03 Jun 2013

TERHOT ! NIE SAPA PULAK? MENGAKU BAKAL SULTAN BARU KEDAH

Gambar: Bergambar bersama org2 kanan beta..pengurus2 ladang ketum...
Bergambar bersama org2 kanan beta..pengurus2 ladang ketum...

Mengaku bakal sultan baru Kedah

Alor Setar: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau kegiatan sekumpulan lelaki diketuai seorang pemuda yang membawa Panji Hitam tertera logo Empayar Nusantara Langkasuka sehingga menimbulkan kebimbangan selepas ketua mereka mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.

Kumpulan itu dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam susulan daripada pengakuan yang dibuat ketua mereka di sebuah akaun laman sosial miliknya.

Selain daripada pemuda itu, pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad turut pernah mengakui dirinya Pemuda Bani Tamim iaitu pemegang panji hitam.

Lebih membimbangkan, kumpulan itu dipercayai cuba memasuki Istana Anak Bukit, dekat sini, pada hujung bulan lalu dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi negara seperti Filipina, Indonesia dan Selatan Thailand.


LELAKI yang dipercayai mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka.

Lelaki yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah empayar berkenaan membuat pengakuan di akaun laman sosial miliknya pada 22 Mac lalu, malah kumpulan itu turut dikesan di Kelantan selain kemunculannya di Kedah, bulan lalu. ~mymetro

CERITA LEBIH LANJUT :  RAJA NUSANTARAGROUP


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

geng mabuk ketum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...