05 Mac 2013

[UPDATE] TENTERA LANCAR SERANGAN KG. TANDUO , LAHAD DATU

UPDATE : 2.30 PM

Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

LAPORAN LANGSUNG

VIDEO | 4.28 mins Frightened villagers flee

VIDEO | 1.54 mins Operasi dijangka sehingga malam

VIDEO | 3.08 mins Police deny gunshots in Semporna

1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan berkenaan menyebut menjangkakan lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit.

1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.

Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario (kanan) telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.

Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.

1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.

1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media.

"Ini adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai.

1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.

1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".

12.50pm: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar.

"Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya.

12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."

UPDATE : 11.55 AM


GAMBAR NAJIB DI BAKAR DI KEDUTAAN FILIPINA





11.35am: Sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenjata di Kg Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya



11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.

1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.-

Serangan capai objektif, laporan media Filipina tidak benar: KPN

LAHAT DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata serangan mencapai objektif dan menafikan laporan media Filipina bahawa bom digugurkan pasukan keselamatan Malaysia terkena kubu sendiri.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina di Hotel Residen FELDA Sahabat di sini, sebentar tadi.
-BH



UPDATE : 11.30 AM

Bombs falling in Sabah The ABSCBN News
The brother of Jamalul Kiram on Tuesday said Malaysian fighter jets have started dropping bombs near their position in Sabah, Malaysia.



Lahad Datu: Serangan udara dihentikan
2013/03/05 - UPDATE  10:30 AM


LAHAD DATU: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo, dekat sini.

Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini. 





LAPORAN LANGSUNG10.09am:

 Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

SERANGAN UDARA 7.0 PAGI:

Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan berkenaan.

Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.



Menurut sumber berita, kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dan mampu berhadapan dengan apa sahaja situasi yang akan berlaku pada bila-bila masa

Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan tentera dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo di sini yang telah berlarutan selama 19 hari.

Angkatan Tentera Malaysia dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah. 2 Batalion tentera kelmarin sudah tiba di Lahad Datu bagi membuat serangan balas terhadap pengganas tentera Sulu .

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya juga sentiasa berwaspada dan tidak memandang rendah pasukan penceroboh yang dilihat mempunyai pengalaman bertempur selain taktik serangan gerila yang baik.
“Kita mempunyai rancangan dan kita tidak boleh terus masuk tetapi apa yang penting kita telah mengepung dan mereka sentiasa dalam perhatian kita.






Jam 7 .00 pagi tadi 5hb Mac 2013, pihak Angkatan Tentera Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh Filipina di KampungTanduo, Felda Sahabat di Lahad Datu. 

Serangan ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi Tembakan telah kedengaran dan jet pejuang telah dilihat mengelilingi sekitar ladang Felda Sahabat. Empat letupan juga didengar di KampungTanduo.

Laporan akan menyusul dari masa kesemasa.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan beri IC pada pendatang asing. Tragedi Lahad Datu ni membimbangkan.

kurus berkata...

setuju dengan Tanpa Nama

Anuar berkata...

Tau xpe... skrg sapa yg tanggung... rakyat juga... esok lusa klu ada masalah nie kat semanjung pun mmg x heren... betul x?

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong tanpa nama...
Jika betul ada projek IC berlaku untuk kepentingan politik mereka di sabah...ini bermaksud mereka yang terlibat telah menderhaka kepada YDP AGUNG MALAYSIA dan patut dihukum seberat2 nya.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, Selamatkanlah kami & bumi Malaysia. Ya Allah, hanya Engkau tempat kami memohon perlindungan. Amin

PUKIMAKLU_Syaitan_Sulu berkata...

Biar Gambar Yg BerCERITA....

http://s16.postimage.org/o7x9r85ed/KIRAM.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...