25 Disember 2014

PUNCA PENAFIAN PUTRAJAYA TERHADAP KEADAAN BANJIR DI KELANTAN TERJAWAB?

Najib, jangan asyik main golf – Chegubard

Adakah keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri adalah untuk memuaskan hati dan menjadi budak Amerika Syarikat yang baik?



PETALING JAYA: Ketika negara menghadapi ujian bencana banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk bergembira menghayunkan kayu golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, mempersoalkan bagaimana Najib boleh tersenyum gembira bermain golf di Hawaii ketika rakyat resah, ketakutan dan huru-hara memikirkan untung nasib menghadapi bencana banjir besar.

“Adakah keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri adalah untuk memuaskan hati dan menjadi budak Amerika Syarikat yang baik?

“Tidak bolehkah Najib membatalkan jadual ke Amerika Syarikat dan memilih untuk berada bersama rakyat ketika ini,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali Che’GuBard kebingungan melihat tindak-tanduk sindrom penafian Putrajaya terhadap keadaan banjir di Kelantan yang semakin memburuk tetapi akhirnya telah terjawab.

“Rupanya Perdana Menteri kita tidak berada di dalam negara tetapi sedang bergembira bersama Presiden Barrack Obama,” jelasnya dalam satu kenyataan.


Kata beliau, penyokong Barisan Nasional (BN) semasa Kajang dilanda banjir kilat telah memainkan gambar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga bercuti di luar negara, dan mempersoalkan: ”Tetapi kini, ketua kamu yang juga seorang Perdana Menteri memilih untuk bersama Barrack Obama berbanding rakyat sendiri.”

Tambahnya: “SAMM mendesak Najib untuk segera pulang ke Malaysia dan fokus menyelesaikan pelbagai masalah dalam negara ketika ini.”

“Sudah cukuplah waktu berfoya-foya di luar negara. Ini bukan masanya untuk kamu menjelajah keluar negara lagi. SAMM juga mengambil kesempatan untuk memberikan gelaran Bapa foya-foya kepada Najib Razak. Pulanglah Perdana Menteri foya-foya. Rakyat Malaysia memerlukan kamu sekarang ini,” kata beliau.~FMT



Najib, Obama bincang isu ASEAN sambil main golf di Hawaii

The Washington Post |Kemas kini:Disember 25, 2014


Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. - Foto AFP

HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mereka mengadakan perbincangan mengenai ASEAN sambil bermain golf di pengkalan armada laut, Kanehoe Bay pada Rabu, lapor portal The Washington Post.

Obama lazimnya tidak mencampurkan urusan rasmi dengan acara santai di padang golf, namun beliau menghabiskan masa bersama teman-teman lama dan wakil Rumah Putih, sesi golf Obama disertai Najib.

Jurucakap Rumah Putih memberitahu, Najib bersama Joe Paulsen dan Mike Brush bermain golf di pangkalan armada laut di Kanehoe Bay.

Ini bukan kali pertama Obama mengajak pemimpin dunia bermain golf bersamanya. Tahun lalu di Hawaii, beliau bermain bersama Perdana Menteri New Zealand John Key


Read more at:SINI

4 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Rakyat Didahulukan!

Tanpa Nama berkata...

Biarkan...asalkan dia bahagia..

PAKMALAU berkata...

Hooray! Lihat siapa dah kena. Pangkah lagi BN. Rakyat di bahlolkan.

esc berkata...

Rasa-rasa kalau admin jadi PM lagi teruk kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...