25 Mei 2013

TERHOT ! TANPA UNDI 'CIMB' UNDI POPULAR BN CUMA 30%?

Foto
Tanpa "CIMB", undi popular BN mungkin hanya 30%
PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak 'CIMB'.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.

"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

"BN sedang menghadapi barah tahap keempat dimana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," katanya.

Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.

"Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN,"
katanya yang sekali lagi membuatkan para perwakilan ketawa.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno yg guna CIMB ker PR yg guna pgundi import dr CHINA yg xphm lagsung ckp bahasa melayu ek!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...