07 Jun 2013

HANGAT ! DELEGASI MONGOLIA BUAT SOALAN MAUT KEPADA KERAJAAN MALAYSIA? [ + VIDEO ]


Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.


Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~mk




Macam ada yang tak kena, siapa yang terkena.......




"Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki"

"Saya tak kawal dan cuba menguasai tindakan suami saya" - ucapan Rosmah Mansor di forum Global Summits of Women



HEBAT NYA! Rosmah terima kunjungan kerabat diraja Qatar dan penasihat Presiden Kazakhstan

Kerabat diraja Qatar Shaika Hend Faisal Al Qassemi dan Penasihat kepada Presiden Kazakhstan, Gulshara Abdukalikova Jumaat mengunjungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Pertemuan selama satu jam bersama Shaika Hend di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini turut diiringi beberapa wakil daripada syarikat yang diwakili kerabat diraja itu.

Shaika Hend merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan mempunyai empayar perniagaan sendiri dalam bidang fesyen dan penerbitan di negara asal beliau dan serata dunia.

Rosmah, kemudian meluangkan masa kira-kira satu jam menerima kunjungan Gulshara Abdukalikova yang juga Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Hal Ehwal Wanita dan Dasar Kekeluargaan Kazakhstan, diiringi beberapa wakil kedutaan Kazakhstan di Malaysia.

Kunjungan kerabat diraja Qatar dan Penasihat kepada Presiden Kazakhstan itu diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 yang bermula semalam dan berakhir esok.

Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 bertemakan 'Wanita: Mewujudkan Ekonomi Baharu' berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur adalah perhimpunan tahunan yang menemukan pemimpin wanita terkemuka dalam kerajaan dan perniagaan dari lebih 70 negara.

Malaysia selaku tuan rumah berhasrat untuk menyediakan platform bagi meneroka strategi praktikal dan amalan terbaik dalam memajukan peluang ekonomi wanita di seluruh dunia.

Antara agenda yang berlangsung pada sidang kemuncak itu ialah sesi pleno mengenai trend perniagaan serantau dan global, forum ketua pegawai eksekutif, forum usahawan dan strategi praktikal untuk pertumbuhan, sesi pembinaan kemahiran dan peluang mewujudkan rangkaian perniagaan.

- Bernama

1 ulasan:

kerispuaka berkata...

pastikan delegasi Mongolia ni selamat pulang ke negara mereka.mana tau,tiba2 delegasi ni hilang.kena bom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...