24 Disember 2014

TERKINI : 500 MANGSA BANJIR DI SMK MANEK URAI DALAM BAHAYA -IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI



BANTUAN BARU TIBA.....

BERITA DIKEMASKINI.........

Bomba gadai nyawa, mangsa masak air lumpur

Kota Bharu: Kira-kira 500 mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai sejak kelmarin kini dalam keadaan terkawal selepas empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di sana, 10 malam tadi.

Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman berkata, empat anggota itu mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di pusat pemindahan sementara itu berikutan menempuh beberapa halangan termasuk arus deras.

"Mereka menggunakan bot beroda dan bertolak dari Kota Bharu pada 2 petang semalam.

"Memang agak sukar untuk ke sana disebabkan ada kawasan yang tidak berair dan ada pula kawasan yang tenggelam, perjalanan mereka tersekat-sekat.

"Tetapi akhirnya mereka berjaya dan kini masih berada bersama mangsa banjir di sana untuk membantu terutama beri kaunseling dan sokongan moral yang sangat diperlukan ketika ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Kisah pilu mengenai mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan yang dianggarkan 500 orang menjadi perhatian sejak semalam dan dilaporkan Harian Metro.

Ini berikutan gambar 'mengerikan' air banjir menenggelamkan bangunan di situ sehingga tingkat tiga menyebabkan mereka berlindung di tingkat empat, malah tersebar di laman sosial rintihan mereka.

Azmi berkata, mengikut laporan diterimanya juga, mangsa tidak lagi ketakutan seperti awal kejadian sebaliknya mereka lebih rasa selamat apabila anggota keselamatan tiba.

"Laporan diterima juga dapati trend air di situ menunjukkan penurunan sejak pagi tadi.

"Kemungkinan besar mereka tidak berpindah ke tempat lain," katanya.

Beliau turut menasihati mangsa lain yang berada di kawasan tanah tinggi mahupun bukit supaya bertahan di situ kerana ia tempat paling selamat ketika ini selepas kebanyakan lokasi tenggelam.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di situ yang dihubungi Harian Metro memaklumkan, mereka terpaksa memasak air lumpur untuk minum menggunakan dapur gas yang sempat dibawa dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan sejak dua hari lalu.

"Anak kecil menangis, orang tua ada yang sakit, malah kami tidur bergelap kerana terputus bekalan elektrik," kata Mohamad Daniel Mohamad, 26,

Menurut Mohamad Daniel , anggota bomba sudah tiba di situ kira-kira 10 malam tadi menggunakan bot.

"Mereka sedang berusaha menyelamatkan kami," katanya. ~25/12/2014


Rintihan mangsa banjir di Manek Urai

Rintihan yang diceritakan salah seorang penduduk di Manek Urai. Harap pihak berwajib dapat hulur bantuan kepada mereka di Manek Urai..  KLIK  RINTIHAN MANGSA

SisiAzie Hassan

Mangsa Terperangkap

SMK Manek Urai semakin ditenggalami.
Semua mangsa kini terperangkap di tingkat 4.. Seperti gambar.

4pagi air naik di tingkat 1. Kini sudah hampir di tingkat 4. Surau asrama pun sudah hanyut. Semua dalam ketakutan, letih, lemah, kesejukan dan kelaparan.

Sisi sudah laporkan dan rasanya yang lain pun sudah laporkan. Harap bantuan segera sedang dihulurkan kepada mereka di SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Cikgu Bazlan Bokti
SMK Manek Urai
019-9367735
cc: Polis Kelantan


Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya

KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.





SERAMAI 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah. - Foto Ihsan




Lokasi pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Kuala krai. ~BH



6 ulasan:

gurustress berkata...

Pusat kena hantar helikopter angkut mangsa skit2 ke negri lain ke.. isytihar darurat.. nk tggu smpai bla..

Cikgu hisham berkata...

ada lagi kawasan di kuala krai yg blm dinaiki air...tempatkan, saja di mana2 rumah yg masih selamat @ kawasan sekitar yg lain, tumpangkan buat sementara waktu....jgn buat alasan bertindak cepat!!! kpada komander2 tentera, jeneral2....tak perlulah tunggu arahan pusat, bertindak segera!!! nyawa lebih penting daripada jawatan anda....

HEDER TILE AND PLUMBER berkata...

Salam... tumpang posh. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

Tanpa Nama berkata...

Tolong ramai2 doa mohon pertolongan Allah ya rabb. mudahan diberi pertunjuk dan di mudahkan urusan bagi membantu semua mangsa. Kita manusia yg lemah, apa2 berlaku sudah tentu semua orang akan ketakutan dan menyebabkan panik / buntu / kaku. Kita tidak dalam situasi mangsa atau penyelamat. Kita, boleh doa mohon pertolongan Allah. dia maha pemberi pertunjuk. Ya Allah kau beri lah pertolongan,keselamatan pada hamba2 mu yang dalam kesusahan di kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan perak serta seluruh umat manusia di atas muka bumi Malaysia. Aaaminn ya Rabb.

Aku Hanya Serangga berkata...

Bantulah mereka dengan segala daya..
Mereka kesejukan dan kelaparan..
Masih ramai lagi yang berlindung hanya dalam khemah di bukit2 Sekitar Kg Pemberian... Tolonglah..., Mak ayah saya juga bersama mereka, tidak diketahui nasib dan keadaan mereka...

Tanpa Nama berkata...

1. Mangsa di SMK Manik Urai mesti dipindahkan berperingakt2 sedikit demi sedikit. Jangan tunggu air sampai tingkat 5!!!!!!!!! Jangan serah pada takdir semata2 dgn harapan air tak naik lagi!!!

2. Mangsa di atas bukit, tolonglah jatuhkan makanan, selimut, khemah dll yang diperlukan. Takkan pakai heli tak boleh nak gugurkan barang2 tu. Tolnglah, bertindaklah!! Jangan tunggu nasi sudah menjadi bubur!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...