- Bernama


Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup
Agbimuddin Kiram
MANILA: Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat.

Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu kini sudah 'berkumpul semula' selepas serangan pertama ke atas mereka pada 1 Mac lalu.


"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer.

Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu. -mstar




MENYUSUL LAGI.....