23 Mei 2013

PECAH BERITA ! TIAN CHUA DAN HARIS IBRAHIM DITAHAN POLIS !!!


Polis tahan Tian Chua

Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim ditahan secara berasingan sebentar tadi, dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.


Tian (gambar) yang juga Ahli Parlimen Batu menyatakan dalam tweeter, dia ditahan lebih kurang 12.50 tengahari di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT), sebelum menjalani pemeriksaan keselamatan.

Menurut Tian, penahanan beliau di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan mengikut pemakluman oleh ASP Buba.

“Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang,” katanya.

Manakala menurut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan, Haris telah ditahan lima anggota polis semasa beliau makan tengahari bersama rakan-rakannya di Segambut.

Kedua-dua mereka dipercayai dibawa ke Balai Polis Jinjang.


BERITA TERBARU... Tamrin Ghafar turut ditahan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.



Breaking News!!! Tamrin bin Abdul Ghafar, son of ex-Deputy Prime Minister Tun Abdul Ghafar Baba, is arrested by the police as well!!!

Kedah Kini
Retweeted FMT News (@fmtoday):

FMT ALERT: PKR vice president Tian Chua arrested under Sedition Act at LCCT


Kedah Kini
Retweeted FMT News (@fmtoday):
FMT ALERT: Activist Haris Ibrahim arrested by police

MENYUSUL LAGI....

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bangkitlah rakyat Malaysia. Rasailah nikmat perjuangan ini. Perjuangan untuk menegak kebenaran ini ada pahit manisnya. Untuk mendapat manisnya kita kena rasai pahit dahulu. Siapa lagi yang kita hendak harapkan kalau bukan kita sendiri yang berjuang. Apakah sumbangan kita. Orang yang menyatakan kebenaran ditangkap Dan dipenjarakan. Yg meniup api perkauman dibiarkan bebas. Sampai bila kita ada undang2 yg double standard ini. Fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Silap kita hapuskan ISA, tengok mcm Singapore, China tak hapuskan ISA negara mereka tetap maju dan aman damai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...