04 Jun 2013

TERHOT ! TUN MAHATHIR SUDAH MENCATUR...ANAKNYA SEBAGAI PM?

UMNO tidak akan bela bloggers yang ditahan selain dari BLOGHOUSE

Adakah Blogger yang tidak berada di bawah jagaan Datuk Rocky ingat mereka kebal daripada undang undang negara ? Baik anda fikir lagi sekali kerana sekarang Bloghouse tengah merancang bagaimana untuk kuburkan semua 'competition' mereka supaya dapat menguasai pejabat PMO lagi sekali. Sudah hampir 4 tahun mereka berkuasa di tingkat 3 dan tingkat 5 PMO. 


Berkuasa mencatur kejatuhan Najib dan menjadi broker kepada dia yang sepatutnya jadi PM tidak lama lagi. Ia.... Menteri Besar Kedah. Anak blue eyed boy kepada Dr Mahathir. Satu dua tahun dia boleh tunggu. Pencaturan sudah mula lama sebelum Blogger jalanan mula timbul.

Kenapa seluruh team media kepada PMO tidak tumpukan perhatian kepada ketua mereka sendiri ? Sampai pemimpin dalam UMNO sendiri di lagakan supaya hasrat dan cita cita mereka yang di pimpim Datuk Rocky dan Bangsar boys dapat di realisasikan tidak lama lagi. Bukan rakyat yang ada dalam hati mereka. Bukan masalah dan kaum / Agama yang di pedulikan mereka. Tetapi kuasa. Kuasa yang sepenuhnya patut di beri kepada Datuk Rocky dan kuncu kuncu dia. Kuasa dan kekayaan seluruh negara. Semua patut di letak di tapak kaki Bloggers hebat yang dapat menjadi kuasa di tingkat 3 dan 5 PMO sampai orang kanan Najib sendiri tidak dapat gerak dan laksanakan tanggungjawab mereka kepada Najib


Najib sudah tiada kawan. Ini semua akibat pencaturan hebat daripada Bloghouse. Dari dulu sampai kini Najib biarkan mereka di pimpin oleh Dr Mahathir. Najib biarkan mereka 'plan' untuk kuburkan masa politik dia dan DS Hishamuddin.

 Saudara yang tidak dapat di pisahkan, patut ditolak dari politik keseluruhan. Ini adalah matlamat Bloghouse. Sampai bila semua hendak senyap. Berapa banyak di bayar kepada Bloghouse oleh PMO tiap tiap bulan ? Cuba anda teka ? 1 juta. 2 juta. 3 juta. Kali dengan 4 tahun. 24 juta x 4 = 96 juta. Hampiar seratus juta di bayar kepada mereka yang tujuan HANYA untuk jatuhkan semua dan naikkan anak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Masih buta untuk menerima kenyataan ?

UMNO sudah berpecah. Kenapa ? Pakatan sudah kuat. Kenapa ? Tanya. Team mana yang kaya raya. Team mana yang merempit. Yang bukan UMNO kuasai tingkat 3 dan 5 atau mereka yang berjuang siang malam dulu kini dan selamanya dalam UMNO. ~Kritis-online


Mereka dan bermula untuk PRU 14 - Di Bawah selia Dr Mahathir ..

Mereka mengaku mereka gagal menyaingi media siber PR dalam PRU 13 yang lalu...Apakah dengan penubuhan kali ini .......



Media www.kritis-online.com mendedahkan bahawa ada himpunan blogger yang dikatakan bernaung atas nama Bloghouse - dibawah kepimpinan oleh Rocky Bru, dikatakan berusaha penuh bukan untuk Najib tetapi untuk melunaskan agenda tertentu khususnya dalam politik UMNO. 

Kumpulan ini dikatakan menguasai Pejabat Perdana Menteri dan mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri – politik dalam UMNO. Dikatakan bahawa bloghouse ini di tunjang oleh Tun Mahathir Mohamed dan mereka menyusup masuk dalam Pejabat Perdana Menteri untuk tujuan menyaingi media siber pembangkang. Malangnya dikatakan setelah hampir 96 juta dibelanjakan sepanjang 4 tahun –

 Barisan Nasional masih menghadapi masalah – tidak dapat menyaingi media siber pembangkang dan kita mencapai capaian terburuk pada PRU 13.

Maklumat yang dimaklumkan adalah – mereka mengaut keuntungan disamping cuba melunaskan agenda Dr Mahahtir. Njib dikatakan kini sendirian – serangan demi serangan sudah bermula. Media siber Najib rupanya mungkin gunting dalam lipatan – menunggu untuk diracik. Adakah ini benar – adakah Najib baru sedar bahawa kempen beliau dalam siber semakin memburukkan UMNO sendiri.

 Kepimpinan tertinggi yang berhajat sudah mula mendampingi pemilik laman web dan ini tidak ketinggalan peranan Dr Mahathir dengan blogspot – kita nantikan perkembangan selanjutnya dalam pendedahan Najib salah mengambil khidmat – mereka mahu menikam dari belakang?

Aku tak mau komen apa yang umno buat,,, cuma aku nak minta pimpinan Pakatan Rakyat berfikir,,, kalau selama ini blogger PR kerja sendirian nak bantu PR untuk menang,, itu pun Umno tak dapat nak menyaingi,, kalau PR mampu menghimpun seperti mana umno buat,,, ish,ish,ish,,, alangkah,,, sembang lebih pun tarak guna....

Contoh mudah di negeri Perak sendiri,,, errhmm, malas nak duk berleter panjang, PRU 13 pun dah berlalu....
~manjungmari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...