09 Mac 2013

TERHOT ! GAMBAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU , SABAH ..??? TERSEBAR

Penduduk Kundasang di Harap membantu dalam siasatan..

Soalan ini telah tersebar sejak 25/02/2013..


ADAKAH BENAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU ?
Sedangkan Kiram telah menghuru-harakan Sabah ?
Ternyata Jika Keluarga KIRAM berada di SABAH sudah tentu Maklumat lebih mudah di Salurkan kepada keluarganya di Sulu..


Kenyataan penceroboh 25/02/2013


Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya.


SUMBER BERITA  SINI


Gambar Rumah Kiram masih belum disahkan oleh mana-mana pihak lagi...tapi akhbar hari ini
mengesahkan beliau memang tinggal di Sabah dan  beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

AZIMUDDIE @ RAJA MUDA AGBIMUDDIN KIRAM



Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup -Mstar
Agbimuddin Kiram
Lahad Datu: Polis Letak Azzimudie Dalam Senarai Paling Dikehendaki

9hb.Mac 2013


LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis.

Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia.


Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna.

Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan.

Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.

"Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
.- Mstar



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KUTU ADA IC 1 MALAYSIA APA TAKUT JANJI UNDI BN 1 MALAYSIA.KEMUDIAN BELAKUN SIKIT MAIN TEMBAK TEMBAK

Tanpa Nama berkata...

Manusia yg tidak membaca dan tidak endah mendalami ilmu hanya mampu omong kosong dan membenci.. Akaun akhirat kena kira.. Bacalah sm mcm quran.. Mesti fhm.. Sifat membenci tu sifat syaitan..

zam ajuli berkata...

memang betul kepunyaan jamalul kiram...tp ini bukan rumah yang didiami beliau..ini adalah resort&homestay&Chalets..
tanyalah pakcik googel dulu bro...

http://www.beautifulkk.com/2010/10/27/kirams-village

http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/kiram-village-revisited-new-paved-road-and-more-flowers.html

Tanpa Nama berkata...

sengal... ini homestay... aku kenal brother jamalul kiram... senior sekolah aku... dan bukan sultan sulu...

Tanpa Nama berkata...

lain kali selidik dulu dgn org Sabah, chalet di Kg Mesilou milik org Kota Belud, namanya Jamalul Kiram tapi x da kaitan dgn penceroboh. Dia ni penah belajar di MRSM Kulim pas tu di USM P Pinang...

Tanpa Nama berkata...

apa ni suka2 mau post benda2 tanpa usul periksa. Confirm lah ni mau "attention" and popularity. Jamalul Kiram di kundasang tu teda kena mengenalah, pure Sabahan, tiada link sama yg suluk tu. Haha please study dulu yer, jangan pasal mati2 mau popular trus sebar benda2 tanpa usul periksa - because i am dying laughing right now Har Har Har!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...