19 Mei 2013

PECAH BERITA ! HARGA MINYAK RON95 AKAN DITURUNKAN RM1.60 SELITER? TERIMA KASIH....?!!!!




Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia?

Berita luar daripada akhbar Berita Harian seperti di atas bukan tanda yang kuat sebenarnya. Tetapi langkah awal kearah _______________ sudah ada. Erm…tak sanggup kami menulisnya. Bunga-bunga awal sudah mula kelihatan.

Tanda-tanda yang lebih kuat andaikata harga minyak akan naik tidak lama sahaja lagi, adalah apabila sudah kedengaran rakyat Malaysia diperdengarkan ayat-ayat di media arus perdana seperti :


kerajaan akan buat kenyataan berapa banyak subsidi minyak, berapa boleh jimat

harga minyak di Malaysia antara termurah di ASEAN

jikalau kes kenaikan harga gula pula, bekalan akan tiba-tiba merosot. Kempen bahayanya gula akan didendangkan di halwa telinga rakyat Malaysia sekerap mungkin, statistik bilangan pesakit diabetes di Malaysia dan tidak lupa juga kenyataan rakyat Malaysia guna gula banyak dari negara lain.


Jadi dalam akhbar Berita Harian baru-baru ini, kerajaan mahu ingatkan “secara halusnya” kepada rakyat Malaysia sebenarnya subsidi minyak ini membebankan kerajaan Malaysia termasuk negara Arab juga, jadi rakyat tidak boleh persoalkan kenapa jikalau harga minyak RON95 di Malaysia naik selepas ini

Eh, Berita semasa tidak naik harga minyak pun lagi, sudah cakap macam-macam cakap. Bukan begitu. Sebenarnya, bukannya susah untuk membaca perancangan kerajaan Malaysia dalam membuat satu-satu pelan dan dasar. Ini kerana acapkali rakyat Malaysia dijadikan “bahan eksperimen” sebelum pelarasan harga dilaksanakan. Sehingga adakalanya rakyat malaysia sendiri sudah mahir dengan setiap perancangan yang mahu dilaksanakan di Malaysia.

Jadi, diharapkan rakyat Malaysia tidak terkejut & lebih bersedia dengan kebarangkalian kenaikan harga minyak RON95 selepas ini terutamanya melibatkan perancangan kewangan masing-masing.

Semestinya perkataan kenaikan tidak akan digunakan tidak akan digunakan. Tetapi perkataan pelarasan harga dan rasionalisasi subsidi akan digunakan secara meluas. Tetapi maksudnya tetap sama.


“Subsidi kurang, harga minyak naik”


Dan, rakan kami baru-baru ini isi minyak motosikal di Shell dengan harga minyak RM1.99 seliter. Ha….RM1.99 seliter? Minyak apa itu? Ya…..RM1.99 seliter, yang mana lagi kalau bukan yang gagang kuning. Di sana kata beliau, minyak diangkut menggunakan perkhidmatan kapal. Dan kos pengakutan minyak sudah pun tidak disubsidikan seperti dahulu. Walhal, minyak itu dikeluarkan daripada perut bumi sarawak.

Dan berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolehi, harga minyak RON95 akan naik RM2.30 selepas ini. Tidak mustahil. Cuma kami kasihankan kepada golongan serdahana dan rendah di bawah. Andaikata, harga minyak RON95 naik juga, rakyat Malaysia nampaknya kena terima dengan “wallet” yang terbuka.  ~sumber

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanyer tak lama lg kaya la tokey kedai motor ngan tokey kedai basikal..sbb rakyat dah tak mampu nak pakai kereta lg dah..yg mampu hanya para kroni2 saja ngan yg sewaktu dgn nyer..lepas ni akan bertambahlah longgokan kereta terpakai...huhuhu...

MR.SMASHER

Tanpa Nama berkata...

hampa yg pilih jd pemerintah, terima ajala apa yg bakal naik lai. hahahahaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnye rakyat negeri kedah dan perlis yg untung sbb dekat dgn siam..walau pun negeri tu miskin dari dulu lg tp ada sumber yg boleh eksport!!hidup kedah hidup perlis..

Unknown berkata...

Terima kasih kpd pengundi luar bandar. Jasa anda akan dikenang selama-lamanya. Undi anda pd b end yg akan mempastikan harga barangan akan sentiasa naik dan mempastikan rakyat Malaysia akan menderita. Tahniah atas sumbangan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...