SAYA adalah kakitangan Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd. Surat terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Bos saya, Azman Awaldin bersama rakan kongsi beliau Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.
Tidak ada apa-apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan.
Logiknya kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya ingin tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.
Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di'handpicked directly' oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd.
Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan Pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd.
Dan di pejabat PM pula juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di 'inner circle' PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.
Maka terjadilah sandiwara buku Manifesto BN ini.
Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru-baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tuntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lesen percetakan yang diluluskan oleh KDN.
Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak. Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta.
Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan kunco-kunco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan 'renovate' rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan.
Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apakah mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta?
Soalan saya,
1. Kenapa Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lesen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara 'direct' dari UMNO?
3. Siapa sebenarnya di belakang Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu?
Ini merupakan satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri.
Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB Perdana Menteri. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.
Sekian, terima kasihHAMBA ALLAH ANTI RASUAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan