20 Mei 2013

ISU HIMPUNAN AMAN MALAYSIA-SINGAPURA LANGGAR DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA ASEAN!!!




Kerajaan Singapura-Malaysia digesa patuh Deklarasi HAM ASEAN


 DAP menyeru agar kerajaan Malaysia dan Singapura tidak memandang remeh dalam menangani isu kebebasan hak asasi manusia seperti termaktub dalam Artikel 39 Deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) ASEAN yang dipersetujui pada Persidangan ASEAN di Kemboja tahun lalu.


Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kesedaran rakyat dalam proses demokrasi membabitkan kebebasan berucap dan berhimpun secara aman sepatutnya dialu-alukan dengan jaminan perlindungan dan kerjasama pihak kerajaan bukan sebaliknya.

“Dua tahun lalu menunjukkan perubahan signifikan lanskap politik Malaysia dan Singapura.

“Ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu manakala ribuan rakyat Singapura pula berhimpun di Hong Lim Park sempena perhimpunan hari pekerja,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, atas semangat Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, Dr Kian Ming yang kini Ahli Parlimen Serdang mahu agar pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi yang didakwa menganjurkan perhimpunan haram digugurkan.


Beliau pada masa sama menggesa agar Kerajaan Singapura tidak membatalkan pas pekerja terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu di Merlion Park, 11 Mei lalu.

Menurut laporan agensi berita AFP, 21 orang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura kerana berhimpun secara haram sudah dibebaskan dengan jaminan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...