21 Mei 2013

Sapa Kata ' Negeri Ni Bapa Anuar Punya'.....( video inside )


Lagi panas rupanya  Zahid Hamidi boleh didakwa di bawah akta hasutan

GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan jika beliau tidak mengendahkan seruan ramai pihak supaya menarik balik kenyataan yang berbaur perkauman kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar).

Mengulas tindakan yang sama dikenakan pada aktivis mahasiswa, Saudara Adam Adli beberapa hari sudah, beliau membidas itulah sikap berat sebelah Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap ikan jerung dan ikan bilis di Malaysia.

"Ikan Jerung tidak langsung ditegur walaupun kenyataan berapi-api menghina kaum lain di Malaysia tetapi ikan bilis ditahan dilokap, dipenjarakan dan didenda," tegasnya ketika ditemui di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) tengahari tadi.


Ujar beliau lagi, jika didapati bersalah mereka yang dikenakan kanun keseksaan 124B, iaitu Akta Hasutan 4(1)(b) boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun.

Undang-undang terbabit tambahnya, diluluskan oleh Parlimen dan sepatutnya Zahid wajar menghormati apa yang telah diputuskan.

"Zahid Hamidi nyata telah melanggar Akta Hasutan 4(1)(b) apabila bertindak mengeluarkan kenyataan sesiapa yang enggan menerima sistem pilihanraya di Malaysia boleh meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan Pilihanraya mengikut kehendak yang digemari," katanya.

Apa yang dilaksanakan kepada Adam Adli sambungnya, tiada lain hanya dendam politik setelah tidak dapat mengawal kemaraan golongan muda serta mahasiswa terhadap keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 lalu.

Bila Kerajaan BN menghalang dengan menggunakan undang-undang tersebut secara jelas itu bermakna Kerajaan BN tidak menghormati demokrasi berpalimen.

Hari ini Zahid Hamidi dalam kenyataanya enggan menarik balik kenyataan 'rasis' yang boleh menyumbangkan kepada perkelahian kaum sebaliknya bersedia berhadapan dengan Ahli Parlimen semasa persidangan Parlimen pertama penggal 2013 nanti.~HD


Kenyataan Zahid semalam 'Ya, negeri ini pun bukan bapa Anwar punya'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.


Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalamUtusan Malaysiapada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.


Enggan ulas isu tahan Adam Adli

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.
ementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian

.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara ini, dunia ini, alam ini, Allah yg punya! Sesiapa yg melanggar larangan Allah, yg anggap dia berkuasa, sombong dn bongkak, boleh berhijrah ke alam lain!

Ni berkata...

Mana ada alam lain lagi, alam semesta hak ALLAH jua. Cuma perlu ingat kuasa yg ada cuma sekelumit shj & tak kekal pun, hari ini ada esok mungkin takde.

Tanpa Nama berkata...

Allah nk uji kita bila diberi kuasa sekarang dh nampak sombong ckap besar angkoh dan lain lain sifat iblis yang nyata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...