22 Disember 2014

UNTUK ELAK ORANG GOMEN JADI GELANDANGAN CUEPACS MINTAK KERAJAAN BERI 1.4 JUTA LOT TANAH





Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

Mahu melihat majoriti daripada 1.4 juta kakitangan awam terjaga kebajikannya dan tidak terus terhimpit dengan gelombang kenaikan harga rumah naik di Malaysia apatah lagi kerisauan Cuepacs Malaysia yang tidak mahu kakitangan awam menjadi gelandangan di Malaysia (SEPERTI DI SINI), Cuepacs tampil dengan saranan kepada kerajaan Malaysia.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan Malaysia bertindak segera bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai bank tanah sekaligus membantu penyediaan untuk 1.4 juta kakitangan awam yang memerlukan rumah yang benar-benar mampu milik untuk mereka. 


Bukannya rumah mampu tengok yang lebih banyak dibina sekarang ini.
Cuepacs : Kawal Harga Rumah Mahal Dengan Bank Tanah Penjawat Awam

Cuepacs mahukan kerajaan Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya rizab 1.5 juta lot tanah sebanyak simpanan dalam bank tanah penjawat awam. Apa kata 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan dan saranan terbaru Cuepacs? ~BS

3 ulasan:

Nelayan Petani berkata...

Penjawat awam saja ke rakyat Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

aku setuju aje kalau betul-betul dapat membantu kakitangan awam...

nelayan petani jangan nak jeles tak memasal pulak...

kami dengar nelayan diberi enjin sangkut kami pegawai k'jaan usah kata dapat, tengokpun mungkin tak pernah...

petani pun kami dengar macam-macam k'jaan beri dengan lembu pawahnya, dengan benih ayamnya, dengan bantuan tanam semulanya dan sebagainya...

bantuan hat yang tu pun kami tak pernah dapat...

lagipun bank tanah tu bukan nak bagi free kat kami macam yang hangpa dapat...

siap rumah tu nanti kami kena bayaq la bukan macam hangpa dapat free...

walaubagaimanapun itu cumalah andaian kami sebagaimana andaian kamu berkenaan kes bank tanah tadi.

Tanpa Nama berkata...

jgn harap ler najib nak layan...baik dia layan rosmah lg baik..kan najib kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...