04 Jun 2013

Bahas titah Agong tiada masalah – Aziz Bari


OK bahas titah Agong, kata pakar perlembagaan

KUALA LUMPUR 4 JUN: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

“Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.

“Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.

“Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Dilaporkan, seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial facebook miliknya, ditahan pihak berkuasa hari ini, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini dilaporkan beberapa NGO membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebu
t.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...