24 Disember 2014

TERKINI: MP CADANG ISYTIHAR DARURAT DAERAH BANJIR, " RAMAI YANG PANIK & TERPERANGKAP"


Terkini...keadaan Balai Polis Gua Musang.

 

INFO BANJIR 2014 : Keadaan semasa beberapa kuarters dan bangunan Polis yang dilanda banjir di Kelantan


Ini keadaan terkini Sek Men Manik Urai. Smlm mgsa drp tingkat 2 pindah naik tingkt 3 n pindah lagi ke Tingkt 4.
Doa..moga2 pg ini..semua sudah di selamatkan.

Mohon share n MOHON PIHAK MKN..majlis keselamatan negara isytihar darurat di tempat2 terbabit.
Kepada semua rakyat Malaysia...marilah kita semua Memberikan sumbgan bg meringankan bebanan semua mangsa yg terlibat. sumber berita

MP cadang isytihar darurat daerah banjir


Annuar Musa

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa cadang Majlis Keselamatan Negeri (MKN) isytihar darurat di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir khususnya di Hulu Kelantan.

Beliau turut menyeru segerakan intervensi tentera kerana kenderaan dan peralatan tidak mencukupi di mana pihak MKN perlu bertindak pantas atau menggerakan tentera ke kawasan bencana terutama di Laloh, Kampung Karangan dan Manek Urai di Kuala Krai.

“Kita hanya berdoa dan sentiasa berkomunikasi dengan siapa sahaja di sana (Kuala Krai) untuk tahu perkembangan semasa banjir.

“Seluruh Kelantan menerima kesan dari cuaca buruk berserta fenomena banjir ini, kerosakan hutan di Hulu Kelantan, doakan keselamatan mereka di sana, bersatu bermuafakat sedaya mungkin,” katanya yang petik dari status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berkata, hubungan darat antara kampung yang terjejas di Kuala Krai sudah terputus membuatkan pihaknya terpaksa membuat laporan polis di Kota Bharu.

“Saya turut menerima mesej agar diselamatkan dari saudara mara di Lalok, Manek Urai, Kampung Karangan, ada mangsa banjir yang terbalik perahu dan masih tidak dijumpai.

“Ramai yang panik dan terperangkap,” katanya lagi.

Semalam, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam keadaan banjir yang paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak beberapa hari lepas. ~Sinar







Belum ada cadangan isytihar darurat di Kelantan - MKN


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mempunyai rancangan untuk mengisytiharkan darurat di Kelantan atau negeri lain di Pantai Timur Semenanjung walaupun keadaan banjir semakin buruk, lapor portal BNBBC.my.

Setiausaha MKN, Datuk Thajudeen Wahab dilaporkan sebagai berkata, MKN membuat keputusan tersebut kerana keadaan banjir sentiasa berubah-ubah apabila satu kawasan hampir pulih, kawasan lain pula teruk dilanda banjir.

Beliau memberikan contoh banjir di Gua Musang yang serius semalam sudah beransur surut tetapi limpahan air mengalir menyebabkan kawasan Kuala Krai pula dilanda banjir.

“Kita terus memantau situasi ini dan merancang pelan menyelamat mangsa-mangsa banjir dari masa ke semasa berdasarkan keadaan terkini kawasan-kawasan dilanda banjir,” Thajudeen dipetik sebagai berkata oleh BNBBC.my.

Jumlah terkini mangsa banjir di sembilan jajahan di Kelantan adalah seramai 26,108 orang membabitkan 7,462 keluarga.

Thajudeen berkata, ada masanya kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana cuaca dan arus deras.

“Semalam, ada bot penyelamat terbalik. Helikopter juga terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk,” katanya.

Menurut beliau, usaha menyelamat pada hari ini di kawasan-kawasan yang teruk terjejas dan terputus hubungan darat adalah dengan menggunakan helikopter yang membawa bot penyelamat ke kawasan berkenaan.

“Helikopter akan turunkan bot bagi membawa mangsa-mangsa banjir yang terperangkap keluar ke pusat pemindahan,” katanya.

Sehingga kini semua agensi penyelamat termasuk jabatan bomba, jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera (ATM) terbabit dalam gerakan banjiir.

Read more at:SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...