27 April 2013

PECAH BERITA ! PUTRAJAYA SAH GOYAH... MAHATHIR TERPAKSA BUAT CERAMAH BALAS..!!! SAKSIKAN


Putrajaya goyah: Akhirnya Mahathir terpaksa turun padang

PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan bagaiman laungan takbir mengegarkan Masjid Besi Putrajaya dan sambutan menggerunkan di Presint 3 terhadap kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa turun ke padang hari untuk menyelamatkan Putrajaya.

Putrajaya, yang selama ini digempar-gempurkan sebagai kubu paling selamat untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal kehilangan deposit kini goyah.

Sambutan menggerunkan pada setiap program Husam sudah memberikan signal yang cukup jelas bahawa Umno di dalam bahaya di Putrajaya.

Jika tidak, perlukah Mahathir datang berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk berkempen, tapi beliau terpaksa meluangkan masa malam ini untuk membuat ceramah perdana bertajuk “Pertahankan Putrajaya.”




CERAMAH HUSAM SEMALAM


Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8 malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan, Presint 9, Putrajaya.

Makluman itu dimuatkan di Facebook beliau.

Semalam, sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa Mahathir dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ kini berpihak kepada Husam.

“Kan semalam saya dah kata Mahathir akan turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula. Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-lah,” kata beliau kepada Harakahdaily sambil ketawa.

“Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena gelombang menyebut Ini-Kalilah,” tambahnya.

Menjawab persoalan Harakahdaily semalam, mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini menjadi kenyataan dengan bertandangnya Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya.’

“Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda apa dari Mahathir? Gelabah,” tambah sumber Umno itu lagi.






Gambar bawah ini pula ceramah BN, Tengku Adnan Tengku Mansor 
Di Putrajaya Semalam.


FENOMENA GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT 
MALAYSIA! UCAPKAN TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI.

18 ulasan:

bik mama berkata...

Umno pun nak wat ceramah ke..buat je laa kat tv3 tu..kiteorg xkesaah..pakai la tv3 tu selagi boleh..lepas 5 may ni tv3 kite akan merdekakan insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...


Yg ramai pengundi luar je tu..Pok

Nik pn dah ditolak diKelantan.

perahu_kertas berkata...

ayat nak sedapkan hati..hahaha tak leh terima kenyataan la tuh..haha org putrajaya sekarang sudah berani bangkit.. wait n see 5hb ni...hehe selamat tinggal BE END... :P

Tanpa Nama berkata...

Kita amik putrajaya,kita lelong murah2 dekat rakyat.Jangan lupa janji tau..husam.

Tanpa Nama berkata...

TANDA2 SANGAT JELAS. 2008 MAHATHIR RELAX JE. DIA CUMA AMEK MASA DOK HENTAM PAK LAH. TP KALI NI DIA PULUN BETUL BERKEMPEN. TAKUT NAK KENA HERET KE MAHKAMAH LA TU.

AYUH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. KITA NAK BUKTI, MAMAK NI BAPAK PEMBANGUNAN ATAU BAPAK PENGKHIANAT.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa pun..bagi brim sekali lg pun, ini bukan zaman jepun. Sekarang internet guna telepun.Putrajaya pasti bertukar tangan. DJ

Tanpa Nama berkata...

Sesipa nak bergambar dpn tv yg ada logo tv3 dinasehatkn amek gambar sebelum 5hb mei ini kerana lps ni ia cuma tingal kenangan.

Tanpa Nama berkata...

Anuar Ibrahim la pengkhianat bangsa

Tanpa Nama berkata...

Hidup Tun,Harap allah tunjuk kan kepada seluruh rakyat malaysia betapa berjasa nya mahathir di bumi malaysia ini

Tanpa Nama berkata...

madey ni mmg ada jasa..kita tak nafikan. tp dia punya taik pun banyak juga bang.

John Labu berkata...

jasa tu memang ada tapi taik dia melebihi jasa dia

Tanpa Nama berkata...

Hehe bongkak nya puak pr ni.. Jgn over konfiden sgt

... Ramai silent voter yg tgh perati je lagak korang ni.. Aku dulu pangkah pas kali sori lerrr. X akan biarkn pm mesia seorg aljuburi bab kata mat sabu...

alchechen berkata...

Takat tu je !

Tanpa Nama berkata...

Ramai silent voter yang tunggu masa je nak pangkah pr..pru dulu silap pi pangkah be end

Tanpa Nama berkata...

silent voter=PR...abis cter

Tanpa Nama berkata...

Puak umno tak dpt terima kenyataan hahah.

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!..

Tanpa Nama berkata...

aku tinggal kt area ni pon tk perasan ada ceramah Tun. Aku kluar gi ceramah UAI@P19. Pkl 900mlm, jlan depan terowong P11, kedai mamak clear..mcm biasa. Tk perasan sungguh ada ceramah BN, tk perasan pon ada BN kat situ.... -ANONYMOUS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...