06 Mac 2013

TERKINI ! Misuari istihar perang kalau Raja Muda Agmibuddin terkorban



Isytihar perang sekiranya Raja Muda Agmibuddin terkorban – Misuari
05 MAR 2013

MANILA – Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita.

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pepejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi.-
abnxcess


6HB. MAC 2013 - PS KPN
OP DAULAT: KENYATAAN MEDIA KPN
Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.

Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.

Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...