ElBaradei yang terkenal di tempat kejadian politik Mesir.

Beblawi, 76, belajar di Kaherah dan Paris, di mana beliau memperoleh doktor falsafah dalam bidang ekonomi.

Sepanjang kerjaya yang panjang, beliau bekerja di institusi awam dan swasta, kedua-dua di rumah dan di luar negara, termasuk sebagai ketua Bank Pembangunan Eksport Mesir antara tahun 1983 dan 1995.

Beliau juga pernah mengajar di beberapa universiti di seluruh dunia dan telah menulis beberapa buah buku dan artikel mengenai kewangan dalam bahasa Arab, Perancis dan Inggeris.

Beblawi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam "Revolusi Kabinet" selepas pemberontakan popular menyaksikan penyingkiran lama Presiden Hosni Mubarak.

Mesir majlis ketenteraan menolak peletakan jawatan Beblawi pada Oktober 2011, apabila dia berhenti sebagai protes atas pertempuran maut yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang mati.

ElBaradei, yang mempunyai sokongan daripada 30 Jun depan - satu gabungan beberapa kumpulan yang menentang Morsi - adalah dihormati di Mesir dan telah menerima anugerah tertinggi negara, yang Shas Nil, pada tahun 2006.

Bekas Pengarah agensi pemantau nuklear PBB, 71, mempunyai kerjaya yang lama di arena antarabangsa.

ElBaradei berkhidmat sebagai diplomat Mesir untuk Bangsa-Bangsa Bersatu dan kemudiannya sebagai pembantu kepada Menteri Luar Mesir. Beliau merupakan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa selama hampir 12 tahun. Dia dan IAEA berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2005.

ElBaradei telah disebut-sebut untuk menjadi timbalan perdana menteri baru minggu lepas, tetapi media Mesir kemudian menafikan laporan.

~ Aljazeera

Hot : Najib Keseorangan, Semua Menteri Dah Gasak Pungkok Najib? Mai Baca Tengok Pasai apa....[ +Video]


Kontroversi Akta Hasutan buat Najib keseorangan

Pertikaian yang semakin berlarutan sejak beberapa lama mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebenarnya makin memeningkan kepala Datuk Seri Najib Razak.

Bermula dengan penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang dibawah Akta Hasutan selepas pilihanraya umum lalu, episod mengenai mengenai akta ini, kini merebak menjadi virus yang menyakitkan bagi Najib.

Penangkapan yang berturutan dilakukan oleh kerajaan akhirnya menyebabkan pihak pembangkang mendesak Najib tidak lagi menggunakan akta itu kerana beliau sudah berjanji mahu memansuhkannya.

Sementara pihak pembangkang menuntut beliau menyatakan pendirian dan bertegas meneruskan pemansuhan akta yang dijanjikannya sejak Julai 2012 itu, desakan daripada dalam Umno pula mahukan beliau mengekalkan akta tersebut.




Pelbagai pihak dalam Umno melihat ia masih relevan untuk keharmonian dan keamanan negara.

Bermula dengan Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang bersuara lantang mahukan akta itu terus dikekalkan untuk kepentingan rakyat dan ketenteraman negara, beberapa pemimpin lain dalam Umno turut berpendirian sama dengan dengan beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang baru dilantik menganggotai kabinet juga sependirian dengan Zahid dan tidak setuju dengan Najib yang melantiknya sebagai menteri.

Bebeberapa Ahli Parlimen juga menyatakan pendirian yang sama bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu Akta Hasutan terus dikekalkan kerana berpendapat ianya merupakan suatu bentuk percegahan yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Malah Mahathir juga berkata, jika pun Akta Hasutan mahu dimansuhkan, kerajaan tidak harus berbuat demikian semata-mata kerana ianya dituntut oleh pihak pembangkang. Mahathir nampaknya benar-benar tidak sependapat dengan Najib.

Di peringkat akar umbi Umno dan kelompok Melayu juga ternampak gelombang yang main kuat mahukan kerajaan terus mengekalkan akta itu. Zahid terus mendapat sokongan dan pujian atas ketegasannya itu.

Setelah Mahathir juga sependirian dengannya dengan sama-sama mahu Akta Hasutan dikekalkan, geraf politik Zahid melonjak dua tiga takuk lagi.

Jika Najib mengikut arus yang mahukan akta ini terus dikekalkan, beliau tentunya akan dicop sebagai mungkir janji dan membakulsampahkan slogannya sendiri iaitu Janji Ditepati.


Reputasi dan wibawanya sebagai Perdana Menteri yang hanya mendapat sokongan 47 peratus undi rakyat, tentunya semakin bertambah buruk.
Pemimpin yang memungkiri janjinya sendiri tidak akan dipercayai oleh rakyat sampai bila-bila.
Tetapi jika Najib mahu terus menunaikan janjinya memansuhkan akta itu, masalah besarnya ialah sokongan terhadapnya makin menipis.


Sehingga ini hanya Datuk Seri Nazri Aziz yang bangun mempertahankan bahawa Najib akan terus komited mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang sebelum ini, Nazri bukan saja menyokong pemansuhan akta tersebut bahkan juga berpendapat Najib perlu menunaikan janjinya mengenai pemansuhan itu.

Sementara terdapat pemimpin Umno dan kerajaan yang lain cenderung untuk bersama dengan Zahid Hamidi mempertahankan akta kerana lebih suka dilihat kekal dengan perjuangan Melayu dan tidak mahu kehilangan sokongan rakyat, sebahagian yang lain pula lebih selesa berdiam diri.

Golongan ini bimbang jika menyatakan pendirian menyokong akta itu dikekalkan, ia akan dilihat seperti tidak bersama-sama dengan Perdana Menteri manakala jika menyokong pula agar akta itu dimansuhkan, risikonya ialah kehilangan sokongan rakyat dan dianggap lebih mirip kepada perjuangan pihak pembangkang.

Maka itu ramai yang memilih untuk berdiam diri asalkan perut dan jawatan terus selamat. Tidak hairan jika hanya Nazri seorang sehingga ini yang berani menyatakan pendirian berbeza.

Sementara itu, seorang menteri daripada MIC, S Subramaniam pula seperti buat-buat lupa mengenai pemansuhan Akta Hasutan dengan menyatakan ia hanyalah cadangan daripada Najib dan belum diputuskan apa-apa oleh kabinet.

Beliau juga terpaksa diingatkan kembali oleh Nazri bahawa perbincangan mengenainya sudah dibuat dalam mesyuarat kabinet dan komitmen Najib untuk memansuhkannya tidak pernah berubah.

Jelas bahawa Subramanian juga seperti terperangkap dengan dilema di antara mahu menyokong Najib ataupun mahu mengikut suara rakyat daripada kaum India yang juga mahukan akta itu dimansuhkan.

Semakin berlarutan isu dan polemik mengenai Akta Hasutan ini diperbincangkan dan selagi Najib tidak menyatakan pendirian tegasnya, selagi itulah isu ini terus menjerat Najib.
Beliau akan menjadi serba-salah untuk menentukan pendiriannya dan tidak menyangka isu pemansuhan Akta Hasutan yang tiba-tiba mewarnai atmosfera politik negara ini tidak menyebelahinya lagi.

Ketika beliau mengumumkan pemansuhannya pada Julai 2012 dulu, semua diam dan tidak membantah termasuk Zahid Hamidi tetapi kini semunya sudah berbeza.

Lebih-lebih lagi dengan pendirian Mahathir yang turut mahukan Akta Hasutan terus dikekalkan, dilema Najib lebih sukar untuk dirungkai jalan keluarnya. Najib seboleh-bolehnya akan cuba mengelak untuk berbeza pendapat dengan Mahathir, terutamanya menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini.

Perbezaan pendapat itu jika tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan melarat kepada pelbagai elemen lain yang boleh menjejaskan peluang Najib untuk terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Ia juga mungkin menjadi pendorong untuk terjadinya pertandingan segit dalam Umno yang akhirnya membawa kepada penyingkiran beliau daripada takhta kuasa.

Sebab itu, sejak beberapa lama isu ini berlarutan, Najib masih tidak berani menyatakan pendiriannya. Tetapi semakin lama beliau membiarkan isu ini menjadi perdebatan umum tanpa mahu menyatakan pendirian tegasnya, reputasinya di mata umum semakin tercalar.

Semakin lama berdiam diri, semakin beliau terbiar keseorangan manakala pihak pembangkang pula terus mengasaknya supaya tidak lupa pada janji yang pernah dibuatnya.

Hanya keberanian dan ketegasan Najib boleh menyelesaikan kemelut ini.
-


http://shahbudindotcom.blogspot.com, 10 Julai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...