27 Disember 2014

BANJIR BUKAN HALANGAN BERBUAT IBADAH KEPADANYA, SOLAT TERPAKSA DILAKUKAN DI ATAS BUMBUNG MASJID, KUALA KRAI





sumber
Kuala Krai, solat atas bumbung masjid..


Bagi yang mahu berfikir, bencana diturunkan Allah SWT seperti banjir, seharusnya menjentik hati untuk berfikir tentang kekuasaanNya.

Antara yang harus diingat, detik ajal sangatlah dekat dengan manusia dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Justeru, beruntunglah mereka yang diduga musibah namun tetap tak culas menunaikan tugas selaku hambaNya terutama menunaikan solat lima waktu.

Bayangkan dalam keadaan tertekan hadapi musibah banjir, wanita di bawah sedikit pun tak gusar meneruskan ibadat wajib kepadaNya.


Dipercayai dirakam di Acheh, wanita ini kelihatan tak gusar menunaikan ibadah solat meskipun dikepung banjir.

Bagi mereka yang punyai iman tinggi, musibah bagi mereka cuma ujian yang mendekatkan lagi diri kepada Pencipta.


Bagaimana pula dengan kita ini yang jauh dari kawasan musibah dan masih punyai banyak waktu bersenang lenang.. sudahkah anda tunaikan suruhan Allah SWT?



Inilah realiti mangsa banjir di Kuala Krai. Banjir disini sudah luar biasa, cukup2 lah royak banjir dalam keadaan terkawal ataupun ayat apa saja untuk sedapkan hari rakya Malaysia.

Dok raso sedih dan hiba ko kalu ahli keluarga kito hok tok tahu make gapo hampir 4 hari doh dale bangunan sekoloh ni. 26/12/14



hari ini, Muhyiddin Yassin, Mustapha Mohamad dan Shahidan Kassim di dalam mesyuarat bersama MB Kelantan untuk membincangkan langkah pengurusan banjir



Gambar banjir di universiti malaysia kelantan kampus kota pengkalan chepa kelantan. gambar ini diambil pada jam 12;00 tgh hari..masa ni pihak u berusaha memindahkan 1,400 pelajar dari kampus kota ke kampus bachok berikutan banjir makin teruk di pengkalan chepa..sejak dari malam semalam bekalan eletrik terputus.. 26/12/14


#banjirkualakrai
#banjirkelantan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan kalu korang ialah emak bapak kepada anak2 yang meredah banjir itu. Bagaimana perasaan hati korang? Malangnya anok2 pemimpin negara tiada yang berada di situ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...