13 Oktober 2012

Aset, tanah KTMB RM50 bilion bakal lesap


 KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan.

“Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.

“Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu.

Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp.

“Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

“Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit,”
kata Syed Shahir.

KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini.

Kantoi ! Rompak Mesin ATM, Hanya Berlaku Di Malaysia Jarang Diluar Negara - Pakar Keselamatan

Kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera.



 Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.

Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.

"Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita.

Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

"Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya.

Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. - Bernama

Komen : Alasan faktor keselamatan mesin ATM boleh dipertikai kerana 
kejadian seperti dikawasan yang ada ciri-ciri keselamatan yang 
canggih juga berlaku,   anda boleh tengok DISINI 

TERKINI ! KOMPLOT AGENDA BN mainkan isu Soros- Pakatan Terbongkar....



Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan


 
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik

BERITA LANJUT  SINI

Panas ! Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros


Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu.

Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.
Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Mal
aysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir.

Kantoi ! Undi Najib Sama Undi Soros...Kata Tun Mahathir

KANTOI! Najib Altantuya Mengaku Jumpa Soros! Mahathir pun kantoi jadi sah umno mempunyai pemimpin paling hipokrit didunia....wooiii hangpa nak sokong lagi ke.....

Akhirnya, setelah terbongkar kelmarin seperti yang didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Perdana Menteri Najib mengesahkan bahawa dia mengaku telah bertemu dengan spekulator matawang keturunan Yahudi, George Soros di New York dua tahun lalu.
Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997-98.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib Altantuya yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihati Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib Altantuya berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

Tetapi yang menjadi persoalannya;

1) Mengapa setelah dua tahun berlalu dan didedahkan baru hendak mengaku?

2) Apakah muslihat di sebalik pertemuan yang konon didakwa Najib Altantuya sebagai pertemuan biasa dan sebagai kunjungan hormat? Mengapa perlu berjumpa secara tertutup di sebuah hotel mewah, The Plaza Hotel dan bukannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana Najib Altantuya merupakan ketua kerajaan dan Soros hanyalah seorang penyangak matawang?

3) Jika benar dakwaan Najib Altantuya bahawa Soros yang melakukan kunjungan hormat, mengapa pula dia yang datang ke hotel tersebut sedangkan sepatutnya Soros yang mesti berjumpa dengannya dan menanti kehadirannya?

4) Siapa Najib Altantuya di mata Soros? Perdana Menteri British? Perdana Menteri Australia? Perdana Menteri Kanada? Tidak! Najib Altantuya hanyalah perdana menteri Malaysia yang tidak mendapat mandat dari rakyatnya sendiri yang tidak punya apa kekuatan jauh sekali keberanian, malah hendak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun dia sanggup ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu!

5) Apa keistimewaaan Najib Altantuya berbanding Mahathir di mata Soros? Mahathir berjumpa Soros pada 2006 setelah bersara pada 2003 sedangkan Najib Altantuya jumpa semasa dia masih lagi PM pada 27 September 2010. Apakah Najib Altantuya menyindir Mahathir kunun dia lebih tinggi darjat di mata Soros?

6) Di mana suara-suara PERKASA, PAKIDA, GAPS, Badan Bertindak Selamatkan Melayu, PPIM, Ibrahim Ali, Hasan Akidah, Nasharuddin Mat Isa, Hamidzun Khairuddin, Shaik Hussain Mydin dan NGOk-NGOk pro Umno menentang perjumpaan Najib Altantuya yang mereka sangat kagumi itu? Dengar khabar Ibrahim Ali mengamuk sebab Najib Altantuya tak bawa dia sekali jumpa dengan Soros? Benarkah dakwaan itu?

7) Sudah sampai masanya ahli Umno seluruh negara keluar beramai-ramai kerana pemimpin Umno seperti Najib Altantuya dianggap hipokrit kerana sudah dikawal dengan taburan wang dan diugut supaya terus menyokong Yahudi menyembelih umat Islam di Palestin sedangkan kununnya Najib Altantuya adalah pemimpin bersih dari sebarang skandal termasuk didakwa berkhalwat dengan Ziana Zain dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu. - JP

12 Oktober 2012

Panas ! Kunjungan PM Ke Sabah Bukan Takut...Cuma Ketak Teloq Je.....

KUNJUNGAN PM BUKAN BN TAKUT


KOTA BELUD : Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal laporan bahawa Barisan Nasional (BN) kini dalam ketakutan dan kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Sabah ialah untuk menaikkan semula semangat yang luntur.

"Mereka yang takut sebenarnya ialah pembangkang, disebabkan itu pemimpin mereka yang selalu ke Sabah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno Kota Belud di sini, hari ini.

Salleh berkata lawatan Najib ke Sabah menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang prihatin dan tiada salahnya untuk beliau mengunjungi mana-mana negeri sekerap mana yang beliau suka.
"Itu merupakan prerogatif beliau kerana beliau mahu melihat sendiri pelaksanaan pelbagai pembangunan dan kelancaran projek infrastruktur yang dijalankan seperti yang dijanjikan di bawah pelbagai Rancangan Malaysia serta Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Jika Najib tidak melawat Sabah langsung atau mengehadkan kunjungannya kepada satu atau dua kali setahun, mereka yang sama ini jugalah yang akan mengatakan sebaliknya. Mereka akan mendakwa perdana menteri tidak prihatin pula," katany
a.


DS Anwar pergi Sabah Najib pun juga ke Sabah kebetulan ke....?




TERKINI! 100 Ahli PBS Isytihar Keluar Parti Sertai KEADILAN!

Sambutan di luar jangkaan kali ini! Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen

 presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!

Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan 

ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak 
tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama
Malaysia pada 1963.
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut 
ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan 
melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.

Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan 

sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang
 hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat
 (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.

Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan

 kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan
 Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah
 dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.

Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri,

 Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar
beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba
bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa,
 tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar

 dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian
 tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama 
rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.

Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira

 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti 
minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.

Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang

 di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, 
Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap
yang keluar BN bulan lalu.

Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun

 ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.

Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.

Kesatuan Kerja KTM Bantah Pengambilalihan Oleh MMC Corp Bhd.


Ratusan piket bantah tawaran jutawan ambil alih KTMB


 
Lebih 500 pekerja keretapi berpiket di ibupejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di ibunegara hari ini kerana membantah tawaran MMC Corp Bhd untuk mengambil alih syarikat tersebut.
NONEMMC Corp dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, yang juga memiliki Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, yang mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.

Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta mengambil alih Pos Malaysia melalui DRB Hicom.
NONE












Kumpulan tersebut yang diketuai oleh pemimpin Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), melaungkan slogan, menyanyi sambil memegang kain rentang selama sejam mulai 5.30 petang.

Mereka melaungkan RUM menentang tawaran MMC untuk mengambil alih KTMB, serta menggesa supaya presiden baru KTMB, Elias Kadir diberi peluang untuk memulihkan syarikat tersebut.

Ingatkah Anda ? Kapal USS George Washington Yang membunuh 37,000 Rakyat Iraq Kini Berada di Pelabuhan Klang

Fakta kezaliman kapal USS George Washington



Kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu 

Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:

- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.



- Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.

- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.

- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban
.

(sumber di sini)


BERITA BERKAITAN TERKINI:


Memorandum bantah USS George Washington ditolak, apa helah k’jaan?


PELABUHAN KLANG 12 Oktober: Memorandum bagi membantah kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu ditolak oleh pengurusan Port Klang Cruise Centre hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Setiausaha Jingga 13, DK Vicky di sini kira-kira 3 petang tadi.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Port Klang Cruise Centre yang hanya ingin dikenali sebagai Zam enggan menerima memorandum tersebut.

Turut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Klang dan beberapa anggota kumpulan terbabit

Panas ! Jawatan Baru Pada Nasha " Duta Pas Dalam Umno ".....?


Kebelakangan ini Nasaharudin kerap mengeluarkan
kenyataan berpihak kepada Umno juga kita lihat
apabila Hasan Ali gagal mempengaruhi rakyat ,Umno
terpaksa memperkudakan Nasaharudin pula.

Peranan media memusatkan kenyataan Nasha membuatkan
Pas membuang masa untuk melayan isu ini. Terpulang kepada
Pas sendiri untuk bertindak...... 



Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas



 Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.

"Kita tak kisah, minta pemimpin Umno, bolehlah bekerjasama dengan dia(Nasharudin).

"Sebelum ini pun, dalam mesyuarat Majlis Syura, dia tak datang, dia tak pernah pun usulkan kepada kami, jadi Pas tak kisah kalau mereka (Umno-Nasharudin) nak teruskan pun," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di lobi Parlimen, di sini.

Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."


Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

“Saya harap kepimpinan Pas dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan Nasharudin ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedua-dua Umno dan Nasharudin boleh meneruskan perbincangan mereka tanpa Pas


Kelmarin, Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua. Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas

Kantoi ! Hentam Soros Sengaja " Bunuh Diri " Kata Menteri Umno




Buat Najib dan pencacai.. lain kali muhasabah diri dulu sebelum nak hentam orang lain. Jikalau rasa diri tu suci bersih barulah boleh nak hentam orang. So sekarang dah malu alah.. pencacai pun dah terkedu. Menteri pun terpaksa mengaku.. so sad..
Tim menteri bimbang serangan pada Soros 'makan diri' BN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.
Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram,"
katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."


Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara sulit di New York, dua tahun lalu.

Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan.

"Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain.

"Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya. ~malaysiakini

Apa Macam Penyokong Umno..Hangpa tengok Gambar Nie....


Gambar Ini Bukti Mahathir Bukan Saja Nyanyuk Tetapi Hipokrit!



Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

Siapa ni yang begitu mesra dengan Soros sehinggga memperkenalkan
 anak perempuannya kepada Soros berkemungkinan untuk mendapatkan bantuan 
untuk NGO yang dipimpin anaknya itu?

Hangpa fikirlah sendiri...berapa lama hangpa dah kena tipu...boleh terjun laut kut.....




Kemudian dengan muka SPIN beliau melabun "Undi Pakatan Rakyat bererti Undi Soros?"

Panas ! Aksi Terhangat Janda Bernama Manohara ( 18Sx )


TERKINI!!! Aksi SEKSI Manohara dan Ibunya di Kelab Malam..


Artis cantik Manohara Odelia Pinot kembali membuat sensasi setelah lama tidak muncul dikhalayak ramai..

Baru-baru ini, Manohara dan ibunya menggemparkan masyarakat Indonesia setelah keduanya berpakaian sangat seksi disebuah pusat hiburan..

Ibu Manohara Daisy Fajarina yang sebelum ini sering mengenakan pakaian sopan, dikritik hebat oleh media hiburan negara berkenaan setelah gambarnya berpakaian seksi tersebut diketahui umum..

Dalam gambar berkenaan, Daisy dan juga Manohara mengenakan pakaian yang hampir mendedahkan payudara mereka sambil diapit oleh dua lelaki yang tak dikenali..

Daisy dan Manohara ketika ditemui media, langsung tak mahu memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

Malah diberitakan, anak beranak berkenaan menyalahkan media dan orang ramai kerana terlalu mengambil tahu tentang kehidupan peribadi mereka..




11 Oktober 2012

Panas ! Minggu Yang Kantoi...Buat Tun Mahathir.....

Selepas isu Soros yang dimainkan oleh beliau gagal lebih
malang lagi rupanya hari ini didedahkan perjumpaan
Najib dengan Soros pulak.

Kita lihat pula isu Kapal Perang US Singgah pun kantoi....

Mahathir Punca Kapal Perang Singgah Di Malaysia!





Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear dibenarkan berlabuh di perairan negara.
“Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.
“Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.
“Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.
Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.
Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika berkuasa dan bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.
Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.
Beliau berkata, kapal perang USS Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar, Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.
Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.
Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.
“Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear,” katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini.
“Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara,” katanya.


Rakyat Kedah Tak Kisah Berapa Hangpa Dapat...Janji Mahu buat Kerja Bagi Elok & Jangan Rasuah

Pendapatan Dato' Rasli SUK Kedah ialah RM35 ribu sebulan, tapi....



Oleh: ENGGANG QADHA

Patutlah liat sangat nak letak jawatan walaupun didesak dari

segenap penjuru, sampai dua kali dah pi dok sambung hayat

sebagai SUK dekat Tuanku, rupa2nya pendapatan kasarnya

dgn kedudukannya sebagai SUK ialah RM35 ribu sebulan

(kiraan paling minimum). Tapi buat kerja macam pelaq,

tak boleh harap. Aitt pasai apa pulak kata macam tu?


Nanti kita akan dedahkan satu persatu segala maklumat yang

dikumpulkan oleh pegawai2 kerajaan negeri Kedah jugak.

Kira-kira catatan salahlaku, penyelewengan dan kerja tak

betoi SUK sorang ni boleh buat kitablah.

Nak tau ceritanya...? tunggu selepas ini. Kira-kira Dato' Mat Bashah

yang pertahan sangat Rasli (dalam Sinar Harian tu) akan tepuk dahilah.

Ada berpuluh maklumat yang akan kita siarkan satu, satu...

kecuali kalau Dato' Rasli berhenti sebagai SUK... kita pun

berhentilah dari mendedah.


Hari nie Kedahkini lancar Satu Laman di FB Untuk Kempen
DEsak Dato'Rasli letak jawatan secara hormat.....

disini hangpa tolong LIKE tang Laman bukan tang komen...

PANAS ! NGO-NGO ANTI SUARAM KANTOI...APABILA DITANYA LAPORAN NAJIB JUMPA SOROS



Pemimpin NGO 'belum baca' laporan Najib jumpa Soros

Beberapa pemimpin NGO hari ini enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.

Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara umumnya, semua fakta ini datang daripada blog bahawa Soros tidak mesra dengan kita, tetapi mesra dengan pembangkang


"Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, MPM juga merupakan menyokong Najib, institusi demokratik dan instusi raja.

"Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.
 

"Kami tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia.

Pemimpin NGO tersebut berkata mereka masih belum membaca laporan berkenaan.

BERITA PERTEMUAN NAJIB DAN SOROS  DISINI  

NAJIB PUN JUMPA SOROS...MAHATHIR TIPU SAPA...NIE




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mesyuarat peribadi dengan jutawan pembiaya George Soros - lelaki yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 di New York dua tahun lalu.

Mesyuarat diam-diam, yang mula-mula mendedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang R Sivarasa semasa perbahasan dengan Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim, telah diadakan di Plaza Hotel mewah di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan sumber yang mempunyai pengetahuan langsung acara itu.

Mesyuarat Perdana Menteri dengan Soros, yang dituduh pembiayaan NGO Malaysia untuk menolak untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 Sept, 2010.

Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama.


Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut.




Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98.


Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu.


"Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.




Kantoi ! Kisah Raja Pondan......




Kita Semua Uncleseekers

Nota Kita Semua Uncleseekers: Jawapan kpd mereka yang berkata ini gambar sebelum ini superimpose / editlah di raja Pondan II, blogger Malaysia In Crisis sudah jawap oleh rakan raja itu sendiri secara tak langsung mengesahkannya ia Benar! Edisi kantoi dalam kantoi seorang raja yang sedang menyetan! Baca seterusnya -

Tingkahlaku Ketua Agama Yang Kita Doakan Setiap Jumaat (3) -MediaPerak, sumber blogger Malaysia In Crisis.

Gambar terkini untuk terus dinilai keperibadian seorang Raja.., Ini pesta apa pulak? semua nampak lalok je..arak kegemaran mereka!! Apa jadi lepas sessi minum diatas?Kenapa Ketua Agama Islam jadi macam ini? Memang betullah banyak lagi aksi-aksi yang mereka takut rakyat lihat agaknya.

Artikel Raja Pondan II (http://mediaperak.com/2012/10/08/18sx-kisah-seorang-khunsa-yang-bakal-jadi-ketua-agama-2/) telah disahkan bukan Photoshop, Bukan Cut & Paste, Bukan Pelanduk Dua Serupa. Antara komen pembaca yang mempersoalkan kebenaran gambar-gambar tersebut akhirnya terjawab sendiri daripada perang siber bermula antara kumpulan pembaca yang mungkin rakan dan dari pihak istana.

Mereka mula berperang di alam siber, kita nantikan kesudahan perang siber mereka dan pastinya lebih banyak aib yang mereka buka untuk kita sama sama menilai institusi diraja ini

Siapakah Kelvin? Siapa yang mengkhianati Istana Selangor dan apa kaitan mereka dengan Istana.

Banyak lagi ke adegan mereka ini yang disebut oleh rakan mereka sendiri. Mereka resah kewujudan bukti yang bakal dilihat oleh rakyat mereka... Apa kena mengena "doing good service" untuk masyarakat orang melayu? Adakah mereka seharusnya mahukan orang melayu tidak mengetahui perihal mereka sebenarnya..

10 Oktober 2012

Felcra :Mesyuarat Tak Mau Datang Hutang RM200 juta....Saman je....


Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah?

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sehingga sekarang masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Perkara itu diungkit Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sewaktu membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Mohd Nasir turut mempersoalkan tindakan Felcra yang juga dilihat bermusuhan dengan kerajaan negeri apabila sehingga sekarang belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh pihak Menteri Besar mahupun kerajaan negeri.

"Saya ingin meminta kepastian dan penjelasan kenapakah sehingga sekarang belum ada pembayaran keuntungan RM200 juta dibuat kepada Kerajaan Negeri Kedah.

"Malah dalam masa yang sama saya juga melihat seolah-olah Felcra ingin 'berperang' dengan kerajaan negeri apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya lagi, keengganan Felcra mahupun kerajaan menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan.

Malah menurut beliau lagi, terdapat perjanjian yang dibuat yang mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung.

"Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil.

"Tetapi itu tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 peratus untuk kerajaan negeri dan 40 peratus kerajaan pusat itu turut tidak diterima oleh kerajaan negeri," jelas beliau lagi.

Beliau yang berharap Felcra dan kerajaan pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran tersebut agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat di Kedah
.

Biro Politik PKR akan bincang kedudukan Faekah malam ini


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin kembali menjadi kontroversi akibat memberi komen menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali baru-baru ini.

   Isu berkenaan dengan kedudukan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Biro Politik PKR malam ini.
Ekoran desakan daripada beberapa pemimpin PKR Selangor dan juga biro politik negeri baru-baru ini agar Faekah dipecat dari jawatannya berikutan komen kepada media menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkara ini terpaksa dibincangkan untuk meredakan keadaan.
Azmin Ali sebelum itu menyentuh kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak lagi menjadi menteri besar Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Sinar Harian Online melaporkan sumber memberitahu surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.
“Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.
“Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar),” kata sumber dipetik dari Sinar Harian Online.
Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kebiasaannya akan hadir.
Dalam sidang media baru-baru ini, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.
“Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin,” katanya.
Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti berhubung dengan isu kedudukan Faekah.
Isu berkenaan dengan pemecatan Faekah telah lama dibangkitkan akan tetapi isu tersebut reda seketika.
Namun begitu baru-baru ini Faekah kembali diserang akibat daripada tindakannya mengkritik Azmin secara terbuka. -TMI

Terkini ! 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia


RCI SABAH TERCEMAR DAN UTOPIA?


BUKTI.....Mutalib (kanan) mengabadikan kenangan bersama salah seorang peminatnya, Mr Lai yang datang daripada Semenanjung Malaysia untuk membeli buku 'IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) yang berharga RM1,500 sebuah.

Oleh : MOHD HALIM AHMAD

PENUBUHAN Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran rakyat asing dan kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah yang tidak mempunyai semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak mungkin wujud di alam nyata).

Penulis Kontroversi, Mutalib M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan terbarunya di Forum Perdana RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Apa ertinya RCI jika pemimpin kita yang mencemarkannya melalui penglibatan terus mereka dalam isu kerakyatan songsang? Berhargakah RCI jika panel yang ditubuhkan atas perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung, bukannya atas Daulat Sultan Sulu, Datuk Akjan tidak mempunyai wibawa dan mudah diperlekehkan masyarakat?," tanya Mutalib secara sinis.

Mutalib kesal kerana Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat UMNO gagal mengesan bahawa Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho adalah PATI yang mendapat kerakyatan songsang, tetapi menjadi salah seorang penggubal undang-undang di Sabah.

"Malah kita kesal kerana PATI boleh menggunakan pengaruh Istana untuk hidup mewah dan mendapat suaka politik di Sabah. Kenapa polis dan imigresen tidakpun menyiasat kerakyatan 'Isteri' Adun Sekong, Pia Binti Dahlan yang menggunakan nama keluarga terdekat TYT (Tun Juhar) untuk mendapatkan MyKad, sekalipun beberapa laporan polis telah dibuat?" tanya Mutalib yang menunjukkan beberapa bukti penting.

Selain Pia, isteri Ahli Parlimen Silam, Hajjah Fatmah Abdul Aziz juga turut menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kedudukan dan suaka politik di Sabah.

"Jika PATI boleh menjadi TYT, Ketua Menteri (Sakaran), Adun (Muis) dan Ketua Jabatan serta isteri orang kenamaan, apa yang mampu RCI lakukan melainkan untuk memberikan pengiktirafan?," kata Mutalib yang menggesa agar rakyat Sabah membuka mata dengan memantapkan jati diri menolak PATI.

Mungkin tiba masanya, kata Mutalib, rakyat Sabah bangkit menyelesaikan isu ini secara glokal kerana tidak mampu diselesaikan Kerajaan Persekutuan yang langsung tidak mempunyai 'Political Will' setelah isu ini berakar umbi dan mendominasi UMNO sejak 1991.

"Warganegara songsang atau PATI yang mendapat kerakyatan melalui IC Projek bukan lagi rahsia seperti kewujudan Iblis dan Syaitan. Tidak perlu dibuktikan oleh Suruhanjajaya atau 'Ghost Buster' kerana hanyalah kerja sia-sia," tegas Mutalib lagi.

Mutalib menjelaskan, kuasa rakyat lebih ampuh kerana tidak ada bala tentera di dunia yang dapat menewaskan pemikiran rakyat yang cintakan negara melebihi daripada jiwa dan raga mereka.

Namun jika rakyat Sabah tidak mampu bangun melawan kezaliman melalui 'Pilihanraya' yang sudah dicemari pengundi hantu, maka salah satu jalan yang terbentang ialah memupuk semangat nasionalisme seperti sejarah Kuih Bulan di negara China.

"Minda rakyat harus menolak sebarang paksaan untuk menerima 'Warga Penyu' sebagai ahli dan pemimpin parti tanpa sebarang alasan dan menolak hadis atau dalil palsu untuk menghalalkan kerakyatan songsang," kata Mutalib yang telah mendedahkan banyak bukti yang beliau perolehi, termasuk penglibatan pemimpin UMNO dan pegawai kanan kerajaan.

Kata Mutalib, tidak ada yang dapat membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang menjadi ibu segala masalah kerana semua pihak mempunyai kepentingan politik dan penubuhan RCI hanyalah usaha murni untuk menjinakkan rakyat Sabah yang mula memberontak.

Panel RCI, kata Mutalib tidak perlu bersusah payah mengambil masa enam bulan, malah satu minggu sudah mencukupi untuk mendapatkan bukti kerana kerajaan telah menangkap lebih 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 Orang awam pada 1996 yang terlibat dengan Sindiket IC Projek dan Skandal X Files Ops Gembleng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Panggil sahaja beberapa nama yang saya dedahkan dalam kesemua buku saya terutama IC Palsu, IC Projek dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir untuk memberi keterangan secara bersumpah, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di khalayak ramai seperti Inques atau Pendengaran Umum. Kenapa perlu dirahsiakan atau secara tertutup?" tanya Mutalib lagi.

Tegas Mutalib, najis manusia walau dibungkus dengan tupperware atau dipanggil dengan nama Christian Dior, tetap juga najis dan berbau busuk, apatah lagi kegiatan subversif memberi kerakyatan kepada warga asing; merupakan pengkhianatan kelas tertinggi di dunia.

"Kenapa melunakkan dosa pemimpin lalu dan memaksa Najib menanggungnya sedangkan salah seorang 'Pengkhianat(?)' iaitu Dr Mahathir masih bernyawa dan sudah mengaku kewujudannya melalui beberapa kenyataan di dalam blognya dan media?" tanya Mutalib yang menyifatkan rakyat Malaysia tidak berlaku adil kepada Najib yang telah bersetuju menubuhkan RCI; sedangkan Mahathir dan Pak Lah hanya mengunci bicara sebelum ini.

Berhubung 'Pengundi Untuk Disewa' yang wujud dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia, kata Mutalib akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan jika rakyat dan parti politik mendesak pendaftaran semula pemilih berdasarkan beberapa mekanisme untuk memastikan tidak ada PATI atau Warga Penyu yang mengambil kesempatan mendaftar atau didaftarkan sebagai pemilih.

"Jika kerajaan atau SPR tidak mahu mendaftar semula, maka mereka boleh menggunakan 'Hak Asasi' mereka untuk memboikot PRU-13 tanpa perlu mengadakan Demonstrasi Jalanan seperti Bersih atau Piket yang dibiayai negara atau NGO asing yang berniat untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat," kata Mutalib dengan nada tegas.

Mutalib yang menghabiskan banyak masanya menjalankan kajian dan mengumpul bukti kewujudan Pengundi Hantu atau Pengundi Untuk Disewa Di Malaysia memberi amaran bahawa gerakan memberikan kerakyatan songsang masih berjalan sekalipun dalam sekali kecil namun telah mencatatkan jumlah yang membimbangkan.

"Kini terdapat lebih 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia," dedah Mutalib yang mengejutkan peserta Forum namun memaklumkan bahawa data terbaru tersebut akan dimuatkan dalam buku terbarunya kelak.

Melalui segala bukti yang didedahkan dalam Power Point, rakyat Sabah sewajarnya bersatu hati dan menyokong perjuangan Mutalib yang tidak berhenti mendesak dan mencari formula bagi menyelesaikan isu kerakyatan songsang yang merantai Sabah selama ini.  

Sumber : sabahkini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...