IKLAN

IKLAN
Klik gambar

15 September 2012

Panas ! BN Johor Gelabah, Rakyatnya Terima Pakatan



SKUDAI - Insiden bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat yang disimbah cat di Tangkak, kelmarin dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang berasa tergugat dengan penerimaan rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mendisiplinkan penyokong mereka.

“Saya sering kali mengingatkan penyokong PR bahawa perbuatan seperti ini adalah provokasi samseng. Mereka mahu kita bergaduh, bertumbuk.

"Tapi kita takkan buat begitu. Kita akan tetap kalahkan mereka dan menawan Putrajaya," katanya.

Menurut Anwar, beliau juga kesal kerana berlaku ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

"Saya memang tidak bersetuju insiden pijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gambar Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) lagilah jangan pijak. Tapi kencing gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tak mengapa? Baling batu pada saya boleh?

"Itu menunjukkan ‘double standard’. 1Malaysia tapi dua undang-undang,” katanya dalam ceramah di hadapan kira-kira 8,000 tetamu bersempena Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat di kawasan parkir Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.



Pada majlis yang sama, beliau turut mengkritik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sebuah portal berita bahawa pihaknya tidak memberi jaminan terhadap keselamatan pemimpin PR yang berhadapan dengan perbuatan khianat dalam kempen jelajah pembangkang.

“Dia (Hishammuddin) mahu kerja atau tidak? Dia sepatutnya jaga rakyat, bukan jaga parti," katanya.


Anwar turut berkongsi pengalamannya dihalau ketika berkunjung ke negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), sedangkan PR tidak pernah melakukan sedemikian terutamanya apabila orang BN datang ke Selangor atau Pulau Pinang.

“Kita boleh tak setuju dengan Umno, MCA dan MIC tapi jangan cerca, tangkap orang, kemudian hukum dengan sewenang-wenangnya. PR mesti hormat kedaulatan undang-undang,” katanya sambil mengingatkan ribuan penyokongnya itu.

Siapa Dia Tan Sri Ibrahim Menudin...?



LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.

Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.


Beliau juga merupakan Tokoh korporat Umno Sabah yang hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang. Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.



Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo.

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.

Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009.


MENGAPA BELIAU KELUAR UMNO....

Rasuah, penipuan berleluasa punca keluar Umno



LABUAN 15 Sept: Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.

Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.

“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.

“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,” katanya
.

Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.

Tambahnya lagi, Labuan sebagai pusat kewangan pesisir antarabangsa kini berada dalam keadaan teruk akibat BN yang tidak bersungguh-sungguh menyediakan segala prasarana yang memuaskan hinggakan pelabur kini sudah perlahan-lahan meninggalkan pulau bebas cukai itu.

Beliau pernah memegang jawatan di DUN Sungai Sibuga, DUN yang kini diwakili Ketua Menteri, Musa Aman selain bertindak sebagai penggerak utama Umno-APCO di negeri tersebut
.

TERKINI! Bekas Bendahari Umno-APCO Sabah SAH Sertai PKR!


Bekas bendahari Umno-APCO Sabah yang juga Pengerusi Sabah Port Sdn. Bhd. Ibrahim Menudin mengisytiharkan secara rasmi keluar dari parti itu dan menyertai PKR.

Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta ribuan hadirin yang berada di tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat, Kampung Tanjung Aru, Labuan sebentar tadi.


Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang menguasai Sabah Port yang dimiliki kerajaan.



Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Sabah dan Labuan hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, mengikut jejak langkah Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran serta ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihanraya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula kini memiliki empat kerusi termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.

Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.

Tambahnya lagi, Labuan sebagai pusat kewangan pesisir antarabangsa kini berada dalam keadaan teruk akibat BN yang tidak bersungguh-sungguh menyediakan segala prasarana yang memuaskan hinggakan pelabur kini sudah perlahan-lahan meninggalkan pulau bebas cukai itu.

Beliau pernah memegang jawatan di DUN Sungai Sibuga, DUN yang kini diwakili Ketua Menteri, Musa Aman selain bertindak sebagai penggerak utama Umno-APCO di negeri tersebut.




BERITA BERKAITAN:

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.



Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.

Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.

Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.

Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.

Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.

TERKINI !!! Lagi Kejutan Di Sabah Sebentar Lagi





Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi memberitahu bahawa satu pengumuman penting mengenai perkembangan terbaru politik di negeri di bawah bayu akan dibuat pada jam 3 petang ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa lagi ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang dijangka akan keluar dari parti tersebut menjelang perayaan Hari Malaysia ke-49 yang akan disambut esok.

Sumber memberitahu bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Labuan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan peristiwa tersebut yang dijangka akan diadakan di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupung, Labuan petang nanti.

Kini Azmin berada di Labuan menunggu Anwar yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang.

Turut dijangka hadir Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Semalam, beberapa pembantu Azmin dihalang dari memasuki Sabah setelah notis larangan memasuki negeri itu diberikan, dipercayai bagi menghalang usaha tersebut dari terjadi.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam.

Dipercayai Perdana Menteri Najib sudah mengetahui perkembangan terbaru ini di mana kini berusaha bersungguh-sungguh agar peristiwa dua ahli parlimen BN yang keluar iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing tidak lagi berulang.

Najib dijangka berada di Sibu, Sarawak malam esok bagi perayaan Hari Malaysia.

Nantikan pengumumannya jam 3 petang nanti.

SEMENTARA ITU KETUA PENERANGAN UMNO MENAFIKAN :

‘Gelombang kecil di Sabah sudah terhenti’


Datuk Ahmad Maslan berkata ia hanya 'perang psikologi' parti pembangkang yang mula merasakan kebangkitan BN dan sengaja membangkitkan isu itu bagi menarik perhatian dan mengambil hati rakyat di negeri ini.


KOTA KINABALU: Umno menyifatkan apa yang berlaku di Sabah hanya gelombang kecil yang sudah terhenti.“Ia hanya ‘perang psikologi’ parti pembangkang yang mula merasakan kebangkitan BN dan sengaja membangkitkan isu itu bagi menarik perhatian dan mengambil hati rakyat di negeri ini.
“Pada pandangan saya, apa yang berlaku di Sabah ini tidak membimbangkan dan untuk makluman pemimpin kita di Sarawak dan Semenanjung, percayalah bahawa apa yang berlaku di Sabah ini hanyalah gelombang kecil yang sudah terhenti, kata Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak tertipu dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang terus meuar-uarkan kononnya ramai lagi pemimpin BN termasuk daripada parti itu akan menyertai mereka, sekali gus mencerahkan peluang mereka ke Putrajaya.
“Mereka sebenarnya hanya ingin menimbulkan perang psikologi, kononnya ada ramai lagi pemimpin BN akan menyertai Datuk Lajim (Ukin), bekas anggota Majlis Tertinggi Umno) dan Datuk Wilfred Bumburing (bekas Timbalan Presiden Upko yang kini menyokong perjuangan pakatan pembangkang),” kata Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Penerangan Umno bahagian Kota Kinabalu Junaidi Datuk Rahman di Luyang dekat sini malam tadi.

Tidak berlaku

Beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku kerana keadaan dan suasana politik di sini semakin tenang.“Kita amat yakin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman boleh mengurus dengan baik segala apa yang berlaku di Sabah.

`”Jangan risau kepada kepimpinan di Semenanjung dan Sarawak yang tidak dapat turun bersama di Sabah …. saya ada bukti dan melihat sendiri bukti jelas dan berdasarkan pengamatan saya turun ke Sabah, Saya yakin Umno dan BN Sabah terus utuh,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Sabah masih kekal sebagai kubu kuat BN.“Cerita-cerita bahawa BN akan kalah di Semenanjung dan Sarawak dan oleh itu orang Sabah kena ikuti apa yang berlaku di sana — hanyalah mimpi di siang hari”.

`Lintang pukang’

“Pada saya itulah hasrat pembangkang untuk memerintah Malaysia ini. Apakah mereka fikir kita akan berdiam diri? Kita tidak berdiam diri, Umno dan BN serta 13 parti komponen BN langsung tidak akan berdiam diri.

“Kita juga akan mempertahankan habis-habisan Putrajaya, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan semuanya kita akan pertahankan dan mana yang kita terlepas, kita akan berusaha untuk menawannya. Percayalah, jangan kita termakan dengan perang psikologi pembangkang,” katanya.
Ahmad berkata: “Empat negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang pun dalam keadaan lintang-pukang dari pelbagai segi dan inikan pula kononnya ingin menawan negeri-negeri yang di bawah kita”.

Mengenai pilihan raya umum, beliau berkata terserah kepada kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan tarikh atau masa yang sesuai.“Pada kita, bila-bila pun boleh, yang penting tahap kesiapsiagaan kita sudah mencapai tahap terbaik. Selalu kita tanya bila pilihan raya? Kalau persiapan kita sudah mencapai 80 hingga 90 peratus, apabila pembubaran diumumkan kita hanya tambah 10 hingga 20 peratus usaha untuk memperbaiki dan memantapkan lagi persediaan kita,” katanya.

Ahmad berkata seperti yang selalu dinyatakan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pilihan raya kali ini luar biasa, “maka persiapan kita juga kena luar biasa”.“Kita jangan pergi berperang dengan persediaan biasa kalau menghadapi perang yang luar biasa,” katanya.

Panas ! 7 Adun BN Sabah Akan Keluar Parti ?




Dalam congakan setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.


PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya.

Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh

Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.

Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.


Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.

Lagi maklumat tentang beliau klik sini [Sapura Kencana]

Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.

Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.

-milosuam.blogspot.com

14 September 2012

HOT !!! PERSIDANGAN UMNO SANDAKAN KECOH



PENGERUSI Tetap Persidangan UMNO Bahagian Sandakan, Sahari Ahmad (gambar) mempertikaikan mengenai Persidangan UMNO Bahagian Sandakan yang telah diadakan pada 9 September 2012 lalu kerana tidak menurut Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan UMNO.

Katanya, 80 peratus perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut merasa amat kecewa kerana Ketua-Ketua Cawangan dan para perwakilan tidak diberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat yang digunapakai selama ini.

Jawatankuasa Mesyuarat telah gagal atau sengaja memberi notis lewat kepada Pengerusi Tetap Persidangan bagi memaklumkan mengenai persidangan UMNO tersebut.


Sahari Ahmad yang menghubungi Sabahkini.Net melalui panggilan telefon semalam dari Kuala Lumpur menjelaskan bahawa beliau banyak menerima maklumat daripada Ketua-Ketua Cawangan dan para perwakilan yang mendakwa semasa hari persidangan tersebut; pihak penganjur tidak memasang bendera UMNO atau bendera Barisan Nasional (BN); sama ada di dalam dewan tempat majlis persidangan mahupun di kawasan luar Dewan Masyarakat Sandakan.

Bukan itu sahaja, kata Sahari lagi, barang-barang keperluan seperti alat tulis dan 'pocket files' yang berharga 50 sen sahaja dibekalkan bagi menyimpan naskah Laporan Mesyuarat Perwakilan 2012 yang diedarkan, jelas memperlihatkan betapa 'daifnya' pentadbiran Urusetia Pejabat UMNO Bahagian Sandakan.

Kata Sahari lagi, di dalam laporan tersebut yang telah disediakan senarai calon perwakilan 7 orang ke Perhimpunan Agung UMNO Pusat sedangkan terdapat permintaan agar ia dipertandingkan.

Selain itu juga terdapat bantahan daripada ahli yang ingin bertanding kerana pada masa pendaftaran pencalonan dijalankan Setiausaha Bahagian yang dipertanggung jawabkan kerap tiada di pejabat dan ekoran daripada kurangnya perhatian dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi yang diamanahkan.


Maka kata Sahari, keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah; serta menyulitkan ahli-ahli UMNO yang ingin mendaftar kerana hanya Setiausaha Bahagian sahaja yang dibolehkan menerima pendaftaran.

“Satu perkara lagi, saya dapat maklumat daripada rakan-rakan UMNO di Sandakan, perkara ini kata mereka bukan sahaja amat menyedihkan, tetapi amat memalukan atau memang perbuatan disengajakan.

“Upacara menyerahkan cenderakenangan kepada Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan cenderahati tersebut dan kemudian digantikan dengan buah tangan benbentuk buah-buahan yang baru dibeli di Pasar yang dalam keadaan kelam kabut,” jelasnya.

Selain itu kata Sahari, maklumat yang seterusnya diterima daripada ahli-ahli UMNO Sandakan pada mulanya persidangan yang dijalankan dalam keadaan senyap sunyi; tiba-tiba bertukar menjadi riuh rendah dan panas kerana salah seorang perwakilan iaitu Zamir Hj Osman yang membahas usul mengenai ekonomi di majlis persidangan tersebut telah diganggu.

“Dalam usul yang dibentangkan Zamir, menyatakan bantahan kerana terdapat projek yang dipohon oleh Ketua-Ketua Cawangan melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dialibabakan kepada kontraktor Cina. Sudah tiadakah kontraktor bumiputera dalam UMNO Sandakan yang mampu mengendalikan kerja-kerja berkenaan. Apa motif dan agenda sebenarnya Ketua Bahagian UMNO Sandakan?


“Kami selaku ahli UMNO Sandakan tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). saya harap sebaik sahaja tersiarnya berita ini di Sabahkini.Net, saya harap SPRM menjalankan siasatan kerana laporan rasmi telah dibuat. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memberikan senarai nama orang yang menjadi dalang penyelewengan ke atas projek-projek tersebut," ujar Sahari lagi.

Panas ! Muhkriz Mengeluarkan Kenyataan Yang Memalukan Beliau dan Kementerian

Penurunan harga kereta, soalan mudah pun Mukhriz tak boleh jawab - (Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli)


Mahathir ‏@MukhrizMahathir
#PRlies hapus duti eksais harga kereta turun. Buka bidaan utk AP harga naik balik. Cerdik sungguh @rafiziramli ni

Saya mengalu-alukan maklum balas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN menang pilihan raya akan datang.

Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.

Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?
Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan. Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.

Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.

Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada 2 komponen kos tambahan. Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30% dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.

Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman YB Tony Pua membeli sebuah kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen. RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85%, cukai jualan 10% dan duti import sebanyak 30%.

YB Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.
Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.


Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. Lagipun, hanya 10% dari kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

Justeru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain. Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh YB Tony Pua membeli keretanya. Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10%.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu. Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan bermula dari RM30,000).

Sudah tentu YB Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu. Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.

Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian.

Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah. Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.

Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50% walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka). Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.

Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Datuk Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

(Rafizi pernah mengaudit beberapa syarikat kereta)

Terkini ! Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Lagi, Kali Ini Di Masjid Jamek Tangkak


Tangkak 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid lantas.

Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.
-KD


Juga Ada Sekumpulan 20 ahli Patriot berdemonstrasi di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak.


Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot.

Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN

Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak ‘Hidup Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’ dengan lantang.

Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.
Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.


MENYUSUL LAGI

Panas ! Bakal MB Kedah Jenis " Otak Sempit ".....

Rafizi: Mukhriz tidak faham sistem AP

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Mukhriz Mahathir tidak faham “bagaimana kereta dijual” dan sistem permit import kereta (AP) yang diluluskan kerajaan ke atas kenderaan yang diimport dari luar negara.


Kenyataan Rafizi (gambar) tersebut dilontar semasa satu siri forum “Kurangkan Harga Kereta” malam tadi dan menyifatkan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir tersebut “sudah jelas tidak memahami mekanisma pasaran terbuka”.

“Kami menunggu selama dua bulan respon daripada Mukhriz kepada cadangan kami. Beliau adalah salah seorang yang mengawal sistem AP ... dua bulan dan saya sudah berputus asa.

“Tetapi sekarang, beliau membalas dengan mengatakan cadangan kami untuk mewujudkan tender terbuka AP tidak akan mengurangkan harga kereta. Saya yakin Mukhriz tidak memahami bagaimana kereta yang dijual.

“Saya juga fikir dia tidak memahami sistem AP dan sudah tentu tidak memahami mekanisme pasaran terbuka ... dia telah dikurung dalam satu persekitaran terkawal terlalu lama,”
kata Rafizi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

PKR pada minggu lalu telah mencadangkan untuk mewujudkan tender terbuka sebagai sebahagian pelan untuk mengurangkan yang beban cukai tiga kali ganda dikenakan ke atas kereta yang dijual jika PR memerintah.

Dalam cadangan tersebut, Rafizi menjelaskan kira-kira 70,000 AP tersebut jika diberikan secara tender terbuka ia akan memberi pendapatan kepada kerajaan sebanyak RM3 bilion.

Malahan menurut Rafizi lagi sistem baru ini akan mengimbangi sebahagian daripada RM7 bilion yang dijangkakan kerugian tahunan akibat daripada pelan PR untuk mengurangkan duti eksais yang didakwanya dikenakan setinggi 105 peratus.

Cadangan tersebut sebaliknya mendapat kritikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri dengan mengatakan ia tidak logik memandangkan tender terbuka akan menyebabkan harga setiap AP naik lebih tinggi daripada berbanding dengan harga kini yang dikenakan kerajaan iaitu sebanyak RM10, 000.

Namun, Rafizi tetap bertegas dengan pendiriannya tender terbuka akan membantu meningkatkan pendapatan kerajaan.

Mengulas lebih lanjut, wakil dari DAP Tony Pua menegaskan bahawa dengan tender terbuka AP, keuntungan daripada jualan permit akan pergi terus ke dalam poket kerajaan.

“Kita semua tahu bahawa 80 peratus AP pergi kepada 20 peratus syarikat yang memohon untuk mereka,” katanya.

Pada forum itu juga, ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan wakil dari IDEAS, Wan Saiful Wan Jan juga menyokong dengan cadangan tersebut dan menolak tanggapan yang mengatakan ia akan hanya menyebabkan kesesakan walaupun ketika ini masalah tersebut masih belum selesai.

Rafizi juga mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan “polisi kitar semula kereta” di Malaysia sebaik sahaja harga kereta diturunkan bagi menangani masalah lambakkan kereta di atas jalan raya.

Di bawah polisi itu, kenderaan yang mencapai umur sepuluh tahun akan perlu dijual atau dibaikpulih.

Semasa forum itu juga, Dr Dzulkefly juga menegaskan bahawa pelan PR untuk mengurangkan harga kereta dengan pemotongan cukai akan membantu mengurangkan hutang isi rumah, yang kini berada pada RM653 bilion, atau 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Komen Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berhubung permit import (AP) kereta menunjukkan beliau tidak tahu menahu berhubung pasaran kereta, kata Pakatan Rakyat.

Bertentangan dengan dakwaan Mukhriz, anggota parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, pelelongan AP kereta tidak akan menjejaskan harga kereta.

Sebaliknya, katanya, ia akan menyalurkan hasil terus kepada simpanan kerajaan dan tidak kepada pemegang konsesi yang menjadi "rakan baik" dengan kementerian yang menjual AP.

"Ini jelas. Saya tidak fikir beliau faham tentang permit AP dan mekanisme pasaran terbuka," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam forum di ibu negara malam tadi.

Mukhriz Mahathir semalam menyindir idea pembangkang bahawa pelelongan AP bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

Panas ! Ekonomi Bagus...10,200 Graduan Pendidikan Belum Ditawar Kerja...???



10,200 graduan pendidikan belum ditawar kerja....Ekonomi Bagus..Guru Sekolah Cukup...Gomen Ada Duit Lebih...!!!!


NILAI - Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada hari itu.

"Ada timbul isu masalah pengangguran bagi graduan pendidikan kerana selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah, mereka tidak ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.

"Bagaimanapun, kita sudah dimaklumkan masalah ini dan jalan penyelesaian telah pun diambil namun ia hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan nanti,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Politeknik Nilai di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk para graduan tersebut, Mohamed Khaled berkata beliau sendiri tidak mengetahuinya, namun berharap ia merupakan khabar gembira kepada para graduan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementeriannya kini dalam usaha untuk memantapkan mutu program pengajian di politeknik iaitu dengan menawarkan lebih banyak program-program pengajian peringkat ijazah.

Katanya, pada tahun ini, politeknik menawarkan lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan dan menerima 12,000 permohonan daripada pelajar.

"Program pengajian ijazah ini dilaksanakan sama ada secara berkembar dengan institusi lain, secara anugerah bersama dengan institusi lain yang setara atau program pengajian yang dibangun dan dilaksana sendiri oleh politeknik.

"Apabila jumlah program peringkat ijazah sudah banyak, berkemungkinan kita akan mempertimbang mana-mana Politeknik untuk diangkat menjadi Kolej Universiti atau Universiti," katanya.- Bernama

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam



KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula.

“MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu,” kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily.

MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran.


Seperti yang lazim, PAS Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan kaunter makanan mengikut gender tetapi para pengunjung boleh duduk di mana-mana meja saja.

“Mereka yang hadir secara berkeluarga boleh duduk di meja bulat. Kaunter ambil makanan ini satu galakan dan bukan paksaan,” kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa.

Hari ini di akhbar NST, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Senator Datuk Yeow Chai Thiam meneruskan lagi serangan dengan menuduh bahawa amalan berdasarkan akhlak Islam tersebut mendatangkan “inconvenience” (kesusahan) kepada bukan Islam.

“Saya merasa benda ini tidak sepatutnya dikenakan kepada bukan Islam yang menghadiri majlis seperti ini,” kata Yeoh.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata orang Islam ada akhlak dia tersendiri dalam mengendalikan majlis seperti ini.

Mustafa menyindir bahawa kalau “MCA nak duduk siang-malam dengan siapa-siapa dalam satu bilik, ikut MCA-lah” tapi menegaskan bahawa orang Islam mempunyai akhlak Islam dan ketimurannya sendiri,





“Akhlak ketimuran ini ada pada semua kaum, tapi akhlak MCA kita tak pasti,” kata beliau.

Para pemimpin MCA, katanya, sudah tiada modal (substance) dan terpaksa bergantung hidup pada isu-isu sebegini untuk mencari sokongan.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut mempertikaikan akhlak wanita Islam yang enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Chua dan MCA telah menyerang calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman atas alasan beliau tidak mahu bersalam dengan kaum lelaki.

Malangnya, perkara itu turut disokong parti Melayu terbesar Umno, yang tidak melakukan sebarang teguran kepada MCA seperti dalam isu serangan majlis Hari Raya ini.

13 September 2012

Panas ! Pendedahan CEO Shafie Apdal..Yang Kaya Raya..?


SPRM WAJAR SIASAT C.E.O SHAFIE APDAL!

TIDAK siapa menduga dengan gaji kecil dan berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pemuda MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, mampu hidup mewah ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia masih berada dalam lingkungan YB PPRT!

Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan menjalankan siasatan sekalipun beberapa laporan rasmi telah dibuat terhadap Wilfred Yong; termasuk enggan mengarahkan 'Macai Shafie' ini membuat pengisytiharan harta.

Wilfred Yong @ Wilfred Bin Apdal bolehlah dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengawal Kewaangan bagi syarikat Golden KKLW Berhad (111111-A) iaitu syarikat hanya wujud dalam kepala Shafie dan Wilfred; tetapi belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak perlu menggunakan kanta pembesar Sherlock Holmes atau menggunakan khidmat James Bond untuk menyiasat kes kemewahan, penggubahan wang haram dan pelarian cukai oleh Wilfred Yong dan mungkin juga menjadi proksi menterinya.

Sebagai Setiausaha Politik; tidak mungkin Wilfred mampu memiliki dan memandu Ferari (kereta baru); Maseratis, Porche Panamera yang kesemuanya bernilai RM5 juta. Kekayaan luar biasa Wilfred Yong ini tidak termasuk dua unit Apartment Mewah berdekatan KLCC yang bernilai lebih RM10 juta.

Saya tidak terkejut jika laporan Sabahkini.net sebelum ini bahawa Shafie Apdal telah melantik 'isteri kedua'nya Zahida Mohd Rafik untuk menyimpan semua hartanya di luar negara termasuk rumah mewah di London yang bernilai RM10 juta dan wang tunai RM3 billion di Swiss Bank.




Namun tidak mungkin hartanya juga disimpan oleh Setiausaha Politiknya, Wilfred Yong; terutama kereta mewah, rumah dan wang tunai kerana Wilfred Yong mendakwa semua itu hasil kerja kerasnya selama ini.

Memang diakui ramai termasuk juga Pegawai Penyiasat SPRM bahawa kebanyakan projek khas dan mewah KKLW dilaksanakan oleh salah seorang lagi 'Macai Shafie' yang jarang muncul di khalayak ramai iaitu Winston Garet Majaham (Emas Ramai Sdn.Bhd) yang menyimpan dana politiknya; tidak termasuk Presiden KDM Malaysia (Agen GESTAPO Shafie) Datuk Peter Anthony (Asli Jati Engineering Sdn.Bhd) yang mendapat kebanyakan kontrak runding terus atau terhad KKLW.

Ketiga-tiga mereka ini, Wilfred Yong, Winston Majaham dan Peter Anthony adalah 'Menteri' dalam Kabinet Bayangan Shafie di KKLW. Isu ini bukan menjadi rahsia lagi di kalangan kontraktor di KKLW.

Mengikut modus operandi yang dikesan selama ini, setelah kontraktor dipilih (tender tertutup atau terhad), Shafie akan mengarahkan proksi atau bill collectornya memungut antara 20 hingga 60 peratus daripada nilai projek Top-Up.

Beberapa bill collector yang telah dikenalpasti ialah Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, Hamid Apdal, Marzuki Nasir (anak Nasir Tun Sakaran) Datuk Christopher Chiew, Azis Jamman, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said, Wilfred Yong dan sebagainya.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar SPRM dibubarkan sahaja jika tidak mampu menjalankan siasatan dan mendakwa Wilfred Yong dan bossnya, Shafie Apdal yang telah disahkan oleh SPRM mendapat sejumlah wang daripada projek 'Top-Up' Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi.


Oleh - C.K.ABDULLAH

Rumah Zahida Rafik yang diperkatakan bernilai lebih RM3.0 juta

Panas !!! Korupsi...Siapa MR. 40 % ....Akan Didedah

Korupsi di M’sia sudah membarah : SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.



PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.
Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000.

Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan.Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri.

Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan.

“Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.


Usaha tutup korupsi Scorpene

Sementara itu, CheguBard mendakwa siasatan yang dilakukan terhadap sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ialah satu usaha untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam Scorpene termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing.

“Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, Suaram diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata kerana menerima dana dari luar.



“Nampak sangat kerajaan BN menjadi panik dan ketandusan isu berdepan Suaram,” jelas beliau.
Beliau berkata, bukannya suatu perkara yang asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju.

Bantuan dan dana katanya, juga datang dari badan korporat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung.Jelas beliau, “ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan BN seolah-olah menjadikan perkara ini asing dan amat salah, khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka).

“Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan Bernas, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing.
“Lebih dashyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian Scorpene, ini juga didiamkan,” ujar beliau.

Syaitan Dikenali...Berani anda serah anak dara pada perogol yang kita kenali...?


Sokong BN seperti duduk dalam gelap -Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam, kata Dr Badrulamin Baharon.


SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Badrulamin Baharon menyifatkan orang masih menyokong Barisan Nasional (BN) adalah orang yang duduk di dalam kegelapan.

“Pakatan Rakyat tawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat daripada BN. Kita (Pakatan Rakyat) sudah berjanji akan menurunkan harga minyak jika kita memerintah kerajaan pusat nanti. Kita juga berjanji akan menurunkan harga kereta. Tetapi kenapa ada orang yang masih tidak suka kita?

“Nak juga harga minyak mahal, nak juga harga kereta mahal. ‘We have better offer than BN’. Tetapi ada orang yang masih mahu menyokong BN.“Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam,” kata Badrulamin di majlis makan malam anjuran PKR di Seremban malam kelmarin.

Bercakap di hadapan lebih 300 hadirin, Badrulamin berkata ada tiga kategori orang yang hidup dalam kegelapan.

“Yang pertama orang miskin. Pemberian RM500 yang baru sekali dalam tempoh 50 tahun adalah pemberian yang sangat besar kepada mereka.

“Kategori kedua adalah orang yang jahil. Orang yang contohnya tak datang masjid, orang yang tak ada maklumat atau tak ada maklumat alternatif. Contohnya hanya membaca akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia.

“Pernah kami jumpa seorang makcik di Selangor yang tidak tahu bahawa Menteri Besar Selangor sekarang ialah Tan Sri Khalid Ibrahim “Makcik tersebut anggap Dr Mohd Khir Toyo masih Menteri Besar Selangor. Kalau makcik itu tidak baca akhbar pun tak kan anak-anak beliau tidak memberitahu. Ini kategori orang yang tidak ambil tahu.

“Kategori ketiga yang menyokong BN ialah orang yang sombong. Sudah tahu keburukan BN tapi sanggup pertahankan keburukan BN itu,
” katanya.

Badrulamin turut menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata ‘adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali daripada menyokong malaikat yang tidak dikenali’.“Saya nak tanya boleh kita serah anak dara kita pada perogol yang kita kenali?,” sindir beliau.



‘Cakap saja curi’




Sementara itu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ucapan beliau mempertikaikan keperluan projek MRT Sungai Buloh–Kajang.“Tidak ada siapa yang minta projek ini. Ramai kata ‘traffic jam’.

Dengan membina empat atau lima flyover dengan kos anggaran RM1 billion, untuk 15 tahun lagi masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini boleh diatasi.
“Pada mulanya projek ini dianggarkan kosnya RM37 bilion dan kini kosnya dikatakan telah mencecah kepada RM100 bilion,” kata beliau.

Abdul Kadir turut menggamatkan dewan hotel apabila mengulas isu ketirisan dalam urusan kewangan kerajaan atau negara.“Tak payah lah guna istilah ‘ketirisan’ lah atau ‘leakage’ lah. Ini apa ni.. cakap saja curi!,”
kata Abdul Kadir dengan sinis.

Panas ! P’satuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta


KUALA LUMPUR 13 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.
“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya.


Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.

Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.

“Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini,” kata Khoo.

Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk.

“Kereta terpakai juga patut dieksport seperti yang dilakukan kebanyakan negara,” katanya.

Tambah beliau, peraturan kenderaan berat seperti lori yang melebihi lima tan perlu mendapat permit harus dihapuskan.“Ia hanya mengecilkan pasaran lori dalam negara. Cuma negara kita yang ada peraturan sebegitu,”
kata Khoo lagi.

KEADILAN mengambil serius pelaksanaan penurunan harga kereta justeru pelbagai kempen dilakukan bagi meningkatkan kesedaran rakyat bahawa harga kereta di Malaysia boleh diturunkan.Bermula Ogos lalu, pelekat kereta kempen Turun Harga Kereta telah diagihkan di seluruh negara dan ternyata orang ramai terutama golongan ‘atas pagar’ menyokong usaha itu.



Langkah seterusnya adalah membincangkan kaedah terbaik bagi merealisasikan cadangan itu secara umum bermula di Forum Turun Harga Kereta malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada jam 8 malam.

Selain Rafizi, forum itu menampilkan lain-lain panel seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Wan Saiful Wan Jan, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Nik Nazmi bertindak sebagai moderator.

Panas ! Towkey Ikan Bakar Sekinchan dah Kantoi...Mohon Maaf kepada Pelanggan Semua...




Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.




Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.


Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong.

Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!!

Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.


Mamat nie dah angkat tangan...Wa rasa bagi lah dia peluang kerana dia telah lakukan Tranformasi Sikap dan sudi mohon maaf....

12 September 2012

HOT!!!!! Sakan...Sakan.... Penari Tiang Versi PERKASA (VIDEO INSIDE)


Aduhai makcik ni.. Sedey aku tgk video die terpekik2 terlolong sambil buat gaya tarian tiang versi PERKASA. Makcik, baik makcik maen kuali dah la kat dapur. Terpekik2 kt masjid, xmalu ka?.. Kat rumah Allah makcik pekik macam orang gila sawan, ingat Allah x murka la ka?

Cuba klo orang lain pekik kat umah makcik, confirm bengang dah, ni pulak rumah Allah makcik buat macam tu. Orang yang dok buat kacau kat masjid tu bagaikan sanggup ikut hsutan syaitan laknatullah.. xtau la, malaikat dok laknat bg org yg mncemarkan kesucian masjid..




Sungguh memalukan selepas tonton video tu, haprakk umno! Kesiann ngan cai2 yg makan upah mnjerit dapat la 25 hengget! Kesian tgk makcik ni, ntah berapa sen lah dpt upah utk buat kerja bodoh ni... Kalu x nak masuk masjid, janganlah mengganggu majlis ilmu dlm masjid!! Yg nk tunjuk sgt bodoh tu kenapa? Cuba la simpan2 ckit bodoh bangang tu... Malu kat cucu la kalu cucu dia yg paling kecik tu tgk.. Mesti malu nk mengaku nenek..



MARILAH KITA BERHIBUR DENGAN SALAH SEORANG WANITA PERKASA YANG TERPEKIK TERLOLONG MASA DI MASJID PUMPONG, ALOR STAR, KEDAH SEWAKTU DSAI MEMBERI CERAMAH DI MASJID TERSEBUT...
.



Sumber: Erapasca

Memalukan orang Kedah...mana Mad Bashah...macam nie kelaku hangpa angkat bungkus le BN nak menang di Kedah...kalau hangpa ikut brahim ali & Tun lagi awai...hangpa ruyupppp....



HOT !!! Ingat di Mexico rupanya di Malaysia , Dadah untuk 2.2 juta penagih dirampas



Polis Johor tahan 7, rampas dadah RM68 juta

12 September 2012
MUAR - Polis Johor menahan tujuh suspek dan merampas dadah seberat 1.17 tan metrik bernilai RM68 juta, iaitu rampasan terbesar di Johor setakat ini, menerusi beberapa operasi di sekitar bandar ini pada Ahad.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi dilakukan di tiga unit pangsapuri di Pangsapuri Pemandang Tanjung, Jalan Junid dan dua rumah di sekitar kawasan itu pada pukul 6.30 pagi.

"Suspek lima lelaki dan dua wanita yang berumur 24 hingga 50 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket mengedar dadah dengan menjadikan dua unit rumah di pangsapuri itu sebagai makmal memproses barangan larangan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini hari ini.

Beliau berkata dadah yang dirampas ialah 34.045 kilogram syabu, heroin (13.915 kg), ketamin (41.825 kg), ecstasy (392.540 kg), Eramine 5 (30,500 biji) dan kafein (698.875 kg).

Selain pelbagai peralatan memproses dadah, polis turut merampas sepucuk pistol dan tujuh butir peluru, wang tunai RM9,268, barangan kemas bernilai RM6,704, sebuah Toyota Estima dan kereta jenis Peugeot, katanya.

Katanya dadah yang dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan luar negara itu mampu menampung 2.2 juta penagih.

Menurut Mohd Mokhtar, sebuah daripada pangsapauri terbabit dijadikan tempat menternak ikan kelisa untuk jualan dengan dilengkapi lebih 100 akuarium untuk mengaburi mata jiran dan pihak berkuasa.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati tiga daripada lima lelaki serta dua wanita berkenaan positif dadah jenis metaphetamin.

"Semakan rekod mendapati dua daripada lima lelaki itu juga mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 335 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya semua yang ditahan itu direman sehingga Ahad ini dan polis menggiatkan usaha untuk mengesan saki-baki anggota sindiket itu yang masih bebas.



Kisah Rampasan Dadah terbesar didunia !



SEJUMLAH 10,000 bungkusan dadah seberat 105 tan, yang dianggarkan bernilai lebih dari AS$340 juta, di pasaran Amerika, dirampas askar Mexico, hari ini. Rampasan di daerah termiskin Tijuana, sempadan San Diego, California, merupakan rampasan terbesar melibatkan 11 pengedar berjaya ditahan. - Foto AP

TIJUANA, Mexico: Pihak keselamatan Mexico merampas 105 tan marijuana di bandar sempadan Tijuana selepas pertempuran dengan penyeludup dadah.

Menurut pihak tentera, rampasan itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.




Panas ! Polis Terperangkap Dalam Kumpulan Samseng , Sah Mereka Terlibat dalam Provokasi Serang Bas ...??

Polis ada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat





KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.
Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.



Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

Langat 2 : Kerajaan Pusat " Jangan Langgar Lari "



LANGAT 2 : Jangan Salahkan Kerajaan Negeri Jika Perlaksanaan Tertunggak

SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.

Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.

Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.

“Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

“Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini,” jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco.

Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini.

Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.

“Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.

“Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang ‘bidding’ namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).

“Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini,” tegas beliau ketika ditemui.

Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.




Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan - tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

Kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kelulusan untuk projek Langat 2 atas alasan ia mesti dirundingkan bersama dengan langkah penstrukturan semula air di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkeras bahawa dua isu tersebut perlu dibincangkan secara berasingan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada bulan Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk pergi meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberitahu jawatankuasa itu untuk meneruskan tender tersebut walaupun ditentang oleh Selangor.

Selangor menentang projek itu, yang termasuk bekalan air paip dari Pahang, kerana ia berpendapat bahawa negeri itu mempunyai bekalan air yang lebih daripada mencukupi.

Projek Langat 2 dianggarkan menelan kos RM8.7 bilion dan akan digunakan untuk merawat air yang disalurkan dari Pahang melalui terowong sepanjang 45km.

Selangor cuba untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyusun semula syarikat itu sebelum menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan.

11 September 2012

GEMPAR ! SAHAM FELDA KRITIKAL.....


Berita baru terima : Pengerusi pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWAP, Lembaga Tabung Haji dan syarikat-syarikat kerajaan MENERIMA TEKANAN HEBAT supaya membuat pembelian besar-besaran bagi menyelamatkan FGVH dari terus merudum.

Diminta pemimpin2 PR alert isu nih.. tekan kat PARLIMEN besok soal mereka yg SEMBERONO guna wang pembayar cukai ni... jangan korek lobang,tutup lobang!!!DAH BUAT SILAP TU NGAKU JER!!! Juga minta Bloger pro-PR mainkan Isu ini....tu je senjata yang ada......


SAHAM FELDA KRITIKAL !!

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.


Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis. - mkini



-Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...