13 Jun 2009

KONGRES KHAS 2009

PKR Lakar Masa Depan Lebih Dinamis, Demokratik, Kalis Rasuah


PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membahas dan meluluskan beberapa usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
Usul utama lain ialah memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti dan mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.
Naib Presiden PKR, R.Sivarasa yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, berkata, semua usul berkenaan dijangka diluluskan dalam kongres khas sehari itu.
Kongres akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.
Sivarasa berkata PKR mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.
Sehubungan itu, katanya, PKR akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.
“Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.”
(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia” kata beliau.
Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti,” katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini.
Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun.
Beliau berkata PKR akan turut melaksanakan sistem pemilihan baru yang lebih berwibawa dan berteraskan amalan undi sulit.
“Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti,” katanya.
Sivarasa berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.
Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.
Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.
Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.
“Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana PKR benar-benar mahu mejadikan sebuah parti yang bersifat nasional,” kata Sivarasa.
PKR kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih & progresif dan saksama”.
“Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal,” katanya.
Menurut Sivarasa, PKR juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, daripada lima kepada 7 orang.
PKR menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.

10 Jun 2009

TABIT YB!!!

DR HAMDAN MOHD KHALID : WAKIL RAKYAT BERWIBAWA

oleh Kedah Lama

Salam Sejahtera

Saya rasa dan terpanggil untuk mengkhabarkan kepada seluruh pengundi,
ahli dan penyokong PAS bahawa dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri
Kedah pada hari ini telah lahir seorang wakil rakyat yang cukup
berwibawa. Beliau ialah Yang Berhormat Dr Haji Hamdan Mohd Khalib,
ADUN Tanjung Dawai.

Agak lama saya mengenali beliau. Saat awal penglibatan beliau dengan
PAS, namanya tidak begitu menonjol dan dikenali ramai. Maklumkan
beliau bukan merupakan anak kelahiran Kedah. Berasal dari Ipoh Perak
dan pernah bersekolah di Kedah. YB Dr Hamdan sanggup melepaskan
jawatannya sebagai Doktor Kerajaan dan membuka kliniki sendiri.

Barangkali ramai yang tidak tahu kenapa beliau membuka klinik sendiri.
Sebabnya beliau mahu berbakti, mendekati dan membantu masyarakat,
terutama golongan miskin. Pengorbanannya terlalu banyak dan besar.
Beliau sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan PAS. Wang ringgit
dan harta benda serta keluarga diabadikan sepenuhnya untuk PAS.

Saya kira golongan ulama yang menjadi pendokong dan pejuang PAS pun
tidak mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh YB Dr Hamdan.
Beliau tidak memandang wang ringgit, pangkat dan harta benda sebagai
fokus utama dalam perjuangannya. Walau pun bergelar Yang Berhormat,
beliau masih mengekalkan cara hidup RAKYAT. Rumahnya sekadar untuk
berteduh bersama isteri dan 7 orang anaknya. Kenderaan beliau hanya
sekadar kereta usang berjenama CITREON yang sudah hampir 15 tahun.

Beliau merupakan EXCO Kerajaan Kedah. Bukan berlatar belakangkan
agama. Tetapi ZUHUD dan cara hidupnya amat mulai dan lebih hebat dari
mereka yang bergelar YB yang datang dari golongan USTAZ (Ulama).
Itulah bezanya beliau yang benar-benar memahami perjuangan PAS.

Saya pernah melihat beberapa orang YB dari Kedah yang berlatar
belakangkan agama, tetapi cara hidup dan pendekatan yang digunakan
jauh lebih teruk dari YB Dr Hamdan. YB USTAZ ini masih ramai yang
membicarakan soal duniawi. Soal rumah besar, soal kereta Mercedes,
soal wang, soal pangkat, habuan dan sebagainya.

YB Dr Hamdan merupakan antara wakil rakyat yang kerap turun padang dan
bertemu akar umbi. Sebagai seorang yang profesional, YB Dr Hamdan ada
jadualnya tersendiri yang dibuat secara sistematik. Lihatlah aktiviti
yang terpampang di dalam blognya. Cuba bandingkan dengan Yang
Berhormat lain. Sungguh jauh berbeza, ibrata antara langit dengan
bumi.

Tidak mustahil sekiranya PAS terus memerintah, YB Dr Hamdan adalah
orang yang paling layak diberi jawatan EXCO KANAN dan saya yakin
beliau mampu menjadi pemimpin yang benar-benar BERJIWA RAKYAT. Tidaki
seperti EXCO KANAN KEDAH yang ada pada hari
ini........................jarang-jarang nampak muka.

Ends.....

09 Jun 2009

UMNO MELUTUT???

Akhirnya UMNO Melutut Kepada PAS ?


Selama ini pemimpin Umno memandang rendah-hina terhadap Parti Islam Se-Malaysia. Ceramah dan kenyataan media oleh pemimpin Umno sebelum ini begitu mempersendakan PAS. tetapi bila Presiden PAS melaungkan 'Kerajaan Perpaduan' Datuk Seri najib Tun Razak terus menyahutnya.Johor Daily memandang dua aspek terhapad tindakan Umno yang 'menyembah' PAS kali ini.

1. Menurangkan ketegangan dikalangan akar-umbi Umno yang begitu marahkankan Najib diatas beberapa kekalahan Pilihanraya Kecil.

2. Memecah-belahkan Pakatan Rakyat termasuk golongan extrimis PAS itu sendiri.Apapun tanggapan marhaen, ia memperlihat maruah Umno kian pudar. Krebiliti pemimpin tertinggi Umno memperlihatkan parti mereka sudah hilang taring sehingga sanggup berkerjasama dengan musuh paling utamanya sebelum ini. Umno sudah hilang 'gah'nya.


Muktamar ke-55 yang berakhir semalam. Ia boleh diibaratkan Umno dan Utusan Malaysia bagaikan terpaksa melutut agar PAS menjayakan Kerajaan Perpaduan dengan segera , cadangan dari Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang . Umno tahu tiada gunaanya menentang PAS lagi kerana Umno tahu masadepan partinya sudah diambang kehanc

Penyokong akar-umbinya sudah mula memilih PAS dan PKR.Pemimpin atas mereka terpaksa bermalam dirumah penoroka Felda dan penduduk kampung bagi mengaburi mata rakyat Malaysia lagi. Najib percaya tindakan Ahmad Maslan tidak dapat membantu Umno. Dengan mengambil PAS sebagai sahabat sahaja dapat membantu menutup kes Altantuya dan pembelian kapal salam.Adakah ini hanya helah PAS , ataupun Hj. Hadi iklas ingin bersama membentuk kerajaan bersamaUmno.

Johor Daily beranggapan hanya Hj. Hadi yang mengetahui apa yang tersirat dengan laungan 'Kerajaan Perpaduan' ini.Tidak kelihatan PAS ingin memporbodohkan Umno dalam laungan 'Kerajaan Perpaduan'. Cuma Umno perlu melutut meminta maaf atas segala salah-silapnya . Najib mengerti Umno itu pasti rebah dan hancur jika berterusn menyerang PAS kerana parti itu mempunya jentera terkuatnya kini. Mungkin ini salah satu cara Najib menikam parti lawannya.

dari : http://johordaily.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...