04 Jun 2013

PANAS ! MEH TENGOK CYBERTROOPER BELACAN ARMY, UTUSAN LAWAN RED BEAN !!!


Semenjak kekalahan cybertrooper pro umno, makin sasau nampaknya utusan merapu...... 

Akhbar Utusan Malaysia Tak Habis-Habis Nak Menabur Fitnah..
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.


Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Zahid telah mengarahkan agar polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia untuk menangani fitnah siber.

“Saya cukup berharap polis, SKMM dan CyberSecurity dapat mencari dalang dan membersihkan racun perkauman yang disebarkan oleh cybertrooper Umno BN dalam internet ketika PRU13, terutamanya yang melibatkan saya dan DAP, yang ditohmah sebagai pencetus rusuhan kaum Mei 13 pada 1969, dan segala penipuan bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu,” kata Lim.



Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai dana yang disebut dan tidak pernah membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper.

“Tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) duit awam untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan pasukan cybertrooper berjumlah 10,000 orang PRU13.

"Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini 'Belachan Army', 'Ikan Bakar Army' atau 'Cincin Army'?" sindir Lim.
-HD

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak2 tu yg berak tepi jalan, pr pulak nk tanggung..mengong!!!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wr.wb,saya ibu ade dari kupang ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada Aki atas bantuanya
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan Aki penyelamat hidupku yang selama ini dari kemiskinang, pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya, yaitu 4 angka dan alhamdulillah itu bener-bener tembus. Sekali lagi makasih ya aki karna
waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual AKI SUPALA.
saya sudah bisa membuka usaha yaitu Toko Sembako dan Jual Alat Bangunan, kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
sebelumnya, Bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hub/sms AKI SUPALA.di nomor hp: 085-334-171-115-Ramalan AKI memang memiliki ramalan gaib” yang dijamin tembus.dan angka gaib,

Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma AKI SUPALA.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon AKI SUPALA.Nomor Hp: : 085-334-171-115-DISINI JUGA ADA JUAL BELI TUYUL-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...