08 Disember 2012

Kantoi ! Kerana Protes... Kamera AES disembur cat merah ..!!!



Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai hari ini. - 

Mungkin ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES."Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan,

Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi. Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.

"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.

Masuk Umno, Sah Zahrain Telah Dibeli & harap jadi Calon Pulak


KUALA LUMPUR 8 DIS: Perbuatan Datuk Seri Zahrain Hashim menyertai Umno semula sudah dijangka sekalipun Ahli Parlimen Bayan Baru itu berselindung atas nama Konsensus bebas, kata Ahli Parlimen Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin,

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu juga percaya Zahrain bertujuan menyelamatkan kerjaya politiknya yang berada di penghujung dan berharap dipilih sebagai calon pilihan raya umum (PRU) ke-13, selain memperoleh projek.

“Saya tidak hairan kerana tindak tanduk Zahrain sudah dijangka. Ini dapat dikesan dari dulu kerana beliau tak dapat satu, dua projek di Pulau Pinang pada 2010, beliau keluar parti,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Tze Tsin berkata, penyertaan Zahrain itu juga secara tidak langsung mengesahkan tanggapan pelbagai pihak betapa Zahrain sememangnya dibeli untuk menjadi alat kepada Umno BN.

“Taktik Zahrain yang menyertai Konsensus Bebas sebelum ini, memang tak boleh dipercayai. Apa yang kita perkatakan sebelum ini terbukti sekarang,” katanya yang menyifat Zahrain ketandusan idea dalam politik.

Mengikut laporan TheStar Online, Zahrain menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno yang diserahkannya selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bayan Baru.

Beliau yang mengisytihar keluar dari KEADILAN pada Februari 2010 dan menyertai Konsensus Bebas.

HOT ! Najib LIABILITI Umno yang semakin BERAT


Najib, LIABILITI yang semakin berat: Umno ditenggelami bom Altantuya & Deepak

Perhimpunan Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan tangisan. Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di Parlimen bakal dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari akar umbi mereka sendiri kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu skandal dan masalah, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah gagal menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru dimana ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.

Ini tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang terbongakar hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.


"Apa lagi yang boleh katakan. Sudah sememangnya jelas Umno tidak akan berubah. Pemimpinnya boleh mengarahkan media arus perdana, TV dan surat khabar untuk tidak 
menyiarkan berita. Mereka boleh mencanangkan bahawa mereka yakin akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh dilubuk hati perwakilan Umno dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak percaya," ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.

"Sebenarnya, akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin mereka tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya sifat Umno. Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih bertahan pula sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan daripada rasuah walaupun mereka tahu ianya salah. "

Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?


Berita pertama di antara 3 berita yang mengejutkan negara dikhabarkan oleh peguam Perancis, mendedahkan bahawa hakim penyiasatan yang mendengar kes Scorpene berjumlah RM7.3 bilion di Paris telah memutuskan bahawa warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh terlibat secara langsung dalam pemerolehan kapal selam kerajaan Malaysia dari gergasi senjata laut DCNS dan akan meminta rekod penuh perbicaraan pembunuhannya.

Berita ini telah menyebabkan ahli Umno yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur di mana kongres tahunan mereka telah diadakan terkedu. Mungkin juga berita ini telah menjadi lebih panas kerana Najib dengan bodohnya tidak memberi kebenaran kepada peguam Perancis itu untuk masuk ke Malaysia dan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai status terkini kes, sekaligus meningkatkan perasaan curiga terhadap PM dan isterinya Rosmah Mansor, dimana kedua-duanya telah dituduh terlibat kerana bekas pengawal peribadi merekalah yang telah dujatuhkan hukuman gantung kerana didapati membunuh.


Seterusnya pula merupakan bom berkembar yang telah digugurkan oleh penjual permaidani 

Deepak yang juga, bekas teman karib Rosmah. Menurut Deepak, pasangan pertama itu meminta bantuannya untuk menerbalikkan akuan berkanun yang telah mengaitkan mereka dalam pembunuhan Altantuya. Berita itu memberi peluang untuk membuka semula perbicaraan pembunuhan Altantuya dimana keadilannya dipersoalkan apabila mahkamah dituduh mengabaikan bukti bahawa pengawal peribadi itu mungkin hanya diupah oleh pihak yang mengarahkan mereka dan pembunuh sebenar masih bebas.

Tambahan pula, ahli-ahli Umno bagaikan tidak peduli akan salah laku presiden Umno serta isterinya, Deepak juga menuduh seorang "ahli keluarga Najib" telah mengaut berjuta-juta keuntungan daripada hasil meluluskan projek RM100 juta Puspahanas, sebuah pusat penyelidikan untuk Kementerian Pertahanan yang telah diswastakan pada tahun 2005 tetapi hanya kira-kira 20% sahaja yang siap dibina sehingga hari ini.

"Perang Umno dalam Perhimpunan Agungnya yang ke-66 telah berakhir dengan pemimpin UMNO yakin dan teruja apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno yang lain mengisytiharkan bahawa Umno bukan hanya akan menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, tetapi akan memenangi semula dua pertiga majoriti kerusi dalam parlimen serta keempat-empat negeri Pakatan termasuk Kelantan dan Pulau Pinang," kata penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun Perhimpunan yang baru berakhir itu seperti telah dirancang dengan teliti, dengan begitu banyak nasihat yang diberikan oleh mereka yang berucap pada empat hari persidangan Umno untuk menampakkan keikhlasan Umno pada PRU ke-13 nanti, kesimpulan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia adalah walaupun sibuk dengan cakap-cakap tentang "transformasi", para pemimpin Umno dan Umno itu sendiri tidak akan mampu berubah selagi Umno masih korup dalam memegang kuasa.

"Umno dan Barisan Nasional telah sinonim dengan rasuah di Malaysia dan setelah 44 bulan Najib menjadi Perdana Menteri, nampak begitu jelas bahawa Najib sememangnya hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi sebenarnya tiada kesungguhan dan komitmen untuk membasmi rasuah, terutamanya yang melibatkan politik dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan.

"Inilah sebabnya mengapa dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66, kita telah menyaksikan lakonan menyedihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang menghilangkan diri setelah usaha berani oleh wakil-wakil media menunggunya memberi maklum balas kepada perwakilan UMNO Sabah yang mahu Musa menjelaskan skandal "derma politik kepada UMNO Sabah" yang berjumlah RM40 juta yang diberikan kepadanya oleh usahawan balak Sabah, Michael Chia.

Apa yang juga membimbangkan adalah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang langsung tidak menyentuh isu projek RM100 juta Kementerian Pertahanan pada tahun 2005 yang dibangkitkan oleh usahawan Deepak Jaikishan. Tindakannya itu juga mengiakan tindakan Najib yang juga tidak mahu memberi respon kepada dakwaan Deepak kerana ia melibatkan ahli keluarganya dan juga kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shariibu. Roh Altantuya telah menghantui Najib pada perhimpunan Agung Umno ke-66 itu. Kenapa agaknya roh ini tidak boleh tenteram? ~ MC



Panas ! Peluang PR Ke Putrajaya Semakin Hampir

Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas


(Pemimpin Pakatan berdoa untuk memohon kekuatan dan bantuan dari Allah untuk ke Putrajaya)

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

(Wakil PAS, PKR dan DAP Kedah membaca ikrar untuk bekerja keras bagi membolehkan Pakatan ke Putrajaya)

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.

Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.

Esok himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

Bela Islam dan Melayu

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India."

Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.


Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian.

(Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan)
MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.
"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini.

07 Disember 2012

LIVE : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH




LINK  LIVE :  http://www.ustream.tv/channel/kedahtv

LINK 2 AMANTV  :

Boleh Saksikan Siaran Secara Langsung Di Sini juga
Laman web rasmi AmanTV.Net
://www.amantv.net/

Terkini ! Tsunami 1.0 meter melanda Jepun (+video)


Passengers gather after train services were suspended following an earthquake at Sendai station in Sendai, Miyagi prefecture, in this photo taken by Kyodo December 7, 2012. REUTERS/Kyodo




TOKYO (Reuters) - Satu gempa bumi kuat yang berpusat di luar timur laut Jepun , banyak pejabat dan bangunan bergegar kuat pada hari ini dan mencetuskan tsunami satu meter di kawasan yang dilanda bencana Fukushima tahun lepas, tetapi tiada laporan kematian atau kerosakan yang serius.

Gempa bumi itu mempunyai magnitud awal sebanyak 7.3, Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, dan beribu-ribu penduduk pesisir telah diarahkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, tetapi amaran tsunami telah ditarik balik dua jam selepas gegaran melanda.

Mac 2011 gempa bumi dan tsunami berikut membunuh hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun apabila loji nuklear Fukushima-Daiichi telah dimusnahkan, bocor radiasi ke laut dan udara.

Pekerja di kilang telah diarahkan untuk bergerak ke keselamatan selepas gempa bumi Jumaat. Tokyo Electric Power Co, pengendali loji nuklear Fukushima, dilaporkan tiada kerosakan di loji nuklear. Semua tetapi dua 50 reaktor nuklear Jepun telah idled sejak bencana Fukushima sebagai kerajaan mengkaji keselamatan.

Gempa bumi diukur "5 lebih rendah" di Miyagi wilayah Jepun pada skala 6:59, bermakna mungkin terdapat beberapa kerosakan kepada jalan-jalan dan rumah-rumah yang adalah kurang tahan gempa.

Skala mengukur jumlah bersalaman dan dalam erti kata yang memberi idea yang lebih baik kemungkinan kerosakan daripada magnitud. Gempa didaftarkan 4 di Tokyo Tsunami satu meter melanda di Ishinomaki, Miyagi, di tengah-tengah kehancuran dari bencana Mac 2011. Semua keretapi Miyagi menghentikan operasi dan Sendai lapangan terbang, yang telah dibanjiri oleh tsunami tahun lepas, ditutup landasan.

Lima orang di wilayah yang telah sedikit cedera. "Saya berada di pusat bandar ketika gempa bumi melanda. Saya segera melompat ke dalam kereta dan mula lari ke arah gunung. Saya masih bersembunyi di dalam kereta," kata Ishinomaki pemastautin Chikako Iwai.

"... Saya mempunyai radio pada dan mereka berkata kereta masih terperangkap dalam lalu lintas. Saya merancang untuk tinggal di sini selama beberapa jam seterusnya." Terdapat kawasan-kawasan yang luas daripada Ishinomaki yang masih belum dibersihkan sejak tsunami tahun lepas. Banyak rumah-rumah terletak dalam runtuhan, penuh dengan runtuhan. Pekerja oleh pantai masih menyusun melalui beribu-ribu kereta yang dibanjiri dan dimusnahkan. Kereta menimbun dan sedang diambil selain bagi bahagian-bahagian dan sekerap.
Gempa bumi SETIAP LIMA MINIT

lapangan terbang Narita di luar Tokyo adalah kembali beropersi semula  selepas penutupan  untuk pemeriksaan keselamatan. Terdapat tsunami kecil, mengukur dalam sentimeter, di tempat lain dekat episenter.

Gempa bumi tahun lepas, yang diukur 9.0, mencetuskan meltdowns-rod bahan api di Fukushima, menyebabkan kebocoran radiasi, pencemaran makanan dan air dan pemindahan jisim. Kebanyakan kawasan masih lengang.

Kerajaan mengisytiharkan pada bulan Disember bahawa bencana adalah di bawah kawalan.
"Rakyat kini melarikan diri ke pusat pemindahan yang ditetapkan dan bergerak ke tempat-tempat di atas tanah tinggi," pekerja pejabat Naoki Ara berkata di Soma, 30 km (18 batu) dari kilang Fukushima Daiichi.

Perdana Menteri Yoshihiko Noda berkempen dibatalkan di Tokyo menjelang pilihan raya Disember 16 dan dalam perjalanan pulang ke pejabat beliau, tetapi tidak ada rancangan segera untuk mengadakan mesyuarat kabinet khas.

Perbelanjaan awam di bangunan kalis gempa adalah isu pilihan raya yang besar. Jepun menyiarkan gambar skrin TV mereka dengan amaran tsunami di Facebook, meminta satu sama lain sama ada mereka selamat, mengesahkan mana beradanya mereka.
"Ia berjabat untuk jangka masa yang panjang di sini di Tokyo, kalian semua betul?" posted Eriko Hamada, bertanya tentang keselamatan rakan-rakannya.

Talian telefon beban dan ia adalah sukar untuk menghubungi penduduk Miyagi.
"Disebabkan gempa bumi baru-baru ini, talian telefon adalah sangat sibuk, sila cuba lagi kemudian," kata pengendali.

oleh Nick Macfie; Penyuntingan oleh Ken Wasiat)

Panas ! BN Menang...Depa bagi hadiah baik punya...!!!


Bil elektrik akan naik hingga 41 peratus jika BN kekal memerintah



PETALING JAYA, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.


“Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya,” kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.

Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.

“Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus.

“Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun.

“Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun.

“Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB ... dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna,” katanya.

Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB.

“Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi “management buy-out” kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta,” katanya lagi.

Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

Kantoi ! BN P.Pinang Gagal Melunas Baki Bayaran Tanah taman Manggis

Tawaran jual tanah Taman Manggis kepada BN batal


GEORGETOWN - Mesyuarat Exco Pulau Pinang kelmarin sebulat suara memutuskan untuk membatalkan tawaran penjualan tanah Taman Manggis tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin, di sini kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana tidak mematuhi empat faktor utama.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, BN Negeri dan Pengerusinya, Teng Chang Yeow didakwa tidak ikhlas untuk membeli tanah itu untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya, faktor pertama ialah kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Taman Manggis Phase 2 Development Sdn Bhd, Khoo Boo Soon bercanggah dengan tujuan awal pihak BN negeri untuk membina PPR atau rumah kos rendah untuk sewa malah Kerajaan Negeri mendapati pihak BN berhasrat bagi membina rumah mampu milik berharga RM400,000.

"Faktor kedua, kegagalan untuk menukar Chang Yeow sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat Taman Manggis Phase II Development Sdn Bhd. Penukaran itu, dianggap penting sebab persetujuan dibuat oleh Chang Yeow untuk menerima tawaran Kerajaan Negeri bagi membeli tanah Taman Manggis.
"Faktor ketiga ialah kegagalan untuk menyemak semula modal berbayar bagi syarikat pemaju perumahan kepada nilai yang ditentukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu tiga peratus Nilai Pembangunan Kasar (GDV). 

Akhirnya, gagal membayar baki 99 peratus atau RM22,183,227 pada 5 Disember (kelmarin) walaupun tempoh sebulan dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Guan Eng berkata keengganan BN membuat bayaran dengan penuh walaupun mereka mendakwa sudah menyediakan wang tersebut, menimbulkan persoalan tentang kejujuran dan komitmen Chang Yeow dan BN negeri dalam membeli tanah untuk pembinaan rumah kos rendah untuk sewa (PPR).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri meragui komitmen Chang Yeow apabila Boo Soon mengumumkan pada 29 November lalu bahawa tanah Taman Manggis akan digunakan untuk perumahan mampu milik yang berharga RM400,000 dan bukan pembinaan PPR.
"Apakah jaminan Chang Yeow berikutan Boon Soon berhasrat membina perumahan berharga RM400,000?

"Kerajaan Negeri tidak boleh menjual tanah kepada BN negeri, disebabkan tiada jaminan kuat dan komitmen jelas dari pengarah-pengarah syarikat Taman Manggis. Kerajaan Negeri bimbing kemungkinan pihak BN boleh tidak akan memungkiri janji untuk membina PPR.

"Kerajaan Negeri mendapati pendirian Chang Yeow yang tidak jelas, tambah lagi dengan keengganan kepimpinan BN untuk menjadi pengarah dalam syarikat Taman Manggis Phase II Development Sdn Bhd," katanya.

Pada 3 Oktober lalu, Chang Yeow menulis surat kepada Kerajaan Negeri bahawa sedia menerima tawaran membeli tanah Taman Manggis dengan RM450 sekaki persegi untuk pembinaan PPR.

Sebagai pendahuluan, Pemuda Barisan Nasional membuat bayaran wang cengkeram RM224,074 iaitu satu peratus daripada jumlah keseluruhan pada hari yang sama.

Pada hari yang berikutnya, Guan Eng meminta BN Negeri untuk membuat bayaran baki iaitu 99 peratus atau RM22,183,227 dalam jangka masa 30 hari, yang kemudiannya telah dilanjutkan sehingga kelmarin.

Walaupun tarikh akhir yang sudah diberikan oleh Kerajaan Negeri, BN tetap bertegas dengan pendiriannya apabila enggan membayar baki wang untuk membeli tanah Taman Manggis kerana mendakwa Kerajaan Negeri enggan mengeluarkan perjanjian jual beli (S&P) seperti yang dituntut sebelum itu.

Dalam masa sama, Guan Eng mendakwa alasan BN adalah tidak masuk akal untuk meminta perjanjian jual beli.

"Keengganan BN Negeri membuat bayaran dengan alasan tiada perjanjian jual beli dan jual tanah yang sama kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) adalah tidak masuk akal kerana geran hak milik belum dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

"Bagaimana boleh kita (Kerajaan Negeri) memberi perjanjian jual beli tanpa geran hak milik tanah? Dan selagi geran hak milik tanah tidak dikeluarkan, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk menjual tanah tersebut kepada sesiapa sahaja. Penjualan tanah kepada BN ini tidak melalui tender terbuka tetapi secara pemindahan hak milik tanah," katanya.

Beliau berkata, situasinya sama apabila Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang membayar premium RM15 juta untuk tanah Swettenham Pier.

"Dalam kes tersebut, tiada perjanjian jual beli. Sebaliknya, ia telah dipindah milik seperti tanah Taman Manggis.

"Hak milik tanah tidak dikeluarkan, Kerajaan Negeri boleh membayar balik premium tersebut kepada Penang Port Sdn Bhd dan terus memegang hak milik tanah. KLIDC menerima status ini dan juga penjualan tanah Taman Manggis kepada BN Pulau Pinang, tertakluk kepada pembayaran balik premium serta kos mereka," katanya.

Justeru, beliau berkata, ketidakikhlasan BN negeri untuk pembinaan PPR adalah sebab utama Kerajaan Negeri membatalkan tawaran penjaulan tanah Taman Manggis.

Panas ! Hydro Tasmania tarik Diri dari Projek SCORE kerana unsur RASUAH !!!


Menarik Diri! – Hydro Tasmania Akan MENINGGALKAN Sarawak EKSKLUSIF!




Roy Adair mengesahkan bahawa syarikatnya tetap menarik diri dari Sarawak

Sarawak Report semalam difahamkan bahawa para pejuang kempen kini boleh meraikan kemenangan selepas ketua eksekutif Hydro Tasmania, Roy Adair, mengumumkan bahawa syarikatnya akan menarik diri dan menghentikan semua penglibatan mereka dalam rancangan pembinaan empangan-empangan berskala besar di bawah kerajaan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud.

Roy Adair, yang suatu ketika amat gembira dengan usahasama antara syarikatnya dan Sarawak Energy Berhad (SEB) berkenaan pembinaan 50 buah empangan untuk ‘perindustrian’ SCORE cetusan idea gila Taib Mahmud, telah menjelaskan bahawa tiada seorangpun dari kalangan kakitangan mereka akan tinggal dan terlibat dalam mana-mana projek sehingga menjelang akhir tahun 2013.

Ikrar Hydro Tasmania itu dibuat dalam suatu mesyuarat bersama para pejuang pertubuhan Save Rivers dari Sarawak yang diadakan di Launceston, Tasmania pada hari Isnin minggu ini.


Ketua Eksekutif itu telah mengesahkan, bahawa semua kecuali empat orang pengurus kanan mereka yang telah dipinjamkan kepada projek hydro-elektrik di Sarawak akan ditarik balik menjelang akhir tahun ini dan bahawa empat orang dari mereka itu harus menyelesaikan kesemua baki tugas dan tanggungjawab berkontrak mereka.


Delegasi Save Rivers Peter Kallang dan Ketua Kaum dari Baram James Nurang Usang bersama MP dari Parti Green, dan pengacara Radio Free Sarawak Peter John Jaban

Kenyataan itu merupakan penarikan diri secara besar-besaran dari peranan mereka seperti yang diumumkan oleh Roy Adair, semasa dia ditemubual oleh stesen TV Dateline dari Australia pada awal tahun ini. Sewaktu ditemubual itu, Roy Adair telah melahirkan rasa gembiranya terhadap penglibatan syarikatnya yang bekerjasama dalam rancangan pembinaan empangan-empangan Taib Mahmud untuk membanjirkan kehidupan puluhan ribu orang penduduk orang pribumi Sarawak.

Lihat Seterusnya Sini

06 Disember 2012

LIVE : CERAMAH MERDEKA RAKYAT KEDAH


SIARAN LANGSUNG! Merdeka Rakyat Dari Padang Serai!




LINK LIVE: http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1718918



Mampuih Dah Ameno ! Kubu Umno Di Felda Pecah


Kubu Umno di Felda Bkt Permai, Kulaijaya pecah!
Malam kelmarin, atas permintaan para belia tempatan; di adakan program Santai Anak Muda. Bermula sekitar jam 9 malam, sesi ramah mesra, ucapan dan dialog. Hampir 150 orang anak2 peneroka yang hadir. 

85% penduduk tempatan yang hadir adalah penyokong Umno! 
Dua minggu sebelum itu, mereka minta bendera PAS untuk menyambut kehadiran ADUN Bukit Permai, YB Kamaruzaman. Mereka pasang sepanjang jln masuk ke Felda tersebut. Ucapan Kamaruzaman begitu emosional kerana katanya kenapa Felda Bkt Permai, antara penempatan terkuat Umno, boleh berubah sekelip mata!

Alhamdulillah, Felda ini yang dulunya dingin dengan PAS telah bertukar wajah. Mereka sedang memgumpul keahlian PAS dan tubuhkan cawangan ANAK.

Bila saya tanya apa faktor perubahan, jawab mereka...dah muak dengan Umno!
Rakyat disuruh berkorban apa sahaja, tapi pemimpin yang kaya raya.
Janji nak buat rumah Gen 2, sampai sekarang habuk pun tak de.

Alhamdulillah, inilah mood perubahan di Johor....

Allahuakbar 3x

Kubu Umno di Felda Bkt. Permai, Kulaijaya Johor  pecah!


Malam kelmarin, atas permintaan para belia tempatan, di adakan program Santai Anak Muda. Bermula sekitar jam 9 malam, sesi ramah mesra, ucapan dan dialog. Hampir 150 orang anak-anak peneroka yang hadir dan 
85% penduduk tempatan yang hadir adalah penyokong Umno! 

Dua minggu sebelum itu, mereka minta bendera PAS untuk menyambut kehadiran ADUN Bukit Permai, YB Kamaruzaman. Mereka pasang sepanjang jalan masuk ke Felda tersebut. Ucapan Kamaruzaman begitu emosional kerana katanya kenapa Felda Bkt Permai, antara penempatan terkuat Umno, boleh berubah sekelip mata!

Alhamdulillah, Felda ini yang dulunya dingin dengan PAS telah bertukar wajah. Mereka sedang memgumpul keahlian PAS dan tubuhkan cawangan ANAK.

Antara ditanya apa faktor perubahan, jawab mereka...dah muak dengan Umno! Rakyat disuruh berkorban apa sahaja, tapi pemimpin yang kaya raya.

Janji nak buat rumah Generasi Kedua tapi sampai sekarang habuk pun tak de.

Alhamdulillah, inilah mood perubahan di Johor....




Panas ! Koperasi Permodalan Felda (KPF) Dalam Bahaya, Konspirasi FVGH Peringkat tinggi terdedah..



Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak


KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).

Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah.

Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha.

Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu.

Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka.

"Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF.

"Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam,

Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda.

Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti.

"Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad.


"KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya.

"Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan.

Ini Puncanya Kes Gombak Berdarah

Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam


Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..



Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..


Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?  Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"
Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan Mohamed Hadi Al-Majwi -dalam Facebooknya.

Exco Dilantik YDP Majlis Daerah Kubang Pasu.



Phahrolrazi beres tugas YDP MDKP

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memutuskan Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dilantik menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) sehingga pelantikan ketua yang baru dibuat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pelantikan itu dibuat disebabkan hanya terdapat pegawai daerah di MDKP.

Katanya, dulu pegawai daerah dan YDP adalah orang sama.

Kali ini pegawai daerah hanya menjalankan tugas-tugas pegawai daerah kerana YDP baru masih belum dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan.

“Sistem di Kedah ini, pegawai daerah juga dilantik sebagai YDP. Pegawai daerah dilantik berdasarkan pentadbiran negeri dan YDP dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri.

“Maknanya, Exco yang melantik. Jadi sampai kes MDKP dulu ini, mereka tidak mahu YDP dan pegawai daerah ditukar. Tapi pegawai daerah sudah ditukar, ganti pegawai lain.

“Kita lantik pegawai daerah itu sebagai pegawai daerah sahaja dan bukan YDP kerana Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak setuju dengan tindakan itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Azizan berkata, bagi mengatasi masalah yang sedang berbangkit ini, maka Kerajaan Negeri melantik Phahrolrazi untuk menjalankan tugas-tugas YDP.

“Pelantikan ini dibuat kerana banyak perkara yang perlu kelulusan daripada YDP tergendala,” katanya.

MCA Sahkan DAP Tidak Anti Islam, Apa Kata Umno...


Adakah Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi?

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.



Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".
Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.


"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.

Panas ! TS Annuar Musa Menibai FAM.. Isu Kasta..!!!



Bolasepak johor terus berbelanja besar berjuta juta dalam persiapan menghadapi saingan 
liga super malaysia musim depan. setiausaha PBNJ Suhairi mengesahkan telah mendapat 

surat pelepasan daripada kelab liga super indonesia Arema indonesia bagi mendapatkan 
khidmat penyerang sensasi harimau malaya Safee Sali secara pinjaman musim depan. 


surat yang ditandatangani oleh pengarah arema, Ruddy Widod, Safee akan menyarung 

jersi johor selama setahun bermula dari 1 disember 2012 hingga 30 november 2013. 


Safee sepatutnya hadir malam ini untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012
namun kami telah mendapat pelepasan daripada arema yang membenarkan Safee beraksi bersama johor, saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum, jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama johor 
kami memang bersungguh sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 disember.

Difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM 90 ribu sebulan daripada Arema
dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurangnya RM 100 ribu sebulan bersama johor, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Razak, Zaquan Adha Razak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan
Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk
beraksi bersama johor musim depan.

Dengan perbelanjaan PBNJ diawal musim berjuta-juta dan berapa peruntukan setahun harus dipantau oleh FAM. Siapakah yang menaja mereka , kita tidak mahu kegairahan mereka akan memalukan FAM kelak apabila separuh jalan liga berlangsung modal sudah habis....gaji tidak mampu dibayar dan pasukan dibubar..... ??? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...