23 Disember 2014

PERLIS FA GAGAL BAYAR GAJI PEMAINNYA DAH TERTUNGGAK 6 BULAN, BETUI KE?


Perlis FA perlu bayar gaji pemain yang tertunggak sejak 6 bulan lepas


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Persatuan Bolasepak Negeri Perlis (Perlis FA) perlu membayar gaji pemain-pemain mereka dengan segera, menurut badan yang menaungi pemain-pemain bolasepak profesional negara ini.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) berkata, gaji pemain-pemain bolasepak Perlis telah tertunggak selama enam bulan.

"Perlis FA telah menahan gaji pemain mereka sehingga tertunggak selama enam bulan, menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa berhenti bermain bolasepak atau melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk menyara kehidupan keluarga mereka," kata penaung PFAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata telahpun mengemukakan isu itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Perlis FA dua bulan lepas.

"...namun tiada kesungguhan daripada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Adalah suatu kerugian bagi PFAM dan pemain jika terus membiarkan isu terbabit tanpa sebarang penyelesaian, katanya.

Tunku Ismail berkata, pemain-pemain telah pun menunjukkan kesungguhan mereka di atas padang, dan kini adalah masa bagi pihak persatuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menjaga kebajikan para pemain. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...