04 Jun 2013

Panas ! Chegu Bard terima waran sapina berkaitan Himpunan PJ di HQ PKR


Chegu Bard terima waran saman dari polis di bilik media Ibu Pejabat Keadilan sebentar tadi.

pagi semalam sekumpulan polis daripada  IPD PJ sekali lagi hadir ke rumah ibu bapa cheGuBard di seremban selepas tak jumpa che'GuBard di rumah sendiri kata mereka . Kemudian.che'GuBard berhubung melalui  IPD PJ untu  jemput mereka 2.00 petang esok di HQ PKR utk hantar waran/sapina.

Beliau berkat sejak semalam sekumpulan dari IPD PJ telah mencari che'GuBard di beberapa tempat termasuk menyerbu rumah,mereka juga hubungi melalui telefon.


Pada hari ini 2.00ptg che'GuBard akan menanti polis di Ibu Pejabat PKR di Damansara. beliau juga menjemput Media untuk liputan.

Menurut lapuran Mkini Chegubard diarah ke mahkamah

Aktivis NGO Badrul Hisham Shaharin disaman ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi menjawab pertuduhan terhadapnya bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran penganjuran perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Petaling Jaya pada 25 Mei lalu.

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dituduh kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis sepuluh hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam akta itu.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard dituduh bawah Seksyen 9 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...