19 Mei 2018

PANAS! NAJIB BAKAL DIREMAN?

                       

Najib dikehendaki hadir ke SPRM
Diterbitkan 19 Mei 2018


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak kenyataan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang menyatakan bahawa pegawai suruhanjaya itu akan hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu untuk merakam percakapannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, sebaliknya Najib dikehendaki hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada Selasa ini.

“Dalam notis yang diserahkan kepada Najib semalam telah dinyatakan dengan jelas bahawa beliau perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya,” kata Azam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.



Harpal hari ini dilaporkan berkata SPRM dijadual mengambil keterangan Najib, pada pukul 8 pagi Selasa ini di kediamannya di Langgak Duta, di Kuala Lumpur.

Semalam, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib bagi menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada Selasa bagi membantu siasatan kes melibatkan SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

- Bernama



Sudah jelas kes ini telah lama disiasat , rasanya Najib akan didakwa dalam kes ini, mungkin beliau direman dalam tempoh siasatan?

17 Mei 2018

RUMAH MEWAH BEKAS PM TERBONGKAR ,RAMPASAN BAHAN BUKTI BERMULA!


update.....



Barang Yang dirampas oleh pihak polis, semalam

Polis rampas 72 beg berisi wang tunai & barangan kemas serta 284 kotak berisi beg mewah dari kondominium mewah di Pavillion Residence, KL kepunyaan @NajibRazak. Menurut PDRM rampasan adalah berkaitan 1MDB. 5 lagi premis milik Najib akan diserbu.





Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.

Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB.  BERITA LANJUT DISINI







Tahukah anda jika tidak kerana skandal 1MDB terbongkar, rakyat M'sia takkan tahu Najib ada dua rumah di Pavillion? Sebiji rumah berharga RM2,700,000.

Jika dua biji; RM5,400,000. Mungkin duit 1MDB atau sogokkan kroni digunakan untuk beli aset ini?

SUMBER BERITA


16 Mei 2018

TERKINI ! BEKAS PM TELAH DITANGKAP ?


Kereta, trak polis tiba di kediaman Najib

KUALA LUMPUR: Lebih 10 kereta dan sebuah trak polis tiba di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Golf jam 10.15 malam ini tetapi tidak dapat dipastikan apa tujuan mereka.       BERITA LANJUT
                             







Blog Kedahkini dah lepas dari diculik

berita terakhir diterbit  , lepas tu hilang entah  kemana....berita terakhir.(http://pkrl.blogspot.my/2015/08/terkini-berita-paling-gempar-dari-johor.html.)

Hari ni baru boleh  buka,  dah lupa password, hampir 3 tahun hilang  dari capaian , rejim bn punya angkara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...