24 Mei 2013

TERHANGAT ! PUNCA BANGUNAN DAN BINAAN ROBOH DI TERENGGANU TERBONGKAR?!!!

Kalau kita lihat Terengganu sudah macam jadi negara BANGLADESH jika kita lihat senario runtuh bangunan disana....mungkinkah projek2 di Terengganu telah di sub kepada kontraktor BANGLASIA atau kontraktor KRONI yang mana dipertikai kelayakannya....?

TAPI BANYAK ORANG KATA PUNCANYA SEBAB DIBAWAH :

Masjid Dirobohkan?

Lihatlah rakusnya manusia untuk meruntuhkan rumah Allah di Terengganu.Berlaku pada tahun 2005. Orang KG bersungguh sungguh pertahankan dari diroboh. Tetapi pihak berkuasa tetap dengan pendirian mereka.

Adakah ini yg kita mahu? lihatlah balasan dari Allah apa yg terjadi dekat terengganu sekarang. Kita dengar berita stadium runtuh dan macam2 lagi.


Jika kita jahil jangan tunjuk KEBODOHAN kita tu. sama2 perbaiki diri.

admin tak sanggup nak tengok part org yg ditugaskan untk merobohkan masjid tu

lihat  video dibawah pada minit 4:28



Sejak mereka robohkan masjid bujal,bangunan di terengganu yg dibina sumenye roboh..knape ye???

Berikut dilampirkan senarai terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008;


1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta


15. Malapetaka banjir terbesar  di Ulu Terengganu, Tebing Empangan Pecah
Tarikh: 25hb. Disember 2012
maklumat baca di Bawah:

SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda


BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

SAMBUNG LAGI SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...