06 Jun 2013

INI AMARAN KERAS BUAT PEMIMPIN SPR..!!

SAMM Sahut Himpunan 15 Jun Dengan Gerakan Mobilisasi Besar

Kenyataan Terbuka
6 Jun 2013

SAMM Sahut Himpunan 15 Jun Dengan Gerakan Mobilisasi Besar

Sehingga kenyataan ini ditulis, jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum melepaskan jawatan masing-masing. Perkembangan ini pastinya mengundang perasaan tidak senang majoriti rakyat Malaysia yang mahukan SPR letak jawatan atau dipecat. Ia mencabar kesabaran rakyat.

Sebelum PRU-13, amaran demi amaran telah diajukan kepada SPR supaya pilihanraya dapat berlangsung dengan bersih dan adil. Rakyat telah menunjukkan menifestasi dalam bentuk aksi beberapa himpunan seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan aksi KL112, menghimpun ratusan ribu rakyat menuntut supaya demokrasi ditegakkan.

Namun SPR telah mengkhianati peluang yang diberikan setelah rakyat masih memilih pilihanraya sebagai jalan untuk benar-benar meraikan demokrasi sebaliknya demokrasi itu dinafikan.

Oleh demikian, tiada lagi amaran wajar diperuntukkan kepada SPR yang dibuktikan menjadi alat untuk mengekalkan pemerintah yang ditolak rakyat. Tanggal 5 Mei menjadi hari hitam buat tanahair apabila demokrasi digelapkan dalam pilihanraya yang penuh penipuan, seterusnya merampas kemenangan rakyat.

Maka lahirlah gerakan #Blackout505, gerakan NGO #SuaraRakyat505 dan beberapa lagi gerakan anak muda serta gerakan aktivis menuntut SPR dihumban dan pilihanraya yang baru mengambil tempat. Gerakan rakyat bertemakan hitam ini juga telah berjaya menghimpun hampir satu juta rakyat dalam belasan himpunan di seluruh negara. Himpunan hitam ini juga bakal memasuki fasa seterusnya apabila Kuala Lumpur menjadi destinasi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh tanahair untuk bersatu menghumban SPR dan sekutunya.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik pengumuman beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat, dari Dato’ Ambiga yang mewakili BERSIH dan dari Gabungan lebih 50 NGO #SuaraRakyat505 yang telah memilih 15 Jun 2013 sebagai tarikh kemuncak satu lagi perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur. SAMM akan menggerakkan seluruh kekuatan mobilisasi ke arah perhimpunan kemuncak #Blackout505 15 Jun.

Padang Merbok yang dipilih sebagai venue terletak di antara Dataran Merdeka dan Parlimen Malaysia, harus menjadi lokasi yang sangat ideal untuk rakyat berhimpun kali ini. Kedudukan Padang Merbok juga memberi signifikasi yang tepat dalam soal rakyat merebut kembali demokrasi yang dicuri oleh penyangak kuasa.

Sepertimana Dataran Merdeka, Padang Merbok merupakan premis yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jika Bersih 3.0 Dataran Merdeka tidak dibenarkan masuk, maka tidak mustahil Padang Merbok juga mendapat tentangan yang sama dari DBKL. Namun yakinlah, rakyat tetap akan hadir berhimpun memenuhi Kuala Lumpur dan percayalah bahawa tiada entiti yang mampu menghalang kuasa rakyat walaupun pemerintah itu sendiri.

Bagi SAMM, jika perhimpunan sebelum PRU-13 sebagai amaran untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan peserta demo datang dan pulang mengikut waktu yang ditetapkan, maka himpunan pasca PRU-13 seharusnya lebih dari itu. Peserta demonstrasi harus sedia bukan sahaja untuk turun ke jalanraya, malah untuk datang dan tidak pulang selagi SPR tidak letak jawatan atau dipecat, ini harus menjadi tuntutan paling minima pada aksi tersebut.

Kita berhimpun masih secara aman, bezanya kita terus berhimpun hingga tuntutan rakyat dicapai secara langsung. Biarlah ia mengambil masa samada 24jam atau 48jam, atau sehingga hari parlimen angkat sumpah, kali ini wajar untuk rakyat terus duduk dan bantah.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada semua pihak khususnya media supaya membantu promosi dan kepada semua penggerak agar memperhebatkan mobilisasi bagi memastikan 15 Jun menjadi sejarah baru simbol kekuatan sebenar rakyat. 15 Jun adalah hari di mana rakyat berjuang menuntut hak demokrasi dikembalikan.

Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



BERITA YANG BERKAITAN :

Polis tolak permohonan himpunan 'Blackout505'


SHAH ALAM: Polis menolak permohonan pembangkang untuk mengadakan himpunan 'Blackout505' di Padang Merbok yang dijadualkan berlangsung Sabtu minggu hadapan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan mengadakan program di padang berkenaan pada 15 Jun.

"Pihak penganjur larian amal telah mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan program," kata beliau kepada FMT.

Beliau berkata penganjur himpunan pembangkang telah membuat kesalahan dalam permohonan dengan tidak mendapatkan kelulusan daripada pemilik premis sebelum menyerahkan notis kepada polis.

"Di bawah Seksyen 10 (c) PAA (Akta Perhimpunan Aman), penganjur perlu mendapat kelulusan daripada pemilik premis terlebih dahulu sebelum menyerahkan notis kepada pihak polis.

"Tetapi pihak penganjur perhimpunan itu gagal untuk melampirkan surat kebenaran dari DBKL dalam notis itu," tambah beliau lagi.

"Dan saya telah dimaklumkan bahawa penganjur perhimpunan Blackout505 tidak mengetahui bahawa Padang Merbok sudah ditempah untuk acara lain," katanya.

Semalam Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan bahawa lokasi perhimpunan Blackout505 seterusnya akan diadakan di Padang Merbok pada Sabtu. Sehubungan dengan itu pihaknya telah menghantar notis pemberitahuan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam responnya Rafizi mendakwa polis cuba mewujudkan situasi kurang senang terhadap penganjur perhimpunan.

"Ini adalah respon standard dari polis. Pemilik premis akan berkata mesti memberitahu pihak polis terlebih dahulu dan polis akan berkata perlu dapat kebenaran pemilik dahulu.

"Kami akan berunding dengan DBKL dan pihak-pihak lain. Saya berharap kita boleh mengekalkan Padang Merbok. Keputusan muktamad akan dibuat esok atau Isnin ini," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...