27 Disember 2012

TERKINI ! SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda


BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.



“Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Laporan itu juga menyebut ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

“Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja.

“Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar,
katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campur tangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

Projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan. – Bernama









LAPORAN BERKAITAN BANJIR SEBELUM INI :



BERITA 1 : BENCANA EMPANGAN PAYA BEDA 1


KESAN BANJIR DARI LIMPAHAN EMPANGAN PAYA BEDA :





Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...