Keluarga dan rakan-rakan mendiang N. Dharmendran membawa kerandanya semasa upacara sembahyang terakhir diadakan pagi ini.
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Keluarga N Dharmendran, mengsa terbaru yang mati dalam tahanan polis, akan membawa tubuhnya ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk bersembahyang di sana, sebagai protes simbolik terhadap insiden yang telah dikritik oleh ahli politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia.
Bapa saudara si mati, yang bercakap dengan namanya tidak disiarkan, berkata beliau dan keluarganya menganggap polis yang bertanggungjawab bagi kematian Dharmendran dan mereka berniat untuk menunjukkan protes dengan melakukan sembahyang terakhir berhampiran ibu pejabat polis di mana kejadian berlaku.
“Kami mahu membantah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL yang mengatakan Dharmendran meninggal dunia akibat serangan jantung . .. kami tidak percaya,” kata beliau selepas sembahyang terakhir diadakan di flat keluarga di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, di sini.
“Setiap kali ada kematian dalam tahanan mereka berkata serangan jantung.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan