02 Jun 2013

Panas! Mengapa Khir Toyo Sanggup Menghina Mahkamah? Kes Berat Nie....


Mengapa Khir toyo amat tidak berpuas hati diatas tuduhan kes rasuah terhadap beliau, tanpa berselindung beliau berkata Najib hanya mengkambing hitamnya bagi menunjukan Kerajaan beliau telus dan serius menanggani Rasuah. Mungkin andaian Khir Toyo benar mengapa menteri-menteri lain lebih rasuah mengapa aku kena seorang saja?


AG tegaskan tiada campurtangan politik kendali kes Khir Toyo


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada campurtangan politik terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Dr Mohamed Khir Toyo dalam kes rasuahnya, sebaliknya mengingatkan bekas Menteri Besar Selangor itu kenyataan yang dikeluarkan di blognya menghampiri menghina mahkamah.

Abdul Gani juga turut menegaskan pertuduhan terhadap Khir Toyo adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo sebagai ‘kambing hitam’.

“Khir Toyo telah diwakili oleh barisan peguam yang ternama dan berpengalaman, malahan kes ini telah sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan, yang telah didengar oleh tiga hakim kanan yang bijaksana.

“Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia,” tegas peguam berkenaan dalam kenyataan 10 halaman lewat petang tadi.

Dr Mohamad Khir dalam tulisan di laman blognya mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Rayuan juga sebelum ini menolak rayuan beliau dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

Abdul Gani sebaliknya menegaskan, tiada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas dirinya semasa mengendali kes berkenaan, sebaliknya, keputusan dibuat berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencehan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh dari hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, sama ada untuk menuduh Khir Toyo atau sebaliknya,” tegas Gani.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapa pun. Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.”

Dr Mohamad Khir (gambar) dalam laman blognya juga mengatakan, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.


Peguam negara itu bagaimanapun menegaskan, dakwaan Dr Mohamad Khir bahawa kes “di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.”

“Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan,” tegas Abdul Gani.


“Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.”

Malah beliau juga turut menasihati Dr Mohamad Khir supaya menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...