19 Jun 2012

Kedah.kini akan membawa siaran langsung DEBAT SINAR: DEMONSTRASI JALANAN MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASI

-Bergantung sekiranya tiada masalah teknikal

'Wahana terbaik suburkan politik ilmu'
DEBAT SINAR: DEMONSTRASI JALANAN MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASI


SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang akan muncul dalam Debat Sinar, melihat pertemuan mereka Selasa ini sebagai usaha yang akan membantu melahirkan "politik baru" dalam menyampaikan suara dan pandangan berkenaan isu semasa.

Kedua-dua pemimpin muda ini sealiran pandangan bahawa ahli-ahli politik perlumenggunakan platform seperti debat untuk mengetengahkan budaya politik sihat, bukannya politik ganas apabila hendak melahirkan pandangan dan pendapat yang beza sifatnya.

"Saya ingin menegakkan politik baru iaitu budaya dan iklim politik yang lebih sihat dan segar.

"Matlamatnya ialah meningkatkan demokrasi supaya menjadi lebih matang dan progresif," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada Sinar Harian Online.

Katanya, antara ciri politik baru ialah "politik ilmu dan politik bijaksana."

Saifuddin berkata, debat adalah wahana terbaik uuntuk menyuburkan politik ilmu kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua pihak bukannya untuk berucap dengan melulu, tapi sebaliknya, berhujah dengan bermutu iaitu dengan isi dan huraian yang baik.

"Penonton iaitu rakyat,dapat peluang menilai bukannya sedapnya cerita pendebat, tapi mantapnya idea yang didebat.

"Debat ini bukan untuk menang atau kalah, tapi untuk mengetengahkan idea dan pendapat bernas," katanya lagi.

Malah Saifuddin juga berkata, debat juga penting untuk bagi rakyat membuat penilaian yang bijaksana iaitu yang adil, dengan mendengar pandangan semua pihak, menimbang dan membandingkannya sebelum membuat keputusan.

"Melalui cara ini, kita dapat buat keputusan yang bijaksana," kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian, menekankan bahawa beliau bersetuju untuk menyertai Debat Sinar atas hasrat dan niat mahu menyuburkan budaya debat kerana "kita perlu ada sikap membawa pendirian dan pandangan" secara sopan dan intelektual.

"Kita perlu membawa rakyat ke arah percambahan idea dan pandangan ke depan menerusi budaya tukar pandangan mengenai sesuatu isu secara intelek, bukannya budaya politik ganas," kata beliau lagi."Saya akan membuka ruang kepada rakyat ke arah budaya pemikiran proaktif selari dengan keperluan sebuah negara berdemokrasi, tamadun berdemokrasi yang terkedepan," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, penyertaan dan usaha mengadakan debat-debat seperti ini menunjukkan bahawa rakyat sudah boleh menerima persekitaran meraikan perbezaan pendapatdalam persekitaran yang kondusif.

"Itu yang penting. Bukan soal menang atau kalah," katanya lagi.Berhubung soalan apa yang khalayak boleh harapkan daripada beliau, Salahuddin berkata, "saya akan memberikan hujah-hujah yang bersandarkan fakta." "Dan, terserah kepada orang ramai untuk membuat penilaianmereka," katanya.

Sinar Harian buat kali keduanya akan menganjurkan debat antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar pandangan dan idea mereka berhubung isu semasa jam 9 malam.Saifuddin dan Salahuddin akan berkongsi pentas dalam debat yang akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Meskipun kedua-dua pernah berkongsi pandangan sebelum ini dalam pentas yang sama, ternyata debat kali ini dijangka lebih menarik perhatian.Debat kali ini bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...