06 Mac 2013

PANAS ! PUNCA SEBENAR SULTAN SULU MENYERANG LAHAD DATU TERBONGKAR...?

Isu Lahad Datu: Najib didesak dedah ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu

Gambar: POLITIK

Suara lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat mengeluarkan akhbar itu dgn muka depan yang hangat.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=615911978435583

Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis. Dari facebook Esmail D. Kiram 11)

KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.

“Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari,” kata Johari.

“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa,
bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.

“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan,” tempelak Johar
i. ~ KD







Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama

5 Mac 2013

Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star

MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak takut balasan allah ke dok memfitnah orang ni

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak dah...Umno mesti ada sekongkol dalam hal ni. PKR pun ada saham gak. Bak kata orang mana ada parti politik main bersih sekarang. Dengan blogger ni pun ada saham kat neraka. Hahahahaha goodluck in hell dude.!

Tanpa Nama berkata...

Tak ya mo babit org lain kat dlm nie bgus ckap berdepan hanya org yg takda KEMALUAN ja yg ska tulis bukan2

Tanpa Nama berkata...

blok bodoh manalah aku baca ni

Tanpa Nama berkata...

blogger ni mesti orang sulu cari simpati kt malaysia....lepas tu jadi anjing gigit balik...

Tanpa Nama berkata...

"ohh baru saya tahu kenapa sulu menyerang..rupanya camni ceritanya..." ko bajet ak nk ckp camni? haih..apela melayu..ak xkisah pn sape yang start war ni sume.tggu je result nt.y penting skrg kita pertahankan ap y kita rasa betul.syahid ke syurga ke,semua urusan Allah..kite xtaw..tapi yang ak taw,fitnah dosa yang sangat besar..insaflah.bende belom setel lg,da terhegeh2 fitnah2..

Unknown berkata...

Bersyukurlah teman, kita hidup aman merdeka hasil perjuangan satria negara dan nenek moyang kita terdahulu. Mungkin anak atau cucu cicit mereka pula mengulangi perjuangan yang sama demi bangsa agama dan negara. Hargailah pengorbanan mereka dan usahlah dihina. Moga Allah membuka pintu hati bg mereka yg suka membuat fitnah dan berbuat dusta.

Tanpa Nama berkata...

Utusan dan tv 3 fitnah Anuar ,jadi dalang. Sekarang dah jelas, UMNO yg jadi dalang. Mahathir Kuty ketua dalang yg menjadi punca semua ini berlaku. Beri IC biru kpd PATI Sulu utk jadi ahli UMNO, undi BN , utk dia kekal berkuasa.Tali barut Mamak Kuty ialah Aziz Shamsudin ( ketua S/U Mahathir), Megat Junid (menteri dlm ng),Haris Saleh(ketua Ment Sabah), Pengarah JPN Sabah, dln2. Semuanya 127 org terlibat. 6 bln ditahan di Bukit Aman dan 2 thn dlm ISA, kecuali ketua pengarah JPN ditukarkan ke Kelantan, yg lain masuk ISA. Mamak Kuty perancang utama terlepas dan berkempen kesana sini. Semua org takut dgn jerung besar ni. Kalau pakai jaring kecil, habis koyak rabak.

Tanpa Nama berkata...

ANUAR IBRAHIM serta akhbarnya .. sama jenis, putar belit paling terror .. cepat sekali "cover line" sebelum kantoi .. cepat sekali cari fakta untuk letakkan kesalahan pada orang lain .. minta maaf la .. kalau halilintar membelah bumi sekalipun, ANUAR dan KEADILAN tetap penipu paling BESAR di muka bumi ini .. pi mampus la kamu semua .. Amiiiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...