‘Beri kepercayaan kepada kami untuk siasat’
Beliau meminta semua pihak tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua pihak termasuk parti politik kerajaan dan pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat India, supaya tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.
“Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.
“Yakinlah, apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang mengikut piawaian yang ditentukan di peringkat antrabangsa,” katanya ketika ditanya keinginan Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari bersama NGO berasaskan India untuk menganjurkan protes jalanan sebagai membantah kematian berterusan individu India dalam tahanan polis.
Katanya kerajaan memandang serius perkara itu, justeru ketua polis negara sendiri mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu dan bukannya pegawai kanan.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tetap tidak akan berkompromi dalam isu itu yang hangat diperkatakan ketika ini.
“Kita cukup prihatin terhadap kematian di tahanan berkenaan. Saya juga menyatakan bahawa kami tidak boleh berkompromi sebarang kematian yang berlaku ketika siasatan dijalankan,” katanya.
Jelasnya selain kapasiti sebagai menteri, beliau sendiri melihat perkara itu atas dasar perikemanusian yang perlu dicari penyelesaian dan keadilan.
“Tidak perlu mengadakan protes jalanan dan sebagainya kerana saya dan timbalan mengambil keprihatinan yang cukup mendalam dalam perkara ini.
“Kepedulian ini bukan hanya atas kapasiti sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk mengetahui kementerian ini, tetapi tentang soal kemanusiaan harus diberikan tekanan bagi pelaksanaannya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan juga akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis yang bertugas dalam menyoalsiasat tahanan.
“SOP akan disemak semula dan jika individu tertentu melakukan siasatan di luar daripada SOP berkenaan maka tanggungjawab itu tidak diletakkan kepada pasukan polis secara keseluruhannya tetapi individu yang berkenaan,” katanya.
Ditanya sama ada pegawai polis yang menyiasat N.Dharmendran telah digantung kerja, Ahmad Zahid berkata proses itu sedang dilakukan.
Tiga insiden kematian tahanan terbaharu ialah; R. Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 26 Mei, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.
N. Dharmendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas manakala jurutera P. Karuna Nithi, 42, menjadi individu ketiga yang mati ketika dalam tahanan polis di Tampin Sabtu lalu.
- Bernama
2 ulasan:
Sejak kes Kugan patutnya tak berulang!Ni dah berulang lagi, bukan sekali tp 3 kali Yob!
Apa yang Zahid lakukan adalah saperti Najib siasat pembunuhan Altantuya,Musa Aman siasat duit Rm 40 juta kepunyaan siapa yang ada pada Micheal Chia.Pig Khalid siasat kematian dalam tahanan-ha ha ha!
Rujuk peranan dia dalam kes Kugan!
Lupa pula,Zahid lantiklah siapa belasah mantan ke bakal menantu awak tu.Tentu menteri yang prihatin bolihtamatkan kes dengan tuntas.
Catat Ulasan