20 Mei 2013

PAKATAN RAKYAT KEDAH MAMPUKAH BANGKIT?

Aku nak bagi pendapat, kalau hangpa nak pakai ambik,  kalau hangpa nak pulih balik dengaqk ,kalau takmau pakai pun takpa.

1. Disiplin hangpa kena pebetui balik, masa haritu peringkat MKK pengerusi & setiausaha bila ada perjumpaan atau majlis rasmi beterabuk habis. Majlis sendiri acara belum habis depa pakat belah, pakaian ada pakai kasut jepun dan banyak lagi.

2. Kekuatan kemenangan PR 2008 kerana undi atas pagar, undi cina dan undi ahli umno tegeliat. Jadi hangpa kena kuatkan semangat Pakatan Rakyat, program kena banyak guna platform pakatan, kalau nak  pulih balik setiap fitnah ada pihak parti pantau dan jawap balik..

banyak lagi nak saranan takpa lain kali kita sambung lagi...

PAS Kedah mampu bangkit!

Dari TKO

Assalamualaikum.,, Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik yang cenderung dengan politik Islam serta tidak kurang juga ahli ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu.Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat, tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.

Berdasarkan jumlah kerusi yang PAS Kedah tewas, terdapat perbezaan yang jelas dengan cara kekalahan Terengganu pada 2004 dulu.Di DUN, PR cuma tewas 7 kerusi berbanding 28 kerusi di Terengganu dulu.Ini bermakna BN melalui jalan yang lebih sukar untuk mengambil kembali Kedah berbanding Terengganu.BN gagal meraih majoriti 2/3 di Kedah yang menunjukkan sokongan terhadap PAS masih lagi kuat di Kedah berbanding dengan situasi di Terengganu pada tahun 2004 dulu.


Sementara bagi kerusi Parlimen, PR masih menang 3 kerusi sedangkan di Terengganu dulu, PAS tewas semua kerusi Parlimen. Tetapi persamaannya pula, pola pengundi yang sama dengan pola pengundi di Terengganu.Pertambahan jumlah pengundi berlaku seperti di Terengganu tetapi BN masih gagal menguasai Kedah sepenuhnya berbanding Terengganu di mana pertambahan jumlah pengundi menyebabkan BN merayakan kemenangan mereka pada pukul 3 petang, sebelum pusat mengundi ditutup sedangkan di Kedah, BN hanya mengesahkan kemenangan mereka hampir pukul 11 malam(kalau tak silap).

Perbezaan situasi antara kekalahan Kedah dan Terengganu menunjukkan tidaklah sukar bagi PAS bangkit kembali di Kedah.Kalau di Terengganu, kekalahan tahun 2004 menjadi pukulan hebat bagi PAS Terengganu sehingga ada ahli yang keluar parti , ada yang berpaling tadah menyertai UMNO atau menjadi pembodek UMNO.PAS Terengganu memerlukan masa yang panjang untuk kembali merapatkan barisan dan memerlukan barisan pemimpin dan penyokong yang sanggup bersekang mata setiap malam untuk menghidupkan gerak kerja dan dakwah.hasilnya setelah gagal pada PRU 12, akhirnya sinar kemenangan kembali menyinar bumi Terengganu.Saya melihat PAS Kedah tidak perlu melalui semua yang dilalui oleh PAS Terengganu.Apa yang perlu dilakukan oleh PAS Kedah ialah merapatkan segera saf dan segera menghidu tindakan pragmatis UMNO.

Saya pernah menulis mengenai Mukhris yang jadi imam solat dan ada segelintir tidak besetuju dengan saya sambil melemparkan berbagai bagai kencaman pada saya.Apa yang saya mahu tunjukkan ialah dasar pragmatis UMNO, bukan serangan peribadi saya terhadap Mukhris.Apabila gambar dia memakai jubah dan kopiah putih dan menjadi imam solat tersebar sudah tentu ada sesuatu yang hendak dipublisitikan mengambil kira dia berada dalam jemaah yang pragmatis dan nasionalist. Inilah yang perlu dihidu oleh PAS Kedah tak kira apa orang kata, kerana perkara ini boleh menyebabkan orang kampung yang tidak tahu dasar UMNO terpegun dan terpesona dengan Mukhris , Dalam jangka panjang ianya boleh merugikan perjuangan PAS.

Satu lagi faktor yang memudahkan Kedah bangkit ialah kesatuan teguh dalam PR.Maklumat disebarkan mengenai penipuan PRU dengan lebih cepat dan PAS Kedah mesti mengambil peluang ini untuk menyedarkan rakyat mengenai penipuan UMNO.PAS Kedah tidak perlu memikirkan mengenai PACA atau MTD dengan serius sebaliknya menghantar dan mentarbiyahkan seluruh sukarelawan yang ada untuk menjadi agen penyampai maklumat yang benar kepada rakyat.Saya yakin kalau PAS Kedah mampu mendapat 80% sokongan pengundi yang terdiri dari rakyat, kelibat pengundi hantu tidak akan memberi kesan.Pengalaman di Selangor, Kelantan dan Penang membuktikannya.Malah di Terengganu sendiri, kalaulah PAS mampu memperolehi sokongan sebanyak 80% diseluruh negeri pasti UMNO akan tumbang. tetapi malangnya PAS Terengganu masih gagal menembusi daerah seperti Besut dan Setiu serta beberapa kawasan pendalaman di Hulu Terenggnau, Dungun dan Kemaman.Malah di kawasan Kijal, DUN Mat Said MB, penguasaan Mat Said terlalu besar sehingga tidak dicapai oleh PAS sehingga setakat ini.

Inilah hujah saya yang menyakinkan bahawa PAS Kedah mampu bangkit, asalkan ahli jemaah bersedia melakukan beberapa tajdid kemasyarakat seperti pernah berlaku di Terengganu.Percayalah masalah PAS Kedah tidaklah terlalu sukar seperti Terengganu, Ingatlah dalam politik Islam sandaran utama kita ialah ALLAH.Wirid solat subuh menceritakan segalanya.Oleh itu kalau kita bermasalah untuk menghidupkan PACA yang terlatih maka jangan buang masa, kalau kita berdepan dengan maslaah untuk memastikan daftar undi itu bersih maka jangan buang masa dengannya tetapi yang lebih penting ialah solat hajat dan doa kepada ALLAH, kita mengadu kepada ALLAH dengan kekurangan yang ada pada kita, itu lebih baik dari melayan kritikan pemerhati luar, tak kiralah apa bukti yang mereka kemukakan.Ingatlah kita berjuang dengan kekuatan yang ada pada kita setakat yang diizinkan ALLAH.Pemerhati boleh berkata apa saja tetapi bukan mereka yang turun bersekang mata untuk menghidupkan perjuangan ini.PAS Kedah mampu bangkit dalam masa terdekat, insyaallah!

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=6459

4 ulasan:

Unknown berkata...

Saudara melihat bagkit pas dg gerak kerja pakatan rakyat yg bertunjang pkr dan dap. Saya katakan ya. Tapi apa saudara rasa ini semudah menulis atikal, sistem penyampaian pas kedah sudah rusak dan bobrok.gerak kerja koliberasi dg pas kelantan contohnya hampir tak berlaku.ciri 2 dan nilai2 isLAM yg diperjuangkan tak pun di aplimentasikan. Azizan and pembodek2nya hanya sempat buat kerja yang bikin duit saja sehingga sistem dan gerak kerja hanya tertumpu kepada 4 dan 5 kerat mereka saja.apa rakyat kedah masih percaya kat mereka ?.selagi azizan ,yusuf hussin ,sanusi ,helmi khalid,amiruddin, mahfuz umar, dan kumpulan pembodek dan ni dok ada pas dan islam akan dok segan mati pun lagi taku di kedah ni.depa tak malukah bila kalah haram apa pun gerakkerja yang pas dan penyokong minta depa tak buat...pas wadah dakwah dan gerakan islam maka pemimpin nya mestilah dari mereka yang ada ilmuan islam dan daya saing pikir koleberasi taujihat dg para ulam..selagi ulamk dan dewan ulama pas tidak difungsikan pas akan terus mendapat malapetaka dan bencana...

Tanpa Nama berkata...

dasat tu... semua nama hang nak cabut... si ir tu takde plok... he3... takpe... saya faham bos... lepas tu seronokla hang sebab leh jadi pemimpin utama.... hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

ir tu jer baik...org lain jahat....tapi ir tu yg x sabar nak jadi mb....sampai porak peranda kdh...x ikut arahan pusat.....

Tanpa Nama berkata...

Sebab utama kalah ialah xdengaq cakap ketua & semua nak jadi ketua. Selamat bermuhasabah diri. Hope PAS will recapture Kedah in next PRU14. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...