24 Disember 2014

TERKINI! BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN BURUK


MOHON BANTUAN MAKANAN DI GUA MUSANG,


ALERT : kawasan jeram tekoh, Kawasan Pasir Tumbuh...Bertam jgk 70 keluarga terperangkap banjir dah 3 hari terputus bekalan makanan...tiada jln darat...tiada jln air...tiada jln udara - Tag: PasMa Kelantan , Che Ibrahim Mohamed , Hj Rushdan Mustafa Cap Kapalayar Limaribukawan
- Untuk Info banjir terkini atau hebahan bantuan banjir , boleh masukkan nombor whatsapp atau PM saya  


Tsunami air banjir meruntuhkan rumah2 dan binaan di gua musang.








Keadaan banjir di Kelantan

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307), Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.

1 ulasan:

Luv Dayah berkata...

mohon bantuan: rumah lot 1903 jln masjid kg palekbang 16040 tumpat ada 2 buah keluarga dan 2 buah rumah terperangkap didalam rumah. masuk 2 hari tak makan.

rumah pakcik saya: ayah zif 0129374503

rumah mama saya: ashikin 0148140167
lot 3219A jalan lating mulong kg pulau gajah belimbing 16010 kota bharu Kelantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...