21 Mei 2013

PECAH BERITA ! 100 WARGA UTUSAN MENGAMUK HADAPI HATA WAHARI..!!! SAKSIKAN VIDEO




Warga Utusan gagal kawal perasaan hadapi Hata Wahari

KUALA LUMPUR, 21 MEI : Protes bekas wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad disambut oleh kira-kira 100 kaki tangan Utusan.

Lebih melucukan, 50 anggota polis dan dua trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan bagi berhadapan dengan Hata yang hadir keseorangan.

Hata yang juga bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menuntut akhbar milik Umno-BN itu mengembalikan dasar kewartawanan yang beretika.

Beliau turut membawa kain pemidang yang tertera empat peringatan berhubung etika kewartawanan untuk disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan.


Kain pemidang tersebut mendesak Utusan menghentikan kewartawanan tidak bertanggungjawab, memastikan wartawan menjunjung etika kewartawanan, tidak menggadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri dan melarang wartawan Utusan bersikap perkauman dalam laporan.

Seorang kakitangan Utusan juga dilihat gagal mengawal perasaan apabila bertindak ganas menepis sepanduk empat perkara yang dipegang oleh Hata.  Namun, kakitangan berkenaan tidak berjaya merampas kain pemidang berkenaan.


Kumpulan kakitangan Utusan itu antara lainnya melaungkan "boo", "balik", "komunis" dan "hidup Utusan" ke arah Hata.

Protes yang berlangsung selama kira-kira 10 minit itu berakhir dengan aman berdasarkan rundingan antara Hata dan Ketua Polis Daerah Cheras.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai warga utusan kamu adalah antara orang yang muflis di akhirat kerana pembohongan dan fitnah kamu - maksud hadith RasulAllag s.a.w.

DAN YAKINLAH setip zat yang jadi dari rezki yang haram akan menjadi bahan bakar api nerka - firman Allah

Maka PERCAYALAH anda semua sedang menyediakan bahan bakar api neraka dari kalangan isteri, anak-anak dan ibu bapa kamu bahkan sesiapa sahja yang memakan hasil gaji dari kerja jijik kamu.

Allah sentiasa membuka pintu taubat, brtaubatlah dan carilah rezki yang lebih halal.

Tanpa Nama berkata...

Kamu x tengok ker keislaman hatta yang menunjukkan isyarat lucah .manusia islam apa ni? Dh sekor jer kt situ tiada sokongan bila kena boo tunjukkan isyarat lucah .badigol berul.empunya blog cer tunjukkan masa hatta tunjukkan isyarat lucah tu baru adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...