26 Disember 2014

BANJIR DI KOTA BHARU : JABATAN YAHYA PETRA TERGELINCIR DARI TIANGNYA DAN DITUTUP KEPADA SEMUA LALULINTAS




Situasi bencana banjir khususnya di negeri pantai timur terus dilaporkan dalam keadaan yang amat membimbangkan.

Terbaru, kondisi cuaca dan keadaan banjir buruk di negeri Kelantan telah menyebabkan jabatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada semua lalu lintas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan di laman sosial, Twitter.




Penutupan jabatan ini dipercayai berpunca daripada jabatan tersebut yang dipercayai telah tergelincir daripada tiangnya.

Gambar jabatan tersebut terus menjadi viral di media-media sosial dan hangat diperkatakan.


Insiden ini terus menimbulkan kerisauan kepada masyarakat Malaysia khususnya rakyat di negeri Kelantan.

Kegelinciran ini sedikit sebanyak sebenarnya boleh membahayakan dan boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini kemudian kelak.

Ramai yang berpendapat kegelinciran ini terjadi akibat air banjir yang terlalu deras di kawasan berkenaan.

Diharap rakyat Kelantan dapat mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden ini.

Kita doakan semoga keadaan di beberapa negeri yang dilanda banjir segera reda dan pulih seperti biasa.- SUMBER





VIDEO BANJIR DI KELANTAN











BERITA KEMASKINI 6.00 PTG.....

Dakwaan Jambatan Sultan Yahya Petra Retak Tak Benar




KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menafikan dakwaan disebarkan dalam laman sosial kononnya berlaku keretakan pada struktur Jambatan Sultan Yahya Petra di sini yang menghubungkan Kota Baharu ke Pasir Pekan di Tumpat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebaliknya penutupan jambatan sepanjang dua kilometer itu kepada lalu lintas adalah demi keselamatan kerana dibimbangi peningkatan paras air Sungai Kelantan ketika ini boleh membahayakan pengguna.

“Saya nafikan berlaku keretakan seperti yang didakwa sebaliknya apa yang disiarkan dalam Facebook itu merupakan struktur penyambungan binaan yang sememangnya dibina sebegitu rupa.

“Penyambungan jambatan itu direka khas oleh jurutera yang boleh digerakkan penyambungan ketika panas atau sejuk bagi pengukuhan struktur binaannya,” katanya kepada pemberita di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini, hari ini.

Jambatan berkenaan ditutup kepada lalu lintas pada pukul 5.30 petang semalam berikutan kenaikan paras air Sungai Kelantan yang melepasi paras bahaya.

Mohd Amar berkata penutupan jambatan adalah perkara biasa ketika banjir dan tidak perlu dijadikan isu di dalam laman sosial.

Beliau turut meminta semua pihak tidak menyebarkan fitnah dalam laman sosial dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga ada yang bersesak di stesen minyak bagi mengisi petrol kenderaan dan membuat pembelian panik.

“Saya suka menasihatkan mereka ini janganlah membuat cerita yang bukan-bukan terutama dalam keadaan banjir ketika ini,” katanya.

Beliau juga berkata sehingga kini, tidak ada keperluan untuk Kelantan diisytiharkan darurat kerana musibah yang berlaku itu masih boleh ditangani dengan baik.

“Banjir kali ini tidak seteruk pada 1967 dan ketika itu pun darurat tidak diiystihar pun,” katanya.

Menurutnya banjir yang melanda Kelantan ketika ini disebabkan hujan lebat yang melanda selama dua hari, terutamanya di Gua Musang dan Kuala Krai yang menyamai jumlah taburan hujan bagi tempoh sebulan.

Katanya banjir luar biasa itu telah menyebabkan ada sesetengah tempat mengalami masalah, bagaimanapun ia dapat ditangani dengan baik oleh pasukan penyelamat. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...