23 November 2013

PANAS! BONUS KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR DUA BULAN?


MB umum bonus kakitangan kerajaan negeri Isnin ini
BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini.

Beliau berkata, pengumuman yang dinanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan.

“Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014.

Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri.

Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500.

Najib umum Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Penjawat Awam


najib-bentang-budget-2014
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. “Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

PANAS ! Bekas mufti Perlis cabar mufti Kedah sumpah laknat


Bekas mufti Perlis cabar mufti Kedah sumpah laknat


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.

"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.

"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.

'Tuduhan samakan Allah dengan kera'

Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.

Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui e-mel dan Facebook bagi mendapatnya ulasan berhubung perkara. Bagaimanapun jawapannya masih belum diperoleh setakat ini.


VIDEO TERSEBUT :  https://www.facebook.com/photo.php?v=552061234876770


Menjawab Fitnah Mufti Kedah


MENJAWAB FITNAH MUFTI KEDAH Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;
1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.
SAMBUNG LAGI  SINI

PANAS ! RUMAH PEGUAM TERKENAL DISIMBAH CAT....ANGKARA SIAPA?????



Dikala seluruh mata mengutuk serangan dan kezaliman Yahudi di Gaza, rupa-rupanya di Negeri Johor ada manusia dari species "Yahudi" telah melancarkan "serangan" ke kediaman saya di Johor Bahru. Alhamdulillah bapa saya yang berumur 74 tahun dan ibu saya,68 tahun terselamat, cuma Pengawal Keselamatan yang bertugas mengalami kecederaan ringan sahaja. 

Dua laporan Polis telah dibuat oleh Pengawal Keselamatan saya dan juga ibu saya di Balai Polis Majidee pagi tadi. Kami sekeluarga percaya bahawa kejadian pada jam 330 pagi di Hari Keputeraan Sultan Johor ini adalah berkaitan dengan ancaman-ancaman bunuh dari seorang "Yang Berkuasa" terhadap saya seperti mana yang pernah disiarkan di youtube serta beberapa pendedahan-pendedahan tentang penipuan-penipuan serta jenayah yang dilakukan oleh beberapa pihak di dalam blog saya.

Terus terang saya katakan bahawa saya percaya "orang" yang bertanggung jawap adalah orang yang sama yang pernah mengarahkan 2 bom api dilontar kediaman seorang lelaki bernama Salleh Sadijo(Jojo's Production) di Bandar Baru UDA Johor Bahru beberapa tahun lalu. Ini suatu perbuatan "bacul" dan "penakut" oleh golongan ini. Saya hanya berserah kepada Allah akan memberi pertunjuk kepada "mahluk" yang berhati "Yahudi" yang bermaharajalela di Negeri Johor sekarang. Saya juga berharap jika ada kesudian rakan-rakan dan saudara mara sewaktu mendoakan agar balasan Allah diturunkan untuk Yahudi di Israel maka masukkanlah sekali DOA agar balasan Allah juga diturunkan untuk species "Yahudi" yang sedang bergembira dan BERMAHARAJALELA DI Johor.

Saya berharap sudah sampai masanya BUKIT AMAN mengambil alih siasatan kes-kes khas seperti ini dan bukannya Polis Johor.

Kejadian ini yang bukanlah kali pertama berlaku kepada saya, tidak langsung mengentarkan saya walau sedetik pun, malah ianya memberi saya semangat dan kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan saya di dalam mendedahkan segala penipuan, jenayah dan sandiwara-sandiwara yang sudah lama "terlindung" dengan lebih berani dan terbuka. People Power! AllahuAkhbar!


Sumber Sini

PANAS ! 3 HAMBA DIZAMAN MODEN DI LONDON SEORANG ANTARANYA WANITA MALAYSIA...


Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London




LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia, diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa.

Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan, lapor AFP.

Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunaan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland berkata, wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya.

Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita itu boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain.

22 November 2013

LIWAT II, PERUNDANGAN NEGARA TERCALAR PENDAKWA RAYA UMNO KETUAI RAYUAN


PKR: Perundangan negara tercalar, pendakwa raya Umno ketuai rayuan “Liwat II”




Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan peguam Umno, Tan Sri Muhammed Shafee Abdullah mengetuai kerajaan dalam kes rayuan "Liwat II" mencalarkan sistem perundangan negara, kata PKR.

Peguam PKR, N Surendran (gambar), berkata keputusan tersebut melanggar konsep keadilan dalam perundangan negara, pada ketika umum mengetahui hubungan rapat Muhammad Shafee dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta Umno.

"Keputusan tersebut bertentangan dengan setiap konsep asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan kita.


"Dalam membuat keputusan itu, Mahkamah Persekutuan gagal dalam tugas mereka berlaku adil kepada Anwar sebagai orang yang dituduh untuk mendapatkan keadilan daripada mahkamah," kkatanya yang juga salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu mengejutkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan Komanwel seseorang berstatus seperti Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya, malah ia hanya mengakibatkan keyakinan umum terhadap sistem kehakiman negara semakin parah.

"Keputusan tersebut menyebabkan standard pendakwaan di Malaysia rendah dan memalukan.

"Ia hanya akan mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman negara semakin parah," katanya.


Ahli Parlimen Padang Serai itu turut mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa peguam peribadinya itu dilantik mengetuai kes pendakwaan Anwar serta mahu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memecat Muhammad Shafee.

"Najib perlu berhenti berdiam diri dan beri penjelasan mengapa peguam peribadinya dilantik untuk melakukan pendakwaan ke atas Anwar.

"Kami juga meminta Abdul Gani memecat Muhammad Shafee serta-merta," katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar untuk mengenepikanMuhammed Shafee daripada mengetuai pasukan kerajaan yang membuat permohonan rayuan berhubung kes liwat kedua.

Keputusan rayuan kerajaan terhadap kes Anwar itu akan didengar di Mahkamah Rayuan bermula 11 Disember selama dua hari.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi melalui Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah melepaskan Anwar daripada sabitan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.

LIVE : Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-59



Melawan di Mahkamah ketika para ahli bermuktamar!
Sedang para sahabat bermuktamar, Mat Sabu FC tetap melawan di Mahkamah. Moga kemenangan milik kita semua dengan izinNYA... Dari page - MohamadSabu Official --> 1. MuktakmarJam 9.15 pagi ...di mahkamah Jalan Duta, dalam masa yg sama muktamar PAS ke 56 telah bermula...kes saman SPR. 2. SMS yg baru ana terima dari Sdr Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah : "Dari pagi ke ptg, di mhkmh tinggi, kena saman dgn wan ahmad, spr. Bsama matsabu. Esok satu hari lagi. Matsabu pun takdpt hadir muktamar besok. Org lain sibuk bkempen, matsabu btarung di mhkmh "...Admin.

ISU ROSMAH NAIK JET: Azalina bakal berdepan masalah...


Akhirnya persoalan atau 'ogehan' yang dibuat ahli Parlimen pembangkang mengenai penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor terjawab. Berbaloilah ahli Parlimen pembangkang membangkitkanya bertalu-talu di Dewan Rakyat.

Pada sidang Selasa lalu ahli Parlimen pembangkang ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan atas kapasiti apakah Rosmah Mansor diberikan keistimewaan menggunakan jet peribadi semasa lawatannya ke Qatar.

Antara yang bersabung mulut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim mengenai perkara ini ialah ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, Pokok Sena Mahfuz Omar dan lain-lain. Ahli Parlimen Pasir Mas bagaimana pun tidak pula kedengaran menyampuk.

Bagi ahli pembangkang keistimewaan itu tidak sepatutnya diterima Rosmah kerana ia menyalahi peraturan (SOP kerajaan) kerana isteri perdana menteri tidak mendapat hak berkenaan. Jadi pembangkang menyifatkan ia sebagai satu penyalahgunaan kuasa maka penjelasan konkrit diperlukan.

Bagaimana pun Shahidan Kassim yang menjawab persoalan itu cuba mengelak dengan pelbagai helah termasuk mengatakan ia adalah keputusan kabinet yang berbentuk rahsia.

Menurutnya keputusan itu tidak boleh dipertikai kerana ia amalan biasa. Pembangkang tidak berpuas hati dan terus mempersoal dan mengasak Shahidan dengan membangkitkan apakah Rosmah telah menjadi wakil rasmi kerajaan?

Persoalan pembangkang itu tertangguh setakat itu apabila Shahidan pengecut untuk memberi penjelasan sebenarnya. Ada ketikanya dia kelihatan terkulat-kulat seperti cicak kemabukan kapur, dan persis kura-kura makan sirih kerana hilang akal dan kehabisan hujah hendak menghentikan desakan pembangkang itu.

Sehinggalah semalam, Rabu, isu penggunaan jet itu timbul sekali dan kali ini dapat merungkaikan permasalahan itu apabila ia dijelaskan oleh ahli Parlimen Pengereng Azalina Othman Said yang memberi tahu beliau juga ikut sama dalam lawatan Rosmah ke Qatar itu.

Azalina menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar itu atas undangan peribadi pihak di Qatar manakala yang meluluskan penggunaan jet itu Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin. Penjelasan Azalina ini seumpama memecahkan tong pekasam busuk di Parlimen yang menyumbat ke lubang hidung kerajaan.

Apakah Rosmah ada mengarahkan Azalina menjawabnya, atau saja-saja atas inisiatif bekas menteri pelancongan itu saja? Azalina mungkin berniat baik apabila beliau memberi penjelasan dan pengakuan itu. Tidak mungkin ada persepakatan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri.

Dapat disimpulkan sini, hajat Azalina ialah untuk menghentikan pengheretan isteri Perdana Menteri dalam kes yang jelek itu. Apa yang Azalina inginkan agaknya supaya jangan cemarkan nama wanita pertama Malaysia itu dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa dan fasilitis yang menjadi hak suaminya sebagai Perdana Menteri itu.

Sebagai bekas menteri kabinet dan juga peguam, Azalina mungkin menyedari akan apa yang berlaku itu, bahawa Rosmah tidak berhak pun mendapat kemudahan itu. Makanya kenapa beliau berbuat begitu, mungkin ada tujuan di sebaliknya?

Harapan Azalina dengan penjelasan itu ia akan menamatkan isu berkenaan, boleh jadi. Bagaimana pun manusia hanya boleh merancang tetapi perancangan Tuhan lebih tepat. Azalina berharap demikian tetapi sebaliknya beliau terlupa dengan penjelasan secara berterusan-terang begitu bakal menimbulkan masalah sampingan lain. Penjelasan Azalina itu secara tidak langsung menjelaskan pula tindakan politik Muhyiddin yang memberi kelulusan jet itu untuk Rosmah.

Bagi pihak Azalina, orang akan menganggap tindakannya itu hendak membela isteri Perdana Menteri tetapi berlainan pula dengan persepsi atas kesediaan Muhyiddin itu. Orang akan beranggapan Muhyiddin sengaja berbuat begitu kerana ada motif politik.

Yang mungkin diharapkan Muhyiddin ialah, orang akan membenci Rosmah kerana stail dan 'kemanggakan'nya sebagai isteri Perdana Menteri. Apabila Rosmah menggunakan jet negara, ia sudah tentu akan menambah kebusukan dan kemualan rakyat kepadanya. Ia akan memberi gambaran Rosmah lebih hebat berbanding dengan isteri bekas PM sebelum ini Siti Hasmah Mohd Ali, atau arwah Hendon. Natijah kelakuan dan sikap arragont Rosmah itu akan damage Najib.

Muhyiddin yang akan untung dalam hal ini? Dalam hal ini Muhyiddin boleh dikira bijak kerana dia boleh mencemar kain dari belakang dan depan. Najib dan Rosmah akan berterima kasih atas ketanggungjawaban membenarkan Rosmah menggunakan jet tetapi dalam masa sama ia mencemarkan Rosmah dan Najib sama.

Cuma dalam hal ini yang agak malang sedikit ialah Azalina. Niat beliau ingin membela dan berbudi mungkin memberi kesan lain kepadanya. Rentatan isu itu menyebabkan beliau akan dipersalahkan kerana berteru- terang mendedahkan keadaan sebenar. Tidak mustahil selepas ini pendedahan Azalina itu akan memakan dirinya sendiri. Rosmah akan menunding jari dan mengherdik kepadanya. Nasib Azalina boleh jadi kelam.

Orang tahu hubungan beliau dengan muslimat pertama Malaysia itu baru pulih. Sebelum ini hubungan mereka dikatakan retak dan tidak begitu 'ngam'. Antara faktor mengapa Azalina tidak dilantik ke dalam susunan kabinet pertama Najib ialah katanya kerana campur tangan Rosmah.

Azalina pernah menceritakan hal kepada saya pada satu ketika macam mana dia diajar memujuk Rosmah untuk membolehkan dia dilantik dalam kabinet Najib. Peristiwa pertemuan saya dengan Azalina ini di Shah Alam menjelang Aidifitri akan dicatat pada posting lain, jika perlu.

Kesimpulannya isu jet ini memberi keuntungan besar kepada Muhyiddin dan menjejaskan moral Najib dan Rosmah. Kesakitan yang bakal dirasai kelak ialah Azalina Othman Said. – msomelayu.blogspot.com

21 November 2013

Panas! Selangor Melepas, Safee Sali Buat Pusingan U.....

FAS akur keputusan Safee

Safee Sali

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) akur dengan keputusan penyerang kebangsaan, Safee Sali yang memutuskan untuk kekal bersama Johor Darul Takzim (JDT) meskipun sudah menyatakan persetujuan awal untuk kembali kepangkuan Gergasi Merah Kuning, dua minggu lalu.

Biarpun kecewa dengan tindakan Safee membuat pusingan U itu, namun Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar berkata, beliau memahami senario bola sepak tempatan hari ini dan justeru itu beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain tersebut.

“Dalam pertemuan saya dengan Safee, dia bersetuju kembali ke Selangor dengan gaji bulanan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Semasa Safee bertemu saya pertama kali, Safee telah menyatakan kekecewaan beliau disebabkan beliau harus bermain di dalam Liga Perdana jika kekal bersama Johor untuk musim baru.

“Di atas faktor tersebut, Safee hendak kembali ke Selangor dan kami dengan hati terbuka menerima beliau. Dan mengikut perancangan sebenar, kami akan membawa Safeee ke pejabat FAS untuk satu majlis ringkas menandatangani kontrak sebagai memeterai perjanjian lisan kedua-dua pihak selepas pasukan kebangsaan selesai perlawanan dengan Qatar dalam kempen Piala Asia.

“Tetapi apabila kami dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan JDT mahu mengekalkan Safee untuk bermain dalam Liga Super, FAS tiada pilihan lain dan demi kepentingan beliau sendiri kami melepaskan Safee,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, teka-teki mengenai status Safee sama ada berhijrah ke pasukan lain atau kekal bersama JDT pada musim depan akhirnya terjawab apabila Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Johor Southern Tigers mengesahkan bahawa beliau akan kekal bersama skuad Harimau Selatan mengharungi kempen Liga M.

Malah Safee yang dipetik dalam laman berkenaan juga amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama skuad bimbingan Cesar Ferrando Jiminez tatkala bekas pemain Arema FC itu mahu melangsaikan tugas yang perlu diselesaikan selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang kempen Liga Super musim ini.

Tambah Mokhtar, sikap profesional harus digambarkan menerusi rundingan dan perjanjian sebelum mengikat kontrak. “Kalau mengikut undang-undang kontrak, perjanjian lisan juga dianggap memeterai kontrak.

"Apa pun, saya berharap semua pihak khususnya penyokong memahami situasi terkini dan tidak mencetuskan polemik serta spekulasi dan menunding jari kepada pengurusan FAS atas keputusan Safee," katanya yang berhasrat membawa pulang Safee ke Selangor berasaskan anggapan penyerang berusia 29 tahun itu mampu mengembalikan sentuhannya dalam suasana yang hanya boleh disediakan pengurusan FAS.

“Idea kami pada awalnya menjadikan Safee sebagai penyerang utama sambil memberi dia ruang membimbing penyerang musa yang ada dalam senarai barisan FAS pada 2014.

“Kami juga mengenang jasa Safee bersama Selangor selama lima tahun pada 2006-2011 dan di atas sebab itu kami percaya dia masih mempunyai pengikut yang ramai yang percaya kepada kewibawaannya selain hakikat bahawa FAS memerlukan khidmatnya untuk bersing di peringkat Liga M dan Piala AFC.

"Apa pun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Safee," ujarnya.

LAGI HADIAH UNTUK PENYOKONG BN, TARIF ELETRIK DIJANGKA NAIK 26 PERATUS.....



Berita gembira buat macai!! Tarif elektrik dijangka naik 26 peratus sajeee...


26 Peratus adalah satu kenaikkan yang amat tinggi bagi seluruh rakyat Malaysia kecuali macai-macai UMNO...

Dan implikasi yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia kecuali macai-macai UMNO ialah barangan keperluan yang dikeluarkan oleh pengeluar dalam negara ini akan turut naik.

Kerana kos pengeluaran yang meningkat disebabkan peningkatan tariff elektrik itu terpaksa dipindahkan kepada pengguna oleh pengeluar bagi mengelakkan kerugian.

Dan kenaikkan harga barangan yang juga perlu dilakukan pada kadar lebih dari 26 Peratus bagi membolehkan pihak pengeluar menyerap peningkatan kos itu..

Akhirnya rakyat marhaen kecuali macai-macai UMNO akan dibeban dengan kenaikkan tersebut..

Nak kata apa lagi.. Bila pihak yang bangang mentadbir ekonomi negara jadi macam ni


 laaaa.. tapi kalau depa tu bangang yang sokong depa tu tentu lebih bangang lagi...~ASD


Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar. 
Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan. 
MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif. 
Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh. 
Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh). Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%. 
Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan. 
"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam. 
Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu. 
Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah. 
Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya. 
Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa. 
Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro. 
Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa. 
Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan. 
Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia. 
Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna. 
Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan. 
Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian. 
Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi. Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan ~ The Malaysian Insider

Kes Amah Dera Bayi Dipenjara 20 Tahun, Beliau Terinaya Oleh Hakim dan Pendakwa?

Kes yang menjadi putaran media satu ketika dulu, tapi adakah beliau mendapat pengadilan yang sewajarnya?, jadi apabila dibawa mahkamah tinggi lain keputusannya , beliau nampak terinaya....mungkin anda dan keluarga pernah mengalami perkara seperti ini......


Amah dera bayi terlepas hukuman penjara 20 tahun



Pembantu rumah Indonesia, Yuliana, 23, bersalaman dengan wakil kedutaan Indonesia, Dino Nur Wahyuddin selepas Mahkamah Tinggi Kuantan, membebaskan dan mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadapnya selepas mengaku bersalah melambung dan menghempas anak majikannya Februari lepas. - Foto Bernama


KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia mengaku bersalah melambung dan menghempas anak majikannya, Februari lepas.

Bagaimanapun Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang membenarkan rayuan Yuliana, 23, memerintahkan kes tertuduh didengar semula di Mahkamah Sesyen di sini di
hadapan hakim lain pada 6 Januari depan.

Sementara menunggu kesnya itu didengar, Mariana memerintahkan Yuliana dibebaskan dengan bon jaminan Kedutaan Indonesia, diwakili oleh Dino Nur Wahyuddin yang hadir di mahkamah hari ini.

Yuliana dari Acheh, Indonesia dikenakan hukuman penjara 20 tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Februari lepas.

Pada 12 Mac lepas, Mariana memerintahkan wanita itu ditahan sementara di Hospital Permai, Johor selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah Yuliana mengemukakan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman menerusi peguamnya, T. Vijayandran.

Mariana dalam keputusannya itu memberi lima alasan mengapa kes itu perlu didengar semula, pertama Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal menimbangkan sama ada perayu faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

"Kedua, perayu tidak diwakili peguam ketika prosiding mahkamah berjalan dan tertuduh perlu diterangkan akan maksud undang-undang terhadap kesalahan yang dibacakan terhadap tertuduh.

"Ketiga, gagal mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh perayu dan permohonan itu tidak dinyatakan dalam penghakiman sebelum ini.

"Keempat, menjatuhkan hukuman yang terlalu berat iaitu penjara 15 tahun untuk kesalahan yang pertama dan lima tahun penjara bagi pertuduhan yang kedua dan yang kelima, hakim gagal menyatakan niat perbuatan perayu di dalam fakta kes ini," katanya.
 


Sebelum keputusan itu dibacakan, Yuliana yang hadir ke mahkamah dengan seragam penjara berwarna hijau dan bertudung hitam, dilihat menangis dan apabila ditanya oleh Mariana, tertuduh berkata: "Saya rindu anak saya".

Wajah Yuliana kemudian bertukar ceria dan sempat melemparkan senyuman selepas menyatakan dia faham keputusan yang dibacakan oleh Mariana.

Sementara itu bercakap kepada pemberita, Dino Nur berkata Yuliana akan ditempatkan di tempat perlindungan khas di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sehingga kesnya didengar semula.

20 November 2013

PANAS ! FAM BANGSAT ...SUDAHLAH TU SILA LETAK JAWATAN


2 ditahan tuntut Sultan Pahang undur dari FAM

Dua peminat bola sepak negara ditangkap kerana mahu perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium Shah Alam semalam.

Bagaimanapun kedua individu tersebut dibebaskan kira-kira jam 3 pagi hari ini atas jaminan polis.


Polis Shah Alam mengesahkan penangkapan dua individu terbabit namun menolak untuk mengulas lanjut.

Salah seorang yang ditangkap merupakan pentabdir kepada laman "Presiden FAM sila letak jawatan" di Facebook.

Menurut sumber, kedua mereka ditangkap ketika masuk ke kawasan VIP stadium Shah Alam bagi melahirkan ketidakpuasan hati dan menuntut peletakan jawatan kepimpinan tertinggi bola sepak negara.

Prestasi buruk pasukan kebangsaan menyebabkan sebahagian penyokong berang dan mula menyanyikan lagu menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM dan jurulatih kebangsaan, K Rajagopal.

KJ: Suara penyokong jelas

Kekecohan timbul setelah sebatang suar (flare) dinyalakan di tempat duduk 'M' stadium selepas Malaysia terkeluar dari kelayakan Piala Asia 2015.

Pasukan simpanan persekutuan (FRU) kemudian masuk ke padang untuk menyuraikan peminat yang berkumpul sambil menyanyikan lagu mengkritik pasukan bolas epak kebangsaan.

Khalayak media sosial pula mengkritik hebat prestasi pasukan kebangsaan yang kini menghuni tangga 160 dalam ranking Federasi Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (kiri) dalam laman Twitter beliau dengan sinis menyatakan:

"Suara penyokong cukup jelas. Tak perlu saya tokok tambah. #sopan"

FAM pada tahun 1996 pernah mensasarkan untuk layak ke Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di Brazil, tahun depan.



FAM bangsat jerit penyokong,2 di tahan

Woww..semalam sapa tengok bola? Aku tak tengok. Dari petang sampai ke malam ada urusan. Ada kerja sikit nak buat. Rupa2nya malam tadi di Stadium Shah Alam ada benda menarik beb. Protes terhadap FAM. Dan jeritan penyokong melaungkan chant FAM BANGSAT.

Menarik tue. Wakaka..

Dari gambar yang dipetik dari blog member. Lihat gambar diatas neh ;

Ini diantara comrades Ultras Malaya yang ditahan. Khabarnya tujuan mereka sebenar adalah untuk menghantar wakil berjumpa FAM bagi menyuarakan bantahan mereka kepada Presiden FAM.. malangnya mereka ditahan tak pasal pasal. FAM takut ker?

Steady brader, rakyat Malaysia bersama kamu. Kita mahukan yang terbaik untuk pasukan bola sepak negara kita. Syabas !

Manusia-manusia yang menyokong kehancuran Bola Sepak Malaysia, masih tidur lena berbantalkan kekalahan 1-0 dan berselimut kulit Harimau yang dah nazak..

Manusia yang sayangkan Bola Sepak Malaysia, masih berjaga dek dikurung sebalik tirai besi, berbantal simen dan sebuah perjuangan.

Semoga FAM membuka mata, ada 2 wira yang sanggup tidur di dalam lokap demi Harimau Malaya
.

BANTAH KEGANASAN POLIS, PENAN PROTES DI BUKIT AMAN

Pautan kekal imej terbenam
Kira-kira 20 orang Penan mengadakan protes di Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan polis kepada KPN.


Masyarakat Penan datang ke Kuala Lumpur untuk membantah tindakan keras polis mematahkan hadangan yang dinaikkan di Murum sebagai bantahan menghalang kerajaan negeri Sarawak untuk membina empangan di tanah adat mereka.

Mereka mendakwa polis bertindak ganas dengan menggunakan polis anti rusuhan (FRU) untuk menggempur bantahan dan menangkap penduduk.

“Mengapa semua ini berlaku seperti ini? Rundingan antara masyarakat Penan dan kerajaan negeri masih berlangsung,” kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Abun Sui pagi ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang Penan termasuk kanak-kanak ditahan.

Hari ini sekumpulan 13 orang Penan ditemani aktivis berhimpun di luar Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bantahan terhadap keganasan polis.



Protes pencabulan hak asasi Orang Asal Sarawak

Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan, 06 Nov 2013

Masyarakat Sivil Malaysia memprotes pencabulan Hak Asasi Bumiputera Sarawak (Orang Asal) dalam pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baram, Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Ketua Menteri Taib Mahmud telah mencabuli Hak Bumiputera Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui rampasan tanah milik bumiputera Sarawak untuk pembalakan haram pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum serta pembinaan terancang sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain yang menyebabkan air sungai yang melimpah pemindahan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan milik Bumiputera Orang Asal Sarawak penghasilan sisa toksik, pencemaran dan penggunaan tenaga yang banyak oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE) di sepanjang pesisir pantai Sarawak.

Pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal. Mereka telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka. Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa Orang Asal.

Pengusiran Orang Asal daripada tanah-tanah mereka telah terbukti sebagai satu pemusnahan budaya. Penempatan semula secara paksa Orang Asal ke Sungai Asap untuk membuka jalan kepada pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kemiskinan dan kesusahan dalam komuniti Orang Asal tersebut. Penempatan baru yang disediakan kerajaan adalah sebahagian daripada kawasan ladang kelapa sawit dan tidak sesuai untuk penanaman padi bukit dan pelbagai tanaman lain. Penempatan tersebut juga terletak jauh daripada kawasan hutan yang pernah didiami mereka. Sekolah-sekolah dan klinik-klinik yang dipohon oleh komuniti Orang Asal kepada pihak kerajaan tidak mencukupi. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan dibina secara tidak teliti dan sambil lewa serta kebanyakannya tidak berada dalam keadaan bersih dan selamat. Penempatan semula secara paksa ini boleh disamakan dengan penempatan “Kampung Baru” ketika Perintah Darurat pada tahun 1948 hingga 1960 di Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, keadaan hidup Orang Asal ini meyerupai keadaan di kem perlindungan orang pelarian.

Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Murum, Sarawak

Sejak 23 September 2013, komuniti-komuniti Penan di Murum telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) yang ketiga kali sebagai tindakbalas terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Sarawak dan badan-badan berkaitan dengannya memberikan pampasan dan gantirugi yang adil. Seluruh komuniti Penan termasuk wanita dan kanak-kanak telah berkumpul dan bertahan di bawah terik matahari dan hujan lebat semenjak enam minggu lepas bagi menyuarakan protes mereka.

Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Baram, Sarawak

Komuniti Orang Ulu di Baram juga telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) mereka semenjak 23 Oktober 2013 bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan. Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.

Desakan Masyarakat Sivil Malaysia

Gerakan hak asasi Orang Asal di Malaysia secara umumnya, dan gerakan hak asasi Orang Asal di Murum dan Baram secara spesifiknya, adalah tidak terpisah dengan gerakan Masyarakat Sivil Malaysia dalam menentang sebarang ketidakadilan dan penindasan yang melibatkan masyarakat Malaysia secara seluruhnya. Kami memprotes dengan keras penindasan yang dilakukan ke atas kami seperti ini. Desakan-desakan Orang Asal di Murum dan Baram juga adalah desakan-desakan kami.

Masyarakat Sivil Malaysia mendesak Kerajaan Negeri Sarawak, badan-badan, kontraktor-kontraktor dan agen-agen berkaitan dengannya:

1. Serta-merta menghentikan proses penakungan air di Empangan Murum dan menghentikan pembakaran rumah-rumah panjang milik komuniti Penan di Murum. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.

2. Serta merta menghentikan segala kerja berkenaan kaji selidik dan pembinaan Empangan Baram. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.

Masyarakat Sivil Malaysia juga mendesak Polis Diraja Malaysia:
3. Perlu segera menghentikan sekatan-sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Polis bagi membolehkan bekalan makanan dan minuman, bantuan perubatan, sukarelawan, para wartawan dan pekerja-pekerja media alternatif dapat keluar masuk ke Murum tanpa sebarang gangguan. Polis Diraja Malaysia juga perlu memberikan khidmat yang paling profesional dalam melindungi Orang Asal di Murum dan Baram yang cuma mempertahankan Hak Asasi mereka yang dikurniakan dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia, untuk hidup dengan aman di Malaysia.

___________________________________________________

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Badan ‘Damn the Dams Action Group’ (Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan) dan dipersetujui oleh organisasi-organisasi Masyarakat Sivil Malaysia berikut:
List of individuals and organizations endorsing the Statement
Masyarakat Sivil Malaysia Menyokong Perlindungan Hak Asasi Bumiputera (Orang Asal) Sarawak daripada Pembinaan Empangan Hidroelektrik di Murum dan Baram, Sarawak.
Dikeluarkan pada 6hb November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.




19 November 2013

TERHOT ! SELANGOR BENTANG BELANJA BERIMBANG DAN RIZAB TUNAI UNTUK PEMBANGUNAN RM2.28 BILION

Pautan kekal imej terbenam


Selangor bentang Belanjawan Berimbang

SHAH ALAM 19 NOV: Selangor kekal membentang belanjawan berimbang tahun depan dengan unjuran hasil keseluruhan negeri bernilai RM1.85 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pecahan unjuran itu ialah RM587.6 juta atau 31.76 peratus dalam bentuk hasil cukai, RM1.67 bilion (57.65 peratus) hasil bukan cukai dan RM196 juta (10.58 peratus) terimaan bukan hasil.

“Kerajaan negeri membuat beberapa agihan iaitu perbelanjaan mengurus lebih RM1.2 bilion, perbelanjaan pembangunan pula kira-kira RM624 juta dan bagi sektor infrastruktur (RM388,738.30 juta).

“Agihan anggaran perbelanjaan pembangunan bagi sektor sosial kira-kira RM143 juta, sektor ekonomi pula lebih RM90 juta dan RM 2.2 juta atau 84.36 peratus daripada sektor perbandaran akan dinikmati kerajaan tempatan.

“Selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor 2013 ketikA membentang Belanjawan Selangor 2014 bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Situasi di Selangor jauh berbeza dengan kerajaan Pusat pimpinan Umno BN yang membentang bajet defisit selama 13 tahun berturut.

Kata Abdul Khalid, pendapatan semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor mencecah RM1.72 bilion pada 2012 dan lebih dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keseluruhan RM1.53 bilion bersamaan lebihan operasi RM183.2 juta.

Belanja RM2.28 bilion rizab simpanan

Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada
perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055
bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata,
sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif
melibatkan kepentingan rakyat.

“Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan
rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).

“Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta),” katanya.

Setakat 31 Oktober 2013, Abdul Khalid berkata, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk tunai dan pelaburan ialah RM2,712.85 juta, sekaligus menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi sejak 1998.

“Mungkin kerana kurang arif mengenai selok-belok pengurusan kewangan dan fiskal, wujud suara-suara yang mengecam atau paling tidak, merungut tentang kecenderungan kerajaan mengumpul rizab.


“Saya tegaskan pembinaan rizab beserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang,” katanya.

PENDEDAHAN PANAS ! PATI MUDAH JADI ANGGOTA RELA



KETUA PENGARAH RELA KATA, SEMUA ANGGOTA RELA RAKYAT TEMPATAN, TAPI PENDEDAHAN TUNJUKKAN RAMAI PATI JADI ANGGOTANYA!!!


Ketua Pengarah RELA, Mustafa Ibrahim menegaskan bahawa semua anggota RELA adalah warga tempatan. Alasannya ialah, kesemua pemohon untuk menyertai pasukan tersebut mempunyai MyKad yang sah dan telah menjalani proses saringan yang ketat selain daripada bersih daripada rekod jenayah.

Namun, keyakinan Ketua Pengarah RELA itu boleh disangsikan ekoran terdedah pula laporan yang menyatakan, ada PATI yang menggunakan MyKad palsu menjadi anggota RELA. Pendedahan tersebut dilengkapi dengan bukti dan persoalan. (BACA DI SINI)

Sebenarnya, sebelum Mazidul Akmal membuat pendedahan, sudah banyak yang memperkatakan tentang keanggotaan RELA yang meragukan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang dihuni oleh pendatang asing, khususnya warga Indonesia, pastinya amat tahu tentang masalah ini.

Operasi pukul 9:00 malam, pukul 7:00 malam maklumat telah disampaikan ke telefon warga asing di kawasan berkenaan!

"Tak mengapa. Itu 'orang kita'," kata salah seorang warga asing yang telah dikenalpasti tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan, berselang empat buah rumah dari rumah penulis ketika ditanya, tidakkah dia bimbang kedatangan RELA untuk membuat operasi di Pandan Mewah, Ampang.

Ketua Pengarah RELA tidak sepatutnya dengan pantas membuat kesimpulan di sebalik pendedahan yang dibuat, semata-mata untuk membersihkan RELA. Sebaliknya sebarang pendedahan seperti yang dilakukan oleh Mazidul Akmal, siasatan perlu dijalankan secara terperinci. Apatah lagi ini melibatkan keselamatan.

Satu masalah di Malaysia ialah, penafian cukup pantas dibuat. Kadang-kadang lebih lajak dari laju sehinggakan akhirnya rakyat sendiri yang mentertawakan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah RELA patut tutup mulut dan arahkan siasatan segera dilaksanakan. Bersihkan dan saring betul-betul keanggotaan RELA sedia ada. Sepatutnya bukan penafian yang diucapkan, tetapi meminta JPN bekerjasama dengan RELA untuk mengenalpasti pemilik kad pengenalan palsu yang sudah diterima menjadi anggota RELA.

LAGI SAKSIKAN VIDEO INI  SINI

TERPANAS ! KABINET DAPUR NAJIB, TUNDUK KEPADA ROSMAH?


Rosmah Mansor kembali ‘mengganas’

Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif.




Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya.


Sebelum ini, terutama pada tahun-tahun pertama dan kedua Najib menjadi Perdana Menteri, isu berkaitan Rosmah begitu hangat menjadi perbualan dan kecaman rakyat. Beliau didapati sering berbelanja mewah, memakai pakaian mahal dan ‘bling-bling’, memiliki banyak koleksi beg tangan mewah dan kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan.

Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihan raya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini.

Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja.

Perubahan ini mungkin dilakukan kerana Najib dan para punah-sihatnya menyedari bahawa penonjolan Rosmah yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk dalam sokongan rakyat kepada Umno dan BN.

Kini dengan kembalinya Rosmah kepada watak dan tabiat asalnya iaitu mengadakan lawatan ke luar negara dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan, apakah ini merupakan petanda beliau bakal kembali mengganas lagi?

Dengan pilihan raya sudah berakhir dan kecaman di Parlimen serta suara bising rakyat tidak akan mengubah apa-apa sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Apakah juga selepas ini lebih banyak lagi cerita-cerita sensasi bakal keluar dan lebih banyak penggunaan jet eksekutif dibenarkan kepada isteri Perdana Menteri ini?

Melihat kecenderungan ini, rakyat nampaknya kena bersedia menyaksikan lebih banyak cerita-cerita sensasi mengenainya. Bermula dengan menggunakan jet eksekutif sebagai landasan memunculkan dirinya, mungkin lebih banyak cerita mewah dan boros akan muncul selepas ini.

Walau apa pun kebimbangan rakyat mengenai isu Rosmah ini, tindakan Najib dan kabinet meluluskan lawatan dan membenarkan isterinya mewakili kerajaan adalah petunjuk jelas bahawa ungkapan kata-kata "berubah sebelum rebah" yang sering dilaungkan sebelum ini hanyalah umpan untuk mengekalkan kuasa dan memperolehi undi semata-mata. Setelah kuasa diperoleh, bukan saja perkataan "berubah" tidak lagi disebut, bahkan janji "rakyat didahulukan", "kami mendengar" dan banyak lagi sebenarnya hanyalah ungkapan-ungkapan manis yang penuh dengan racun saja.

Jika sekiranya ketika hampir pilihan raya, kelibat Rosmah diperlahankan sebagai suatu tanda "berubah", seharusnya perkara itu terus dilakukan kerana masing-masing sudah pun menyedari ada yang tidak kena dengannnya, terutama dalam penggunaan jet eksekutif dan perbelanjaan wang rakyat.

Lebih-lebih lagi Parlimen juga diberitahu sebelum ini bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk petrol jet kerajaan manakala penyelenggaraannya pula menelan belanja lebih RM160 juta. Untuk setiap penerbangan pula, kos petrol saja sebanyak RM470 ribu.

Tidak seperti Mahathir, walaupun beliau cukup berkuasa selama 22 tahun pemerintahannya tetapi tidak pernah sekali pun isterinya, Siti Hasmah dibenarkan menggunakan jet eksekutif secara bersendirian. Anak-anaknya pula langsung tidak berpeluang menumpang untuk ke mana-mana.

Malangnya di era Najib ini, jet eksekutif tidak ubah seperti bas Tong Fong layaknya. Isterinya kerap kali dibenarkan menggunakannya untuk ke mana-mana, manakala anak-anak dan bakal menantu pun turut sama bermewah menaikinya. Dilaporkan juga kenalan rapat keluarga Perdana Menteri turut ramai yang sudah menumpang.

Dalam hal ini, Najib seharusnya insaf bahawa sokongan rakyat kepada Umno dan BN dalam pilihan raya lalu tidak sebesar mana. Sokongan itu pula sebenarnya sangat rapuh dan jika diambil kira beban derita rakyat dalam mengharungi kehidupan dengan kenaikan harga barang, penghapusan subsidi gula, pengenalan cukai GST dan kenaikan cukai pintu oleh DBKL, ditambah lagi dengan cadangan-cadangan pelik oleh kerajaan seperti mahu melarang motorsikal kecil berada di jalan raya dan melupuskan kereta berusia melebihi 12 tahun, sokongan itu bila-bila sahaja boleh berderai.

Oleh itu dalam mengurus kerajaan, haruslah ada kewajarannya. Kalau pun Najib tidak berasa malu dengan 51% pengundi yang tidak mengundi BN dalam pilihan raya lalu, sekurang-kurangnya malulah kepada Tuhan yang sentiasa melihat dan menyaksikan begitu banyak kontradiksi antara yang dicakap dan dibuatnya dalam memimpin negara ini. -– shahbudindotcom.blogspot.com,

18 November 2013

MATI RAKYAT ! DAH KERETA MAHAL KEDUA DIDUNIA, 12 TAHUN PAKAI KERAJAAN NAK LUPUS...NIE KIRA KES DERA...



Pautan kekal imej terbenam

Malaysia negara kedua jual kereta paling mahal di dunia — The Edge

Jangan laksanakan had jangka hayat kereta

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

“Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah kerana kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.

Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

Keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta-kereta ini, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan dari tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak Barisan Nasional menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.

Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, Barisan Nasional menaikkan pula harga minyak. Kini dengan cadangan menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun, ini akan menindas keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai.

Masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia yang pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara-negara lain.

Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus.

Akibatnya harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh sebab itulah, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca dari tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara-negara lain bagi model yang sama.

Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.

Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain



TERHOT! Insiden Penculikan Pulau Pom Pom- Dakwaan PDRM Tidur???




Insiden Penculikan Pulau Pom Pom- Media Filipina Tuduh PDRM Tidur

Kuala Lumpur- PDRM menafikan laporan media Filipina mengatakan anggota polis tidur ketika kejadian penculikan dan pembunuhan warganegara Taiwan sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom Pom Sabah awal pagi 15 November 2013. Dalam kejadian tersebut, isteri mangsa didapati hilang dipercayai telah diculik oleh kumpulan berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.

Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa
.

Pemimpin Sabah, Sarawak baru sedar keangkuhan UMNO




 Ideologi perkauman dan polisi ekstremis menjadikan UMNO tuan, sementara yang lain tunduk menyebabkan wujud pergeseran bukan sahaja antara Putrajaya dengan Sabah dan Sarawak malah antara rakyat biasa di Malaysia, terutama bukan Melayu dan bukan Muslim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing mendakwa sikap pemimpin UMNO adalah penyebab wujudnya pergeseran antara Putrajaya dan Kerajaan Negeri Sarawak yang mahu pemimpin Sarawak dan Sabah harus mentaati mereka.

Katanya, serangan mengejutkan terhadap pemimpin UMNO menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak mula menyedari mereka tidak diberi penghormatan sepatutnya malah dieksploitasi.

“James menyalahkan pemimpin muda UMNO kerana kurangnya kefahaman terhadap Perjanjian Malaysia dan bagaimana Persekutuan Malaysia dibentuk dan mencadangkan UMNO mempelajari semula sejarah Malaysia dan autonomi khas yang dinikmati Sabah dan Sarawak.

“Sebaliknya, ideologi perkauman dan polisi ekstremis UMNO yang memberi hak kepada UMNO menjadi tuan sementara yang lain tunduk mewujudkan pergeseran bukan sahaja antara Putrajaya dan Sabah/Sarawak malah antara rakyat biasa di Malaysia terutamanya yang bukan Melayu dan bukan Muslim.

“Apa yang lebih menarik, kekecewaan James terhadap sikap pemimpin UMNO yang suka merendah-rendahkan rakyat Sabah dan Sarawak kerana tidak dilayan sebagai rakan kongsi saksama dalam pentadbiran Persekutuan membuatkan kami menyampah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan James tepat apabila menyifatkan UMNO sebagai bongkak, sambil mengatakan bahawa isu yang merenggangkan pertalian negeri dengan Persekutuan termasuk keputusan Kementerian Dalam Negeri menghalang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian.

Katanya, ini menambahkan kemarahan 1.6 juta penganut Kristian di Malaysia Timur terhadap Putrajaya kerana ia dilihat rakyat di kedua-dua negeri itu sebagai melanggar perkara pertama dalam syarat yang diberikan Sabah dan Sarawak ketika Malaysia ditubuhkan.

“Walaupun James mengambil masa hampir 30 tahun usia politiknya untuk menyedari keangkuhan UMNO terhadap Sabah, Sarawak dan Malaysia secara umum, sebenarynya lebih baik lambat asalkan selamat daripada tidak sedar langsung.

“DAP menawarkan kerjasama dengan pimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi mengatasi keangkuhan UMNO dengan memastikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi saksama dalam Persekutuan Malaysia tidak berakhir sebagai sekadar hubungan antara tuan dan hamba seperti sewaktu penjajahan British.

“DAP sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi menuntut kenaikan royalti minyak dan gas daripada kadar 5% sekarang kepada 20% serta mengakhirkan polisi kabotaj.

“Masanya sudah tiba untuk mengembalikan kekayaan asli serta memastikan pelaksanaan segera dan sepenuhnya polisi ‘1Malaysia, 1Harga’ yang akan memberikan peluang saksama kepada semua agar rakyat di Sabah dan Sarawak tidak lagi didiskriminasi dengan terpaksa membayar harga tinggi berbanding rakyat di Semenanjung Malaysia,” tambahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...